1 Jan - LONDON
Salah satu impian yang aku pasang sejak menjadi penyokong Arsenal hampir 20 tahun yang lalu adalah menjejakkan kaki ke Emirates Stadium dan menyaksikan perlawanan bola secara langsung dari stadium.. Apabila tiket pesawat pulang pergi ke London telah dibeli pada pertengahan akhir October 2016, aku mula menyelidiki cara untuk membeli tiket perlawanan bola Arsenal dan rata-rata input yang aku terima menjurus kepada membeli secara langsung di website Arsenal.com.. Hampir setiap hari aku melawat dengan harapan ingin membeli tiket perlawanan Arsenal menentang Crystal Palace pada 1 January yang akhirnya dibuka untuk dibeli pada awal December..
Cuma yang menyakitkan hati adalah hanya mereka yang memiliki membership berbayar sahaja yang boleh membeli tiket perlawanan! Waktu itu aku cuba contact dengan wakil Arsenal Malaysia tapi sayang mereka juga tidak dapat membantu.. Solusi terakhir adalah membeli langsung dengan ulat tiket yang menjual pada hari perlawanan nanti.. Memandangkan perlawanan bermula pada jam 1600, aku tempah tiket Stadium Match Day Tour pada belah pagi memandangkan isteri tidak berminat untuk menonton bola lebih-lebih lagi ketika musim sejuk (笑) Perjalanan menggunakan Tube train dari York ke Emirates hanya mengambil masa sekitar 30 minit dengan transit di King's Cross.
Agak gelabah terpaksa cari cyber cafe berdekatan rumah untuk print out tiket berharga 35 Pound dewasa dan 30 pound untuk student (isteri) yang aku beli pada malam hari sebelum ke stadium secara online kerana tertulis harus print out.. Sudahlah mahal, alih-alih sewaktu menunjukkan tiket di kaunter masuk stadium, ternyata ada pelawat lain hanya menunjukkan PDF melalui smartphone sahaja! Group tour yang kami ikut pada waktu itu berjumlah sekitar 40 orang dengan separuh darinya merupakan group tour dari Indonesia! Lucunya waktu tour menjadi singkat sedikit gara-gara menunggu group tour Indonesia yang kekurangan ahli gara-gara ada yang terlewat (笑)
Antara tempat kami dibawa sepanjang tour adalah Directors Box, Diamond Club, Press Conference Room, Pitchside, Home Dugout dan lain-lain.. Selain kawasan media, hampir seluruh tempat dibenarkan mengambil photo.. Sayangnya kami tidak dibenarkan untuk masuk kamar persalinan pemain memandangkan ianya sudah disiapkan untuk pemain pada hari itu (-_-") Tour berakhir sekitar jam 1100 dan setiap pengunjung mendapat sijil kehadiran~ Shopping sakan membeli cenderamata sehingga lupa jam sudah menunjukkan jam 1200 dan kami sudah diingatkan supaya hadir di stadium 2 jam sebelum kick off bagi mengelak kesesakan orang ramai..
Press conference room |
Oleh kerana aku kena hantar isteri pulang terlebih dahulu, terpaksa melupakan hasrat untuk masuk ke Arsenal Museum walaupun tiket sudah termasuk dalam pakej Emirates Tour (泣) Ada drama juga tentang pembelian tiket memandangkan ulat yang mejual tiket itu pada awalnya meminta sekitar 110 Pound per orang.. Hanya sehari sebelum perlawanan barulah ulat tersebut setuju memberi harga 90 Pound per orang! Berjumpa dengan ulat di stadium juga sekitar 1530 dan ketika kami mendapat tempat duduk, perlawanan sudah hendak bermula! Tempat duduk aku ialah di Entrance P, Block 127, Row 21, Seat 997~
Field view from my seat |
Pada awalnya sedikit was-was apabila cuma bertanyakan tempat duduk pada petugas yang menjaga kerana sudah jelas kad akses stadium yang aku dapat dari ulat tiket itu tertera nama mat salleh perempuan (笑) Mujur petugas baik hati malah cuba untuk mencari tempat duduk supaya kami tidak berpisah (Kami datang bertiga, tapi hanya dua yang dapat tempat duduk bersebelahan) tapi sayangnya tidak ada; kami dapat tempat duduk kosong di bahagian sedikit depan pada separuh masa kedua~ Kagum dengan pemandangan dalam stadium yang mana view nya tetap jelas walaupun posisi aku antara yang paling hujung!
Enjoying good game during freezy winter with hot chocolate |
Seronok bersorak dalam kesejukan musim sejuk waktu itu ditambah lagi dengan jaringan istimewa dari Giroud yang menghasilkan gol dengan cara "Scorpion Kick" pada minit ke 17! Arsenal ternyata menguasai permainan dengan pihak lawan hanya mampu bermain dalam posisi bertahan.. Sedikit kecewa dengan persembahan Lucas Perez dalam perlawanan ini yang banyak melepaskan bola mudah.. Kami keluar untuk beli air minuman panas ketika habis separuh masa pertama gara-gara tidak tahan dengan suhu di luar.. Gol kedua perlawanan hasil jaringan Iwobi pada minit ke 56 juga hanya dilihat di skrin TV waktu aku masih lagi beratur untuk membeli minuman (笑)
Malaysia Kelahiranku, Arsenal Pilihanku |
Perlawanan berakhir dengan keputusan Arsenal 2-0 Crystal Palace dan waktu itu kedudukan Arsenal adalah ke3 di tangga liga di belakang Liverpool dan Chelsea.. Sesi foto berlanjutan sehingga bilangan orang sudah berkurang, dan lanjut pula shopping apa-apa yang patut sebelum pulang~ Waktu keluar dari stadium, ada juga terlihat orang berkerumun berdekatan pintu keluar kereta untuk menunggu pemain keluar dengan kereta masing-masing.. Kami juga ikut menunggu tapi selepas 10 minit masih tidak ada pemain yang keluar, kami lantas mengangkat kaki juga~
Mission Accomplished! |
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
Wow.. bestnyaaa dpt tgk live..
ReplyDeleteAmboihh.. Ni fanatik sungguh ni sampai dekat 20 tahun tak tukar team. Hehe. Boleh la geng dengan abang akak kat rumah ni. Haha.
ReplyDelete