Followers

Thursday, 16 January 2014

Fun Rafting 2014

31~1hb January - BOGOR

Beberapa hari yang lepas, aku telah dimaklumkan oleh seorang teman tentang adanya trip rafting ke Sukabumi, Bogor pada malam tahun baru.. Awalnya aku sedikit keberatan hendak pergi kerana memikirkan seorang 上司 (Superior) daripada India akan bermain-main di Indonesia pada tahun baru jadi mungkin terpaksa teman dia sekali.. Sengaja aku memberitahu plan rafting ini ke Boss dengan harapan ada pertukaran schedule dan sebagainya.. Bila Boss beritahu plan dia membawa 上司 main golf dan tempat-tempat "menarik", aku terus memberitahu beliau secara terus yang aku ingin pergi bermain rafting dan akhirnya beliau membenarkan aku pergi sekali..

Lunch treat oleh pegawai kedutaan Malaysia di Kuningan City

Trip rafting 2 hari 1 malam ini merupakan anjuran Kelab Arkadia Universitas Islam Negeri (UIN) Jakarta pada harga IDR 200k.. Kami diminta berkumpul di UIN pada jam 1500 dan kebetulan member ada hal di 大使館 (Embassy) pada pagi itu jadi aku ikut dia saja dari Menteng.. Awalnya mati-mati ingat dah kena tinggal sebab kami sampai di UIN pada jam 1530! Rupa-rupanya ramai lagi yang lewat dan akhirnya kami bertolak dari UIN selepas jam 1700 (-_-") Imaginasi aku apabila pergi bersama trip pelajar ialah menaiki bas pelajar, tapi ternyata sangkaan aku meleset sama sekali apabila bas yang diberikan ialah bas mini tanpa aircond dan tempat duduk dia tanpa kusyen!

Seat paling gila pernah aku naik sepanjang berada di Indonesia (笑)

Perjalanan lebih dari 3 jam itu ternyata satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.. Disebabkan bas tiada aircond, dengan pemandu basnya sekali hisap rokok sepanjang jalan! Paling tidak boleh blah ialah pemandu bas tidak tahu jalan ke destinasi sampai beberapa kali terpaksa berputar-putar di Jakarta sebelum masuk ke Bogor (笑) Selamat tiba di Villa sekitar jam 2100.. Nama sahaja Villa tapi sebenarnya merupakan rumah orang tapi diubah menjadi villa dengan hanya menambah bilangan tilam dan katil double decker! Setelah memilih tempat tidur masing-masing, kami rehat-rehat sebentar sebelum bersiap untuk mendengar taklimat tentang esok serta persiapan malam tahun baru~


Sekiranya di Jepun mereka menyambut tahun baru dengan makan 年越しそば (Toshikoshi soba), di Indonesia rata-rata daripada mereka menyambut dengan makan makanan bakar seperti jagung bakar.. Menarik juga pemandangan di Villa yang terletak di atas bukit itu dengan persekitaran yang penuh dengan bunga api sempena malam tahun baru.. Panitia kelab juga menyediakan beberapa mercun untuk dinyalakan untuk memeriahkan majlis.. Memandangkan bilangan peserta termasuk panitia sekitar 30 orang, kami dipecahkan kepada 2 sesi dan aku ditempatkan di sesi petang.. Memang tiada masalah memandangkan malam itu kami tidur sekitar jam 0300 kerana rancak berbual dengan kenalan baru..


Dikejutkan untuk solat subuh pada jam 0500, ingatkan lepas itu boleh sambung tidur semula, tetapi bila ada member bawa laptop yang dalamnya ada PES 2014 berserta 2 joystick.. Memang mustahil la dapat tidur! (笑) Rancak bermain sehingga jam 0800 waktu sesi pagi mahu bertolak barulah aku masuk tidur dan kemudian bangun semula sekitar jam 1130.. Bertolak dari villa sekitar jam 1300 dengan menaiki kereta lori? di mana ramai-ramai duduk di belakang siap dengan peralatan keselamatan sebelum masuk air.. Perjalanan sekitar 15 minit menuju ke lokasi dan sesudah tiba, masing-masing masuk ke dalam perahu yang sudah ditetapkan.. Perahu yang aku naiki memiliki 7 ahli dimana 2 daripadanya merupakan hli panitia yang memang berpengalaman.. Selebihnya termasuk aku merupakan first timer (3 lelaki 2 perempuan)


Rafting kali ini menarik kerana nakhoda perahu benar-benar mahir membaca arus dan pandai membawa perahu dan mengarah anak perahu mengayuh.. Ada masa airnya deras, ada masa hari hujan dan sedikit menyukarkan pandangan, ternyata laluan di sungai tidak semestinya lancar, ada masa kita terpaksa patah balik kerana laluan yang cuba kita tempuhi itu terlalu sukar untuk dilepasi.. Sungai yang dipilih panitia ini agak menarik kerana penuh dengan liku dan juga agak cerun terutama bahagian ending di mana tahap cerun dia sedikit angker (beza ketinggian hampir 2 meter!) Alhamdulillah aku berjaya menghabiskan ekspedisi rafting selama 3 jam ini tanpa sebarang kecederaan serius~ Resipi dia ialah jangan buat benda gila dan ikut arahan orang panitia, bila disuruh pegang tali, kita pegang, dan sebagainya~


Perjalanan pulang memakan masa sedikit lama berbanding waktu pergi kerana kita bertolak daripada hilir.. Ditambah lagi dengan hujan yang turun pada petang itu membuatkan jalan sedikit macet.. Seusai tiba di villa, masing-masing berebut beratur masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri kerana sudah diberitahu awal yang bas akan bertolak sekitar jam 6 petang.. Namun ternyata pemandu bas buat hal sekali lagi apabila dia tiba di villa pada jam 9 malam! Mujur perjalanan malam itu tidak terganggu teruk dengan macet dan alhamdulillah sampai di UIN semula sekitar jam 0000~ Member baik hati malam itu untuk menghantar aku pulang ke Menteng menaiki motor; perjalanan mengambil masa hampir 30 minit untuk tiba di rumah.. Besok pagi bermula la hari pertama kerja pada tahun 2014! (笑)



p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

4 comments:

  1. 3jam dengan seat takde kusyen? Haha sakit ahhh seksa.. Nampak menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..
      hanya di Indonesia kot tour sebegini! haha

      Delete
  2. Naik bas mcm tu kalau bukak tingkap besar2 conform muke jadi keras kalau selet ngn jari...jari pon boleh hitam sikit...huhu...menarik pengalaman mcm ni ni...Mencabar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. rasanya perjalanan naik bas lagi mencabar dari rafting tu sendiri..
      lol

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC