Followers

Wednesday, 26 December 2012

Xmas Celebration

23 December - TOKYO


Beberapa hari yang lepas, aku mendapat email daripada seorang 先輩 (Senior) Malaysian warganegara Cina yang mengajak aku untuk sama-sama menyambut pesta Natal di salah sebuah gereja sekitar 大久保 (Okubo).. Oleh kerana sikap ingin tahu tentang cara sambutan Natal itu dijalankan lebih-lebih lagi di negara yang majoritinya Atheist ditambah lagi tidak pernah masuk gereja, aku menerima pelawaan 先輩.. Ajak juga rakan-rakan yang lain tapi sayang masing-masing sibuk membuatkan aku terpaksa pergi seorang diri..

Kami bertemu di stesen 東中野 (Higashi Nakano) sekitar jam 1130 dan daripada situ jalan kaki sekitar 10 minit menuju ke gereja.. Agak terkejut dengan bilangan basikal dihadapan gereja seolah-olah seperti masuk sekolah; bangunan gereja 5 tingkat dan setiap tingkat ada kegunaan tersendiri untuk sesetengah komuniti.. Tingkat bawah tanah pula merupakan dewan makan~ Tingkat 3 khusus untuk komuniti Korea jadi anda boleh bayang betapa besarnya komuniti Korea beragama Kristian yang tinggal sekitar 大久保 ini..

Pada awalnya aku dibawa untuk mendengar "khutbah" kononnya untuk meraikan orang yang baru masuk gereja berkenaan.. Agak terkejut juga bila diakhir khutbah, salah seorang AJK menyerahkan CD yang mengandungi lagu-lagu gereja o_0" Selepas itu aku dibawa ke tingkat 2 untuk menyaksikan persembahan pentas bertemakan Xmas oleh komuniti Jpon pula.. Layan beberapa sketsa sebelum 先輩 ajak pergi tingkat 5 yang khusus untuk komuniti asing yang mana "khutbah" diberi dalam 英語 (English)

Uniknya "khutbah" mereka diselang-selikan dengan konsert ringkas siap dengan gitar, drum, dan piano! Sebelum "khutbah" bermula, semua pengunjung diseru untuk mengulang "syahadah" mereka yang agak panjang.. "Khutbah" yang diberi oleh seorang pastor dari Korea Selatan menceritakan tentang salah seorang watak dalam Bible dan moral yang boleh diambil dalam kehidupan seharian.. Menariknya ada diselitkan sketsa oleh sebilangan komuniti asing berbilang bangsa tentang "Christmas Carol" dsb..

Pastor menyeru mereka yang hadir supaya "percaya" dengan segala yang tertulis dalam Bible itu tanpa banyak soal.. Hal ini adalah bertentangan dengan Al-Quran iaitu satu-satunya kitab suci yang mencabar apa yang tertulis di dalamnya! (link) Isi "khutbah" langsung tidak menyentuh pegangan agama lain tapi lebih menekankan peranan penganut agama Kristian khususnya mazhab Protestan.. Aku meminta diri sekitar jam 1330 untuk pergi ke surau berdekatan 新大久保 (Shin-Okubo) untuk solat Zuhur sebelum bertolak ke 御徒町 (Okachimachi) untuk mengikuti kelas Bahasa Arab pada petang itu.. 

p/s 先輩 yang begitu peramah ini siap minta aku ajak dia pergi ke masjid bila ada kelapangan!      

Monday, 17 December 2012

Citizen Paramedic


Sejak menjadi 社会人 (Working adults), ini merupakan kali ketiga aku menjalani kursus berkenaan 救命 (Lifesaving) memandangkan kursus ini adalah sebahagian daripada jadual kerja sepanjang tahun pertama.. Berbeza dengan 2 kursus sebelum ini yang dikendalikan oleh pihak syarikat, ini merupakan kali pertama ia dikendalikan oleh oleh pihak bomba malah siap diberi pengiktirafan sebagai 市民救命士 (Citizen Paramedic) lagi sebaik sahaja tamat kursus selama 8 jam ini.. Berikut merupakan aktiviti sepanjang kursus:

救命の連鎖 (Cycle of lifesaving)
①心停止の予防 (Prevention of cardiac arrest)
②心停止の早期認識と通報 (Early recognition of cardiac arrest and report)
③一次救命処置 (CPR and AED)
④二次救命処置と心拍再開後の集中治療 (Advanced Life Support and Intensive Care)


Tahukah anda proses keselamatan ①~③ sebaiknya dilakukan oleh orang ramai sementara menanti 救急車 (Ambulance) tiba? Secara purata, kereta kecemasan mengambil masa selama 8 minit untuk tiba di tempat kemalangan (Jpon) jadi langkah awal untuk menyelamatkan mangsa harus diambil oleh orang ramai dan bukan hanya melaporkan sahaja.. Berikut merupakan situasi yang perlu diambil sekiranya anda melihat ada orang terbaring tidak sedarkan diri~

1. Pastikan keselamatan sekeliling telebih dahulu dan jangan main terjah sahaja untuk menyelamatkan mangsa kerana anda memperjudikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan mangsa.. Jika kawasan itu tidak selamat, bawa mangsa ke tempat yang selamat sebelum memulakan proses menyelamat..

2. Tepuk bahu mangsa dan bisikkan ke telinga bagi memeriksa tahap kesedaran mangsa.. Jika mangsa tidak memberikan sebarang reaksi, tugas seterusnya ialah menjerit meminta pertolongan orang ramai.. Anda perlukan orang untuk memanggil 救急車 (119 bagi Jpon) dan lagi seorang untuk mengambil AED (Automated External Defibrillator) 


3. Sementara menunggu 救急車 tiba, tugas seterusnya ialah memastikan pernafasan mangsa dengan cara melihat bahagian dada dan perut.. Sekiranya tiada pernafasan, langkah seterusnya ialah 心肺蘇生 (CPR) dengan cara menekan bahagian tengah dada pada anggaran 5cm pada kelajuan 100 kali seminit menggunakan kedua-dua belah tangan.. Bantuan pernafasan hendaklah diberi selepas 30 kali menekan dada mangsa.. Anda digalakkan untuk meneruskan proses menekan dada kendatipun terdengar bunyi tulang retak kerana retak tulang boleh sembuh tapi nyawa tiada ganti~

4. Peringatan utama sebelum melakukan bantuan pernafasan ialah dengan melapikkan sesuatu ke atas mulut mangsa terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan yang tidak diingini.. Tiup nafas melalui mulut mangsa sebanyak 2 kali dan pastikan ada pergerakan pada dada mangsa bagi menandakan udara masuk~ Selesai bantuan pernafasan, ulang proses menekan dada mangsa sebanyak 30 kali dan bantuan pernafasan sehinggalah AED tiba..


5. Langkah penggunaan AED ada diletakkan dalam mesin tersebut siap dengan rakaman suara.. Sebelum melekatkan pad pada tubuh mangsa, pastikan anda menanggalkan segala pakaian yang mangsa pakai, lap tubuh sekiranya basah, tiada pelekat dan pacemaker pada tempat yang akan anda lekatkan.. Tunggu arahan daripada AED samada mangsa perlukan kejutan elektrik atau tidak.. Sekiranya perlu, pastikan tiada orang menyentuh mangsa sebelum menekan butang "shock" pada AED!

6. Selesai menekan butang, ulang langkah 心肺蘇生 tanpa menutup mesin AED kerana ia akan menganalisis dari semasa ke semasa keadaan mangsa dan kononnya setiap 2 minit, AED akan menyuruh anda memberikan kejutan elektrik sekiranya perlu.. 心肺蘇生 perlu diteruskan tanpa henti kerana hidup mati mangsa tersebut hanya BOLEH ditentukan oleh doktor! Tugas 心肺蘇生 memang memenatkan jadi pastikan anda ada orang yang boleh gantikan sementara anda rehat.. 

Bentuk AED berbeza mengikut ciptaan syarikat tapi cara penggunaan adalah sama

7. Proses 心肺蘇生 berbeza bagi kes kanak-kanak dan bayi.. Sekiranya mangsa adalah seorang bayi, anda hendaklah menekan dada bayi itu menggunakan 2 batang jari.. Bagi kes kanak-kanak pula, anda hendaklah menekan dada mangsa menggunakan 1 tangan sahaja pada anggaran 1/3 daripada tubuh mangsa bagi kedua-dua kes.. Pad AED juga kononnya ada disediakan khusus untuk bayi/kanak-kanak tapi sekiranya tiada, anda dikehendaki menggunakan pad dewasa..  

p/s Berharap tidak akan berhadapan dengan situasi sebenar di masa akan datang tapi sekiranya ditakdirkan jumpa juga, berdoa sahajalah aku ingat langkah-langkah yang seperti diatas~ 



Tuesday, 11 December 2012

Nickelback World Tour 2012

3 December - TOKYO

Bagi sesiapa yang sudah lama mengikuti blog ini pastinya sedar betapa mendalamnya pengaruh Nickelback dalam hidup aku setelah lebih 10 tahun mengikuti perkembangan semasa band daripada Canada ini~ Bagi seorang yang tidak pernah pergi ke konsert, adalah satu impian yang menjadi kenyataan apabila dapat menyaksikan persembahan Nickelback secara langsung di 武道館 (Budokan) hari ini sempena Nickelback World Tour 2012 malah istimewanya 武道館 merupakan perhentian terakhir mereka setelah menjelajah ke seluruh benua kebanyakannya belah Eropah dan Oceania.. 


Nickelback pernah hadir sebelum ini di Jpon pada tahun 2009 untuk melakukan persembahan sebanyak 2 kali dan menariknya salah satu daripadanya jatuh pada hari jadi aku cuma sayang aku hanya dapat tahu tentang kehadiran mereka beberapa hari selepas itu (-_-") Agar kesilapan sama tidak berulang, aku semakin rajin tengok aktiviti semasa di laman web rasmi mereka sehinggalah terbaca tweet mereka sekitar Ogos tahun ini yang memaklumkan 武道館 merupakan concert terakhir bagi jelajah 2012! Paling mengejutkan tarikh concert mereka jatuh pada hari Isnin iaitu hari bekerja m(_ _)m


Tiket mula dijual awal October tapi waktu itu aku terpaksa tunggu jadual tugasan bagi memastikan aku tiada apa-apa pada tarikh tersebut.. Bila baca Nickelback tweet yang tiket dah nak habis selepas 3 hari tiket mula dijual membuatkan aku terpaksa beli sambil tawakal secara online (笑) Ditakdirkan hari itu aku terpaksa 出張 (Outstation) di 富士電機 (Fuji Electric) cawangan Tokyo yang memerlukan ± 1 jam perjalanan untuk tiba di 武道館 dan waktu concert bermula jam 1900~ Habis sahaja kerja jam 1730, terus berlari sakan menuju ke stesen keretapi terdekat dan selamat tiba di stesen 九段下 (Kudanshita) sekitar jam 1840~ 

Panorama picture from where I seated

Sebelum masuk ada sport-check bagasi dan aku ada ditanya samada bawa camcorder atau tidak.. Kalau ada pun sudah pasti akan cakap tiada (笑) Pertama kali masuk dalam 武道館 sahaja sudah kagum dengan pintu gerbang dan suasana dewan seolah-olah ingin menyaksikan orang hendak bersukan (笑) Menarik juga susunan kerusi padahal nak tengok concert Rock o_0 Kagum dengan bilangan pengunjung lebih 10 ribu orang daripada kanak-kanak ke golongan tua yang datang untuk memberikan sokongan.. Entah mereka faham atau tidak lagu yang Nickelback nyanyikan itu lain cerita~


Nickelback menyanyikan 19 buah lagu daripada beberapa buah album mereka sepanjang 2 jam concert mengikut senarai dibawah:

1. THIS MEANS WAR
2. SOMETHING IN YOUR MOUTH
3. BOTTOMS UP
4. PHOTOGRAPH
5. FAR AWAY
6. TOO BAD
7. ANIMALS
8. TRYING NOT TO LOVE YOU
9. ROCKSTAR
10. SOMEDAY
11. LULLABY
12. THIS AFTERNOON
13. IF TODAY WAS YOUR LAST DAY
14. WHEN WE STAND TOGETHER
15. FIGURED YOU OUT
16. NEVER AGAIN
17. HOW YOU REMIND ME
18. GOTTA BE SOMEBODY
19. BURN IT TO THE GROUND

Bingit sungguh telinga sepanjang concert tapi memang puas hati dapat menyaksikan secara live buat pertama kali! Agak kecewa kerana tiada api atau mercun yang digunakan seperti concert penyanyi lain (笑) Lagu yang paling aku nantikan semestinya "How You Remind Me" iaitu lagu yang membuatkan aku jatuh hati pada band ini sejak tahun 2001~ Menurut Chad, 武道館 merupakan salah satu tempat yang begitu bermakna bagi mereka memandangkan idola mereka, Cheap Trick dan Deep Purple pernah mengadakan concert di lokasi yang sama~ 


Lagu paling gempak semestinya "When We Stand Together" kerana ada selingan drum solo hampir 5 minit.. Efek lampu dan latar belakang video turut menambah impak lagu yang mereka mainkan sepanjang concert.. Sesi penamat juga tidak mengecewakan dengan ketukan drum dan alunan gitar yang boleh mendatangkan ribut (笑) Sebelum balik, aku sempat beratur untuk membeli sesuatu sebagai kenangan di gerai Official Merchandice; agak terkejut semua barang berharga 3500円 dan aku tertarik dengan baju T-shirt yang menampakkan Nickelback World Tour 2012.. 


p/s Kononnya kalau kantoi ambil video ketika concert boleh membuatkan anda dihalau o_0 Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC