Followers

Friday, 3 December 2010

Panasonic ES-GA21

Berbeza dengan kebanyakan orang lain, bulu misai dan janggut di muka ak tumbuh agak awal iaitu sewaktu ak berusia 13 tahun.. Sebagai seorang yg terkenal dengan sikap malas, ak kurang gemar bercukur membuatkan ak sering menjadi target guru2 disiplin di sekolah setiap kali ada spot check -_-" Ingatkan waktu sekolah jer jadi target, perkara yang sama juga turut berlaku sewaktu di kem PLKN apabila ak turut dijadikan target oleh jurulatih; cuma yang xleh blah nyer diorang x amik kesah kalo bela misai, tp janggut memang kene cukur!! (笑) Nak x nak ak terpaksa amalkan sikap bercukur di waktu pagi; awalnye ak buat rutin bercukur 2 hari sekali; kadang2 agak lebat bila ditinggalkan 2 hari membuatkan ak terpaksa merajinkan diri ntk bercukur setiap pagi.. Leceh nyer ialah setiap kali nk bercukur kene sapu krim kt kulit dulu bagi mengelakkan luka ketika bercukur.. Kadang2 pakai sabun jer dah boleh, tp ada skali boleh terluka gak membuatkan ak nekad pakai krim jer..


Alat pencukur juga terpaksa di tukar setiap bulan akibat rutin bercukur setiap pagi; kt YouTube ada ajar cara yang membolehkan kita xperlu tukar alat pencukur tuh tp mungkin sebab ak pakai yg murah nyer, rasa cam xberkesan jer (笑) Bercukur memang best kalo di umah sendiri, tp bila tengah 出張 (Business trip) @ 旅行中 (On vacation) yang memerlukan kita tergesa2 amatlah x menyenangkan.. Waktu nilah ak diperkenalkan dengan mesin pencukur; dulu teringin gak nk beli tp cuak kalo2 kesan luka lebih mendalam ker sebab ramai orang x sapu ape2 pon kt kulit o_0 Mungkin dok fikir bajet akan datang bila dok beli alat pencukur menimbulkan keberanian dalam diri ntk beli jer mesin pencukur.. Dok usha berapa kali kt Amazon dan baca komen orang ramai telah menemukan ak ngan mesin jenama Panasonic ES-GA21 nih.. Setakat nih ak memang berpuas hati dengan bateri yang tahan lama (lebih seminggu bergantung kepada pemakaian pengguna); cuma yg kureng nyer ialah x bersih sangat cukur dia.. Mungkin salah ak kot x reti guna lagi.. ;) Harga agak mahal, 6千円 lebih tp berbaloi sebab leh guna di Malaysia memandangkan output dia leh sampai 240V.. 

Thursday, 2 December 2010

Dinner with YPM Manager

30 November - OSAKA


Beberapa hari sebelum pulang ke Malaysia tempoh hari, pelajar2 sekitar 関西 dapat email daripada wakil Asia SEED yang memberitahu orang besar YPM akan turun ke 関西 pada hari nih dan mereka ingin ajak makan2 ngan kitorang.. Restoran yang dipilih ialah Hafez; masakan Iran + Turki ala buffet yang bertempat di 心斎橋 (Shinsaibashi), Osaka.. Bergerak daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) sekitar jam 1715 dan tiba di stesen terdekat iaitu 四ツ橋駅 (Yotsuhashi Station) sekitar jam 1900.. Ini merupakan kali pertama ak diperkenalkan dengan pengurus projek terbaru~ Kos makan malam kali nih ditaja sepenuh nyer; 1 kepala konon nyer 3000円 \(^o^)/ Terkejut gak bila diberitahu yang DPPT 4 masih blom 確定 (Confirm) kendatipun dah kluar paper sebanyak 2 kali o_0 Paling xleh blah MJIIT (Malaysia Japan International Institute of Technology??) akan kasi 2 degree kepada pelajar yang join program 5+0 tuh.. Borak sakan sampai jam 2130 baru tau nk balik ;)   


Wednesday, 1 December 2010

fakta menarik SP



1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber
2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.
13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC