Followers

Monday, 20 February 2023

Renewal Japan Visa 2022

 9~27th March - JAPAN


Aku menjangkakan 在留期間 (Period of Stay) adalah 3 tahun seperti mana yang aku sering dapat setiap kali melakukan perpanjangan pada March 2021 (link); namun fikiran aku meleset apabila aku hanya di beri 1 tahun sahaja dengan alasan aku tinggal hanya sebentar sahaja di Jepun sepanjang tahun 2018~2021 yang menurut aku tidak masuk akal lebih-lebih lagi pandemik yang bermula awal 2020 memang menyukarkan sesiapa yang di luar negara untuk ke mana-mana! Oleh kerana itu, aku tiada pilihan untuk berangkat semula ke Jepun tahun ini untuk proses yang sama walaupun sedikit sulit kerana tahun ini aku bekerja di lapangan konstruksi bersama 2 orang supervisor dari Jepun jadi perlu mengambil kira situasi mereka juga yang sukar berkomunikasi lebih-lebih lagi salah seorang daripada mereka baru pertama kali bekerja di luar negara pada usia 40-an~ 


Berbeza dengan tahun sebelumnya, aku mengambil peluang untuk apply 工場見学 (Factory visit) di 2 kilang semiconductor yang memang menjadi cermin untuk project yang sedang aku lakukan di Malaysia kali ini~ Lokasi pertama di 長野県松本市 (Matsumoto, Nagano Pref) yang merupakan mother company buat seluruh kilang semiconductor dan hampir setiap minggu diadakan weekly meeting untuk membahas progress project ini jadi ini peluang untuk aku memperkenalkan diri sekalian berjumpa langsung dengan semua pegawai yang ikut serta dalam project ini hatta dari sisi client dan juga vendor yang lain~ Lokasi ke2 ialah 山梨県南アルプス市 (Minami Alps, Yamanashi Pref); istimewa sedikit kerana lokasi ini aku pernah tinggal selama sebulan pada January 2013 untuk 現場実習 (Site training) ketika 入社1年目 (1st year enter company) yang lalu cuma waktu itu project di luar bangunan jadi aku tidak tahu sangat apa yang ada di dalam~ 


App yang wajib di install di dalam phone sebelum tiba di Jepun kerana sepanjang tempoh quarantine perlu check in dan laporkan kondisi badan

Aku sudah menyuarakan hasrat untuk 工場見学 sejak akhir January dan waktu itu semua colleague di Jepun cakap tiada masalah jadi aku hanya fokus kepada pembelian tiket flight apabila itinerary sudah fixed kemudian hari.. Apabila Jepun mengumumkan tiada lagi quarantine bagi yang sudah mengambil booster dose, aku ambil langkah berjaga-jaga dengan asumsi 3 hari quarantine sahaja jadi aku pilih penerbangan pada hari Isnin 14th March dengan catatan akan masuk office hari Jumaat dan setelah dapat approval aku terus beli tiket flight.. Punyalah terkejut apabila sehari selepas itu, baru diberitahu pihak kilang minta aku quarantine lebih dari 10 hari baru dibenarkan masuk sebagai langkah berjaga-jaga membuatkan aku terpaksa berangkat lebih awal dan pesan tiket ulang pada 9th March! Awalnya nak beli penerbangan lain seperti MAS atau SQ yang kebetulan lebih murah untuk berangkat sahaja tapi agent beritahu tidak boleh sebab nanti pesawat return tidak boleh pakai (-_-")

Bilik kuarantin di rumah member

Memandangkan penerbangan NH816 hari Rabu pada pkl 8pg dan setiap pengunjung ke Jepun perlu mengambil ujian PCR maksimal 72 jam sebelum berangkat, aku ambil pada hari Ahad di BP Clinic di Georgetown~ Keesokan harinya, bayar extra RM36 untuk dapatkan COVID-19 Fit for Travel Letter supaya memudahkan urusan di Narita Airport sebab Jepun ada format yang mereka mahukan walaupun bukan mandatori~ Berangkat bersama keluarga dari Penang menuju ke KL pada hari Selasa; pertama kali menginap di hotel berhampiran dengan KLIA sebab tak nak kalut keesokan hari kalau bertolak dari rumah mertua dari KL sebab kena standby di KLIA 2 jam awal~ Sewaktu checkin hotel, dah pesan siap-siap taxi untuk jemput pukul 5:30 pagi keesokan hari nya; agak terkejut bila dah sampai airport, kena bayar RM50 untuk taxi sebab dikenakan caj early ride (笑) Alhamdulillah proses check in di airport juga lancar dan berangkat sesuai jadual~


Ketika tiba di Narita Airport, aku punyalah semangat dengan tunjukkan segala dokumen vaksinasi yang sudah di ambil sebab yakin tak perlu kuarantin lagi sekali staf imigresen cakap aku kena kuarantin jugak selama 7 hari sebab 3rd dose aku AstraZeneca tidak di iktiraf dan Jepun hanya iktiraf Pfizer dan Moderna sahaja! Nasib baik aku dah kaw tim dengan member untuk kuarantin di rumah dia sahaja dah alang-alang pihak client memang suruh aku kuarantin 10 hari cuma sedikit ganggu plan awal aku untuk meeting di syarikat beberapa hari sebelum berangkat ke Matsumoto~ Alhamdulillah, proses kuarantin berjalan dengan baik tanpa sebarang gejala yang tidak diingini dan aku pindah ke hotel berdekatan dengan syarikat berdekatan dengan Kawasaki Station bagi memudahkan perjalanan nanti~ 

Foto di depan Matsumoto Castle

Pertama kali dapat offer murah untuk menetap di Hotel Nikko Kawasaki; paling best ialah breakfast style buffet yang lengkap sesuai dengan 4-star rating (Biasanya business trip cuma duduk 3-star rating sebab murah) cuma yang tak puas hati ialah size bilik kecik sampai nak solat pun kena berdiri atas katil! Berangkat ke Matsumoto dari Kawasaki mengambil masa selama 3 jam perjalanan menggunakan keretapi; dalam perjalanan boleh lihat beberapa kawasan masih ditutupi salji walaupun dah masuk akhir musim~ Sampai sahaja di Matsumoto, aku terus berjalan kaki menuju ke hotel berdekatan stesen untuk check in.. Memandangkan hari masih cerah, aku terus jalan kaki menuju ke 松本城 (Matsumoto Castle) yang juga merupakan antara spot menarik untuk dituju di area sini.. Hujan mula turun setelah selesai ronda-ronda di dalam 松本城 jadi aku segera jalan-jalan cari restoran untuk sekalian makan malam dan kebetulan ada restoran Thai yang ada seafood curry! 

Foto di depan 善光寺

Sengaja aku atur jadual ke Matsumoto pada hari Jumaat supaya ada waktu untuk jalan-jalan pada hujung minggu.. Kalau dah datang area Chubu, sudah pasti ramai akan hadir ke Snow Monkey untuk melihat monyet mandi-mandi dalam air panas~ Oleh sebab aku malas nak travel sendiri, aku google dan jumpa tour guide yang buat One-Day trip di Nagano City dan destinasi akhirnya ialah Snow Monkey~ Selesai sarapan pagi, terus berangkat menaiki train dari Matsumoto menuju ke Nagano untuk bertemu tour guide.. Tour guide pun orang Netherlands bangsa cina yang nikah dengan orang Jepun setelah habis kuliah di Jepun~ Kebetulan juga yang ikut serta trip cuma aku sendiri jadi boleh ikut timing sendiri sepanjang hari~ Destinasi pertama yang dituju adalah 善光寺 (Zenko-Ji) yang dibina pada abad ke7! Yang berminat nak tau sejarah boleh baca sendiri dekat Wikipedia~ 

Foto dengan snow monkey

Makan tengahari di Monzen Terrace Enya sambil solat jama qasar di dalam restaurant sebelum bergerak menaiki keretapi ke Snow Monkey Resorts~ Setiba di stesen Yudanaka, kami naik van sebab resort itu terletak 5km dari stesen jadi kalau tak ada pengangkutan sendiri, amat leceh! Walaupun tiba di pintu masuk resort, tetap perlu berjalan kaki naik ke atas sejauh 1.7km menaiki melalui lereng bukit untuk tiba di taman~ Yang jelas, memang banyak monyet yang bermain-main di area situ cuma sayangnya waktu aku tiba, salji dia tak tebal sangat jadi imej National Geographic yang selalu aku lihat itu tak sama dengan apa yang aku lihat ketika di situ.. Pengunjung dinasihatkan supaya tidak pandang bertemu mata dengan monyet lebih-lebih lagi ketika mereka sedang mandi bagi mengelakkan kena serang! Trip berakhir apabila tiba di Nagano station semula dan makan malam hari itu aku jumpa satu restoran malaysia yang terletak berhampiran dengan Matsumoto Station~


Restoran Kayu Manis Halal Cafe ini dibangun oleh satu pasangan Malaysia suami isteri beranak 4 dan kebetulan aku jumpa di dalam instagram! Kalau tengok di google map tulis tutup, tapi bila tanya langsung kat instagram, pemilik restoran kata kalau Malaysian dia ajak je datang tak kira waktu! Sesampai sahaja di restoran sekitar jam 6pm setelah solat maghrib di hotel, agak terkejut restoran itu juga merupakan rumah yang mereka diami! Kebetulan ada pengunjung orang Malaysia yang juga bekerja di Jepun di situ jadi boleh sembang-sembang sambil menunggu makanan~ Pasangan suami isteri ini dulu nya bekerja di kilang yang sama selama lebih 10 tahun sebelum isterinya nekad untuk berhenti kerja dan buka restoran di situ bagi memudahkan urusan jaga anak~ Bisnes makanan halal juga agak rancak apabila ada pesanan masuk dari Hokkaido dan Okinawa dan makanan juga boleh tiba pada keesokan harinya memandangkan perkhidmatan pos Jepun yang maju~


Isnin itu aku bergerak ke kilang menggunakan taksi dan keesokan harinya pula site visit kilang di Yamanashi dengan menggunakan kereta yang dipandu oleh senior~ Sewaktu tiba di kilang, agak nostalgia kerana January 2013 aku menghabiskan masa sebulan di kilang yang sama atas urusan project training~ Malam itu aku bergerak pulang ke Tokyo kerana keesokan hari nya aku perlu ke pejabat imigresen atas urusan 在留更新手続き (Extension visa permit)~ Sengaja pilih untuk apply di Tokyo dan bukannya di Yokohama supaya boleh banding di kemudian hari; agak terkejut kena beratur panjang dari luar bangunan lagi! Setelah lama menunggu giliran, agak kecewa apabila diberitahu pemohonan di tolak kerana ada dokumen yang kurang lengkap membuatkan aku perlu ke HQ di Kawasaki keesokan harinya bagi mendapatkan dokumen yang diperlukan! 

View di dalam TeamLab Odaiba

Mujur aku memang ada siapkan hari spare kerana hal-hal begini tidak boleh diduga! Oleh kerana masih ada waktu di Tokyo, aku pun jalan-jalan sekitar Immigration Office yang terletak berdekatan dengan Odaiba~ Kebetulan TeamLab ada event di situ dan aku juga pernah masuk event mereka di Jakarta membuatkan aku minat nak cuba yang di Tokyo walaupun tiket agak mahal! Jujur kata pengalaman dia memang tak ternilai, sesiapa sahaja yang ada peluang, silalah pergi kerana memang seronok terutamanya anak-anak! Setelah puas, aku keluar jalan kaki menuju ke Divercity Tokyo yang menempatkan Gundam gergasi untuk sesi foto sebelum bergerak ke Tokyo Station untuk bertemu dengan junior untuk makan malam bersama~ Niat di hati nak solat di Tokyo Station tapi malangnya surau tutup awal pulak waktu itu (-_-") Kami makan di Zero Two Nasi Kandar Tokyo yang baru di buka pada tahun ini~ Walaupun aku tinggal di Penang sekarang, menu yang diberikan boleh tahan sedap!

Foto di hadapan restoran

Keesokan pagi nya aku terus bergegas ke HQ Kawasaki untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan sebelum menuju ke Yokohama Immigration Office bagi tujuan yang sama~ Alhamdulillah, orang tidak terlalu ramai dan tidak ada komen lanjut dari pihak immigration membuatkan urusan selesai sekitar tengahari~ Oleh kerana masih ada waktu, aku memilih untuk jalan-jalan sekitar Hotel di Ueno dan kebetulan hotel itu ada sediakan voucher discount untuk pengunjung yang berminat ke Tokyo Skytree yang juga antara destinasi yang aku ingin pergi sejak dulu~ Indah sungguh pemandangan dari menara tertinggi di dunia 634m tapi pengunjung hanya boleh berada di ketinggian 450m! Malam itu aku makan malam dengan 2 ex-lab mate sewaktu zaman university; seorang sedang bekerja di area Tokyo dan seorang lagi sanggup datang jauh dari Chubu semata-mata ingin berjumpa! Pertemuan sulung 10 tahun setelah graduasi kali ini memang penuh nostalgia apabila masing-masing buka cerita zaman pelajar!

View bawah dari ketinggian 450m

Salah seorang siap ada simpan nombor telefon Professor dan langsung telefon untuk bertanya khabar! Sempat juga video call dengan beberapa ex lab mate yang lain yang tidak dapat hadir kerana pertemuan kali ini hanya dirancang 3 hari sebelumnya! Borak sakan di restoran sampai restoran tutup jam 11 malam, ingatkan dah tamat sampai di situ, tak sangka pula mereka ajak borak-borak di hotel sampai subuh! Besoknya aku kena ambil PCR covid test sebelum naik flight pulang ke Malaysia keesokan hari nya~ Sempat singgah Starbucks Reserve® Roastery Tokyo walaupun nak masuk kena tunggu 180 minit! Sanggup jalan kaki ke Tokyo Jamii untuk solat sebelum kembali ke lokasi yang sama semata-mata nak ambil foto!

View dari Meguro

Nasib baik la pemandangan bunga sakura di Meguro memang cantik jadi dapat cuci mata sekali~ Alhamdulillah result COVID juga negative jadi dapat la pulang dengan hati yang tenang.. Oleh kerana flight pukul 5 petang, aku ambil keputusan jalan-jalan di sekitar Ueno Zoo untuk menikmati bunga sakura di sana~ Berangkat ke Narita Airport menggunakan Narita Express hanya mengambil masa 1 jam untuk tiba di airport! Rezeki apabila jumpa kedai di dalam airport yang menawarkan jersey kebangsaan Jepun original pada 50% harga! Terus beli 1 set untuk anak~ Tiba di KLIA pada tengah malam dan oleh kerana masih kuarantin hotel masih mandatori bagi mereka yang tiada rumah, aku pilih untuk kuarantin 5 hari di Dorsett Subang~ Hari terakhir quarantine pada 1st April merupakan hari kerajaan mengumumkan tiada lagi mandatori kuarantin bagi pengunjung luar negara (笑)  dan semoga berkekalan sehingga kiamat insyaAllah! 


p/s  Proses menunggu visa permit mengambil masa 2 bulan lebih!

Monday, 29 November 2021

AstraZeneca Vaccine



Ketika dunia masih lagi bergelut dengan COVID-19 dan vaksin masih baru diperkenalkan dan belum tersebar meluas seperti sekarang (Nov 2021), waktu itu aku masih di Jakarta dan oleh kerana semua negara pasti akan fokus pemberian vaksin kepada warganegara mereka terlebih dahulu, jadi aku risau kalau nak tunggu turn dapat via MySejahtera mesti lama dan kemungkinan susah lebih-lebih lagi dengan kes aku yang tidak menetap di Malaysia~ Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal bila baca menteri koordinasi vaksin pada ketika itu (28 April 2021), KJ memberitahu vaksin AZ akan open secara "first come, first serve" dan kita boleh pilih tanggal vaksin itu sendiri! Tanpa fikir panjang, aku terus apply tanggal 1st June sebab kebetulan memang plan nak balik Malaysia selepas raya tahun ini gara-gara ada project yang perlu aku uruskan 4 hari selepas 1 Syawal jadi tahun ini kali pertama aku tak dapat balik beraya bersama keluarga pada 1 Syawal!




Punya la semangat dah beli tiket flight 23 Mei sebab waktu itu tempoh quarantine wajib di hotel adalah hanya 7 hari bagi mereka yang sudah melakukan PCR swab test 3 hari sebelum berangkat menaiki pesawat jadi pengambilan vaksin pada 1st June harusnya tiada masalah~ Tanpa disangka, tiba-tiba tempoh quarantine naik kepada 14 hari balik gara-gara VOC Delta yang menyerang ketika musim raya (-_-") Sewaktu checkin, sempat juga tanya boleh keluar sekejap ke tak untuk ambil vaksin tapi staff KKM yang jaga hotel itu cakap, "Selagi status High Risk dalam MySejahtera tak tukar, encik pergi PPV pun depa tak bagi masuk" so terpaksa pasrah ada kebarangkalian tunggu turn vaksin kat Indonesia sahaja waktu itu~ Adik yang kerja KKM cuba tolong jugak tapi since vaksin ni under MOSTI jadi tetap tak leh buat apa (泣) Cuba call MySejahtera hotline banyak kali untuk cuba tukar tarikh, tapi setiap kali call samada line tak masuk, atau pun tak ada orang angkat! 

View inside PPV IDCC Shah Alam well managed!

Alhamdulillah, aku dibenarkan untuk walk in sahaja ke PPV setelah selesai tempoh quarantine berkat bantuan adik aku yang tolong tanyakan langsung kat staff KKM yang jaga di PPV berkenaan.. Selesai quarantine tanggal 5th June, aku langsung walk in ke PPV pada tanggal 8th June walaupun sempat di tahan oleh security ketika minta aku tunjukkan screen phone untuk melihat appointment date and time setiap calon yang ingin masuk ke PPV~ Hanya jawab, "ada telefon dan suruh datang" baru security benarkan masuk (笑) Jujur kata, PPV di IDCC Shah Alam memang terbaik dari segi pengaturan keluar masuk, dan segala proses yang menurut aku cukup lancar; hanya kurang lebih 15 minit sudah selesai terima vaksin, dan perlu menunggu sekitar 15 minit lagi untuk tempoh menunggu bagi memastikan tidak ada gejala baru dibenarkan pulang~ 



Dose ke 2 bagi vaksin AZ berbeza dengan jenis yang lain iaitu jarak masa antara dose itu ialah 8~12 minggu dan hampir 3 bulan lama nya.. Mau ga mau memang kena ambil dose 2 di Indonesia sebab tak sanggup nak lalui quarantine hotel sokmo yang cukup membosankan! Sewaktu di Jakarta, aku dah dapat tanggal dose 2 melalui MySejahtera pada tanggal 3rd August jadi aku pergi ke Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS) berdekatan office sebab di Indonesia, rata-rata PPV dia adalah di PUSKESMAS.. Aku di minta ke RS Cikini sebab di situ yang memberikan AstraZeneca 2nd dose jadi bergerak la aku ke sana dengan harapan boleh ambil vaksin.. Sayangnya, doctor yang bertugas memberitahu di Indonesia, mereka hanya akan beri setelah cukup 12 minggu dari dose pertama (笑) Aku cuba berikan fakta dari negara-negara lain tapi mereka tetap berpegang kepada informasi yang sudah ditetapkan oleh kementerian kesihatan Indonesia jadi tak boleh nak ubah~ 

Drive-thru vaccine center

Malah, untuk kes aku yang sudah mendapatkan dose pertama di negara luar dan cuba mendapatkan dose ke 2 di Indonesia, oleh sebab sistem rekod belum terintegrasi, sertifikat yang akan dikeluarkan akan tertulis sebagai dose 1 meskipun untuk kes aku, jumlah nya sudah lengkap menerima dua dos~ Setelah dapat informasi dari komuniti Malaysia melalui WhatsApp, aku pergi ke PPV di Jakarta Selatan yang memberikan vaksin secara drive-thru.. Waktu ke sana, agak terkejut dengan barisan kereta yang beratur panjang, jadi aku ambil cara mudah dengan langsung jalan kaki bertemu dengan pegawai yang bertugas sebab risau kalau dah beratur lama sekali tidak dibenarkan ambil jadi tidak mahu buang masa~ Alhamdulillah proses pengambilan vaksin juga cukup lancar tanpa banyak kerenah dan langsung diberikan suntikan dan masuk ke bilik menunggu yang disediakan selama 15 minit sebelum diberikan sertifikat sementara; sertifikat rasmi perlu download melalui aplikasi Peduli Lindungi, aplikasi seperti MySejahtera di Indonesia!

Vaccine Certificate in Indonesia

Muncul masalah baru iaitu masing-masing aplikasi, MySejahtera dan Peduli Lindungi memiliki sertifikasi 1 dose jadi perlu integrasi salah satu bagi memudahkan perjalanan hendak ke mana-mana memandangkan Indonesia memang strict; nak masuk mall pun kena tunjuk bukti dah vaksin baru dibenarkan masuk! Aku mula menghubungi pihak MySejahtera sejak pertengahan August untuk mengintegrasikan sekaligus mengakui sertifikasi vaksin yang aku ambil di Indonesia; mula-mula menerusi e-mail, kemudian di pertengahan September, ganti pula ke aplikasi melalui MySejahtera, tetap tidak ada perubahan! Siap pergi ke PKD Petaling, pastu ke JKN Selangor untuk bertanyakan masalah yang sama tapi response yang diberi ialah kena tunggu dari pihak MySejahtera jugak! Akhirnya penantian berakhir pada tanggal 25 November apabila status MySejahtera bertukar kuning hasil interaksi dengan team MySejahtera melalui twitter selama hampir 2 minggu!  ALHAMDULILLAH! 

 

Thursday, 2 September 2021

COVID-19 Escape: Part 3

 23 May ~ 4 July - KUALA LUMPUR


Menunggu sekian lama untuk proses mendapatkan visa buat isteri dan anak-anak sejak akhir February dan alhamdulillah visa terima akhir April.. Setelah bincang dengan isteri, kami sepakat untuk tunggu setelah raya sahaja memandangkan aku juga ada beberapa project yang kebetulan bermula betul-betul setelah hari raya jadi nak tak nak memang tak balik raya buat kali pertama sejak bertugas di Indonesia tahun 2013! Penerbangan hari Ahad pagi menggunakan pesawat Garuda jadi Jumaat pagi kena ambil PCR test; alhamdulillah siang tu dah keluar keputusan Negative dan langsung ambil hard copy sebagai syarat untuk naik pesawat~ Bilangan penumpang boleh tahan ramai termasuk orang Indonesia yang kebanyakannya kelihatan seperti pekerja konstruksi.. Pesawat selamat mendarat di KLIA sekitar jam 11 pagi waktu tempatan~ Ketika check-in MySejahtera di KLIA, perasan ada point khusus yang menyanyakan apakah sudah lengkap 2 dos vaksin yang pastinya "game changer" buat Air Travelers selepas ini~ 

Bagus gila siap kasi penyapu kecik siap-siap sebab memang perlu since nama makan dalam bilik, macam-macam sampah ada

Mujur juga sudah bawa hasil PCR test siap-siap jadi boleh langsung maju ke lokasi menunggu bas bersama pengunjung lain yang ambil Standard Package Quarantine Station~ Stress bila lihat jumlah hari kena quarantine ialah 14 hari yang baru diumumkan 4 hari sebelum penerbangan aku sebab sebelum ini hanya 7 hari quarantine hotel kalau ada PCR test (-_-") Takdir menemukan kembali dengan seorang Malaysian yang sama aku berkenalan ketika pulang ke Indonesia pada November tahun lalu sebab dia pun kebetulan pulang ke Malaysia mengikut penerbangan yang sama! Ngeri juga bila dia cerita pernah kena Covid-19 ketika quarantine hotel di Jakarta sekembalinya dari Malaysia March lepas yang membuatkan dia terpaksa dipindahkan ke hotel yang lain cuma syukurnya dia tiada symptom yang parah jadi cukup 10 hari dia dibenarkan kembali meneruskan perjalanan~ Kami ditempatkan di Mercure Hotel berdekatan dengan Bukit Bintang dengan bayaran RM140 per hari sudah termasuk 3x makan minum~ 

Aktiviti cuci baju secara manual yang dulu selalu buat time asrama.. Hotel quarantine kat Jepun dan Indonesia pun sediakan service laundry, nape Malaysia takde eh?

Check-in di hotel sekitar waktu Zuhur, alhamdulillah size kamar juga sedikit luas berbanding hotel IBIS yang aku dapat September tahun lalu~ Salute dengan management hotel yang cekap dalam pengendalian swab test pada hari ke 10 dan juga sewaktu check out pada hari ke 14 yang mana hampir tiada penumpukan orang dalam suatu tempat yang sama sampai perlu beratur ramai-ramai seperti kejadian di IBIS tahun lalu~ Awalnya minta untuk late check out sebab kena ambil online exam tapi sayangnya tidak dibenarkan dengan alasan QS (Quarantine Station) bukannya hotel (泣) Hari ke-10 kami sudah diberi borang untuk pelepasan sekiranya hendak merentas negeri dan info nya wakil yang ingin hadir perlu ke balai polis untuk apply buat diri sendiri tapi info dari isteri, kalau tinggal di dalam KL tidak perlu (笑)  Check-out time memang dah susun per floor tapi dia beri kelonggaran untuk kes khusus macam aku untuk keluar lebih awal supaya boleh balik cepat untuk ambil exam tu~


Peneman sepanjang quarantine

Hanya sempat bertemu Ummi di Shah Alam sebanyak 2x sepanjang 1 bulan di Malaysia gara-gara pelarangan rentas negeri (泣) Kasihan sebab Rumi pun tak dapat luang waktu yang lama dengan Ummi sejak lahir sebab lahir ketika pandemik dan waktu ada kelonggaran, aku pula sudah di Jakarta dan isteri susah nak handle 2 budak dalam 1 masa untuk ulang-alik Shah Alam~KL (-_-") Booking tiket pesawat pada 4 July sebab kena masuk Indonesia sebelum 13th July kalau tak Visa expired dan kena buat semula.. Beberapa hari sebelum flight, boss dah sounding suruh fikir-fikir dulu sebab keadaan Covid di Indonesia makin teruk sampai beberapa perusahaan Jepun dah mula suruh rakyat depa keluar dari Indonesia sebab beban kesihatan di sana sudah overload dengan pesakit Covid yang setiap hari sekitar 50,000 kes yang terdeteksi~ Minta isteri re-consider untuk balik Jakarta sekali kali ini tapi dok fikir faktor-faktor lain membuatkan kami pasrah sahaja dan nekad untuk pulang bersama~


Dah nak checkout baru dapat gelang pink (笑)


Tiket pulang Jakarta pada 4th July (Ahad) jadi Jumaat itu kami lakukan PCR swab test di Pantai Hospital; kali ke2 buat isteri dan kali pertama buat Nuha dan Rumi.. Kagum sebab Rumi yang waktu ini berusia hampir 9 bulan tidak menangis sangat waktu kena swab berbanding si kakak yang dah memang meronta-ronta dari awal sebab dah lihat si mak nya kena dulu (笑) Biaya PCR hanya RM220 dan lebih murah kalau di banding di tempat sekitarnya.. Selesai dari situ, aku ke balai polis berdekatan untuk urusan permit kebenaran untuk rentas negeri memandangkan situasi masih MCO dan informasinya perlu ada permit ke KLIA walaupun rencana ke sana naik Limo Taxi KLIA.. Minta permit untuk 4 orang siap tunjuk tiket flight, Visa sebagai supporting doc.. Alhamdulillah tiada masalah dan langsung dapat permit tapi disaran untuk buat salinan untuk semua supporting doc sebagai langkah jaga-jaga kalau di minta ketika roadblock~


Suasana di KLIA yang sepi

Berangkat ke KLIA sekitar jam 0900 sebab flight pukul 1250 menggunakan Garuda.. Sengaja berangkat awal sebab takut jem kalau ada roadblock.. Alhamdulillah ternyata tidak ada roadblock sama sekali sebab driver taxi pandai ikut jalan dalam sampai tembus hotel tabung haji~ Penerbangan on schedule dan kami tiba di Bandara Soekarno Hatta sekitar jam 2 siang.. Proses imigrasi sedikit terhambat sebab aku kena panggil masuk dalam ruangan gara-gara nama hampir mirip dengan orang yang kena blacklist jadi kena dapatkan approval dari pegawai atasan imigresen baru boleh lepas (笑)  Selesai urusan di bandara sekitar jam 4, dan apabila keluar dari bandara, sudah ada petugas hotel yang langsung bawa ke dalam Silver Bird untuk dibawa ke hotel yang sudah aku pilih dari awal untuk karantina selama 6 hari 5 malam~ Aku pilih Wyndham Hotel di Kuningan dengan type bilik mempunyai dapur sebab senang nak urus makan minum dan susu anak~ 

Antara aktiviti ketika quarantine  

Sebelum masuk bilik, semua kena PCR test dahulu! Makanan boleh pilih antara western dan Indonesian; aku ambil 2 western dan 1 Indonesian just in case tapi turns out Indonesian punya portion lebih banyak dan enak (笑) Sayangnya Nuha masih memilih nak makan jadi ada beberapa hari kami pesan hotel service untuk menu kegemaran dia, ayam goreng~ Aktiviti sepanjang quarantine di hotel menurut aku tidak terlalu banyak beza seperti di Malaysia kerana anak-anak juga dah ibarat macam quarantine juga sebab tidak keluar ke mana-mana cuma beza nya adalah di Malaysia, ada space lebih luas dan banyak barang-barang itu buat anak-anak sibuk tapi di banding dengan hotel yang agak sempit untuk buat apa-apa~ Hari ke-5 kami kena ambil PCR sekali lagi dan alhamdulillah keesokan hari boleh check-out dengan tenang sebab result semua negative dan perlu continue quarantine sehingga hari ke-14 tapi di rumah masing-masing~


p/s "Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, lepra, dan dari keburukan segala segala macam penyakit." (HR Abu Daud nomor 1554 dan Ahmad).

Monday, 31 May 2021

Redmi Note 10 Pro

 8th April - JAKARTA

Sejak pindah dari Moto-G ke OnePlus 2 pada tahun 2015 (link), aku sudah menjadi OnePlus fan siap upgrade ke OnePlus 5t pada tahun 2018! Sejak itu aku sering tunggu waktu nak upgrade kepada model yang baru apabila tiba waktunya dan aku hampir pasti akan upgrade ke model terbaru OnePlus 9 Pro pada tahun ini memandangkan OnePlus 5t yang aku pakai sudah mula nazak apabila phone tiba-tiba mati ketika terima panggilan telefon, dan yang paling stress ialah suara kita orang lain susah nak dengar ketika menjawab panggilan padahal kita dengar suara tiada masalah sama sekali! (怒) Cuma satu hal yang buat aku kurang puas hati dengan OnePlus ialah software update yang cukup lama bagi pengguna model lama~ OnePlus 5t hanya dapat OS 10 pada October 2020; sedangkan waktu itu Android 11 dah ramai orang guna! Hal itu membuatkan aku terfikir, mungkin lebih baik cari phone yang middle range; harga murah tapi berkualiti tinggi~


OnePlus 5t


Hasil pencarian menemukan aku dengan Redmi Note 10 Pro yang baru sahaja di lancarkan di Indonesia pada 30 March yang lalu~ Hasil review di YouTube, banyak mengangkat Redmi Note 10 Pro ini antara yang terbaik di dalam kelas nya kerana memiliki 120Hz frame rate, bateri yang besar dan mempunyai NFS~ Ada juga terfikir nak pakai jenama Pixel tapi sejak tahun lalu, Indonesia sudah mula mempersulit phone yang dibeli di luar negara perlu mendaftar IMEI jadi banyak phone tidak sesuai di guna pakai dengan SIM card di sini~ Aku juga sering ada masalah ketika memakai OnePlus 5t yang aku beli di Malaysia jadi kali ini aku ingin lihat perbedaan kalau pakai phone buatan Indonesia seperti Redmi Note 10 Pro ini= Alhamdulillah, setakat ini belum ada tanda-tanda masalah kritikal, cuma satu benda yang aku rasa sedikit menyesal tak tahu dari awal ialah tiadanya notification light pada phone ini (-_-")


Redmi Note 10 Pro

Phone ini hanya akan keluar notification sekali sahaja dan setelah itu tergantung pada pengguna bila dia akan buka phone untuk lihat sesuatu.. Menurut aku, ini sedikit fatal terutama kes aku yang jarang lihat phone jadi tiada notification light membuatkan aku terpaksa lihat phone lebih kerap semata-mata untuk pastikan tidak ada yang ketinggalan (笑) Mujur "kecacatan" ini ada "ubat" apabila pengguna boleh install app "Always on Edge" untuk mewujudkan notification light ini secara teknologi! (link) Selain dari isu notification light, berikut merupakan 3 item yang menurut aku Xiaomi masih sedikit ketinggalan dari OnePlus 5t

  1. Oxygen OS
  2. Dark mode
  3. Battery

Terkait OS, memang tak dapat dinafikan Oxygen OS memang superior daripada MIUI sebab lebih menghampiri stock Android dan harmony dalam pengendalian dengan app lain.. Rasanya hanya yang dah pernah pakai Oxygen OS sahaja yang boleh rasa perbedaan dia.. Terkait Dark Mode, ini memang sakit hati sebab masih banyak app yang tak sync dengan Dark Mode dari MIUI padahal selama ini tiadak masalah selama aku pakai di OnePlus 5t.. Terakhir tentang battery, 5000mAh memang terbaik sebab 2 minggu pertama pemakaian, dia boleh tahan 2 hari full tapi tak sangka setelah itu hanya boleh tahan seharian padahal cara penggunaan yang sama.. Padahal sewaktu di awal pemakaian OnePlus 5t, aku rasa battery dia boleh tahan lebih dari sehari dengan pemakaian yang sama selama beberapa bulan sebelum prestasi dia mula berkurang.. 

Always On Edge app is the rescue!


Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan Redmi Note 10 Pro walaupun ada kekurangan di atas, tapi prestasi yang aku dapat adalah sesuai harga dan itu paling penting! Semoga tahan lama dan kita lihat apakah phone ini boleh membuatkan aku focus kepada MIUI OS buat tempoh waktu yang lama atau sebaliknya~  


Saturday, 10 April 2021

Renewal Japan VISA 2021

 8~28th March - KANAGAWA

Tiada siapa yang sanggup untuk keluar negeri terutama di musim pandemik seperti ini lebih-lebih lagi sehingga terpaksa quarantine selama 4 minggu yakni 2 minggu di negara tujuan dan 2 minggu setelah kembali =( Oleh kerana 在留カード (Residential Card) aku bakal tamat pada 21 April, aku perlu mengajukan 更新手続き (Renewal Process) 2 bulan sebelum dia berakhir dan proses ini memerlukan aku hadir sendiri ke 入国管理局 (Immigration Center) di Jepun dan tidak dibenarkan menghantar wakil~ Sempat juga di minta oleh HQ untuk tidak renew memandangkan aku tidak bekerja di Jepun pun, namun setelah memikirkan banyak hal lain seperti 出張 (Business trip) yang memerlukan aku apply visa setiap kali perlu ke Jepun, lebih baik renew sahaja seperti biasa~


Sample residence card


Izin untuk berangkat ke Jepun juga hanya terima 5 hari sebelum berangkat jadi boleh bayang banyak benda yang kalut termasuk persetujuan tempat karantina selama di Jepun dan juga hotel~ Awalnya plan berangkat naik Garuda tapi akhirnya tukar ke ANA sebab harga tiket yang lebih murah walaupun seminggu sebelumnya harga Garuda lebih murah (笑) Aturan PCR perlu di ambil 3 x 24 jam sebelum berangkat, dan oleh sebab pesawat aku berangkat hari Isnin pagi, jadi nak tak nak perlu ambil PCR pada hari Jumaat dan kebetulan hari yang sama aku ada tugas di Karawang membuatkan hari Jumaat itu benar-benar terasa seperti hari yang agak panjang sebab perlu travel ke Karawang~Mayapada Hospital~Jakarta Office untuk meeting dengan boss sebelum berangkat! 


Price differ based on how express you want to get the result~

Pesawat berangkat pukul 0715 jadi dah berangkat dari rumah sejak pukul 0515 memandangkan perjalanan ke Soekarno Hatta dari rumah hanya kurang 30 minit ketika tiada trafik~ Kena tahan sebentar ketika check-in memandangkan kali terakhir aku ke Jepun ialah pada Dec 2018 jadi pihak ANA perlu konformasi dengan imigresen Jepun untuk memastikan status aku boleh masuk Jepun atau tidak; pihak HQ sudah konformasi dengan imigresen Jepun sebelum berangkat jadi harusnya tidak ada masalah cuma sayang aku tidak ada bukti bertulis untuk menunjukkan ke mereka jadi mereka terpaksa konformasi sekali lagi~ Jam 0620 baru aku dapat pelepasan dari pihak ANA cuma muncul kendala baru apabila luggage yang aku bawa lebih 7kg daripada had 23kg per satu luggage~ Lawak jugak sebab jumlah penumpang yang berangkat hari itu kurang dari 50 tapi mereka tetap dengan peraturan ini (笑)

Special thanks to ANA crew who assist with my luggage 

Solusi yang diberikan ialah memindahkan sebahagian ke dalam beg kertas yang mereka berikan atau bayar RM250++ dan semestinya pilihan aku ialah yang gratis (笑)  Selesai urusan luggage, aku langsung di excort ke bahagian imigrasi memandangkan jam sudah menunjukkan jam 0645 iaitu waktu boarding! Boleh pulak pegawai imigresen lagi kosong waktu itu jadi terpaksa tunggu sekitar 5 minit; siap pegawai imigresen minta pinjam boarding pass sebab nak beli minyak wangi kat kedai tax free (笑) Sebaik boarding, memang fikir nak tidur memandangkan malam nya cuma dapat tidur sekitar 2 jam sebab takut terlepas flight (笑) Sedikit point yang boleh dikongsikan untuk rujukan di masa akan datang untuk penerbangan ke Jepun:

  • Ambil seat belah kiri kalau nak tengok Gunung Fuji
  • Tidak perlu minta Muslim food kalau dari Jakarta sebab di jamin halal buat penerbangan ANA; kalau dari Jepun yang better minta Muslim food sebab mereka tidak boleh check detail

Heading to Tokyo after 3 years!


Alhamdulillah, pesawat selamat tiba di 羽田国際空港 (Haneda International Airport) sekitar jam 1550 waktu tempatan~ Dalam perjalanan sempat menonton filem Doraemon Stand By Me 2; padahal baru start nak tayang kat Indonesia kot (笑) Berikut merupakan flow aktiviti sepanjang di 羽田国際空港:
  1. Check document Written Pledge, QR code for questionnaire, and PCR test negative result
  2. Saliva test 
  3. Immigration
  4. Luggage 

Questionnaire di isi secara online sewaktu berangkat dan di saran untuk screenshot QR code yang kita terima setelah selesai isi questionnaire tersebut sebab kalau tidak, apabila di 羽田国際空港, siapa yang gagal tunjuk QR code terpaksa isi ulang (-_-") Check document sahaja ada 3 checkpoint untuk memastikan lagi tidak ada yang miss dan bayangkan sahaja ruang airport itu luas jadi kita kena banyak berjalan untuk ke setiap checkpoint.. Kena tunggu sekitar 15 minit sehingga result saliva test keluar baru boleh teruskan perjalanan ke imigresen~ Risau juga kalau kena soal macam-macam ketika di imigresen tapi ternyata tidak ada pertanyaan langsung! Paling terharu apabila aku dah siap ambil cart awal-awal menuju ke ruangan pengambilan luggage, dan ketika sampai, ternyata semua luggage masing-masing sudah tersedia di atas cart siap ada nama lagi! 思いやり最高!

All check-in luggage already placed inside a cart!


Aku memilih untuk karantina 14 hari di rumah member di Hodogaya, Yokohama yang kebetulan buat servis AirBnB di rumah dia sejak sebelum pandemi~ Caj yang dikenakan 5万円 sudah termasuk transportasi dari 羽田国際空港 sebab saat ini semua pengunjung yang baru tiba dari luar negara tidak dibenarkan menggunakan transportasi umum! Kalau dibanding dengan 14 hari duduk hotel di Malaysia yang sudah aku lalui tahun lalu, jujur lebih terbantu dari segi psychology sebab ada interaksi dengan orang lain sepanjang tempoh karantina~ Makanan sepanjang quarantine hanya order via FoodPanda/UberEats dan boleh basuh baju pakai mesin cuci daripada cuci pakai tangan sewaktu karantina di Malaysia memang terbantu! Lagi best, kerajaan Jepun benarkan keluar rumah untuk membeli makanan atau keperluan harian dengan syarat pakai mask dan jaga jarak~

I think I tried a total of 4 cheese nan during my quarantine days in Japan (笑)


Kalau di Malaysia ada MySejahtera app untuk di isi status kesihatan diri setiap hari sepanjang karantina, di Jepun guna LINE app tapi sayangnya khusus untuk mereka yang mempunyai number telefon Jepun.. Buat kes seperti aku yang tidak punya, ada link yang akan di kirim jam 11 pagi setiap hari dan soalan yang ditanya cuma 2 iaitu apakah suhu melebihi 37.5℃ dan apakah ada sakit~ Aku pindah ke hotel di Kawasaki supaya berdekatan dengan office pada hari ke-13 supaya mudah untuk ke office hari keesokannya~ Sebagai rujukan peribadi buat renewal process akan datang, berikut merupakan dokumen yang diperlukan ketika di 入国管理局:
  • 転入届 (Notification of Move-In) at 区役所 (Ward Office)
  • 住民票 (Residence certificate) at 区役所 300円
  • 在留カード更新手続き申請書 (Application for Visa extension) at 入国管理局
  • Photo 4cm x 3 cm 
  • 四季報 (Company report)

My quarantine room for 14 days!


Sedikit kaget ketika document check di 入国管理局, application form yang aku guna merupakan versi lama jadi akhirnya dia minta pakai versi yang baru; mujur tak suruh balik hari itu juga tapi boleh kirim via post~ Ini merupakan pengalaman pertama sejak kali-3 renew visa yang mana aku kena tunggu lebih dari 2 jam untuk proses klarifikasi dokumen sebelum passport dipulangkan! Berangkat ke Kyoto pada tanggal 25 March dengan misi untuk berjumpa keluarga angkat sebab terakhir bertemu sejak 2016 selepas majlis perkahwinan aku =( Naik bas malam berangkat dari 川崎駅 (Station Kawasaki) jam 2345 dan selamat tiba di 京都駅 (Kyoto Station) sekitar jam 0650~ Oleh kerana masih awal, aku pergi melawat 立命館大学 (Ritsumeikan University), alma mater di 滋賀県草津市 (Kusatsu, Shiga Pref) untuk beli souvenir sendiri di sambil foto-foto~

Picture at Maruyama Park


Bertemu di keluarga angkat di 京都駅 sekitar jam 1400, dari situ kami jalan-jalan menikmati 桜 (Sakura) bermula di 祇園 (Gion) ~ 八坂神社 (Yasaka Shrine) ~ 円山公園 (Maruyama Park) ~ 清水寺 (Kiyomizu Temple) sebelum kembali semula ke 京都駅 sekitar jam 1730! Terakhir menikmati 桜 di 京都 pada 2011 jadi perasaan nostalgia di tambah dengan pemandangan indah ciptaan Tuhan (感動) ~ Pertama kali jalan kaki dari 円山公園 menuju 清水寺 sekitar 1.7km dan perjalanan naik turun bukit dengan rumah/bangunan yang masih bercorak seperti zaman dahulu jadi rasa macam dalam film~ Kami makan bersama di 京都駅 dan borak tentang family sebelum bersurai sekitar jam 1930~ Malam itu aku berangkat pulang menaiki 新幹線 (Bullet train) pada jam 2000 dan tiba di 新横浜駅 (Shin-Yokohama Station) sekitar 2 jam berikutnya~ 

I sure love the beautiful scenery of Kyoto!


Aku memang sengaja tak beli banyak お土産 (Souvenirs) di luar sebab leceh nak bawa dari hotel menuju ke airport jadi memang dah plan nak beli semua dekat airport sahaja.. Ternyata plan tersebut makan diri apabila semua kedai tutup di airport walaupun baru pukul 10pm dan alasan yang diberikan ialah COVID-19; memang masuk akal sebab KLIA pun kedai tutup dan jumlah pengunjung kat airport waktu itu juga memang sepi! Pertama kali balik tanpa お土産 (笑) Pesawat berlepas jam 2330 dan selamat tiba di Soekarno Hatta Airport sekitar jam 0450~ Mungkin sebab pagi dan orang tidak ramai, keluar dari pesawat jam 0500 sehingga dapat luggage jam 0530! Apabila sudah keluar airport baru ditanya akan karantina di hotel mana dan memang kita disaran untuk reservasi sebelum tiba supaya memudahkan urusan di airport~

Quarantine room at Harris Vertu


Aku memilih untuk karantina 6D5N di Harris Vertu di Jakarta Pusat yang kebetulan tidak jauh dari rumah~ Harga dikenakan IDR 8,15 Juta sudah termasuk 3x makan, 2x PCR, laundry dan transportasi dari airport! Paling best makanan siap boleh pilih nak Indonesian atau Western! PCR di lakukan pada hari ke-2 dan hari ke-5 dan kita hanya dibenarkan check-out hotel apabila kedua-dua result PCR nya adalah negative! Waktu pengambilan PCR pun tidak ada ketentuan waktu yang fixed; tiba-tiba sahaja di telefon di kamar bahawa doctor sudah menunggu di dewan (笑) Kebetulan hari ke-5 itu ada meeting zoom pada waktu yang sama jadi nasib baik doctor sanggup tunggu satu jam lebih~ Waktu hari ke-6 pun tidak diberitahu detail pukul berapa checkout, tau-tau dapat WhatsApp dah boleh checkout pukul 12~1pm (笑) Selepas checkout, ambil taxi menuju ke apartment dan sambung quarantine sampai hari ke-14! 

p/s 5 tahun tak jumpa sakura!

Tuesday, 30 March 2021

Pulau Tidung 2D1N Trip

 31st Dec ~ 1st Jan 2021

Kebosanan tanpa kegiatan sewaktu cuti hujung tahun sehingga tahun baru kerana tinggal keseorangan di rumah membuatkan aku nekad untuk pergi bercuti tanpa perlu keluar Jakarta disebabkan adanya larangan untuk melepasi sempadan bagi membendung masalah Covid-19 daripada merebak~ Awalnya ada juga hubungi agent travel seperti HIS namun jawapan yang diberi sudah terlambat dan yang tinggal hanya staycation hotel yang menurut aku tidak ada beza seperti tinggal di rumah sendiri kerana tetap sendirian (笑) Akhirnya aku bertemu dengan pilihan untuk ikut wisata ke Pulau Seribu dan destinasi yang dituju ialah Pulau Tidung yang terkenal dengan tourist spot selain snorkeling dan yang lain nya.. Sengaja aku pilih open trip supaya tidak berasa sendirian sangat di samping menambah kenalan baru~


Explanation by PEMDA regarding Health Protocol during Holiday


Berangkat dari Marina Ancol kerana aku memilih menggunakan speed boat daripada boat biasa jadi harga menjadi IDR 680k termasuk penginapan, makanan dan peralatan snorkeling~ Berikut merupakan itinerary ringkas sepanjang aktiviti di Pulau Tidung:

Day 1

08:00  Depart from Marina Ancol ~ Pulau Tidung
09:30  Arrive at Pulau Tidung & check-in
11:30  Lunch
13:00  Snorkeling 
16:00  Cycling around the island and watch sunset
21:00  Seafood barbeque

Day 2

05:30  Sunrise
07:00  Cycling to Pulau Tidung Kecil and Jambatan Cinta
09:00  Breakfast
10:00  Motorcycle ride around the island
12:00  Friday Prayer
14:00  Depart from Pulau Tidung ~ Marina Ancol
15:30  Arrived at Marina Ancol


Sunset at Pulau Tidung

Berangkat dari rumah menggunakan blue bird taxi setelah subuh sekitar jam 0615 sebab waktu itu kami diminta untuk tiba di dermaga Marina Ancol sebelum jam 7 pagi.. Terkejut apabila banyak pintu masuk di tutup di Ancol gara-gara Covid sampai taxi pun di suruh beratur untuk beli tiket masuk kenderaan sebab sebelum ini cuma kenderaan peribadi sahaja yang perlu~ Sewaktu berangkat, ada sedikit penjelasan daripada pihak polis terkait protokol kesihatan yang perlu di jaga sewaktu wisata dan penjelasan itu diberikan di dalam speed boat~ Oleh sebab peserta lain sudah berangkat lebih awal naik boat biasa, aku ingatkan aku sampai lambat, rupanya sebaliknya! Dihantar ke chalet terlebih dahulu menaiki motor membuatkan aku boleh cop tempat tidur sendiri sebab waktu itu belum tahu berapa orang yang bakal tinggal di chalet yang sama~ 


Jembatan Cinta 800m


Satu jam berikutnya baru ditemukan dengan group dari Karawang seramai 6 orang yang berusia awal 20-an dan ada yang masih sekolah menengah! Awalnya agak pelik juga bagaimana mereka boleh lolos masuk Jakarta sebab info awal susah nak masuk lagi-lagi mereka pakai kenderaan umum dari Karawang tapi info nya mereka sudah lakukan rapid test jadi sepatutnya tiada masalah~ Kebetulan aku juga banyak project di Karawang jadi senang ajak borak~ Agak kecewa aktiviti snorkeling kali ini tidak begitu menarik kerana musim dan juga air nya juga kurang jernih jadi susah nak nampak ikan dan koral bawah laut~ Kondisi perut yang tidak begitu baik waktu itu sehingga aku muntah dalam perjalanan pulang menambah garam dalam aktiviti snorkeling kali ini (笑)


Relax at the beach


Sunset di Pulau Tidung agak menarik dengan lokasi yang begitu strategik cuma sayangnya hari itu matahari di lindungi awan jadi tidak dapat pandangan yang diinginkan~ Barbeque seafood malam itu agak mewah dengan jumlah yang banyak dan rasa nya yang fresh! Aktiviti jalan kaki melihat sunrise di Jambatan Cinta di samping menyambut tahun baru juga agak menarik walaupun sedikit memenatkan! Guide baik hati membawa aku keliling pulau yang berpenduduk kurang daripada 5,000 orang menaiki motor setelah peserta lain sudah pulang kerana boat mereka berangkat jam 10 pagi~ Akhirnya dapat juga mengerjakan solat Jumaat di masjid di Pulau Tidung yang merupakan zone hijau; terakhir solat jumaat sebelum pandemi! Ketika tiba di dermaga Marina, masalah mendapatkan taksi dan grab kerana mereka tidak dibenarkan masuk jadi terpaksa jalan kaki jauh ke pintu masuk untuk naik taksi!


  p/s  Plan nak pergi Pulau Putri pula lepas ni~

 

Thursday, 26 November 2020

COVID-19 Escape: Part 2

 13th Sep - 12th Nov

Kondisi Jakarta semakin parah sejak PSBB transisi bermula 5th June yang lalu yang mana graf kes baru COVID-19 saban hari semakin meningkat namun lain pula situasi jalanan apabila kita lihat ada sebilangan kecil yang masih tidak mahu ikut protokol kesihatan yang sudah ditetapkan seperti tetap duduk berkelompok dalam satu tempat, dan tidak memakai masker (sebab hisap rokok) dan sebagainya.. Alhamdulillah, rata-rata yang berpendidikan yang aku kenali termasuk pekerja di office sendiri mempunyai tahap kesedaran yang tinggi sehingga ada yang sanggup tidak mahu naik transportasi umum lagi sebab takut terinfeksi! Office juga mengambil pendekatan baru dengan memperkenalkan flex hour dan pekerja bebas memilih untuk masuk seawal 6:30 pagi dan boleh pulang seawal jam 3 sore~

During PSBB transisi, the number increases due to the state government doing mass testing compared to early days


Oleh kerana isteri bakal melahirkan anak kami yang kedua dengan EDD (Estimated Delivery Date) yang diinformasikan oleh doctor pada 6th Oct, aku sudah membeli tiket penerbangan pada 13th Sep pada awal August dan telah mengirim email kepada Ketua Imigresen Malaysia 1 bulan sebelum penerbangan sesuai informasi yang aku dapat untuk mendapatkan izin pulang ke Malaysia.. Tunggu sehingga akhir bulan tetap tidak ada khabar, aku mula contact bahagian kedutaan dan diberi nombor telefon pegawai yang bertugas di Malaysia dan hampir setiap hari aku telefon tidak ada yang angkat! Tujuan aku telefon hanya satu iaitu mendapatkan status izin yang aku request menggunakan email sesuai yang diminta yang mana mulai awal September aku sudah berkali-kali kirim email ke merata pegawai mengikut saranan orang~

Number of emails I sent to Immigration


1 minggu sebelum hari berangkat baru telefon aku diangkat dan waktu itu kata-kata yang membuatkan aku rasa sedih apabila diberitahu biasanya kalau tidak ada reply dalam masa 3 hari, boleh dianggap request aku tidak diterima! (涙) Waktu itu dah pasrah malah isteri pun dari awal dah redha kalau aku tak dibenarkan balik tapi dalam hati memang plan nak fight till the last breath~ Hampir setiap hari contact dengan Kak Rashidah di embassy tanyakan status dan dia sendiri nasihat minta wakil ahli keluarga yang langsung bertemu dengan pejabat Imigresen di Putrajaya untuk dapatkan pelepasan sebab lagi cepat~ Flight aku hari Ahad jadi paling lambat perlu dapat izin hari Jumaat dan alhamdulillah, ayah mertua sudi membantu bertemu dengan Timbalan Pengarah Imigresen Malaysia pada pagi hari~

Need to get approval from Immigration Malaysia since I left during MCO


Jumpa tidak sampai 10 minit dan diberitahu insyaAllah akan dapat izin petang itu membuatkan hati rasa lega tidak terkira! Sehari sebelumnya aku ada contact pegawai MAS yang incharge di Jakarta untuk dapatkan lifeline sekiranya aku boleh boarding tanpa ada izin tertulis tapi dia kata memang SOP dia perlu ada izin jadi dia pun tak leh nak tolong apa-apa (泣) Time tengah happy dapat oral approval dari Timbalan Pengarah, tiba-tiba dapat berita kacau stim apabila pegawai MAS tu share di group Malaysia Diaspora di Jakarta terkait prosedur baru buat rakyat Malaysia yang ingin keluar masuk pada jam 1pm yang mana memberitahu rakyat Malaysia yang ingin masuk Malaysia tidak perlu lagi memohon izin Imigresen tapi time hendak keluar Malaysia sahaja yang perlu (笑) 

Malaysians no need to wait for approval anymore!!


Yang lebih buat geram, dokumen rasmi itu di tanda-tangani pada 10th Sep, satu hari sebelum ayah mertua aku pergi berjumpa Timbalan Pengarah (笑) Alhamdulillah, proses check in di bandara Jakarta lancar tanpa sebarang konflik dan sepanjang penerbangan, boleh kata bilangan cabin attendant adalah separuh daripada jumlah bilangan penumpang di dalam flight! Selamat mendarat di KLIA pada jam 9:30pm dan flow dia adalah seperti dibawah:
  1. Isi borang Health Alert dan check in MySejahtera
  2. Ambil swab test
  3. Bayar swab test RM 150
  4. Kaunter imigresen
  5. Isi borang NADMA
  6. Tunggu cukup 25 orang
  7. Ambil bag menuju bas
  8. Sanitasi semua bag
  9. Naik bas menuju hotel yang ditunjuk 

Part yang paling lama ialah menunggu nak cukupkan korum group untuk naik bas yang mana untuk kes aku hari itu mengambil waktu hampir 1 jam! Sebelum mengambil bagasi, kami dipisahkan terlebih dahulu mengikut kedatangan negara masing; waktu itu selain Jakarta ada dari Perth, Seoul, dan Dubai~ Berangkat menuju ke hotel yang kami tidak diberitahu akan dapat hotel yang mana pada jam 11 malam dan tiba di hotel sekitar jam 12 tengah malam! Alhamdulillah aku dapat quarantine station (QS) di IBIS Kuala Lumpur City Center yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan berbintang 4.. Amat bersyukur walaupun kena bayar RM150 per malam tapi quality yang diterima cukup baik berbanding dengan cerita-cerita orang lain yang dapat QS yang ibarat duduk asrama~ Kami di minta selesai proses pembayaran terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik masing-masing dan suasana menuju ke bilik dah macam dekat hospital swasta! 

Check in at IBIS KLCC during midnight


Servis yang aku terima sepanjang berada di QS itu memang terbaik walaupun pada awalnya agak pelik apabila makanan yang aku terima macam kurang sesuatu.. Hanya perasan apabila dapat menu nasi lemak tapi tanpa sambal gara-gara waktu check-in malam itu aku ditanya ada apa-apa yang ingin di info kepada pihak hotel macam makanan atau apa dan aku beritahu aku tidak makan pedas (笑) Terpaksa call chef semula dan jelaskan yang aku maksudkan pedas itu adalah makanan yang guna cili padi dan yang extreme, kalau setakat sambal di nasi lemak itu tiada masalah! Kami dapat 3 kali servis makanan setiap hari namun tidak diberitahu menu apa jadi tinggal pasrah sahaja~ Sekiranya perlu, dibenarkan order Grab buat fast food tapi penghantaran ke kamar hanya akan dibuat setelah jam 5 petang ke atas jadi kena control timing or else makanan yang diterima nanti dalam keadaan sejuk~

Some foods at QS


Mujur lokasi hotel ke rumah mertua tidak terlalu jauh jadi mudah untuk mereka bantu hantarkan monitor ke hotel bagi memudahkan aku bekerja~ Apabila ada masa terluang, aku isi dengan layan Netflix dan main PS4 siap sempat habiskan Ghost of Tsushima sepanjang masa quarantine (笑) Hari ke2 baru aku dimasukkan ke dalam group WhatsApp yang dikelola oleh pihak hotel dan disitulah kami bergurau-senda tentang aktiviti masing-masing; ada yang pulang kerana ahli keluarga meninggal sampai di escort sampai ke Batu Pahat untuk hadiri majlis pengebumian! Hari ke-10 baru dapat merasa keluar dari bilik untuk mengambil rapid test dan waktu beratur baru dapat tahu hotel itu memang sudah di reserve full khusus buat karantina sahaja dan hari ke-10 itu sahaja ada total hampir 300 orang yang beratur untuk ambil rapid test dan tempat pengambilan di tingkat 5 jadi bayangkan bagaimana nak urus penggunaan lift~

Rapid test inside QS


Checkout bermula mulai jam 9 pagi dan moment paling bahagia apabila pink band di potong oleh pegawai KKM menandakan semua sudah selamat sebelum maju ke kaunter polis untuk mendapatkan klarifikasi akhir sebelum keluar dari hotel.. Waktu keluar hotel pun bag di sanitasi ulang sebelum di benarkan pulang! Berangkat ke rumah bapa mertua menggunakan Grab untuk ambil kereta dan langsung menuju ke Shah Alam bertemu Ummi sebelum berangkat ke KL semula berjumpa anak isteri di rumah ibu mertua~ Plan awal untuk pulang semula ke Jakarta pada pertengahan October, tapi melihat keadaan isteri yang belum stabil ditambah lagi tiada pembantu membuatkan aku berbincang dengan boss untuk beri kelonggaran sehingga bayi berusia 1 bulan dan akhirnya sepakat aku pulang pada 10 November~ 

The famous pink band


Antara syarat untuk masuk ke Indonesia perlu mengambil PCR test dan kali ini aku ambil di KPJ Damansara dengan harga RM 388 pada 5th Nov~ Result negative langsung dapat pada keesokan harinya cuma beberapa hari setelah itu aku pilih untuk tukar tarikh penerbangan ke 12 November atas beberapa faktor peribadi tapi membantu perusahaan juga kerana kebetulan boss baru juga akan tiba pada hari yang sama dari Jepun cuma pesawat dia mendarat 3 jam setelah aku sampai jadi aku boleh bantu sekiranya ada masalah kerana dia pertama kali masuk dengan VISA kerja~ Terpaksa mengambil semula PCR test gara-gara terlebih masa berlaku 7 hari bermula dari hari pengambilan test jadi kali ini aku sengaja ambil di MSU Shah Alam alang-alang ada alasan kalau di tahan polis sebab rentas negeri~ Caj di MSU lebih murah, hanya RM 300 dan result juga keluar pada keesokan hari juga~ 

Waiting turn for PCR swab test at KPJ Damansara


Alang-alang dah di Shah Alam, ajak Ummi pergi ziarah kubur Baba dan malam itu dinner bersama keluarga sebelum berangkat semula ke rumah ibu mertua~ Kesian Ummi masih belum sempat lihat cucu yang baru gara-gara PKPB diumumkan beberapa hari setelah bayi lahir~ Berangkat ke KLIA pada pagi 12 Nov menggunakan Grab tapi harga dia lebih mahal daripada biasa; menyesal tidak booking limo dari awal (笑) Dalam perjalanan boleh pula air cond tak berfungsi tapi nasib baik driver pandai layan borak jadi tidak terlalu terasa.. Terkejut juga apabila keluar tol KLIA, ada spot check Polis yang tanyakan tentang surat-surat, aku hanya tunjuk surat yang pernah aku buat kepada Imigresen sebelum pulang ke Malaysia dan polis itu tak lihat banyak, langsung benarkan jalan (笑)

May Allah bless Baba's soul


Sampai di KLIA menuju ke kaunter Garuda, agak terkejut dengan barisan panjang yang beratur sebab awalnya aku ingat mungkin jumlah penumpang sama seperti waktu aku pulang 13th Sep yang lalu~ Mujur ada kaunter khusus untuk non-Indonesian dan aku kira sekitar 10 orang daripada 100++ jumlah penumpang adalah Malaysian dan selebihnya Indonesian yang rata-rata adalah pelajar~ Borak-borak dengan seorang penumpang Malaysia yang kebetulan seusia dan kami ada mutual friends juga jadi senang gaul~ Berangkat dari KLIA jam 1 petang menuju ke bandara Soekarno Hatta dan selamat tiba di destinasi sekitar jam 2 petang waktu tempatan~ Sekali lagi sangkaan aku meleset sebab ingatkan waiting hour menunggu segala proses administrasi sehingga imigrasi selesai adalah seperti July yang lalu yang mengambil masa hampir 2 jam tapi ternyata kali ini hanya 15 minit! Salah satu faktor adalah tiada penerbangan lain yang mendarat pada waktu yang sama dengan aku pada hari itu~

Departure


3 jam menunggu boss baru tiba, aku selesaikan semua email yang tak sempat aku check ketika di rumah dek di ganggu si kecil yang ingin perhatian~ Pertama kali juga merasa solat di mushola kecil sebelum keluar dari imigrasi~ Selesai urusan dengan boss, kami bergerak keluar dari bandara dengan tenang dan di jemput oleh kenderaan perusahaan untuk dibawa pulang ke apartmen masing-masing~ Maka bermulalah lagi 14 hari karantina mandiri tapi kali ini sedikit bebas (boleh keluar senyap-senyap) sebab di rumah sendiri dan bukan hotel yang ditunjuk (笑)

p/s InsyaAllah akan buat post lain tentang kelahiran bayi kalau rajin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC