1 Jan - ODAIBA
Kalau diikutkan nafsu, memang sudah lama plan nak pergi ke outlet sempena jualan tahun baru memandangkan kali terakhir aku pergi ialah ketika masih M1.. (link) Tapi bila memikirkan kesukaran yang bakal dihadapi sekiranya salah seorang daripada mereka hilang atau sesat ditambah lagi dengan tiadanya telefon bimbit membuatkan aku terpaksa melupakan hasrat untuk pergi ke outlet pada tahun ini.. Selepas makan tengahari, aku bawa mereka ke salah satu spot menarik di Tokyo iaitu お台場 (Odaiba)~
Destinasi pertama sebaik sahaja tiba di stesen Tokyo Teleport semestinya melawat Gundam gergasi yang terletak di hadapan bangunan Tokyo Diver City (TDC)~ Selepas itu, pertama kali juga masuk TDC untuk lihat apa yang ada di dalam; terkejut dengan bilangan butik di situ dan kebetulan ada jualan tahun baru membuatkan kami "sangkut" lebih sejam dengan masing-masing mencari barang yang dikehendaki.. Niat nak beli "coat jacket" lalu usha di kedai Zara, tapi bila tengok harga Zara Malaysia, murah lagi di Malaysia selepas diskaun (-_-")
Bila kami berjumpa balik, selain aku yang lain semua ada beli sesuatu walaupun duit yang di bawa bukannya banyak (笑) Destinasi seterusnya ialah ke arah pantai bagi merasai pengalaman seolah-olah berada di US (笑) Pertama kali melihat Rainbow Bridge yang berwarna pelangi seperti namanya =) Sudah jadi perkara lazim untuk membawa pengunjung dari Malaysia masuk ke Tokyo Joypolis; pertama kali membeli tiket "Night Passport" pada harga 2900円 seorang memandangkan lagi berbaloi daripada bayar untuk main sesuatu permainan~
Ada permainan sewaktu sedang menunggu untuk main "Half Pipe" |
Kebetulan jumlah pengunjung tidak begitu ramai pada hari tersebut jadi aku dapat bermain permainan yang belum pernah dicuba sebelum ini seperti "Half Pipe", "Veil of Dark: The Shooting Coaster", "Sonic: Night of the Werehog ", "Wild Wing" dll.. Siap dapat main roller coaster dua kali sebelum balik (笑) Memandangkan tak sempat nak masak malam itu, aku bawa mereka makan malam di Saizeriya alang-alang dalam perjalanan pulang menuju ke stesen.. Selamat sampai di rumah sekitar jam 0000 juga o_0
p/s Hopefully dapat beli "coat jacket" sewaktu pulang ke Malaysia nanti :)
wah ....... nak drive kat bridge tuuu ...waahhhh
ReplyDeleteeeiii... tak dapat terima betul , jepun jepun ...tunggu saya!!!!
huhu.. i pon x pernah lagi drive kt bridge tuu..
Deleteada bridge kt Jpon yang bila kereta lalu, geseran tayar kereta dengan jalan raya atas jambatan tu mengeluarkan lagu!!
Best nya shopping. Harga runtuh tak sempena new year?
ReplyDeleteikut kedai..
Deleteruntuh mmg runtuh kalau ikut pasaran sini..
tapi kalau duit sini beli barang kt Malaysia lagi berbaloi :)
Tahun ni nak pi Jepun. Ada kat sana x hjg tahun nnti?:D
ReplyDeletewallahua'lam..
Deletetapi datang je lah..
insyaAllah x sesat nyer..
orang Jpon pon ramai jer reti English skang :p
hehe lawak je gambar yg last sekali tu... bestnyaaaaaa
ReplyDeleteJoypolis mmg terbaeekk..
Deleteindoor plak tu..
Cosmo World kt Times Square tu kalau dapat tambah lagi attraction dia mesti lagi best~
Besar dan cantik gundam tu.
ReplyDeletemenarik kan?
Deletedulu dia letak ntk sementara jer..
skang ni cam dah letak ntk selama2 nye jer..