14 - 15 Oct - YOKOHAMA
Sepanjang berada di Jepun, aku hanya menanti undangan perkahwinan daripada rakan Jepun supaya aku dapat merasai pengalaman menghadiri majlis perkahwinan di sini tapi tidak ku sangka majlis disebaliknya yang menjemput apabila salah seorang atasan aku di dalam jabatan meninggal akibat kanser pada usia 58 tahun.. Oleh kerana kami satu jabatan, adalah menjadi tanggungjawab untuk turut sama membantu menguruskan majlis pengebumian dia yang kebetulan dilaksanakan di 奉斎殿 (Housaiden), sebuah institusi yang menguruskan majlis umumnya majlis pengebumian.. Biasanya majlis pengebumian ini dilakukan di tokong atau di rumah keluarga mayat, tapi umumnya di kawasan bandar rata-rata melakukan di 奉斎殿..
Sedikit pengetahuan mengenai adab menghadiri majlis pengebumian di Jepun adalah seperti berikut:
- 礼装 (Formal wear) yang sesuai iaitu suit lengkap berwarna HITAM
- Tali leher HITAM
- Kasut HITAM
- Penampilan harus tidak menarik perhatian orang lain
Agak kelam-kabut bila terpaksa mencari kasut hitam gara-gara majlis ini memandangkan aku tidak mempunyai kasut warna tersebut.. Awalnya nak pinjam orang tapi bila fikir balik, nak tak nak pasti kena juga beli dah alang-alang nak guna untuk majlis lain di masa akan datang.. Lucu juga apabila tak semua orang Jepun yang tahu adab mereka sendiri malah orang kedai kasut sendiri bertanyakan pendapat pada yang lain sewaktu aku tanya kasut pattern yang sesuai untuk menghadiri majlis pengebumian.. Kalau adab menghadiri majlis pengebumian mesti semua HITAM, kalau majlis perkahwinan pula, kononnya kena pakai tali leher PUTIH dan menariknya penampilan tetamu mesti tidak boleh melebihi daripada penampilan pasangan pengantin yang diraikan..
Pakaian formal ketika menghadiri majlis perkahwinan di Jepun |
Rata-rata majlis pengebumian di Jepun dibahagikan kepada 2 iaitu お通夜 (Wake) pada malam hari dan 告別式 (Funeral service) pada pagi keesokan harinya.. Kalau di Malaysia, majlis pengebumian akan dilaksanakan secepat yang mungkin, tapi menariknya di Jepun majlis akan dilakukan bergantung kepada waktu tempahan tempat membakar mayat kerana ada tempahan rata-rata penuh sehingga kena masuk waiting list! Kebanyakan tempat di Jepun tidak membenarkan mayat dikebumikan di tanah tapi ada sebilangan kecil yang membenarkan seperti 静岡県 (Shizuoka Pref) dan 山梨県 (Yamanashi Pref) yang mempunyai tanah pengebumian Islam di sana.. Berikut digambarkan secara ringkas aktiviti 2 majlis pengebumian itu:
お通夜 (Wake)
Gambar adalah hiasan |
- Tempoh waktu majlis bermula dari jam 18:00
- Tetamu yang hadir akan mengisi borang kehadiran dan diserahkan kepada kaunter pendaftaran
- Tetamu yang memberi お香典 (Condolence gift) akan diberikan kupon
- Selesai pendaftaran, para tetamu akan dijemput masuk ke dalam dewan pengebumian
- Memandangkan bilangan kursi adalah terhad, tetamu yang tidak dapat masuk boleh duduk di dalam bilik lain sambil menanti majlis bermula
- Mayat diletakkan di dalam keranda yang telah ditutup tetapi boleh nampak muka dan bahagian atas badan
- Kedudukan Sami di tengah berhadapan dengan mayat, manakala kiri kanan Sami pula tempat duduk ahli keluarga mayat
- Sewaktu Sami mula membaca 御経 (Okyo = Sutra), para tetamu akan memberi hormat kepada ahli keluarga mayat lalu melakukan お焼香 (Burning incense)
- Tetamu yang sudah selesai お焼香 akan langsung keluar majlis bagi memberi peluang kepada tetamu lain untuk melakukan aktiviti yang sama
- 御経 selesai sekitar 45 minit, selepas itu Sami akan beredar tapi tetamu yang datang lambat masih boleh melakukan お焼香..
- Tetamu boleh menukar kupon yang diberi di kaunter door gift di luar dewan
- Door gift itu berisi makanan dan produk yang di isi dalam 1 beg kertas
- Tetamu yang sudah menukar kupon di minta lanjut ke dewan makan sambil menunggu majlis selesai baru makan bersama
告別式 (Funeral Service)
Gambar adalah hiasan |
- Tetamu yang hadir tidak seramai お通夜 memandangkan hari kerja
- Tetamu yang hadir kebanyakannya adalah ahli keluarga mayat dan orang-orang yang rapat dengan keluarga mayat
- Majlis bermula pada jam 1000
- Sama seperti お通夜, tetamu yang hadir akan melakukan お焼香
- Apabila sami selesai membaca 御経 dan beredar dari dewan, mayat dibawa ke tengah dewan untuk upacara meletakkan bunga ke dalam keranda oleh semua tetamu yang hadir
- Wakil ahli keluarga mayat memberikan ucapan terima kasih pada yang hadir dan membantu melancarkan majlis
- Mayat dibawa masuk ke dalam van untuk dibawa ke tempat pembakaran
- Para tetamu yang ingin ikut boleh masuk ke dalam bas yang ditempah
Sepanjang majlis pengebumian, aku ditugaskan untuk menjaga kaunter door gift.. Mujur institusi itu lengkap dengan skrin bagi membolehkan tetamu termasuk aku sendiri dapat mengikuti majlis secara langsung.. Menariknya, 奉斎殿 hanya akan caj pihak keluarga mayat bilangan door gift yang diberikan kepada tetamu yang menukar kupon memandangkan door gift tersebut boleh diguna pakai lagi buat majlis yang lain! Bagi mereka yang pernah menonton filem おくりびと (Okuribito), pasti sudah tahu bahawa mayat telah dikemaskan dengan suit, benda-benda kesukaan mayat turut dimasukkan dalam keranda sebelum disimpan di dalam peti sejuk sehingga majlis diadakan.. Tiada makanan selepas selesai 告別式 dan aku langsung ke pejabat selepas itu sekitar jam 1115..
Tempat pembakaran mayat.. (Gambar adalah hiasan) |
豆知識 (Trivia)
Berikut merupakan harga anggaran majlis pengebumian di Jepun:
- Pusat pembakaran mayat: 50k - 150k yen
- Keranda: 30k - 80k yen
- 寝台車 (Sleeping car) dari hospital ke tempat pengurusan mayat: 13k yen
- Hiasan bantal mayat: 10k - 15k yen
- Ais kering per hari: 8k - 10k yen
- Biaya servis tempat pengurusan mayat: 30k - 100k yen
- 保管料 (Custody charge): 3k - 20k yen
Secara total, jumlah anggaran majlis pengebumian di Jepun ialah sekitar 200-300k yen iaitu dalam RM10k.. Ini baru harga pengurusan sahaja, pasti belum termasuk biaya-biaya lain yang belum kita nampak..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemahal juga ye kos kt sana.. klo kita sini tetamu kdg lg vouge dr pngantin hihi
ReplyDeletepengantin? huhu..
Deleteaah pengantin. hehe komen utk 2topic tu..
Deletei would like to ask
ReplyDeleteSebenarnya karimun jawa itu dimana sih? Di jepara kota ukir atau dimana? Sudah saya cek jadwal kapal terbaru tapi masih bingung, apalagi dengan harga paket wisata 2016, apa liburan ke karimunjawa bisa 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam, atau 4 hari 3 malam? Rencana sih saya mau backpacker sendiri, tapi istri saya malah ngajak honeymoon di hotel karimunjawa. Yang penting saya nyoba ikut wisata karimunjawa ah, siapa tahu dapat harga paket murah, ikut paket homestay juga nggak apa-apa hihihi...
Kami menawarkan beberapa Paket Wisata untuk perjalanan anda, dengangan lawanan wisata di beberapa obyek wisata pulau jawa seperti paket karimunjawa dll dengan fasilitas yang terjamin untuk kenyamanan saat perjalanan anda seperti kursi untuk bersantai ketika perjalanan.
ReplyDelete