Followers

Monday 9 March 2009

12 Rabiul Awwal

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

12 Rabiul Awwal.. Satu tarikh yang begitu penting buat seluruh umat Islam kerana pada tarikh tersebut merupakan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), dan juga hari kewafatan baginda. Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571 Masihi. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi. Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran,

"Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56).

Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,

"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya".

HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa’id penguasa Irbil, Iraq.

Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah’. Antara lain beliau menyatakan bahawa; “masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya.”

Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail’, menyatakan; “Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala.”

Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa “dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

----------------------------- source (1), (2)---------------------------------

Ini merupakan sambutan maulidurrasul pertama buat ku di Jepun.. Tahun lepas sambutan maulidurrasul jatuh pada hari ak fly jadi famili ak x sempat ntk pergi ke majlis bacaan maulud ad-dibai' di rumah Habib Omar Alshatrie seperti tahun2 sebelumnya. Bila memikirkan tahun ni juga x dapat pergi, terasa cam nyesal plak x balik Malaysia sewaktu tengah cuti panjang nih.. huhu~ jom layan nasheed best kat youtube~







2 comments:

  1. memang menusuk dalam jiwa lagu sami yusuf tu.... moga kita semua tak lalai akan ibadat wajib mahupun yang sunat

    SALAM MAULIDUR RASUL 1430 H.
    & Salam senyuman juga

    ReplyDelete
  2. bukan sami yusuf.. artis dia bernama Muhammad Al-Hussyan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC