Acara ketiga anjuran KokoJali yang aku turut-serta dan kali ini buat pertama kali bukan acara jalan kaki tapi naik basikal keliling Menteng, salah satu kawasan yang pernah aku tinggal selama 2 tahun suatu masa yang lalu.. Acara kali ini membawa kami ke meeting point di Museum Perumusan Naskah Proklamasi pada jam 2 siang.. Di sinilah perbincangan antara Soekarno dan beberapa anggota penting dalam proses kemerdekaan mengadakan mesyuarat bersama bekas petinggi Jepun yang mengizinkan mereka mengguna pakai ruang rumah pada waktu itu.. Jalan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Gereja Ayam sedikit terganggu gara-gara hujan turun dengan lebat membuatkan kami terpaksa menunggu sebentar di situ hampir 15 minit sebelum berangkat.. Destinasi kami pada hari itu ke Gereja Ayam --> Masjid Cut Meutia --> Kunstring boleh diikuti melalui video yang turut keudara melalui program Travel Notes di Berita Satu..
Walaupun perjalanan sedikit terhambat gara-gara hujan lebat yang agak non-stop seharian itu, aku bersyukur kerana dapat ikut serta memandangkan banyak info menarik yang selama ini tidak pernah tahu walaupun sudah pernah masuk ke beberapa lokasi yang sama sebelum ini.. Contohnya Masjid Cut Meutia yang unik kerana qiblat nya dan sejarah di sebalik kemunculan masjid itu.. Paling menarik apabila dapat melihat sisi lain Kunstring seperti private room di tingkat atas yang penuh dengan lukisan menarik dan ruangan yang cantik.. Kami makan bakso bersama sebelum bersurai di hadapan Masjid Agung Sunda Kelapa memandangkan aku ingin Isya' di situ sebelum pulang.. Ternyata itu tindakan yang tepat kerana sebaik sahaja habis solat, hujan turun dengan lebatnya~ Tunggu sehingga hujan sedikit surut baru berangkat pulang walaupun tetap basah~
No comments:
Post a Comment