Followers

Saturday, 5 August 2017

Company trip to Bandung

29~30 July - BANDUNG

Lembang Asri Resort, Bandung

Salah satu keluhan yang sering kedengaran dari mulut karyawan sejak tahun lalu ialah tiadanya company trip sebagai salah alat untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama karyawan di samping mengeratkan lagi hubungan antara pihak atasan dengan staff. Pelbagai jenis idea muncul sewaktu memilih destinasi percutian kali ini memandangkan sebelum ini hanya di Jakarta.. Budget yang diberi oleh boss ialah bawah IDR 100 Juta dan destinasi yang dipilih kali ini adalah Lembang Asri Resort di Bandung dengan penginapan selama 1 malam.. Berikut merupakan itinerary perjalanan kami selama 2 hari 1 malam di Bandung:

29 July 
0630 Tiba di office untuk sesi pendaftaran
0715 Berangkat dari office dengan menaiki bas 
0930 Berhenti sebentar di rest area (30 mins)
1300 Tiba di Lembang Asri Resort, lunch dan check in bilik
1430 Flying fox, paint ball
1900 Dinner, lucky draw

30 July 
0700 Breakfast
0800 Team building
1000 ATV tour
1200 Lunch, checkout bilik
1300 Berangkat dari Lembang Asri
1530 Berhenti sebentar di rest area (30 mins)
1800 Tiba di office, bersurai

Seramai 42 orang karyawan termasuk family ikut serta dalam company trip kali ini.. Ada yang berangkat dari site office di Cilegon sejak jam 0400 menuju ke Jakarta untuk turut serta naik bas.. Team dari Purwakarta langsung bergerak dan bertemu di Bandung memandangkan lokasi mereka hanya 50km daripada destinasi yang dituju.. Lucky draw kali ini sedikit kontroversi kerana pemenang hadiah utama merupakan MC yang merangkap ketua panitia company trip kali ini (笑) Bahaya gak main paint ball ketika Company Trip sebab ada yang kena tembak di bahagian leher dan ramai juga yang cedera di bahagian jari #ouch~ Selesai team building, aku bayar extra untuk ikut serta ATV tour keliling Lembang Sari Resort.. Bayaran hanya IDR 50k dan trek nya begitu mencabar, dan kami benar-benar terhibur! Perjalanan pergi mengambil masa 7 jam tapi perjalanan pulang hanya 6 jam; itu pun kerna kami berangkat awal dari Bandung, kalau berangkat jam 3, bisa tiba di Jakarta sekitar jam 10!! 

Paint Ball 

ATV tour




Friday, 31 March 2017

Short trip to Paris

30 Dec - PARIS

Alang-alang sudah berada di UK, aku cadang dengan isteri untuk lari sebentar ke negara terdekat dan destinasi yang dipilih adalah Paris memandangkan boleh ke sana dengan menggunakan keretapi laju Eurostar.. Tiket sudah dipesan sejak awal November dan waktu itu harga untuk perjalanan pergi dan balik untuk satu orang adalah sekitar 120 Euro (RM 572) dan itu pun waktu perjalanan kami ambil yang paling pagi dan yang paling lambat untuk pulangnya.. Kisah lucu apabila kami berangkat dari homestay sebelum subuh yakni jam 4:30 pagi menuju ke London St. Pancreas Station.. Punyalah semangat beratur sehingga sampai di tempat tiket tidak lepas.. Apabila disemak sama pegawai stesen, ternyata tiket yang kami beli itu untuk keesokan harinya! (笑)

Awalnya kerana tidak mahu malu sebab dah bagitahu semua orang yang kami akan berangkat pada hari itu, kami cuba untuk nego ubah hari perjalanan tapi kaget apabila diinfo harganya adalah dua kali lipat dari harga yang kami beli! Maka pulanglah ke homestay semula dan bertolak semula pada keesokan harinya~ Perjalanan dari London pada jam 0540 itu mengambil masa selama 2 jam 45 minit untuk tiba di Paris Gare Du Nord Station pada jam 0930~ Dalam perjalanan, aku siap-siap beli tiket Hop-on Hop-off Bus memandangkan ada potongan 5 Euro buat pengguna Eurostar~ Agak menyedihkan kerana fasiliti di dalam Eurostar tidak seperti 新幹線 (Shinkansen) kerana tidak ada colokan listrik di dalamnya jadi kami terpaksa jimatkan penggunaan telefon sepanjang hari memandangkan isteri tertingal powerbank di homestay (泣)


Sebaik tiba di Paris, agak kaget apabila merasai musim sejuk di Paris ternyata lebih dingin berbanding sewaktu berada di Kota London.. Hendak mencari bus stop buat Hop Bus juga agak bingung kerana tidak ada papan tanda jelas.. Destinasi pertama sebaik menaiki Hop Bus adalah Pyramid De Louvre.. Di sini kami terpaksa membeli selfie stick yang dijual pada harga 5 Euro oleh penjual jalanan yang mengaku muslim~ Setelah itu, kami berangkat menuju ke Notre Dame tapi atas kesuntukan waktu, kami hanya mengambil foto di luar kawasan sahaja~ Destinasi seterusnya adalah Arc De Triumph dan di sinilah kami nekad untuk menaiki monumen itu kerana informasi yang kami terima pemandangan di atas begitu indah~

Harga tiket adalah 12 Euro per orang cuma sayangnya pemandangan pada hari itu ditutupi kabus jadi tidak dapat melihat Eiffel Tower~ Namun begitu, kami tetap puas hati kerana dapat melihat kota Paris yang penuh seni dari segi aturan jalanannya.. Sempat bertegur sapa dengan sekumpulan warga Malaysia di atas monumen itu yang turut sama berlibur di Paris..Awalnya kami tanya ke mereka sekiranya tahu restoran halal di area tersebut untuk makan tengahari; oleh kerana lokasi restoran itu agak jauh, akhirnya kami memilih untuk makan di McD sahaja~ Sesudah makan, destinasi seterusnya adalah Trocadero iaitu satu perhentian sebelum Eiffel Tower~ Sesudah itu barulah kami ke Eiffel Tower tapi di sini juga kami memilih untuk tidak menaikinya kerana isteri sudah capek.. Dari situ, kami menaiki free cruise mengelilingi kota Paris~

Habis sahaja tour cruise, kami naik Big Bus semula menuju ke Notre Dame dan dari situ naik teksi menuju ke Grand Mosque of Paris.. Awalnya sedikit bingung untuk menjelaskan masjid kepada pemandu teksi itu lebih-lebih lagi tiada WiFi dan sebutan "Mosque" yang kami sebut gagal difahami oleh pemandu teksi itu.. Akhirnya dia kasi pinjamkan phone dia kepada kami dan apabila di tunjuk di Google, dia bilang di sini dipanggil "Moske" dan langsung kami dibawa ke destinasi dan dikenakan caj sekitar 20 Euro.. Sesudah mengelilingi masjid, kami jalan kaki untuk makan malam di kafe berdekatan masjid yang menyajikan menu halal.. Singgah lama juga di situ sambil caj phone dan menikmati free WiFi.. Selesai makan malam, isteri ajak naik teksi untuk langsung ke Gare Du Nord sebab takut ketinggalan keretapi pulang.. 

Kami tiba 2 jam lebih awal dari waktu berlepas dan ternyata itu keputusan yang bijak kerana di stesen tersebut kami dikehendaki untuk mengisi form imigresen kembali untuk memasuki UK.. Bilangan penumpang yang beratur terlalu ramai malah yang sepatutnya naik 1 jam lebih awal dari kami juga masih lagi beratur di situ.. Keretapi pada malam hari jauh lebih baru dan sedikit persis 新幹線 malah ada free WiFi lagi cuma sayang baru guna sekejap aku langsung tidur dalam perjalanan.. Tiba di London 1 jam lewat kerana informasi dari isteri, train ada berhenti lama dalam perjalanan gara-gara rosak di tengah jalan.. Sebaik tiba di London St Pancrease, langsung naik teksi untuk pulang ke homestay~




Friday, 10 February 2017

Emirates Tour & Live Match View

1 Jan - LONDON

Salah satu impian yang aku pasang sejak menjadi penyokong Arsenal hampir 20 tahun yang lalu adalah menjejakkan kaki ke Emirates Stadium dan menyaksikan perlawanan bola secara langsung dari stadium.. Apabila tiket pesawat pulang pergi ke London telah dibeli pada pertengahan akhir October 2016, aku mula menyelidiki cara untuk membeli tiket perlawanan bola Arsenal dan rata-rata input yang aku terima menjurus kepada membeli secara langsung di website Arsenal.com.. Hampir setiap hari aku melawat dengan harapan ingin membeli tiket perlawanan Arsenal menentang Crystal Palace pada 1 January yang akhirnya dibuka untuk dibeli pada awal December.. 


Cuma yang menyakitkan hati adalah hanya mereka yang memiliki membership berbayar sahaja yang boleh membeli tiket perlawanan! Waktu itu aku cuba contact dengan wakil Arsenal Malaysia tapi sayang mereka juga tidak dapat membantu.. Solusi terakhir adalah membeli langsung dengan ulat tiket yang menjual pada hari perlawanan nanti.. Memandangkan perlawanan bermula pada jam 1600, aku tempah tiket Stadium Match Day Tour pada belah pagi memandangkan isteri tidak berminat untuk menonton bola lebih-lebih lagi ketika musim sejuk (笑) Perjalanan menggunakan Tube train dari York ke Emirates hanya mengambil masa sekitar 30 minit dengan transit di King's Cross.



Agak gelabah terpaksa cari cyber cafe berdekatan rumah untuk print out tiket berharga 35 Pound dewasa dan 30 pound untuk student (isteri) yang aku beli pada malam hari sebelum ke stadium secara online kerana tertulis harus print out.. Sudahlah mahal, alih-alih sewaktu menunjukkan tiket di kaunter masuk stadium, ternyata ada pelawat lain hanya menunjukkan PDF melalui smartphone sahaja! Group tour yang kami ikut pada waktu itu berjumlah sekitar 40 orang dengan separuh darinya merupakan group tour dari Indonesia! Lucunya waktu tour menjadi singkat sedikit gara-gara menunggu group tour Indonesia yang kekurangan ahli gara-gara ada yang terlewat (笑)


Antara tempat kami dibawa sepanjang tour adalah  Directors Box, Diamond Club, Press Conference Room, Pitchside, Home Dugout dan lain-lain.. Selain kawasan media, hampir seluruh tempat dibenarkan mengambil photo.. Sayangnya kami tidak dibenarkan untuk masuk kamar persalinan pemain memandangkan ianya sudah disiapkan untuk pemain pada hari itu (-_-") Tour berakhir sekitar jam 1100 dan setiap pengunjung mendapat sijil kehadiran~ Shopping sakan membeli cenderamata sehingga lupa jam sudah menunjukkan jam 1200 dan kami sudah diingatkan supaya hadir di stadium 2 jam sebelum kick off bagi mengelak kesesakan orang ramai..

Press conference room

Oleh kerana aku kena hantar isteri pulang terlebih dahulu, terpaksa melupakan hasrat untuk masuk ke Arsenal Museum walaupun tiket sudah termasuk dalam pakej Emirates Tour (泣) Ada drama juga tentang pembelian tiket memandangkan ulat yang mejual tiket itu pada awalnya meminta sekitar 110 Pound per orang.. Hanya sehari sebelum perlawanan barulah ulat tersebut setuju memberi harga 90 Pound per orang! Berjumpa dengan ulat di stadium juga sekitar 1530 dan ketika kami mendapat tempat duduk, perlawanan sudah hendak bermula! Tempat duduk aku ialah di Entrance P, Block 127, Row 21, Seat 997~ 

Field view from my seat

Pada awalnya sedikit was-was apabila cuma bertanyakan tempat duduk pada petugas yang menjaga kerana sudah jelas kad akses stadium yang aku dapat dari ulat tiket itu tertera nama mat salleh perempuan (笑) Mujur petugas baik hati malah cuba untuk mencari tempat duduk supaya kami tidak berpisah (Kami datang bertiga, tapi hanya dua yang dapat tempat duduk bersebelahan) tapi sayangnya tidak ada; kami dapat tempat duduk kosong di bahagian sedikit depan pada separuh masa kedua~ Kagum dengan pemandangan dalam stadium yang mana view nya tetap jelas walaupun posisi aku antara yang paling hujung! 

Enjoying good game during freezy winter with hot chocolate

Seronok bersorak dalam kesejukan musim sejuk waktu itu ditambah lagi dengan jaringan istimewa dari Giroud yang menghasilkan gol dengan cara "Scorpion Kick" pada minit ke 17! Arsenal ternyata menguasai permainan dengan pihak lawan hanya mampu bermain dalam posisi bertahan.. Sedikit kecewa dengan persembahan Lucas Perez dalam perlawanan ini yang banyak melepaskan bola mudah.. Kami keluar untuk beli air minuman panas ketika habis separuh masa pertama gara-gara tidak tahan dengan suhu di luar.. Gol kedua perlawanan hasil jaringan Iwobi pada minit ke 56 juga hanya dilihat di skrin TV waktu aku masih lagi beratur untuk membeli minuman (笑)

Malaysia Kelahiranku, Arsenal Pilihanku

Perlawanan berakhir dengan keputusan Arsenal 2-0 Crystal Palace dan waktu itu kedudukan Arsenal adalah ke3 di tangga liga di belakang Liverpool dan Chelsea.. Sesi foto berlanjutan sehingga bilangan orang sudah berkurang, dan lanjut pula shopping apa-apa yang patut sebelum pulang~ Waktu keluar dari stadium, ada juga terlihat orang berkerumun berdekatan pintu keluar kereta untuk menunggu pemain keluar dengan kereta masing-masing.. Kami juga ikut menunggu tapi selepas 10 minit masih tidak ada pemain yang keluar, kami lantas mengangkat kaki juga~ 

Mission Accomplished!


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC