Followers

Friday, 31 July 2015

Sahur On The Road

27 June - JAKARTA

Sepanjang berada di Indonesia, salah satu aktiviti yang aku kepingin mau lakukan terutama di bulan Ramadhan ialah aktiviti Sahur on the Road (SOTR) iaitu aktiviti menyediakan juadah sahur untuk orang susah dan homeless di sekitar kawasan Jakarta.. Pertama kali mengenal adanya aktiviti ini ialah sewaktu selesai majlis berbuka puasa bersama masyarakat Malaysia lain di 大使館 (Embassy).. Habis sahaja moreh, para pelajar yang hadir majlis itu berkumpul di Malaysian Hall untuk briefing sambil menguruskan pengagihan makanan ke setiap kereta.. Waktu itu aku baru pertama kali menyambut Ramadhan di Jakarta dan masih belum rapat dengan masyarakat jadi agak sukar untuk turut-serta aktiviti ini.. Tahun ke-2 aku cuba untuk ikut serta tapi sayang, waktu itu tengah musim World Cup dan aku 'tersangkut' di rumah First Secretary layan bola ramai-ramai (笑)


Idea untuk melakukan SOTR ini timbul apabila aku berbincang dengan seorang member yang merupakan bekas presiden pelajar parti politik Malaysia di Jakarta yang ada pengalaman menganjurkan aktiviti SOTR.. Dia cadang kita buat antara kita sahaja tanpa ikut serta dengan pelajar lain supaya kita lebih bebas untuk mengatur mana kita mahu agih makanan dan waktu.. Keputusan tercapai dan hasil sumbangan sebanyak kira-kira IDR 4 Juta kami gunakan untuk tempah 130 bungkus nasi lengkap dengan lauk telur dan air minum; dan juga yang paling penting, kereta Avanza berserta supir.. Supir di sewa selama 12 jam dari jam 6 petang sehingga 6 pagi berikutnya.. Kena pastikan supir yang dipilih itu tahu selok-belok bandar Jakarta kerana laluan yang akan dilalui itu kawasan cerok yang memang tumpuan orang homeless untuk tidur..


Kami berangkat dari Menteng sekitar jam 0130 dan aktiviti mengagihkan juadah sahur selesai sekitar jam 0300 dengan laluan meliputi Jakarta Barat --> Jakarta Utara --> Jakarta Pusat.. Sepanjang perjalanan, agak kagum apabila mat-mat rempit juga turut-serta membuat amal yang sama tapi lebih meriah siap ada pegang bendera SOTR.. Sewaktu berhenti di area bawah jambatan di Jakarta Barat, para homeless di area situ seolah-olah sudah terbau juadah lantas berkurumun mengelilingi kereta kami sehingga menyukarkan aktiviti pemberian juadah melalui tingkap.. Dari awal sudah ada warning agar tidak membuka tingkap secara penuh kerana dikhuatiri ada tangan akan masuk dan mengambil barangan peribadi yang tidak diawasi.. Dalam masa 10 minit, kira-kira 50 bungkus selesai diagihkan; kalau diikutkan masih ada ramai lagi yang meminta, tapi kami terpaksa abaikan kerana mahu ke destinasi lain juga.. 


Tidak dinafikan ada yang mengambil peluang menagih simpati sehingga meminta 5 bungkus walaupun dari segi penampilan, tidak kelihatan seperti orang susah.. Kagum apabila terlihat kelibat sekumpulan warga Cina turut sama dalam aktiviti SOTR ini; gaya pakaian mereka mencontohi orang homeless dengan hanya mengenakan T-Shirt dan berseluar pendek memang terbaeek! Saat paling mengharukan apabila kami mengejutkan orang homeless yang sedang tidur di dalam kereta sorong yang tertutup yang mana kalau dilihat dari luar, pasti tidak akan menyangka ada orang di dalamnya.. Doa dipinta setiap kali kami mengagihkan juadah sahur buat mereka mengambil berkat bulan mulia Ramadhan.. Selesai aktiviti SOTR, kami bersahur bersama supir sambil berkongsi pengalaman yang kami dapat pada pagi itu..      

2 comments:

  1. Well done! Tahniah atas usaha anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..
      harap dapat bawa budaya yang sama di Malaysia ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC