Followers

Friday, 4 February 2011

Countdown to Zero


Every man woman and child, lives under a nuclear sword of Damocles, hanging by the slenderest of threads, capable of being cut at any moment, by accident, or miscalculation, or by madness.

Sewaktu dunia masih mengutarakan isu nuklear Iran yang masih belum menampakkan garis penyelesaian, dokumentari nih mengetengahkan isu yang lebih menarik mengenai bom nuklear; sejarah senjata nuklear pertama kali dicipta di dunia oleh Robert Oppenheimer, seorang professor dalam bidang fizik.. Beliau digelar "Bapa bom atom" apabila berjaya mencipta senjata tersebut sekitar tahun 1945.. Di khabarkan ketika nih terdapat lebih 23 ribu senjata nuklear di dunia dengan Russia menjadi negara terbanyak memilikinya diikuti USA.. Teknologi nuklear mula tersebar pada tahun 1945 apabila USA berjaya meledakkan senjata nuklear pertama di dunia di kawasan gurun New Mexico, setelah itu negara2 lain mula mencipta bom nuklear mereka sendiri.. Berikut merupakan senarai negara, tahun di mana negara tersebut berjaya mencipta senjata nuklear dan bilangan terkini jumlah senjata nuklear yg dimiliki negara tersebut..
  1. USA 1945 (9400)
  2. USSR 1949 (13000)
  3. UK 1952 (185)
  4. France 1960 (300)
  5. China 1964 (240)
  6. Israel 1967 (80)
  7. India 1974 (70)
  8. Pakistan 1990 (70)
  9. North Korea 2006 (<10)
Pembuatan senjata nuklear konon nyer amat senang sehinggakan sesiapa sahaja yang memiliki konsep fizik boleh menciptanya.. Malah bom atom yang menghentam Hiroshima juga dikatakan begitu mudah ntk dicipta sehinggakan mereka langsung x mencuba nyer terlebih dahulu! Perang nuklear dikatakan akan berlaku ketika World War III membuatkan pelbagai langkah perlu diambil ntk mengatasinya; salah satu daripadanya ialah penghapusan senjata nukear oleh semua negara yang memilikinya.. Apabila Iran menegaskan berkali2 bahawa program teknologi nuklear mereka adalah aman dan bukan ntk mencipta senjata, negara luar mempersoalkan sejauh mana dunia boleh percaya kepada Iran? Ini adalah kerana pengayaan uranium itu amat mudah didapati daripada mana2 negara sehinggakan jika ingin membuat senjata, memang xde masalah.. Adakah setiap negara dapat mencapai kata putus ntk memusnahkan segala senjata nuklear yang mereka miliki? Hayati video dibawah ucapan bapa bom atom mengenai penyesalannya mencipta senjata tersebut.. 

 

Thursday, 3 February 2011

10 teknik mengesan penipu?!


Berikut merupakan 10 point yang boleh membantu mengesan sebarang bentuk penipuan melalui kajian komunikasi tanpa bahasa:-
  1. Maklum balas menjadi cepat supaya suasana sepi yang agak pelik x berlaku..
  2. Anggukan menjadi terlalu kerap..
  3. Apabila tangan sentiasa digenggam, dimasukkan dalam poket, disembunyikan dsb..
  4. Menyentuh hidung..
  5. Menahan mulut..
  6. Garu pipi..
  7. Menarik cuping telinga..
  8. Menyentuh bulu rambut..
  9. Garu bulu kening..
  10. Menggerak2kan badan tanpa henti..

Wednesday, 2 February 2011

OMRON

2 Feb - KYOTO


Alhamdulillah, pemohonan ak ntk turut-serta dalam 見学ツアー (Lawatan sambil belajar) ke kilang オムロン (OMRON) telah diterima dan konon nyer ak antara yg terpilih daripada beratus2 orang yg menghantar borang pemohonan.. Seramai 30++ pelajar daripada seluruh Jpon diminta berkumpul di OMRON HQ yang terletak di 京都 (Kyoto) pada jam 1300.. Penerangan ringkas selama 15 minit sebelum kitorang dibawa ke bangunan sebelah iaitu Communication Plaza ntk melihat sejarah ringkas tentang syarikat berserta 展示 (Exhibition) tentang apa yang sedang dilaksanakan oleh syarikat nih.. OMRON terkenal sebagai syarikat pertama di dunia yang mereka mesin jual beli tiket dan 自動改札機 (Turnstile).. Sekitar jam 1430, kitorang naik bas menuju ke pusat inovasi OMRON yang terletak di 京阪奈 (Keihanna) iaitu sempadan antara Kyoto, Osaka, dan Nara.. Terbaeek aa dapat lihat suasana pekerja di tempat kerja dan makmal~ Selesai pusing2 kilang, ada sesi soal jawab ngan 2 pekerja OMRON selama 40 minit.. Bas pulang sekitar jam 1730 dan selamat tiba di 京都駅 (Kyoto station) dalam jam 1810= Dalam minggu depan dah nk kene hantar ES.. huhu, dah semakin busy dengan 就職活動 (Job hunting)~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC