Followers

Monday, 20 February 2023

Renewal Japan Visa 2022

 9~27th March - JAPAN


Aku menjangkakan 在留期間 (Period of Stay) adalah 3 tahun seperti mana yang aku sering dapat setiap kali melakukan perpanjangan pada March 2021 (link); namun fikiran aku meleset apabila aku hanya di beri 1 tahun sahaja dengan alasan aku tinggal hanya sebentar sahaja di Jepun sepanjang tahun 2018~2021 yang menurut aku tidak masuk akal lebih-lebih lagi pandemik yang bermula awal 2020 memang menyukarkan sesiapa yang di luar negara untuk ke mana-mana! Oleh kerana itu, aku tiada pilihan untuk berangkat semula ke Jepun tahun ini untuk proses yang sama walaupun sedikit sulit kerana tahun ini aku bekerja di lapangan konstruksi bersama 2 orang supervisor dari Jepun jadi perlu mengambil kira situasi mereka juga yang sukar berkomunikasi lebih-lebih lagi salah seorang daripada mereka baru pertama kali bekerja di luar negara pada usia 40-an~ 


Berbeza dengan tahun sebelumnya, aku mengambil peluang untuk apply 工場見学 (Factory visit) di 2 kilang semiconductor yang memang menjadi cermin untuk project yang sedang aku lakukan di Malaysia kali ini~ Lokasi pertama di 長野県松本市 (Matsumoto, Nagano Pref) yang merupakan mother company buat seluruh kilang semiconductor dan hampir setiap minggu diadakan weekly meeting untuk membahas progress project ini jadi ini peluang untuk aku memperkenalkan diri sekalian berjumpa langsung dengan semua pegawai yang ikut serta dalam project ini hatta dari sisi client dan juga vendor yang lain~ Lokasi ke2 ialah 山梨県南アルプス市 (Minami Alps, Yamanashi Pref); istimewa sedikit kerana lokasi ini aku pernah tinggal selama sebulan pada January 2013 untuk 現場実習 (Site training) ketika 入社1年目 (1st year enter company) yang lalu cuma waktu itu project di luar bangunan jadi aku tidak tahu sangat apa yang ada di dalam~ 


App yang wajib di install di dalam phone sebelum tiba di Jepun kerana sepanjang tempoh quarantine perlu check in dan laporkan kondisi badan

Aku sudah menyuarakan hasrat untuk 工場見学 sejak akhir January dan waktu itu semua colleague di Jepun cakap tiada masalah jadi aku hanya fokus kepada pembelian tiket flight apabila itinerary sudah fixed kemudian hari.. Apabila Jepun mengumumkan tiada lagi quarantine bagi yang sudah mengambil booster dose, aku ambil langkah berjaga-jaga dengan asumsi 3 hari quarantine sahaja jadi aku pilih penerbangan pada hari Isnin 14th March dengan catatan akan masuk office hari Jumaat dan setelah dapat approval aku terus beli tiket flight.. Punyalah terkejut apabila sehari selepas itu, baru diberitahu pihak kilang minta aku quarantine lebih dari 10 hari baru dibenarkan masuk sebagai langkah berjaga-jaga membuatkan aku terpaksa berangkat lebih awal dan pesan tiket ulang pada 9th March! Awalnya nak beli penerbangan lain seperti MAS atau SQ yang kebetulan lebih murah untuk berangkat sahaja tapi agent beritahu tidak boleh sebab nanti pesawat return tidak boleh pakai (-_-")

Bilik kuarantin di rumah member

Memandangkan penerbangan NH816 hari Rabu pada pkl 8pg dan setiap pengunjung ke Jepun perlu mengambil ujian PCR maksimal 72 jam sebelum berangkat, aku ambil pada hari Ahad di BP Clinic di Georgetown~ Keesokan harinya, bayar extra RM36 untuk dapatkan COVID-19 Fit for Travel Letter supaya memudahkan urusan di Narita Airport sebab Jepun ada format yang mereka mahukan walaupun bukan mandatori~ Berangkat bersama keluarga dari Penang menuju ke KL pada hari Selasa; pertama kali menginap di hotel berhampiran dengan KLIA sebab tak nak kalut keesokan hari kalau bertolak dari rumah mertua dari KL sebab kena standby di KLIA 2 jam awal~ Sewaktu checkin hotel, dah pesan siap-siap taxi untuk jemput pukul 5:30 pagi keesokan hari nya; agak terkejut bila dah sampai airport, kena bayar RM50 untuk taxi sebab dikenakan caj early ride (笑) Alhamdulillah proses check in di airport juga lancar dan berangkat sesuai jadual~


Ketika tiba di Narita Airport, aku punyalah semangat dengan tunjukkan segala dokumen vaksinasi yang sudah di ambil sebab yakin tak perlu kuarantin lagi sekali staf imigresen cakap aku kena kuarantin jugak selama 7 hari sebab 3rd dose aku AstraZeneca tidak di iktiraf dan Jepun hanya iktiraf Pfizer dan Moderna sahaja! Nasib baik aku dah kaw tim dengan member untuk kuarantin di rumah dia sahaja dah alang-alang pihak client memang suruh aku kuarantin 10 hari cuma sedikit ganggu plan awal aku untuk meeting di syarikat beberapa hari sebelum berangkat ke Matsumoto~ Alhamdulillah, proses kuarantin berjalan dengan baik tanpa sebarang gejala yang tidak diingini dan aku pindah ke hotel berdekatan dengan syarikat berdekatan dengan Kawasaki Station bagi memudahkan perjalanan nanti~ 

Foto di depan Matsumoto Castle

Pertama kali dapat offer murah untuk menetap di Hotel Nikko Kawasaki; paling best ialah breakfast style buffet yang lengkap sesuai dengan 4-star rating (Biasanya business trip cuma duduk 3-star rating sebab murah) cuma yang tak puas hati ialah size bilik kecik sampai nak solat pun kena berdiri atas katil! Berangkat ke Matsumoto dari Kawasaki mengambil masa selama 3 jam perjalanan menggunakan keretapi; dalam perjalanan boleh lihat beberapa kawasan masih ditutupi salji walaupun dah masuk akhir musim~ Sampai sahaja di Matsumoto, aku terus berjalan kaki menuju ke hotel berdekatan stesen untuk check in.. Memandangkan hari masih cerah, aku terus jalan kaki menuju ke 松本城 (Matsumoto Castle) yang juga merupakan antara spot menarik untuk dituju di area sini.. Hujan mula turun setelah selesai ronda-ronda di dalam 松本城 jadi aku segera jalan-jalan cari restoran untuk sekalian makan malam dan kebetulan ada restoran Thai yang ada seafood curry! 

Foto di depan 善光寺

Sengaja aku atur jadual ke Matsumoto pada hari Jumaat supaya ada waktu untuk jalan-jalan pada hujung minggu.. Kalau dah datang area Chubu, sudah pasti ramai akan hadir ke Snow Monkey untuk melihat monyet mandi-mandi dalam air panas~ Oleh sebab aku malas nak travel sendiri, aku google dan jumpa tour guide yang buat One-Day trip di Nagano City dan destinasi akhirnya ialah Snow Monkey~ Selesai sarapan pagi, terus berangkat menaiki train dari Matsumoto menuju ke Nagano untuk bertemu tour guide.. Tour guide pun orang Netherlands bangsa cina yang nikah dengan orang Jepun setelah habis kuliah di Jepun~ Kebetulan juga yang ikut serta trip cuma aku sendiri jadi boleh ikut timing sendiri sepanjang hari~ Destinasi pertama yang dituju adalah 善光寺 (Zenko-Ji) yang dibina pada abad ke7! Yang berminat nak tau sejarah boleh baca sendiri dekat Wikipedia~ 

Foto dengan snow monkey

Makan tengahari di Monzen Terrace Enya sambil solat jama qasar di dalam restaurant sebelum bergerak menaiki keretapi ke Snow Monkey Resorts~ Setiba di stesen Yudanaka, kami naik van sebab resort itu terletak 5km dari stesen jadi kalau tak ada pengangkutan sendiri, amat leceh! Walaupun tiba di pintu masuk resort, tetap perlu berjalan kaki naik ke atas sejauh 1.7km menaiki melalui lereng bukit untuk tiba di taman~ Yang jelas, memang banyak monyet yang bermain-main di area situ cuma sayangnya waktu aku tiba, salji dia tak tebal sangat jadi imej National Geographic yang selalu aku lihat itu tak sama dengan apa yang aku lihat ketika di situ.. Pengunjung dinasihatkan supaya tidak pandang bertemu mata dengan monyet lebih-lebih lagi ketika mereka sedang mandi bagi mengelakkan kena serang! Trip berakhir apabila tiba di Nagano station semula dan makan malam hari itu aku jumpa satu restoran malaysia yang terletak berhampiran dengan Matsumoto Station~


Restoran Kayu Manis Halal Cafe ini dibangun oleh satu pasangan Malaysia suami isteri beranak 4 dan kebetulan aku jumpa di dalam instagram! Kalau tengok di google map tulis tutup, tapi bila tanya langsung kat instagram, pemilik restoran kata kalau Malaysian dia ajak je datang tak kira waktu! Sesampai sahaja di restoran sekitar jam 6pm setelah solat maghrib di hotel, agak terkejut restoran itu juga merupakan rumah yang mereka diami! Kebetulan ada pengunjung orang Malaysia yang juga bekerja di Jepun di situ jadi boleh sembang-sembang sambil menunggu makanan~ Pasangan suami isteri ini dulu nya bekerja di kilang yang sama selama lebih 10 tahun sebelum isterinya nekad untuk berhenti kerja dan buka restoran di situ bagi memudahkan urusan jaga anak~ Bisnes makanan halal juga agak rancak apabila ada pesanan masuk dari Hokkaido dan Okinawa dan makanan juga boleh tiba pada keesokan harinya memandangkan perkhidmatan pos Jepun yang maju~


Isnin itu aku bergerak ke kilang menggunakan taksi dan keesokan harinya pula site visit kilang di Yamanashi dengan menggunakan kereta yang dipandu oleh senior~ Sewaktu tiba di kilang, agak nostalgia kerana January 2013 aku menghabiskan masa sebulan di kilang yang sama atas urusan project training~ Malam itu aku bergerak pulang ke Tokyo kerana keesokan hari nya aku perlu ke pejabat imigresen atas urusan 在留更新手続き (Extension visa permit)~ Sengaja pilih untuk apply di Tokyo dan bukannya di Yokohama supaya boleh banding di kemudian hari; agak terkejut kena beratur panjang dari luar bangunan lagi! Setelah lama menunggu giliran, agak kecewa apabila diberitahu pemohonan di tolak kerana ada dokumen yang kurang lengkap membuatkan aku perlu ke HQ di Kawasaki keesokan harinya bagi mendapatkan dokumen yang diperlukan! 

View di dalam TeamLab Odaiba

Mujur aku memang ada siapkan hari spare kerana hal-hal begini tidak boleh diduga! Oleh kerana masih ada waktu di Tokyo, aku pun jalan-jalan sekitar Immigration Office yang terletak berdekatan dengan Odaiba~ Kebetulan TeamLab ada event di situ dan aku juga pernah masuk event mereka di Jakarta membuatkan aku minat nak cuba yang di Tokyo walaupun tiket agak mahal! Jujur kata pengalaman dia memang tak ternilai, sesiapa sahaja yang ada peluang, silalah pergi kerana memang seronok terutamanya anak-anak! Setelah puas, aku keluar jalan kaki menuju ke Divercity Tokyo yang menempatkan Gundam gergasi untuk sesi foto sebelum bergerak ke Tokyo Station untuk bertemu dengan junior untuk makan malam bersama~ Niat di hati nak solat di Tokyo Station tapi malangnya surau tutup awal pulak waktu itu (-_-") Kami makan di Zero Two Nasi Kandar Tokyo yang baru di buka pada tahun ini~ Walaupun aku tinggal di Penang sekarang, menu yang diberikan boleh tahan sedap!

Foto di hadapan restoran

Keesokan pagi nya aku terus bergegas ke HQ Kawasaki untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan sebelum menuju ke Yokohama Immigration Office bagi tujuan yang sama~ Alhamdulillah, orang tidak terlalu ramai dan tidak ada komen lanjut dari pihak immigration membuatkan urusan selesai sekitar tengahari~ Oleh kerana masih ada waktu, aku memilih untuk jalan-jalan sekitar Hotel di Ueno dan kebetulan hotel itu ada sediakan voucher discount untuk pengunjung yang berminat ke Tokyo Skytree yang juga antara destinasi yang aku ingin pergi sejak dulu~ Indah sungguh pemandangan dari menara tertinggi di dunia 634m tapi pengunjung hanya boleh berada di ketinggian 450m! Malam itu aku makan malam dengan 2 ex-lab mate sewaktu zaman university; seorang sedang bekerja di area Tokyo dan seorang lagi sanggup datang jauh dari Chubu semata-mata ingin berjumpa! Pertemuan sulung 10 tahun setelah graduasi kali ini memang penuh nostalgia apabila masing-masing buka cerita zaman pelajar!

View bawah dari ketinggian 450m

Salah seorang siap ada simpan nombor telefon Professor dan langsung telefon untuk bertanya khabar! Sempat juga video call dengan beberapa ex lab mate yang lain yang tidak dapat hadir kerana pertemuan kali ini hanya dirancang 3 hari sebelumnya! Borak sakan di restoran sampai restoran tutup jam 11 malam, ingatkan dah tamat sampai di situ, tak sangka pula mereka ajak borak-borak di hotel sampai subuh! Besoknya aku kena ambil PCR covid test sebelum naik flight pulang ke Malaysia keesokan hari nya~ Sempat singgah Starbucks Reserve® Roastery Tokyo walaupun nak masuk kena tunggu 180 minit! Sanggup jalan kaki ke Tokyo Jamii untuk solat sebelum kembali ke lokasi yang sama semata-mata nak ambil foto!

View dari Meguro

Nasib baik la pemandangan bunga sakura di Meguro memang cantik jadi dapat cuci mata sekali~ Alhamdulillah result COVID juga negative jadi dapat la pulang dengan hati yang tenang.. Oleh kerana flight pukul 5 petang, aku ambil keputusan jalan-jalan di sekitar Ueno Zoo untuk menikmati bunga sakura di sana~ Berangkat ke Narita Airport menggunakan Narita Express hanya mengambil masa 1 jam untuk tiba di airport! Rezeki apabila jumpa kedai di dalam airport yang menawarkan jersey kebangsaan Jepun original pada 50% harga! Terus beli 1 set untuk anak~ Tiba di KLIA pada tengah malam dan oleh kerana masih kuarantin hotel masih mandatori bagi mereka yang tiada rumah, aku pilih untuk kuarantin 5 hari di Dorsett Subang~ Hari terakhir quarantine pada 1st April merupakan hari kerajaan mengumumkan tiada lagi mandatori kuarantin bagi pengunjung luar negara (笑)  dan semoga berkekalan sehingga kiamat insyaAllah! 


p/s  Proses menunggu visa permit mengambil masa 2 bulan lebih!

Monday, 29 November 2021

AstraZeneca Vaccine



Ketika dunia masih lagi bergelut dengan COVID-19 dan vaksin masih baru diperkenalkan dan belum tersebar meluas seperti sekarang (Nov 2021), waktu itu aku masih di Jakarta dan oleh kerana semua negara pasti akan fokus pemberian vaksin kepada warganegara mereka terlebih dahulu, jadi aku risau kalau nak tunggu turn dapat via MySejahtera mesti lama dan kemungkinan susah lebih-lebih lagi dengan kes aku yang tidak menetap di Malaysia~ Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal bila baca menteri koordinasi vaksin pada ketika itu (28 April 2021), KJ memberitahu vaksin AZ akan open secara "first come, first serve" dan kita boleh pilih tanggal vaksin itu sendiri! Tanpa fikir panjang, aku terus apply tanggal 1st June sebab kebetulan memang plan nak balik Malaysia selepas raya tahun ini gara-gara ada project yang perlu aku uruskan 4 hari selepas 1 Syawal jadi tahun ini kali pertama aku tak dapat balik beraya bersama keluarga pada 1 Syawal!




Punya la semangat dah beli tiket flight 23 Mei sebab waktu itu tempoh quarantine wajib di hotel adalah hanya 7 hari bagi mereka yang sudah melakukan PCR swab test 3 hari sebelum berangkat menaiki pesawat jadi pengambilan vaksin pada 1st June harusnya tiada masalah~ Tanpa disangka, tiba-tiba tempoh quarantine naik kepada 14 hari balik gara-gara VOC Delta yang menyerang ketika musim raya (-_-") Sewaktu checkin, sempat juga tanya boleh keluar sekejap ke tak untuk ambil vaksin tapi staff KKM yang jaga hotel itu cakap, "Selagi status High Risk dalam MySejahtera tak tukar, encik pergi PPV pun depa tak bagi masuk" so terpaksa pasrah ada kebarangkalian tunggu turn vaksin kat Indonesia sahaja waktu itu~ Adik yang kerja KKM cuba tolong jugak tapi since vaksin ni under MOSTI jadi tetap tak leh buat apa (泣) Cuba call MySejahtera hotline banyak kali untuk cuba tukar tarikh, tapi setiap kali call samada line tak masuk, atau pun tak ada orang angkat! 

View inside PPV IDCC Shah Alam well managed!

Alhamdulillah, aku dibenarkan untuk walk in sahaja ke PPV setelah selesai tempoh quarantine berkat bantuan adik aku yang tolong tanyakan langsung kat staff KKM yang jaga di PPV berkenaan.. Selesai quarantine tanggal 5th June, aku langsung walk in ke PPV pada tanggal 8th June walaupun sempat di tahan oleh security ketika minta aku tunjukkan screen phone untuk melihat appointment date and time setiap calon yang ingin masuk ke PPV~ Hanya jawab, "ada telefon dan suruh datang" baru security benarkan masuk (笑) Jujur kata, PPV di IDCC Shah Alam memang terbaik dari segi pengaturan keluar masuk, dan segala proses yang menurut aku cukup lancar; hanya kurang lebih 15 minit sudah selesai terima vaksin, dan perlu menunggu sekitar 15 minit lagi untuk tempoh menunggu bagi memastikan tidak ada gejala baru dibenarkan pulang~ 



Dose ke 2 bagi vaksin AZ berbeza dengan jenis yang lain iaitu jarak masa antara dose itu ialah 8~12 minggu dan hampir 3 bulan lama nya.. Mau ga mau memang kena ambil dose 2 di Indonesia sebab tak sanggup nak lalui quarantine hotel sokmo yang cukup membosankan! Sewaktu di Jakarta, aku dah dapat tanggal dose 2 melalui MySejahtera pada tanggal 3rd August jadi aku pergi ke Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS) berdekatan office sebab di Indonesia, rata-rata PPV dia adalah di PUSKESMAS.. Aku di minta ke RS Cikini sebab di situ yang memberikan AstraZeneca 2nd dose jadi bergerak la aku ke sana dengan harapan boleh ambil vaksin.. Sayangnya, doctor yang bertugas memberitahu di Indonesia, mereka hanya akan beri setelah cukup 12 minggu dari dose pertama (笑) Aku cuba berikan fakta dari negara-negara lain tapi mereka tetap berpegang kepada informasi yang sudah ditetapkan oleh kementerian kesihatan Indonesia jadi tak boleh nak ubah~ 

Drive-thru vaccine center

Malah, untuk kes aku yang sudah mendapatkan dose pertama di negara luar dan cuba mendapatkan dose ke 2 di Indonesia, oleh sebab sistem rekod belum terintegrasi, sertifikat yang akan dikeluarkan akan tertulis sebagai dose 1 meskipun untuk kes aku, jumlah nya sudah lengkap menerima dua dos~ Setelah dapat informasi dari komuniti Malaysia melalui WhatsApp, aku pergi ke PPV di Jakarta Selatan yang memberikan vaksin secara drive-thru.. Waktu ke sana, agak terkejut dengan barisan kereta yang beratur panjang, jadi aku ambil cara mudah dengan langsung jalan kaki bertemu dengan pegawai yang bertugas sebab risau kalau dah beratur lama sekali tidak dibenarkan ambil jadi tidak mahu buang masa~ Alhamdulillah proses pengambilan vaksin juga cukup lancar tanpa banyak kerenah dan langsung diberikan suntikan dan masuk ke bilik menunggu yang disediakan selama 15 minit sebelum diberikan sertifikat sementara; sertifikat rasmi perlu download melalui aplikasi Peduli Lindungi, aplikasi seperti MySejahtera di Indonesia!

Vaccine Certificate in Indonesia

Muncul masalah baru iaitu masing-masing aplikasi, MySejahtera dan Peduli Lindungi memiliki sertifikasi 1 dose jadi perlu integrasi salah satu bagi memudahkan perjalanan hendak ke mana-mana memandangkan Indonesia memang strict; nak masuk mall pun kena tunjuk bukti dah vaksin baru dibenarkan masuk! Aku mula menghubungi pihak MySejahtera sejak pertengahan August untuk mengintegrasikan sekaligus mengakui sertifikasi vaksin yang aku ambil di Indonesia; mula-mula menerusi e-mail, kemudian di pertengahan September, ganti pula ke aplikasi melalui MySejahtera, tetap tidak ada perubahan! Siap pergi ke PKD Petaling, pastu ke JKN Selangor untuk bertanyakan masalah yang sama tapi response yang diberi ialah kena tunggu dari pihak MySejahtera jugak! Akhirnya penantian berakhir pada tanggal 25 November apabila status MySejahtera bertukar kuning hasil interaksi dengan team MySejahtera melalui twitter selama hampir 2 minggu!  ALHAMDULILLAH! 

 

Thursday, 2 September 2021

COVID-19 Escape: Part 3

 23 May ~ 4 July - KUALA LUMPUR


Menunggu sekian lama untuk proses mendapatkan visa buat isteri dan anak-anak sejak akhir February dan alhamdulillah visa terima akhir April.. Setelah bincang dengan isteri, kami sepakat untuk tunggu setelah raya sahaja memandangkan aku juga ada beberapa project yang kebetulan bermula betul-betul setelah hari raya jadi nak tak nak memang tak balik raya buat kali pertama sejak bertugas di Indonesia tahun 2013! Penerbangan hari Ahad pagi menggunakan pesawat Garuda jadi Jumaat pagi kena ambil PCR test; alhamdulillah siang tu dah keluar keputusan Negative dan langsung ambil hard copy sebagai syarat untuk naik pesawat~ Bilangan penumpang boleh tahan ramai termasuk orang Indonesia yang kebanyakannya kelihatan seperti pekerja konstruksi.. Pesawat selamat mendarat di KLIA sekitar jam 11 pagi waktu tempatan~ Ketika check-in MySejahtera di KLIA, perasan ada point khusus yang menyanyakan apakah sudah lengkap 2 dos vaksin yang pastinya "game changer" buat Air Travelers selepas ini~ 

Bagus gila siap kasi penyapu kecik siap-siap sebab memang perlu since nama makan dalam bilik, macam-macam sampah ada

Mujur juga sudah bawa hasil PCR test siap-siap jadi boleh langsung maju ke lokasi menunggu bas bersama pengunjung lain yang ambil Standard Package Quarantine Station~ Stress bila lihat jumlah hari kena quarantine ialah 14 hari yang baru diumumkan 4 hari sebelum penerbangan aku sebab sebelum ini hanya 7 hari quarantine hotel kalau ada PCR test (-_-") Takdir menemukan kembali dengan seorang Malaysian yang sama aku berkenalan ketika pulang ke Indonesia pada November tahun lalu sebab dia pun kebetulan pulang ke Malaysia mengikut penerbangan yang sama! Ngeri juga bila dia cerita pernah kena Covid-19 ketika quarantine hotel di Jakarta sekembalinya dari Malaysia March lepas yang membuatkan dia terpaksa dipindahkan ke hotel yang lain cuma syukurnya dia tiada symptom yang parah jadi cukup 10 hari dia dibenarkan kembali meneruskan perjalanan~ Kami ditempatkan di Mercure Hotel berdekatan dengan Bukit Bintang dengan bayaran RM140 per hari sudah termasuk 3x makan minum~ 

Aktiviti cuci baju secara manual yang dulu selalu buat time asrama.. Hotel quarantine kat Jepun dan Indonesia pun sediakan service laundry, nape Malaysia takde eh?

Check-in di hotel sekitar waktu Zuhur, alhamdulillah size kamar juga sedikit luas berbanding hotel IBIS yang aku dapat September tahun lalu~ Salute dengan management hotel yang cekap dalam pengendalian swab test pada hari ke 10 dan juga sewaktu check out pada hari ke 14 yang mana hampir tiada penumpukan orang dalam suatu tempat yang sama sampai perlu beratur ramai-ramai seperti kejadian di IBIS tahun lalu~ Awalnya minta untuk late check out sebab kena ambil online exam tapi sayangnya tidak dibenarkan dengan alasan QS (Quarantine Station) bukannya hotel (泣) Hari ke-10 kami sudah diberi borang untuk pelepasan sekiranya hendak merentas negeri dan info nya wakil yang ingin hadir perlu ke balai polis untuk apply buat diri sendiri tapi info dari isteri, kalau tinggal di dalam KL tidak perlu (笑)  Check-out time memang dah susun per floor tapi dia beri kelonggaran untuk kes khusus macam aku untuk keluar lebih awal supaya boleh balik cepat untuk ambil exam tu~


Peneman sepanjang quarantine

Hanya sempat bertemu Ummi di Shah Alam sebanyak 2x sepanjang 1 bulan di Malaysia gara-gara pelarangan rentas negeri (泣) Kasihan sebab Rumi pun tak dapat luang waktu yang lama dengan Ummi sejak lahir sebab lahir ketika pandemik dan waktu ada kelonggaran, aku pula sudah di Jakarta dan isteri susah nak handle 2 budak dalam 1 masa untuk ulang-alik Shah Alam~KL (-_-") Booking tiket pesawat pada 4 July sebab kena masuk Indonesia sebelum 13th July kalau tak Visa expired dan kena buat semula.. Beberapa hari sebelum flight, boss dah sounding suruh fikir-fikir dulu sebab keadaan Covid di Indonesia makin teruk sampai beberapa perusahaan Jepun dah mula suruh rakyat depa keluar dari Indonesia sebab beban kesihatan di sana sudah overload dengan pesakit Covid yang setiap hari sekitar 50,000 kes yang terdeteksi~ Minta isteri re-consider untuk balik Jakarta sekali kali ini tapi dok fikir faktor-faktor lain membuatkan kami pasrah sahaja dan nekad untuk pulang bersama~


Dah nak checkout baru dapat gelang pink (笑)


Tiket pulang Jakarta pada 4th July (Ahad) jadi Jumaat itu kami lakukan PCR swab test di Pantai Hospital; kali ke2 buat isteri dan kali pertama buat Nuha dan Rumi.. Kagum sebab Rumi yang waktu ini berusia hampir 9 bulan tidak menangis sangat waktu kena swab berbanding si kakak yang dah memang meronta-ronta dari awal sebab dah lihat si mak nya kena dulu (笑) Biaya PCR hanya RM220 dan lebih murah kalau di banding di tempat sekitarnya.. Selesai dari situ, aku ke balai polis berdekatan untuk urusan permit kebenaran untuk rentas negeri memandangkan situasi masih MCO dan informasinya perlu ada permit ke KLIA walaupun rencana ke sana naik Limo Taxi KLIA.. Minta permit untuk 4 orang siap tunjuk tiket flight, Visa sebagai supporting doc.. Alhamdulillah tiada masalah dan langsung dapat permit tapi disaran untuk buat salinan untuk semua supporting doc sebagai langkah jaga-jaga kalau di minta ketika roadblock~


Suasana di KLIA yang sepi

Berangkat ke KLIA sekitar jam 0900 sebab flight pukul 1250 menggunakan Garuda.. Sengaja berangkat awal sebab takut jem kalau ada roadblock.. Alhamdulillah ternyata tidak ada roadblock sama sekali sebab driver taxi pandai ikut jalan dalam sampai tembus hotel tabung haji~ Penerbangan on schedule dan kami tiba di Bandara Soekarno Hatta sekitar jam 2 siang.. Proses imigrasi sedikit terhambat sebab aku kena panggil masuk dalam ruangan gara-gara nama hampir mirip dengan orang yang kena blacklist jadi kena dapatkan approval dari pegawai atasan imigresen baru boleh lepas (笑)  Selesai urusan di bandara sekitar jam 4, dan apabila keluar dari bandara, sudah ada petugas hotel yang langsung bawa ke dalam Silver Bird untuk dibawa ke hotel yang sudah aku pilih dari awal untuk karantina selama 6 hari 5 malam~ Aku pilih Wyndham Hotel di Kuningan dengan type bilik mempunyai dapur sebab senang nak urus makan minum dan susu anak~ 

Antara aktiviti ketika quarantine  

Sebelum masuk bilik, semua kena PCR test dahulu! Makanan boleh pilih antara western dan Indonesian; aku ambil 2 western dan 1 Indonesian just in case tapi turns out Indonesian punya portion lebih banyak dan enak (笑) Sayangnya Nuha masih memilih nak makan jadi ada beberapa hari kami pesan hotel service untuk menu kegemaran dia, ayam goreng~ Aktiviti sepanjang quarantine di hotel menurut aku tidak terlalu banyak beza seperti di Malaysia kerana anak-anak juga dah ibarat macam quarantine juga sebab tidak keluar ke mana-mana cuma beza nya adalah di Malaysia, ada space lebih luas dan banyak barang-barang itu buat anak-anak sibuk tapi di banding dengan hotel yang agak sempit untuk buat apa-apa~ Hari ke-5 kami kena ambil PCR sekali lagi dan alhamdulillah keesokan hari boleh check-out dengan tenang sebab result semua negative dan perlu continue quarantine sehingga hari ke-14 tapi di rumah masing-masing~


p/s "Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, lepra, dan dari keburukan segala segala macam penyakit." (HR Abu Daud nomor 1554 dan Ahmad).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC