Followers

Tuesday, 2 November 2010

Record-broken

2 November - KUSATSU

Selesai kelas jam 1430, ak terpaksa bergegas ntk mengerjakan solat Asar dan bersiap menuju ke bangunan エポック21 atas urusan バイト (part time) sebagai 通訳者 (Translator) kepada rombongan daripada Indonesia yang berada di Jpon selama 2 minggu.. Ini merupakan kali ke-2 ak bekerja sebagai 通訳者; kali pertama ialah pada tahun lepas ntk rombongan yang sama tp kali nih berlainan pengunjung.. Kehadiran mereka seramai 25 orang kali nih konon nyer ntk belajar corak pentadbiran dan bentuk demografi Jpon bagi melatih pegawai kerajaan Indonesia di masa akan datang.. Majoriti yang hadir merupakan pensyarah daripada pelbagai universiti seluruh Indonesia.. Tugas ak pada kali nih ialah menemani rombongan tersebut menuju ke びわ湖博物館 (Lake Biwa Museum); tempat yang ak pernah pergi beberapa bulan yang lepas (笑) Sian gak rombongan nih kerana masa yang diperuntukkan ntk pusing2 dalam muzium tuh x sampai 1 jam pon -_-" 

記念写真 (Memorial picture)

Waktu balik, mati2 ak ingat akan diturunkan di RITS; ghupe2 nyer ak kene balik sendiri daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu station) (畜生) Ntk jarang2 kali nyer ak naik bas daripada 駅 menuju ke RITS dan tambang yang dikenakan ialah 220円~ Sampai jer kt 研究室 (Lab), member2 sumer dah sound cakap 先生 (Supervisor) dok cari.. Ghupe2 nyer nk ajak sambung ber-実験 (Experiment) ntk mendapatkan data perbandingan yg masih blom lengkap.. Daripada pkl 6 dok layan 実験 sampai sedar2 dah pkl 11 0_0 Selama nih paling lama dok lab pon sampai jam 2200 kalo x silap.. kali nih dah berjaya pecah rekod sendiri meskipun masih x dapat kalahkan member lain yang sampai tido kt lab ntk 実験~ Argh, esok kene 発表 (Present) plak tuh tp data masih x lengkap2 lagi~ 中途半端 (Halfway) la nampak gaya nyer -_-"

実験

複婚 (Polygamy)

Salah satu aspek yang sering disalah-anggap oleh non-Muslim ialah 複婚.. Bila sebut jer Islam, antara perkara pertama yang akan mereka sebut ialah 複婚.. Paling xleh blah bila 先生 (Supervisor) ak tau ak ada 6 adik-beradik, dia tanya, "Ko ade brape orang mak?" -_-" 複婚 memang dibenarkan di dalam Islam namun benda nih bukan nyer ibarat syurga seperti di dalam anime! Tanggungjawab yang tinggi turut memainkan peranan penting membuatkan tidak ramai yang mengamalkan 複婚 di dalam komuniti Islam terutama nye di Malaysia.. Keluarga ak sendiri tidak mengamalkan nye membuatkan ak sukar ntk menjawab soalan sebegini lebih2 lagi oleh non-Muslim yang terlalu daif ttg Islam..


Ape yang dimaksudkan dengan 複婚 ialah suatu bentuk perkahwinan dimana seorang tuh mempunyai ramai pasangan.. 複婚 ini boleh dibahagi kepada 2 bentuk; Polygyny (Lelaki kahwin lebih daripada seorang pompuan) dan Polyandry (Pompuan kahwin lebih daripada sorang lelaki).. Islam secara terang mengharamkan polyandry namun menghalalkan polygyny.. Persoalan yang sering timbul tentang 複婚 di dalam Islam ialah "Kenapa laki jer yang dibenarkan kahwin lebih daripada sorang pompuan?" Suatu kajian telah dijalankan oleh Dr. Zakir Naik mengenai 複婚 dan jawapan yang diberikan beliau cukup bernas dan wajar dikongsikan bersama para pembaca sekalian~ (link)


1. Al-Quran
Quran merupakan satu2 nyer kitab suci di muka bumi nih yang mengandungi ayat "kahwin lebih satu" sehingga kini. Xde kitab suci agama yang menyuruh penganut nyer ntk mempunyai sorang jer isteri.. X kisah la kitab suci agama Hindu, Buddha, Talmud, atau Bible, x terjumpa pon ayat yang menghalang lelaki ntk berkahwin lebih daripada seorang isteri.. Namun, kemudiannya ia telah dihalang oleh paderi2 agama tersebut dan meletakkan had kepada hanya seorang isteri sahaja.. Sedangkan bila dilihat sejarah, rata2 daripada penganut agama2 tersebut mengamalkan 複婚 sehinggakan ada yang memiliki lebih daripada 4 orang!! Ayat yang membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada sorang adalah seperti di bawah:-

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (4:3)
  
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  (4:129)

Apa yang perlu difahamkan di sini ialah 複婚 tuh bukan nyer kemestian tetapi hanyalah pengecualian.. Ramai yang salah faham bahawa setiap muslim wajib ntk 複婚 sedangkan 複婚 tuh jatuh pada hukum harus iaitu dilakukan boleh, x lakukan pon xpe.. 

2.  Wanita
Lelaki dan wanita dilahirkan dalam nisbah yang sama secara semulajadi.. Namun, kanak-kanak pompuan memiliki imunisasi melebihi daripada kanak2 lelaki.. Justeru itu, kanak2 pompuan boleh melawan kuman dan penyakit dengan lebih efisien daripada kanak2 lekaki.. Ketika perang, lebih ramai lelaki yang kehilangan nyawa berbanding pompuan.. Malah lebih ramai lelaki yang maut dalam kemalangan dan penyakit berbanding dengan pompuan.. Oleh itu, kita boleh lihat lebih ramai janda pompuan daripada janda lelaki di dunia nih..  


USA sahaja menunjukkan bil. wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta! New York sahaja mempunyai 1 juta penduduk wanita melebihi penduduk lelaki, dan 1/3 daripada penduduk New York dikhabarkan sebagai gay! USA mempunyai lebih daripada 25 juta lelaki yang mengaku sebagai homo= Ini menunjukkan mereka tidak langsung berminat ntk mengahwini wanita.. England pula mempunyai 4 juta penduduk wanita melebihi penduduk lelaki; Germany pula 5 juta, dan Russia pula 9 juta lebih! Hanya tuhan saje yang tahu berapa juta bilangan pompuan melebihi bilangan lelaki di dunia nih! Jika dikira secara mudah melalui data diatas, berjuta2 wanita tidak dapat berkahwin sekiranya setiap lelaki berkahwin dengan seorang pompuan..   

3. Maruah 
Misalnya salah seorang saudara pompuan kita termasuk dalam lingkungan beberapa juta wanita tersebut. Dia hanya memiliki 2 pilihan; berkahwin dengan lelaki yang sudah memiliki isteri atau menjadi "public property". Tiada pilihan lain. Semua yang bermaruah akan memilih pilihan pertama.. Sebilangan besar wanita x suka berkongsi suami mereka dengan pompuan lain; namun di dalam Islam, ada sesuatu ketika yang difikirkan perlu ntk seorang muslimah menanggung kerugian peribadi yang kecil bagi menghalang kerugian yang besar dengan membiarkan muslimah lain menjadi "public properties"~ 


Bagi masyarakat barat, adalah x asing bagi seorang lelaki memiliki pompuan simpanan atau skandal dengan wanita lain.. Kebiasaannye, wanita2 nih akan menjalani kehidupan yang penuh dengan liku2, memalukan, dan tidak dilindungi.. Namun, masyarakat yang sama pula tidak dapat menerima seorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, yang mana wanita tersebut dapat mempertahankan maruah nye, kedudukannye di dalam masyarakat, dan menjalani kehidupan yang dilindungi.. Islam memberikan penghormatan kepada kaum perempuan bagi memilih pilihan pertama dan melarang pilihan kedua.. 

4. Lain2
Banyak lagi alasan lain, namun point penting ialah memelihara maruah kaum wanita.. 

p/s Tengah tunggu timing baik nyer ntk explain dengan btol tentang 複婚 kt member Jpon..   
  

Sunday, 31 October 2010

Shahadatul Haq

30 & 31 Oktober - OSAKA


Program Autumn Gathering (AG) anjuran AMIR Kansai diteruskan lagi pada tahun nih dengan menghimpunkan hampir 100 peserta yang datang daripada seluruh pelusuk Jpon ntk berkumpul di 大阪府立少年自然の家 bagi mengikuti aktiviti berkonsepkan usrah (peringatan) mengenai makna syahadah.. Perjalanan daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) menuju ke 水間観音 (Mizuma Kanon) mengambil masa hampir 3 jam; kagum ak dengan seni reka bentuk 駅 (Station) tuh yang agak unik kerana berbentuk tokong.. Jarak daripada 駅 ke 自然の家 tuh ialah 6km; mujur ada orang yang tolong amik naik keter.. Semangat giler bawak charger handset sebab plan nk layan bola malam tuh menerusi iPhone; malang nyer boleh plak tempat tuh xde line Softbank -_-" WiFi pon bila ditanye kt penyelia bangunan, diorang leh x tau (笑) Jumlah bayaran yang dikenakan hanya 2000円 ;)


Program bermula sekitar jam 1430 dengan sedikit flash back tentang ISK (Ini Sejarah Kita) yang membincangkan tentang graf turun naik sejak zaman Nabi sehinggalah penghapusan sistem khalifah di bumi pada tahun 1924.. Program tangguh buat sementara bagi memberi laluan ntk solat, makan malam dan juga mandi お風呂 (ofuro) pada petang tuh.. Ini merupakan kali ke-4 ak masuk 自然の家 di seluruh Jpon, tp kt 大阪 (Osaka) nih nyer お風呂 paling besar! Program bersambung semula sekitar jam 2000 dengan slot seterusnye yang membincangkan tentang "Syahadatain", konsep asas yang perlu diketahui ttg kalimah syahadah.. Penceramah jemputan sanggup datang daripada 山口 (Yamaguchi) tuh; tp rekod datang paling jauh ntk AG kali nih ialah daripada 茨城 (Ibaraki) yang konon nyer mengambil masa 10 jam perjalanan menggunakan keter o_0


Point yang menarik dan sesuai dikongsikan ntk entri kali nih ialah sikap orang Islam zaman skang yang agak lari daripada ajaran Islam sebenar; kita melihat dunia zaman skang yang penuh dengan isu2 terrorism yang dikaitkan dengan Islam itu sendiri dan bukan pengikutnye.. Ibarat orang yang bawa keter Ferrari yang cun giler, tp bawa cam orang xde lesen.. kalo eksiden, salah keter ke salah pemandu? Pagi keesokan hari nye lepas solat subuh, plan asal nk panjat bukit tp atas sebab2 keselamatan peserta, program pagi tuh ditukar kepada "treasure hunt"; 自然の家 nih pon rasa2 nyer paling kerek kot 設備 (facilities) luaran dia sebab siap ada port ntk pasang khemah dan sebagai nye.. 


Pagi tuh plak お風呂 xde pasal orang Jpon memang jenis x mandi pagi jadi diorang x sediakan air panas ?! Selesai sarapan, program diteruskan dengan slot terakhir yang membincangkan tentang sebuah skrip yang ditulis oleh Syeikh Abul al-Maududiyy berjudul "Syahadatul Haq" (link) Program tamat sekitar jam 1400; semalam dok cuak 台風 (Typhoon) yang dikhabarkan akan singgah di situ tp alhamdulillah semua masih selamat.. Cuma waktu nk balik baru hujan mula turun renyai2.. Sayang tertinggal kamera di umah; kalo x banyak gak gambar yang hendak diambil..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC