Followers

Tuesday, 14 December 2010

Malaysia.. またね!

12 Disember - MALAYSIA


Rezeki apabila diberikan tiket percuma ntk pulang ke tanah air sebanyak 2x dalam tempoh yang singkat memang sesuatu yang x ternilai dalam kamus hidup ak.. Gagal pulang ntk beraya bersama keluarga pada tahun nih namun ak bersyukur apabila sempat bersama keluarga sepanjang 2 minggu x berturutan.. 1 minggu.. rasa singkat giler meskipun banyak aktiviti yang ak lakukan sepanjang berada di Malaysia.. 3 hari menghadiri 学会 (Conference) di sekitar KL, kemudian dapat turut-serta KLIMS 2010 yang kebetulan berlangsung sepanjang tarikh ak berada di Malaysia.. Dapat juga menunaikan impian ntk membawa 先生 (Supervisor) pusing2 Malaysia (meskipun sekitar KL jer) dan menziarahi umah (meskipun terlalu singkat yakni sekitar 50 minit).. Sempat membeli poskad dan baju T bertemakan Malaysia; selama nih dok tayang baju negara orang, bila lagi nk 宣伝 (Advertise) negara sendiri?? (笑) Dapat belasah KFC lebih 2x setelah kebulur sekian lama berada di negara bukan Islam.. Dapat berjumpa dan menyampaikan sedikit nasihat kepada 後輩 (Junior) terutama yang baru masuk.. Dapat lepak2 dengan rakan2 sekolah lama dan juga rakan JAD yang telah bekerja.. Dapat update pasport yang akan tamat September 2011.. Dapat berjumpa dengan kedua belah nenek meskipun dalam masa yang singkat.. Dapat menghadiri kelas agama dan 再会 (Reunite) dengan member2 yang lama giler "ponteng" kelas (笑) Sengalnye, terlepas appointment dengan doktor gigi iaitu abang sendiri -_-"

p/s Azam tahun baru ialah nk balik raya tahun nih \(^o^)/

Monday, 13 December 2010

KIPPAS

8 Disember - SHAH ALAM


Misi hari nih ialah melawat bank Maybank ntk update buku dan sekaligus membuka simpanan ASB yang konon nyer bagus di masa akan datang.. Sebelum nih dah buka Unit Trust bawah Baba, tp hasil desakan abang membuatkan ak akur ntk membuka akaun baru nih.. Tiba di bank sekitar jam 1000, dan segala benda selesai sekitar jam 1030; ghupe nyer x perlu nk bawak salinan IC pon.. Hanya isi borang dan nyatakan berapa banyak wang yg ingin dilaburkan.. Selesai sumer ak gerak pula ke PKNS ntk update pasport yang akan tamat September tahun depan.. Alang2 nk update terus jer 5 tahun dengan bayaran RM300; terpaksa buat gambar skali bernilai RM12 ntk 6 keping dan diperkenalkan dengan mesin KIPPAS (Kiosk Pembaharuan Pasport); kaedah baru ntk update passport dengan hanya menggunakan mesin.. 

Nampak perbezaan dia x??

Mesin nih self-service dan kaedah menggunakan mesin nih telah diterangkan secara terperinci melalui laman web nih.. (link) Selesai mengisi segala butir matlumat yg diperlukan dan membuat bayaran, resit akan keluar dan kita hanya perlu menunggu selama 1 jam sebelum mengambil pasport yg telah siap di kaunter.. Ni merupakan kali pertama ak update pasport; terkejut giler bila dapat buku baru, no passport dah x sama pastu buku lama plak dia dah potong sket.. Selama nih ingatkan dia cuma akan gantikan muka depan jer :p Bila dia dah tukar no passport, memang leceh la lepas nih kene g semula pejabat imigresen di Jpon ntk ubah visa dsb.. Kemungkinan besar kene buat semula 外人証明書 (Alien Card) pon tinggi sebab no pasport pon dah bertukar -_-"

Sunday, 12 December 2010

国立博物館 (National Museum)

7 Disember - KL


先生 (Supervisor) ak dok bising nk melawat 国立博物館 bila pertama kali ak tanya ada tempat yg dia nk g x sempena lawatan kali pertama dia di Malaysia.. Memandangkan hari tersebut merupakan hari cuti umum (Awal Muharam), ak risau2 gak tempat tuh tutup.. Tanye pekerja hotel konon nyer bukak dan dekat jer daripada hotel tuh, jadi alang2 duit 先生 masih banyak (笑), kitorang gerak menggunakan teksi dan jumlah yang perlu dibayar hampir RM20 meskipun hanya 15 minit perjalanan!! Malu gak sebagai rakyat Malaysia, ni merupakan kali pertama ak melawat 国立博物館 nih; caj tiket masuk ialah hanya RM2 jer; kalo kt luar negara, caj dia xleh blah.. 先生 ak lemah sket 英語 (English) jadi bila berhenti kepada satu artifak, dia akan amik masa yang begitu lama ntk membaca ape yg tertulis pada artifak ;) Rekaan dalaman muzium tuh juga agak lawa malah ak terkejut gak dengan bilangan pengunjung yang hadir termasuk 外人 (Foreigners) yang agak ramai.. 


Teringin nk tunjuk tentang apa yg telah Jpon lakukan sewaktu memerintah Tanah Melayu memandangkan ayah 先生 ak nih pon tentera Jpon.. Sayang apa yg dipertontonkan di situ hanyalah beskal buruk Jpon dan sedikit penerangan tentang tentera Jpon -_-" Berbeza giler dengan imej2 dan fakta berkaitan penaklukan Portugis dan Belanda... Suatu benda yang menarik perhatian ak ialah penjelasan ringkas tentang sejarah dan fakta; kalo benda nih diperkenalkan lebih awal kepada ak sejak sekolah rendah, mungkin ak akan lebih meminati subjek nih dari awal meskipun SPM dapat A1 (笑) Selesai pusing seluruh muzium dalam masa hampir 2 jam, kitorang jalan kaki menuju ke KL Sentral yang x jauh daripada muzium; Ummi sengaja buat makan2 ntk 先生 ak jadi kitorang naik KTM.. Waktu tuh juga 先生 ak leh rasa 特徴 (Peculiarity) rakyat Malaysia yang x reti nk beratur dan gelojoh sewaktu nk naik keretapi.. 先生 yang berusia 62 tahun, membawa beg besar sebab nk balik terus malam tuh tp sorang pon x bangun ntk berikan tempat duduk ntk dia.. -_-"


Flight dia adalah jam 2020, jadi kene gerak dari umah awal sket sekitar jam 1830.. Lucu gak lihat gelagat 先生 yang cube bercakap dalam 英語 bersama keluarga; kebetulan hari yang sama gak Ummi ajak ahli keluarga yang lain ntk makan2 sama ;p Hantar 先生 ke KLIA dan selamat tiba sekitar jam 1900.. Awalnye dia dah fobia lewat sampai terlepas flight membuatkan bukan main cuak lagi dia bile gerak dari umah jam 1830.. Paling xleh blah bila dapat email mintak ak tolong belikan 赤ワイン (Red wine) ntk dia bila ak pulang semula ke Jpon; kem salam!


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC