Followers

Sunday, 13 September 2020

COVID-19 Escape: Part 1

2nd April ~ 2nd July 

Sejak awal March sudah hantar anak isteri pulang ke Malaysia siap-siap sebab plan awal harus ke Hiroshima untuk ikut training overhaul generator selama 1 bulan bermula April.. Semenjak kembali semula ke Jakarta pada 9th March, waktu itu sudah mula bertambah kes COVID-19 di Indonesia dan juga mula negara-negara lain menutup sempadan antara negara.. Company aku mula menerapkan Work From Home (WFH) bermula 23rd March dan aku sepatutnya berangkat ke Jepun pada 27th March, cuma 2 hari sebelum berangkat baru dapat khabar; client tidak membenarkan orang yang bukan dari Jepun untuk masuk site membuatkan Japan trip untuk tahun ini langsung musnah! 

MAS Flight selection in April 2020


Melihatkan kondisi kes COVID-19 di Jakarta yang saban hari semakin meningkat tapi Jakarta waktu itu masih belum melaksanakan lockdown, dah mula fikir elok pulang ke Malaysia sementara masih ada waktu.. Awalnya keluarga di Malaysia tidak nasihatkan untuk pulang kerana jelas hadis Nabi tentang jika kita tinggal di area yang lagi diserang wabak, maka jangan keluar dari tempat itu! Cuma, wabak itu ada di mana-mana dan bukan hanya di Jakarta~ Buat keputusan pulang ke Malaysia pada 2nd April dan langsung beli tiket pada pukul 10 pagi setelah mendapat kelulusan dari boss untuk pulang ke Malaysia dengan alasan untuk menjaga keluarga memandangkan Malaysia sudah lockdown! 



Waktu penerbangan juga adalah hari yang sama pada jam 4 petang dan jujur tiket penerbangan sehala itu merupakan paling mahal pernah aku beli iaitu IDR 2,9 juta (Almost RM1k) ! Kebetulan tiket itu laku kerana ramai orang ingin segera pulang sebelum kerajaan Malaysia yang mengarahkan semua orang yang masuk ke Malaysia harus karantina wajib di hotel yang ditentukan bermula 3 April! Maka tidak aneh apabila flight yang aku naik hari itu merupakan full flight! Selamat tiba di KLIA sekitar waktu maghrib, terpaksa beratur untuk mengisi borang Self Quarantine di rumah yang mengambil masa hampir 1 jam~ Waktu selesai bahagian imigrasi, langsung ambil bagasi dan order Grab untuk pulang ke Shah Alam~



Sedikit drama apabila kenderaan Grab di tahan oleh polis trafik kerana waktu itu ada undang-undang yang membataskan pergerakan kereta di jalan raya di atas jam 8 malam.. Pemandu grab bertegas dengan polis trafik bahawa dia bawa penumpang dari airport dan undang-undang ada menjelaskan terakhir jam 10 malam dan bukannya jam 8 cuma polis trafik seolah-olah tidak mahu tahu lebih-lebih lagi pemandu orang Cina.. Aku siap diminta menunjukkan bukti IC dan borang Self Quarantine lagi kepada polis trafik itu dan akhirnya dibenarkan meneruskan perjalanan setelah tertahan selama 15 minit~ Info dari pemandu Grab, hal itu sering berlaku kononnya polis ingin mencari duit lebih? 



Pilih quarantine di Shah Alam rumah Ummi sebab ada bilik kosong di tingkat atas yang siap dengan meja kerja jadi bebas dari ahli keluarga yang lain dan kurang close contact~ Setiap hari update suhu badan dalam group WhatsApp family supaya semua ambil tahu kalau-kalau ada sesuatu sebab 5th April itu nampak berita di Facebook yang ada warganegara Brunei yang turut naik flight yang sama dengan aku dari Jakarta positive COVID-19 sebab dia ikut acara tabligh di Sulawesi~ Besoknya terus email ke Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) dengan menginformasikan number tempat duduk dan sebagainya.. Dapat maklum balas dari CPRC cuma setelah itu tidak ada panggilan untuk swab test jadi aku fikir mungkin tidak ada masalah memandangkan orang Brunei itu duduk di Business Class~



3 hari sebelum tamat tempoh quarantine, aku telefon PKD untuk meminta di lakukan swab test bagi memastikan benar-benar bebas COVID-19 dan dijadualkan untuk swab test 1 hari sebelum tamat waktu quarantine.. Kebetulan lokasi swab test itu di KK Seksyen 7 yang berdekatan dengan rumah jadi tinggal jalan kaki sahaja ke lokasi.. Sewaktu sesi pendaftaran, aku baru diberitahu bahawa kalau ambil swab test di situ, polisi nya harus quarantine lagi selama 14 hari! Tak sanggup nak tunggu lebih lama sebab anak isteri menunggu membuatkan aku nego dengan KK untuk melakukan swab test di hospital swasta sahaja dengan syarat akan memaklumkan kepada mereka keputusan swab test itu kerana kalau tidak, nama akan naik ke pihak polis sebab aku dah daftar dengan PKD!



Terus booking swab test di  MSU Medical Center pada harga RM 388 secara drive-thru pada 16th April dan alhamdulillah result keluar negative pada sore hari nya.. Keesokan harinya, berangkat ke pejabat polis untuk mendapatkan kelulusan merentas negeri untuk ke KL memandangkan anak isteri tinggal bersama mertua.. Ada drama juga apabila tidak dibenarkan masuk tanpa memakai sarung tangan! Dok fikir kat mana nak cari sarung tangan ditambah lagi masalah parking dan ibu pejabat polis yang dah nak tutup pada hari itu.. Mujur ada makcik India yang sudah selesai urusan waktu itu hendak pulang, jadi aku tegur minta kebenaran untuk guna sarung tangan dia.. Biarpun menyalahi protokol, mujur makcik itu berbaik hati siap tolong spray sanitizer lagi supaya sama-sama rasa aman~



Dah dapat sarung tangan, aku tunjuk dokumen Self Quarantine dari KLIA sebagai alasan aku hendak merentasi negeri dan pegawai polis itu info sepatutnya kena buat surat rasmi tapi dia suruh aku cuba-cuba aja sebab dah alang-alang sampai.. Apabila masuk di dalam pejabat polis, langsung di tegur oleh seorang superior polis yang menanyakan urusan aku di situ.. Cuma menerangkan sebab dan tunjuk dokumen yang aku punya, dia langsung cop dan sign pada waktu itu juga membuatkan aku kagum efisiensi kerja dia! Sepanjang perjalanan ke KL menggunakan grab, hanya di tahan sekali sahaja oleh polis trafik, mujur langsung di benarkan meneruskan perjalanan setelah dia lihat dokumen yang ada cop tersebut! 

Work From Home



Pertama kali aku menyambut 1 Ramadhan di Malaysia sejak 2008 dan Ramadhan tahun ini agak aneh sebab tiada bazaar fizikal; semua digital~ Awalnya sedikit khuatir perlu kembali ke Jakarta akhir April sebab Jakarta baru mulai PSBB (Pembatasan Sosial Berskala Besar) atau MCO pada 10 April.. Menunggu status PSBB berakhir sampai habis raya aku masih di Malaysia membuatkan rekod baru untuk diri sendiri sebab selama ini kalau balik Malaysia tak pernah lebih dari sebulan! Rekod juga menjadi imam solat Isya' dan Tarawikh hampir setiap malam sampai beli stand buat letak Quran supaya boleh istiqamah baca ketika solat Tarawikh~  



Beraya tahun 2020 pasti akan dikenang sampai bila-bila kerana tidak boleh ke mana-mana; lebih-lebih lagi isteri termasuk dalam golongan risiko tinggi jadi dia hanya di rumah.. Sendirian pulang beraya di Shah Alam dalam keadaan hati-hati sebab waktu itu masih ada road block oleh polis di beberapa tempat.. Jakarta terlebih dahulu mengumumkan PSBB Transisi pada 5th June (Malaysia mula RMCO pada 10th June) jadi aku perlu bersiap-siap untuk merencanakan perjalanan pulang ke Jakarta meninggalkan isteri dan anak di Malaysia sebab situasi COVID-19 di Jakarta sepertinya masih belum terkawal sepeunuhnya dibanding dengan di Malaysia~



Salah satu syarat untuk masuk ke Indonesia ialah perlu melakukan swab test.. Kali ini aku dapat offer yang lebih murah iaitu sebanyak RM300 bertempat di Sunway Velocity yang berdekatan dengan rumah mertua.. Tarikh penerbangan hari Khamis, dan validity result yang diperbolehkan hanya 7 hari membuatkan aku booking pada hari Isnin~ Alhamdulillah result keluar pada keesokan harinya dan perlu dapatkan hard copy dengan cop basah hospital~ Singgah sebentar di FFEC Malaysia branch untuk bertegur sapa dengan boss di sana dah alang-alang lokasi dekat dengan hospital~ Cuba dapatkan surat keterangan sihat daripada doctor tapi sayangnya tidak ada yang kasi jadi perlu siap sedia kalau-kalau di tahan di Jakarta nanti~



Beberapa hari sebelum flight, dapat email dari Garuda tentang upgrade flight ke business.. Oleh kerana nak cuba nasib, aku bid harga paling rendah sebanyak IDR 691k dan tak sangka boleh menang (笑) Semangat nak sarapan pagi di Lounge sebab flight tengahari jadi sengaja tak ambil sarapan di rumah sebelum berangkat.. Ketika di KLIA, terpaksa naik shuttle bus menuju ke terminal 2 sebab perkhidmatan commuter di hentikan buat sementara waktu.. Sanggup naik sebab semua lounge ada di situ walaupun gate pelepasan aku di terminal 1~ Setibanya di sana, kecewa habis apabila di info semua lounge tutup service gara-gara COVID-19 !!



Kelaparan sepanjang menunggu waktu flight, dalam penerbangan menu yang di berikan tidak ada nasi tapi di beri sandwich yang aku tak suka.. Setibanya di bandara Jakarta, aku terus semangat lari keluar dan bangga berada di posisi paling depan dengan harapan dapat hemat waktu ketika pemeriksaan imigrasi.. Ternyata sangkaan meleset apabila di minta menunggu di tempat lain sebab keadaan imigrasi lagi penuh dengan penumpang lain yang datang pada waktu yang sama! Langsung tidak merasa apa-apa faedah bayar tiket business class sebab akhirnya menunggu bersama dengan penumpang ekonomi yang lain juga selama hampir 30 minit sebelum maju ke area imigrasi yang memang ramai.. 



Beratur hampir 2 jam menunggu semua proses penyemakan dokumen dan swab test report selesai sebelum dibenarkan maju ke imigrasi dan akhirnya mengambil bagasi.. Total sangkut di bandara Jakarta adalah selama 4 jam cuma syukurnya dibenarkan kembali ke apartment daripada isolasi di tempat yang di tunjuk oleh pemerintah Indonesia~ Berbeza dengan Malaysia, tiada tindakan buat orang yang keluar dari rumah dalam tempoh 14 hari karantina mandiri (self quarantine) malah ada yang langsung ke pejabat keesokan harinya sebab PCR test negative~ 

p/s Semoga wabak ini cepat berakhir~  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC