Followers

Wednesday, 4 December 2013

Majelis Rasulullah @ MONAS 2013

25 November - MONAS

Beberapa hari selepas Ummi pulang, aku mendapat mesej di Whatsapp daripada adik Ummi pula yang memberitahu akan touchdown di Jakarta pada keesokan harinya.. Ingatkan nak shopping juga tapi rupanya atas sebab ingin mengikut program tabligh yang dipimpin oleh Habib Umar Bin Hafidz yang kini dalam siri lawatan ke Asia Tenggara..Oleh sebab Boss menggunakan kereta pada Sabtu itu, aku tidak dapat pergi mengambil beliau sekeluarga namun mujur hotel yang beliau tinggal hanya sekitar 1km daripada tempat aku tinggal jadi tiada masalah untuk pergi menziarah.. Malam pertama beliau di Jakarta aku bawa ke tempat wajib, KL Village di Jalan Jaksa untuk makan malam dan sebaik sahaja beliau pulang ke hotel, aku stay di sana bagi menonton perlawanan Arsenal vs Southampton bersama geng Malaysia yang lain~


Alhamdulillah aku berpeluang untuk turut-serta pada majlis tabligh yang diadakan bertempat di MONAS.. Kalau dilihat pada papan iklan, majlis bermula lepas Isya', oleh kerana Isya' di Jakarta jam 1900, Pakcik pula plan nak bertolak dari rumah jam 1830 membuatkan aku terpaksa keluar dari pejabat sekitar jam 1815.. Oleh kerana jarak hotel dari MONAS hanya sekitar 2km, kami buat keputusan untuk pergi berjalan kaki sahaja ke destinasi memandangkan jalan pasi macet pada malam itu.. Makam Habib Umar begitu tinggi kerana sebelum itu aku hampir pasti malam itu akan hujan dengan cuaca mendung sehingga ke petang, siapa sangka waktu dah nak Maghrib tiba-tiba cuaca bertukar menjadi cerah! Kami tiba di MONAS sekitar Isya', dan waktu itu kami dibawa terus ke sisi pentas bagi menunggu kedatangan rombongan Habib Umar menaiki bas..


Paling mengejutkan aku mendapat peluang untuk turut berada di atas pentas menghadap lautan orang ramai! Suasana duduk di atas pentas sememangnya suatu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.. Majlis yang bermula pada jam 2000 dan tamat hampir jam 0000 itu bermula dengan maulud Nabi dan seterusnya disambung dengan ucapan-ucapan daripada habib dan kiyai yang hadir pada malam itu yang menyentuh tentang pemergian Habib Munzir yang wafat baru-baru ini.. Ucapan terakhir daripada Habib Umar begitu mengharukan sampai beberapa kali bulu roma aku menegak~ Ingatkan kalau dapat berada di pentas, sebaik sahaja majlis tamat dapatlah salam Habib Umar untuk mengejar syafaat, tapi sayang orang terlalu ramai terutama di kalangan orang tua membuatkan aku terpaksa mengangkat bendera putih awal-awal..


Dalam perjalanan pulang menuju ke restoran sekitar hotel untuk mengisi perut yang kosong, aku berborak-borak dengan pakcik aku dan kata-kata beliau benar-benar membuatkan aku tersedar suatu perkara.. Beliau syorkan aku menghadiri lebih banyak majlis sebegini yang menghimpunkan lebih 100k umat Islam dalam suatu masa kerana insyaAllah doa yang di aminkan oleh kita tiada hijab di sisi Allah.. Aku mengerti juga perasaan pakcik aku yang pernah duduk lebih 10 tahun di US dan apabila pulang, pasti dia juga dambakan majlis-majlis agama seperti ini.. InsyaAllah akan aku cuba rajinkan diri untuk mengikuti majlis-majlis agama seperti majlis rohah Habib Umar Al-Shatrie di Malaysia yang pasti aku ziarah sekiranya pulang ke Malaysia~ Malam itu kami makan malam di restoran Bangi Kopitiam yang kebetulan tutup jam 0200..


4 comments:

  1. terharu rasanya..
    anak muda sekarang susah betul nak ke majlis2 macam ni.. Sy pun tak terkecuali. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. itulah, lepas ni kena rajinkan diri la..
      ini pun kebetulan sebab dekat dengan tempat tinggal T_T

      Delete
  2. sekarang saya tengok ramai anak muda datang majlis macam ni, alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. di saat-saat akhir zaman begini.. alhamdulillah :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC