Source: Mastika Oktober 2011
- Salah seorang penghidap insomnia ialah Thai Ngoc dari Vietnam. Dia tidak boleh tidur sejak 1973. 3 bulan pertama semasa tidak tidur, dia mampu menggali 2 buah kolam ikan tanpa bantuan sesiapa
- Mutiara yang indah itu sebenarnya dihasilkan tiram sebagai salah satu tindak balas terhadap bahan asing di dalam cangkerangnya
- Tanpa makanan, manusia boleh bertahan sehingga 14 hari tetapi tanpa tidur manusia boleh bertahan sehingga 10 hari sahaja
- Ular tidak sukakan garam kerana garam akan mengganggu kepekaan lidahnya yang berfungsi sebagai hidung dan matanya
- Nyamuk sudah wujud sejak 100 juta tahun lalu
- Kira-kira 3000 spesis nyamuk dikenal pasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan cepat
- Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanya 10~20 hari sahaja
- Nyamuk betina bertelur sebanyak 100~300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1000~3000 biji sepanjang hayatnya
- Kibasan sayap nyamuk ialah 300~600 kali sesaat
- Ikan Yu kehilangan lebih 6000 batang gigi setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja
- Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup tanpa air lebih lama daripada unta
- Seandainya kuota air dalam badan kita berkurangan 1% sahaja kita akan berasa haus
- Seumur hidup, kita biasanya minum air sebanyak 75 ribu liter
- Seorang lelaki puratanya kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita pula 70 helai sehari
- Nyamuk mempunyai penglihatan infra merah iaitu kebolehan megesan haba dan juga melalui hembusan gas C02 ketika mencari mangsa
- Hampir separuh dari orang yang menggunakan internet mempunyai sekurang-kurangnya 3 akaun e-mel dan secara purata, pengguna mengekalkan alamat e-mel yang sama untuk tempoh 4~6 tahun
- Kereta F1 mampu mengisi minyak sebanyak 12 liter sesaat. Ini bermakna ia hanya memerlukan 4 saat untuk mengisi purata 50 liter dalam kereta biasa
No comments:
Post a Comment