Followers

Saturday, 11 December 2010

KLIMS 2010

6 Disember - KL


Jika tahun lepas ak berpeluang menghadiri Osaka Motor Show yang diadakan 2 tahun sekali (kot) di 大阪 (Osaka), tahun nih pula kebetulan Malaysia mengadakan International Motor Show yang sama dengan tumpuan lebih kepada produk tempatan seperti Proton dan Perodua.. Agak terkejut gak bila 先生 (Supervisor) terus bersetuju bila diajak ntk pergi; mungkin sebab alang2 PWTC hanya disebelah bangunan hotel jer kot.. Tambang tiket bagi pelajar ialah RM5 dan pengunjung biasa ialah RM10.. Seronok 先生 ak bila ada sedikit perkataan Jpon yang tertera pada kereta yang dipamerkan; pertama kali gak kot ak betul2 mengambil perhatian dalam enjin 電気自動車 (Electric Vehicle) dah alang2 buat 研究 (Research) yang menyentuh benda yang sama.. Ingatkan kt Jpon jer yg pengunjung dok tergila2kan model wanita, skali kt Malaysia pon 2x5 gak ;) 


Part yang paling xleh blah bila sampai booth Proton ialah 先生 ak secara direct cakap reka bentuk Proton Tuah 古い (Old)~ Jika dilihat reka-bentuk kereta baru keluaran jenama Jpon kebanyakan cantik dan berkonsep baru (笑) Kagum dengan robot Bumblebee bersaiz gergasi dipamerkan di KLIMS nih; kt Osaka nyer dulu hanya saiz ak jer.. Pastu siap ada kereta batman tuh~ Malas nk beratur ntk bergambar kerana panjang sangat.. Free gift yang disediakan memang x dilepaskan= さっすが orang Jpon, sepanjang ak bawak 先生 pusing2 Motor Show, mulut dia x abis2 dok ceritakan perbandingan dengan kereta Jpon yang konon nyer lebih tahan lama (笑) Mungkin sebab bawak 先生 kali nih membuatkan kitorang selesai usha hampir semua kereta yang dipamerkan dalam masa 2 jam jer; kalo yang Osaka nyer dari pagi sampai ke petang :p 

Bahagian yang ada kaitan dengan 研究 ak..

Senja tuh ak ajak 先生 pusing2 sekitar Chow Kitt dengan harapan dia leh beli お土産 (Souvenir); jalan kaki jer dari stesen PWTC, walaupon petang tuh hujan sket.. Kemut giler 先生 sampai dok cari barang2 murah jer.. (笑) お土産 yang dibeli pon berbentuk coklat murah~ Sebelum beli ape2 dia akan 計算 (Calculate) harga yang disebut penjual dalam bentuk 円 (Yen) dan cuba buat perbandingan.. Singgah pasaraya konon nyer nk beli buah ntk bawak balik Jpon, last2 sangkut kt keju lapis yang konon nyer lebih murah -_-" Sebelum balik kitorang singgah jap di kedai mamak sebab ak sengaja nk kasi 先生 makan roti canai; xleh blah dia makan pakai sudu ngan garfu pastu dok puji sebab murah giler ;p


Friday, 10 December 2010

CSSR 2010

5 Disember - KL

Memandangkan 先生 (Supervisor) ak masih lom sampai di Malaysia, ak terpaksa telefon pihak hotel bagi membatalkan terus tempahan 2 bilik selama 3 hari tuh namun terkejut apabila diberitahu yang bayaran ntk malam pertama akan dicaj juga kerana lambat memberitahu berita pembatalan tersebut.. Paling koman kene beritahu 48 jam sebelum pembatalan tersebut~ Sesi pendaftaran Conference on Science and Social Research (CSSR) anjuran pihak UiTM bermula sekitar jam 1430; Ummi semangat nk hantar naik kereta tapi terpaksa menyerah kalah kerana 渋滞 (Congestion) yang teruk dengan kereta yang berpusu2 nk g Motor Show yang diadakan bersebelahan dengan tempat 学会 (Conference) iaitu Hotel Seri Pacific.. Selesai sesi pendaftaran, ak stay kt sana ntk dengar tutorial tentang perbezaan Published Journal ngan Novice Writer; dahsyat gak sebab pihak penceramah siap kasi "kerja" kt pengunjung bagi memastikan mereka faham apa yg diajarkan.. 


Sewaktu di Jpon lagi ak dah ingatkan kepada 先生 supaya menelefon nombor handset ak sebaik saje menjejakkan kaki di KLIA dan juga bila tiba di KL Sentral.. Flight dia sepatut nyer tiba di KLIA sekitar jam 1930 jadi selepas tamat tutorial sekitar jam 1730, ak dok lepak2 kt The Mall yang kebetulan ada sale sehingga Maghrib sebelum bertolak ke KL Sentral.. Alang2 menunggu, ak dok cari hotel murah ntk 先生 ak di belakang banggunan monorail; banyak gak hotel murah bawah RM80 kt situ.. Tensen giler dok menanti panggilan 先生 yang x datang2; dok tiba di pintu ketibaan KLIA Express sehingga jam 2030 namun langsung x nampak bayang 先生.. Kalo usha monitor yang disediakan di pintu pelepasan KLIA Express yang menunjukkan senarai penerbangan keluar masuk di KLIA, sepatut nyer flight 先生 ak dah lama sampai tp dia masih x call ak -_-" Puas menunggu, ak pulang ke umah sekitar jam 2100; dalam hati dok risau 先生 terhilangkan nombor ak atau berlaku sesuatu lagi di Vietnam (笑) Malam tuh layan Harry Potter bersama keluarga di JJ..

6 Disember - KL


Perasmian CSSR bermula pada waktu pagi; malas nk kejar2 masa ak selamat tiba di 会場 (Venue) sekitar jam 1030 iaitu waktu tea break.. Terus maju ke meja pendaftaran ntk bertanyakan samada 先生 dah tiba ke belum, tetiba terdengar suara yang ak cukup cam, 先生 tengah rilek makan kuih sambil dok jerit nama ak.. (笑) Konon nyer dia dok try call nombor ak tp x lepas2.. Pastu yang paling xleh blah ialah dia mengenap di hotel yang ak dah cancel booking -_-" 昼食 (Lunch) dia memang terbaik dalam semua 学会 yang ak pernah join selama nih sebab dalam bentuk buffet.. 先生 ak pon dok puji x abis2 sebab leh amik banyak (笑) Flight 帰国 (Returning to one's country) dia ialah keesokan hari nye jadi ak ajak dia pusing2 sekitar KL lepas 昼食; kebetulan ada Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) kt PWTC, betul2 sebelah hotel jadi ak ajak 先生 layan kt situ.. Malam tuh makan2 ngan family kt Big Plate dan 二次会 (Afterparty) layan bowling di PAS sebanyak 2 game..

Dapat beg ngan baju T.. bapak aa..

7 Disember - KL

Pagi nih merupakan hari ak 発表 (Present); masa yang diperuntukkan selama 20 minit dan bermula pada jam 1020.. Timing sengal pagi tuh membuatkan ak masih menunggu keretapi lewat daripada KTM Padang Jawa sekitar jam 0900.. Bila keretapi datang jer, ak terus bergegas masuk ntk cari tempat duduk ntk 準備 (Prepare) sebab malam tuh langsung x wat paper (笑) Paling xleh blah bila ak lihat koch yang ak naik semua pompuan! (畜生) Maknanye ak tersalah masuk koch yang dikhaskan ntk orang pompuan; pintu plak dah tertutup waktu tuh, nk g koch sebelah pon xleh sebab terkunci tanpa sebab! Segan giler babeng kene tunggu depan pintu keluar sehingga keretapi berhenti di KTM Shah Alam.. Daen, kt Jpon koch khas ntk wanita hanya waktu ラッシュアワー (Rush Hour) jer iaitu sekitar jam 0700~0900 pastu waktu balik kerja.. Malaysia leh plak wat sepanjang hari -_-" Azab giler terpaksa berdiri sehingga keretapi sampai di KTM Putra, waktu tuh dah sekitar jam 0950!! Berlari ak ke 会場 dan bila tiba sekitar jam 1000, bilik yang dikhaskan tuh tengah kosong -_-"


Konon nyer hanya ak sorang jer yg x 発表 pagi tuh, tp diorang abis awal sekitar jam 1000 sedangkan jadual masa tunjuk ak 発表 pada jam 1020.. Mujur 座長 (Chairman) yang bertugas yang membenarkan bilik tuh makan awal sket dan sesi ak disambung selepas abis makan iaitu jam 1040.. Nasib baik dok 発表 benda yang hampir sama jer setiap kali 学会 jadi x perlu nk 準備 ape2 sangat dah leh jalan (笑).. 学会 kali nih merupakan gabungan 文系 (Social Science) dan 理系 (Science) jadi x sumer orang yang hadir tuh faham ape yang ak 発表 pagi tuh.. 2 soalan yang ak terima pon daripada 座長 yang nampak nyer ada background tentang motor.. Selesai 発表, berminat gak nk dengar 発表 orang lain yang langsung xde kene mengena ngan 研究 (Research) ak tapi ternyata memang xpaham mende (笑) Try cari bilik 文系 tp kebanyakan nyer penuh plak -_-" 文系 lagi best kot; sebab tuh lah 学会 kali nih ramai giler golongan hawa sehingga melebihi lelaki.. Layan 昼食 sebelum bertolak ke destinasi seterusnye..


... To Be Continued...

Thursday, 9 December 2010

Off to Malaysia... again!

4 Disember - KANSAI

Memandangkan kali nih ak perlu membawa pulang 2 buah mesin besar ntk keluarga, nak tak nak ak kene bawa 2 beg besar jadi kene panggil teksi pagi tuh.. Ak dah beli tiket keretapi siap2 hari Khamis lepas sebab cuak konon nyer pagi2 tuh kedai dia x bukak lagi (Ghupe2 nyer kedai dia bukak sekitar jam 0600) Pertama kali naik keretapi daripada 草津 (Kusatsu); sebab biasa nye ak g 関空 (Kansai Airport) naik bas jer, murah sket.. Naik はるか (Haruka) memang mahal sket, guna 学生割引 (Student discount) pon total nk dekat 4千円 gak.. Disebabkan takut x sempat nk beli お土産 (Ole2), ak singgah jap di 京都 (Kyoto) hari Khamis tuh; 八橋 (Yatsuhashi) iaitu makanan popular di 京都 jer la yang ak angkat.. sampai 5 kotak! Ingatkan boleh beli kt 草津 jer skali terkejut bila diberitahu yang konon nyer nk jual 八橋 pon kene ada lesen khas, jadi xleh jual sewenang-wenang nyer kt tempat luar 京都! Padan la industri makanan di Jpon popular giler, sampai setiap tempat ada makanan istimewa dia.. meskipun hanya makanan ringan! 


Berlepas daripada umah sekitar jam 0700 dan tiba di 草津駅 sekitar jam 0715.. Ak beli tiket はるか jam 0730; perjalanan mengambil masa hampir 90 minit.. Dalam perjalanan ak cuba nk lelap mata beberapa kali kerana kekurangan tido malam tuh tp gagal gak.. Leceh giler nk bawak 2 beg dalam satu masa ntk berpindah daripada stesen menghala ke 飛行場 (Airport) yang terletak bersebelahan.. Segala2 nyer berjalan seperti yang dirancang, ak beratur menunggu giliran ntk check in sehinggalah tiba giliran ak, sesuatu yang ak paling x sangka akan berlaku pada ak pagi tuh.. Memula 先生 (Supervisor) ak call mintak tolong beritahu pegawai bertugas ntk Vietnam Airlines (VA) yang akan berlepas jam 1020 ntk tunggu dia kerana dia terlewat -_-" Pegawai bertugas cakap pintu check in akan tutup jam 0940, kalo lambat gak diorang xde pilihan lain ntk minta dia naik flight waktu lain.. 先生 ak nih kemut sket; dia sanggup naik VA yang akan transit di Ho Chi Minh dulu sebelum g KLIA semata2 tiket dia murah 1万円 daripada tiket MAS.. 


Waktu ak check in di kaunter MAS, jumlah berat timbangan beg ntk 2 buah ialah 28kg; 3kg melebihi daripada apa yang diberi (Sepatutnye MAS cuma kasi 20kg jer tp ak amik tiket mahal sket jadi dia kasi sampai 25kg).. Mujur ak dah wat kad GRADS sebelum nih jadi sepatutnye ak akan dapat 10kg secara percuma.. Bangga jer ak nk tunjuk kad GRADS daripada dompet, tp bila check semula poket seluar, baru ak perasan yang dompet ak hilang!! Giler babeng gelabah sebab waktu tuh dah sekitar jam 0940 dan flight ak jam 1100.. Waktu tuh macam2 teori bermain di fikiran samada dompet tuh terjatuh dalam teksi, train, atau dalam airport nih.. Mujur penjaga kaunter tuh memberikan kerjasama dengan menanyakan bentuk dompet ak dsb ntk diberitahukan kepada lost & found dalam airport tuh.. Jam 0955, maklum balas daripada pihak airport memberitahu dompet ak x dijumpai, jadi kebarangkalian yang tinggal ialah di dalam train atau dalam teksi.. Waktu tuh penjaga kaunter tanya ak balik kalo x jumpa dompet tuh, ak nk naik flight ke x.. 

Dompet yang nyaris hilang..

Serta-merta ak cakap nak, tp macam mana nk lepas imigresen bila pulang semula ke Jpon plak?? Pastu kalo nk naik gak flight, ak kene bayar lebihan berat 3kg yang konon nyer hampir mencecah 1万円 tp camne nk bayar, dompet pon xde -_-" Jadi penjaga kaunter tuh tolong tanyakan pihak はるか dan ak pula cuba telefon pihak teksi yang amik ak pagi tuh.. Sekitar jam 1000, pihak はるか memberitahu dompet ak telah dijumpai dan kini berada bersama diorang kt 関空駅 (Kansai Airport Station).. Bermulalah aksi lumba lari ak ngan penjaga kaunter menuju ke stesen bersebelahan memandangkan pintu check in akan tutup jam 1020; paling xleh blah waktu ak nk dapatkan semula dompet, 駅員 (Station attendant) tuh boleh plak minta ak beritahu berapa banyak duit ada dalam dompet sedangkan dah terang2 ada muka ak kt Alien Card -_-" Pastu diorang mintak maaf sebab x telefon awal2 sebab sibuk layan penumpang lain (怒) Berlari semula ke kaunter check-in; waktu tuh dah jam 1020; kagum giler ak ngan penjaga kaunter tuh yang steady jer menyiapkan segala dokumen perjalanan ak tanpa mengeluh.. 

Suwey giler dapat Overhead Screens -_-"

Memandangkan masa yang semakin suntuk, penjaga kaunter tuh siap teman ak sampai ke pusat imigresen; x perlu beratur panjang2 ntk lepas sekuriti barang dsb.. X sempat nk jumpa 先生 yang agak sengal kerana tiba di 関空 sekitar jam 1020 iaitu waktu flight dia (笑) Rosak terus plan ak hari tuh yang sepatut nye menyambut dia di KL Sentral sekitar jam 2100 sebelum bertolak sama2 ke hotel.. Flight kali nih pon x disediakan monitor di tempat duduk; mujur ak dah prepare movie best2 dalam laptop.. Selamat tiba di KLIA sekitar jam 1700 waktu tempatan, tp kali nih kene naik bas daripada terminal satelit menuju ke terminal utama ntk mengambil bagasi.. Konon nyer 先生 ak nekad ntk tinggal di 関空 jer malam tuh ntk naik flight yang sama pada pagi keesokan hari nyer.. Sampai jer umah ak try call handset dia tp x dapat2.. Sepanjang malam ak dok risau dia dah naik flight ke belum.. Hantar email pon senyap jer -_-"

p/s First time tertinggal dompet! Pengalaman paling menakutkan dalam hidup ak=

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC