Beberapa hari sebelumnya aku telah diajak oleh seorang 先輩 (Senior) RITS untuk pergi ke AFAID (Anime Festival Asia Indonesia) bertempat di Jakarta Conference Center.. Ingatkan dia hanya ajak-ajak ayam jadi aku sengaja jawab ya, tak sangka hari berikutnya dia hantar mesej memberitahu sudah belikan tiket masuk jadi terpaksa berat hati menerima pelawaan tersebut walaupun aku sendiri sudah ada perancangan lain untuk dibuat hujung minggu itu (-_-") Bertolak dengan menaiki teksi bersama di hadapan Sarinah dan dikenakan caj Rp 30,000 kerana jalan agak macet pagi itu~
Terkejut bila diberitahu tiket yang dibeli secara online itu perlu ditukar kepada tiket asal dan sebaik tiba di sana, memang ngeri dengan bilangan orang yang beratur untuk membeli tiket seperti dalam sarang semut! Rezeki apabila sewaktu sedang beratur, aku dengar seorang staff wanita memberitahu sesiapa yang sudah beli tiket online Rp 150,000 untuk ikut dia.. Awalnya risau juga tapi alhamdulillah rupanya ada laluan express~ Ulat jual tiket juga boleh tahan ramai pagi itu~ Salah seorang teman Indonesian bijak apabila dia terus membuka akaun baru di salah sebuah bank yang menaja AFAID dan membolehkan dia mendapat 1 tiket percuma sebab tak sanggup beratur panjang (笑)
Aku memang penggemar anime dan manga tapi sayangnya sudah tidak se-hard-core sewaktu zaman mula belajar 日本語 (Japanese) dahulu~ Menarik juga dunia cosplay yang dipamerkan di sini sehingga ada mamat Jpon yang begitu terkenal dalam dunia ini sanggup datang untuk memeriahkan majlis.. Tiada masalah untuk solat kerana ada disediakan musholla tapi agak sukar untuk bergerak sebab bilangan orang terlalu ramai! Menarik ada tayangan Gundam dan seterusnya ada pertandingan cosplay daripada 30 penyertaan~ Lepak di situ sehingga jam 5 sebelum mengundur diri; mujur sempat Asar di rumah :)
uiishsh ....anime !!! saya hantu anime !!! wahhh .. ><
ReplyDeleteoh ye ke??
Deletesampai skang layan anime lagi??
title apa?