Majlis BBQ anjuran MyKyoto telah selamat dijalankan pada hari nih bertempat di sekitar 琵琶湖 (Lake Biwa); tasik yang terbesar di Jpon.. MyKyoto secara umum nya dianggotai oleh rakyat Malaysia yang menetap di sekitar 京都 (Kyoto) dan majoriti nye adalah pelajar PhD dan tinggal bersama keluarga~ Majlis bermula sekitar jam 1000; yang 京都 datang naik keter manakala bdk2 Rits datang menaiki basikal jer sebab jarak yang agak dekat dan mengambil masa ± 30 minit perjalanan~ Kecewa dengan sikap 後輩 yang masih gagal peka dengan budaya Jpon yang terkenal dengan menepati waktu; suruh tunggu dekat 市役所 (City Hall) sekitar jam 0930 tp waktu tuh pon ada yang masih blom bangon lagi -_-" Konvoi berbasikal pelajar Rits seramai 10 orang bertolak sekitar jam 1045 dan tiba di destinasi sekitar jam 1130 kerana dalam perjalanan singgah beli makanan ringan dan minuman di ドンキホーテ~ Juadah yang disediakan memang beraneka pilihan; シーフード (seafood) seperti udang, tiram dan sotong =) Ayam BBQ paling laku sebab ak cume dapat makan empat 3 ketul jer~ Menu tambahan antaranya ialah sate ayam dan daging, dan juga kuey teow= Selesai mengisi perut, kitorang berehat dulu seblom menunaikan solat zuhur berjemaah~ Selain kitorang, ramai juga pengunjung yang mengadakan BBQ pada hari yang sama memandangkan cuaca begitu baik~
Paling best waktu kitorang tengah solat, ada sorang mat Jpon yang berusia dalam lingkungan 30-an berseluar pendek dan memiliki tatoo di lengan kiri nya sedang khusyuk melihat dari tepi sambil berdiri.. Bila kitorang abis solat, dia tampil sambil bertanya apa yang kitorang tengah buat dari tadi~ Ghupe2 nyer ini merupakan pertama kali dia melihat cara umat Islam menunaikan solat, dan sempat bertanya macam2 soalan tentang solat seblom disambung oleh rakan dia yang tampil dari belakang diikuti 2 budak kecil (anak dia kot~).. Mungkin inilah keistimewaan penduduk 関西 (Kansai) yang jenis senang mesra dengan orang lain walaupon berbeza budaya= Selesai mengerjakan solat, para penganjur telah menyediakan 4 aktiviti permainan iaitu kuiz ala ice-breaking, permainan bawa bola ping pong menggunakan 箸 (Chopstick), meletopkan bola belon pihak lawan di kaki, dan aktiviti terakhir iaitu pertandingan melukis muka rakan~ Setelah selesai semua permainan, aktiviti suai-kenal pula di adakan memandangkan ada muka2 yang baru sampai tahun nih; paling best ada family yang baru jer sampai 2 minggu lepas! Dijangkakan selepas ni akan ada lagi aktiviti2 menarik anjuran MyKyoto sehingga bulan puasa.. Majlis bersurai setelah aktiviti bergambar di jalankan; konon nyer gambar nih akan dihantar sebagai "Salam Perantauan 2010"
p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini
meriahnya bbq, heheh..ak pn dah lame tak rasa bbq.
ReplyDeleteyup.. memang layan aa kalo ade BBQ.. terutama nye bila wat ramai2..
ReplyDeletebetul tuh bro reramai mmg best...
ReplyDeletelagi2 kalau ade aktiviti yg lebih meriah...
hehe.. ape lagi bro.. AMG gath try buat BBQ la lepas nih~
ReplyDelete:S.. was wondering kan.. u grad already but wat r u still doing in japan eh? i think ive asked this question b4 cm lupa d answer...
ReplyDeletecadangan yg menarik tu kyo wat bbq utk AMG..
ReplyDeletetapi....
tapi...
tapi hali2* AMG mcm susah nk bagi kejesama jer....
@ ameera : erk.. camne leh terlupa??
ReplyDelete@ TT : hehe.. amik masa sket bila buat sesuautu yg melibatkan duit nih~ ;)
euww..ade slide show..best2
ReplyDeleteslide show? kui3
ReplyDeleteSalam semua ... Saya dah tinggal kat kyoto ni 4 bulan .. Bagus ye my kyoto ni blh jugak jumpa org kita .. Tak la boring ...
ReplyDeletebro.. jemput la join group MyKyoto kt facebook~
ReplyDeleteOrait ... Terima kasih
ReplyDelete