Memandangkan majlis perkahwinan kakak ipar akan dilangsungkan di Janda Baik, Pahang pada 29 October, aku dan isteri membuat perancangan untuk bercuti singkat di area situ sebelum berangkat pulang semula ke Indonesia pada 1 November.. Awalnya kami ingin pergi ke Cameron Highlands memandangkan kami berdua masih belum pernah ke sana.. Sayangnya hasrat itu terpaksa dilupakan kerana minggu itu musim cuti Deepavali dan ada ura-ura pasti jalan sesak menuju ke situ.. Akhirnya kami putuskan untuk ke Bukit Fraser yang terletak sekitar 2 jam perjalanan dari Bidaisari Eco Resort, venue majlis perkahwinan kakak ipar..
Sebelum tiba di Malaysia lagi kami sudah booking penginapan di Shahzan Inn melalui Agoda selama 1 malam.. Ajak sekali kawan isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada bulan sebelumnya untuk bercuti sekaligus sesi beramah-mesra.. Berangkat dari Janda Baik sekitar jam 12 tengahari, kami singgah sebentar untuk makan siang di R&R Genting Sempah sebelum melanjutkan perjalanan menuju ke destinasi.. Mujur perjalanan lancar pada hari itu dan kami selamat checkin di hotel sekitar jam 4.. Plan nak melakukan aktiviti pada petang itu juga terpaksa dilupakan kerana hari hujan dan rata-rata tempat di sekitar itu juga tutup pada jam 6 petang jadi masa dihabiskan dengan minum petang di warung makan sambil jalan-jalan di sekitar situ..
Aktiviti bermula awal pada pagi itu sekitar jam 8:30 di Allan's water untuk aktiviti naik boat couple pada harga RM9/boat.. Bermain air di atas boat selama 15 minit sambil kasi ikan makan.. Kemudian kami lanjut pula ke Paddock untuk aktiviti memanah dan juga naik kuda.. Awalnya nak naik kuda tapi akhirnya tak jadi sebab tak boleh naik berdua (笑) Teman isteri dan suaminya langsung pulang selepas bergambar bersama di tebing Pine Resort manakala aku dan isteri pulang semula ke hotel untuk bersihkan diri sebelum menuju pulang ke Shah Alam.. Dalam perjalanan pulang, terjumpa air terjun kecil di tepi jalan, jadi kami sempat berfoto dulu bagi melepaskan gian tidak sempat ke air terjun sewaktu di Janda Baik ;)
Akak yang dah lama dok Pahang ni pun tak pernah lagi pergi Bukit Fraser tu. Huhu..
ReplyDeleteAir terjun kecil tu kat mana? Sekarang memang musim hujan. Kalau pergi Cameron Highlands nanti tak boleh nak ke mana-mana.
Hehe,
Deleteair terjun kecil tu otw time turun dari Bukit Frasers tu.. ntah camne boleh ada..
Tulah, hari hujan bosan je duduk hotel.. maknanya kena g time pertengahan tahun la ek..
Akak ni dekat dengan Cameron Highlands tapi baru pergi tiga kali je kot. Itupun pergi sekejap je. Tak explore habispun sebab pergi balik hari. Ni dah lama dah tak pergi CH tu. Nak drive sendiri, tak reti. Haha.
Delete