Followers

Saturday, 7 August 2010

びわ湖花火大会 2010

6 Ogos - BIWAKO

夏 (Summer) juga boleh di panggil musim 花火 (Fireworks)! Di undi sebagai pesta bunga api no. 7 paling popular di Jpon (link), びわ湖花火大会 (Biwako Fireworks Event) tahun nih juga x mengecewakan dengan sambutan yang begitu menggalakkan daripada seluruh Jpon.. Buat julung2 kali juga ak ajak ibu angkat ntk turut-serta layan 花火 bersama2; plan jumpe di 大津駅 (Otsu Station) sekitar jam 1730 tp boleh plak dia call ak dalam jam 1700 cakap dah sampai -_-" Terkial2 daripada 研究室 (Lab) terus ke umah ntk solat dan bergegas ke 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) tanpa sempat memakai pakaian rasmi 祭り (Festival) iaitu 甚平 (Jinbei).. X boleh blah bila jumpa bdk2 後輩 (Junior) dok kumpul ramai2 konon nyer nk tunggu bdk pompuan, last2 semua gerak gak sebab dah malas menunggu.. Dalam 電車 (Train) memang pack giler orang, tp kebanyakan daripada mereka turun di 膳所駅 (Zeze Station).. Selamat tiba di 大津駅 sekitar jam 1745, bukan main lagi beratur panjang nak kluar dari 駅 -_-"


Berbeza dengan tahun lepas, tahun nih memang dah plan nk cop tempat duduk; Abg Amir yang menetap di 膳所 (Zeze) telah bersetuju ntk cop tempat duduk btol2 depan tasik dengan keluasan yang boleh menampung melebihi 20 orang.. Skali boleh plak dapat panggilan daripada Abg Amir konon nyer tempat yang di cop telah kene kebas dek orang Jpon -_-" Asalnye Abg Amir dah cop semua satu tempat, tp mungkin angin yang kuat telah memisahkan tikar2 yang telah di pasang membuatkan orang Jpon fikir ruang tuh masih kosong. ;) Dok lepak2 di situ sekitar 1 jam setengah seblom 花火 mula dilancarkan pada jam 1930.. Ape yang ak perasan ialah ada 花火 baru tahun nih di mana ia boleh kekal pada satu tempat dan hilang tanpa jatuh ke bawah oleh tarikan graviti~  Seperti biasa ada macam2 bentuk 花火 yang dipamerkan seperti doraemon, smiley, rama2, logo BSN, pokeball, dsb..


Kesian jugak bile ada pengumuman memberitahu ada sorang 迷子 (Lost child) daripada 東京 (Tokyo) sedang mencari keluarga nyer dalam kesesakan orang ramai ;) Ternyata perasaan bila lihat secara terus depan mata lagi masyuuukkk daripada layan video~ Banyak gak gambar yang sempat di tangkap pada pesta kali nih~ Ak khususkan babak2 akhir yang memang gempak dalam bentuk video sebagai kenangan buat diri dan orang lain~ Enjoy!


花火 berakhir sekitar jam 2030; Jalan raya ketika itu penuh sesak dengan umat manusia yang bergegas ingin naik 電車; dikhabarkan setiap tahun jumlah pengunjung yang turun menyaksikan びわ湖花火大会 ialah melebihi 350 ribu orang.. Abg Amir ajak lepak2 di umah dia seperti biasa seblom pulang; dalam perjalanan, kempunan gile nk makan jagung bakar sampai sanggup bayar 500円 (RM 18) ntk sebatang! Lepak2 kt umah Abg Amir sampai jam 2330 baru pikir nk balik; mujur 終電 (Last train) hari tuh sekitar 0045 kalo x silap.. Terkejut gak waktu tiba di 膳所駅, masih ada lagi beberapa orang yang berpakaian tradisional Jpon ala2 祭り yang menunggu ketibaan 電車.. Mungkin ada kaitan dengan kelewatan 3 minit yang tercatit pada papan penanda elektronik di 駅 kot.. ;)

 

p/s Gambar2 lain boleh di layan melalui sini

Friday, 6 August 2010

Solomon's Temple


Bagi penggemar siri The Arrivals; salah satu siri yang paling berjaya di YouTube, korang pasti akan tertarik dengan siri terbaru daripada penggerak Wake Up Project yang berjudul, "Solomon's Temple".. Seperti siri2 yang sebelumnye, siri yang masih berjalan nih juga cuba mengupas sejarah Freemason dan pembabitan kumpulan ini yang mengawal dunia masa kini pada persepsi yang berbeza.. Pendekatan Bushwackk yang mahir dalam menghasilkan klip video yang "cukup seni" benar2 menyerlahkan keindahan ilmu yang ingin disampaikan.. Semoga korang sumer terhibur dan memahami sedikit-sebanyak tugas sebagai seorang hamba di muka bumi nih.. 


p/s Jangan lupa subscribe channel Bushwackk bagi memudahkan korang menerima update video2 terbaru dalam siri nih..

Thursday, 5 August 2010

水遊び (Playing with water)

5 Ogos - SHIGA & MIE

Konon nyer dah mula plan sejak 2 hari lepas dan semalam baru ak terima jemputan ntk turut-serta melawat 滝 (Waterfall) di 滋賀 (Shiga).. Seramai 18 orang telah memberi kata putus ntk turut-serta namun pagi td yang munculkan diri kurang sorang kerana dipaksa ntk バイト (Part-time) pada pagi tuh.. (笑) Sebanyak 2 kereta besar telah berjaya di sewa selama 12 jam dengan kos sekitar 4万円 (RM 1472) termasuk 保険 (Insurance).. Dalam kertas sepatut nyer bertolak jam 0835, namun atas sebab2 tertentu yang x dapat dielakkan, 2 kereta berjaya masuk laluan highway sekitar jam 1000~

鶏鳴の滝 (Dawn Waterfall)
Perjalanan ke destinasi pertama nih mengambil masa sekitar 45 minit dengan berpandukan GPS di kereta kerana terletak di 信楽 (Shigaraki); sebelah 草津 (Kusatsu).. Disebabkan pergi pon bukan hujung minggu, keadaan jalan menuju ke 滝 tu agak lenggang.. Waktu borak ngan member Jpon, konon nyer orang Jpon x mandi dekat 滝 sebab bahaya.. Kitorang cuba carik tempat yang best ntk mandi di bahagian atas namun operasi gagal jadi terpaksa berpuas hati di bahagian bawah jer.. Ak ingat nk solat zuhur dulu baru mandi sekali dgr bdk2 yang dah mandi cakap x best sebab kaki sakit bila mandi kt situ -_-"Sedang makan tengahari tetiba timbul idea nk g mandi di 海 (Beach).. Nk cari 海 paling dekat pon susah sebab kawasan 滝 sumer nyer 圏外 (Outside range).. Nak x nak lepas solat, sumer pakat blah dan berhenti di コンビニ (Convenience Store) terdekat ntk cari melalui iPhone.. 


二見浦海水浴場 (Futami Swimming Area)
Hasil penyelidikan melalui Google Map iPhone mendapati 海 terdekat ialah 二見浦海水浴場 yang terletak di 三重 (Mie).. Bergerak daripada コンビニ sekitar jam 1330 dan tiba di destinasi sekitar jam 1500.. Ni merupakan kali pertama ak menjejakkan kaki di 三重; ternyata 海 lebih menarik kalo pergi waktu ramai orang.. Waktu kitorang sampai, hanya kelibat 5,6 buah kereta jer yang parkir di tempat yang sama kitorang parkir.. Sewa 2 payung besar pada harga 1000円, bentang tikar pastu semua terus terjun ke dalam 海 x sabar2.. Bola belon 100円 yang dibeli malam seblom nyer hanya dapat dirasmikan sekitar 5 minit seblom hilang dibawa arus laut -_-" 


Agak bosan dok mandi2 air yang sejuk di situ membuatkan kitorang terfikir ntk sewa bola di kedai yang berhampiran.. Rezeki hari nih bila orang kedai beri pinjam bola sepak ntk bdk2 secara percuma dengan syarat memulangkannye seblom jam 1700? Dah dapat bola, aktiviti mandi laut terus bertukar jadi perlawanan bola sepak 6 sebelah.. Keadaan pasir yang penuh dengan cengkerang benar2 x sesuai ntk permainan bola, tp dah nama bdk Malaysia, selagi boleh enjoy~ Bila badan rasa panas balik, semua sambung main bola kt 海.. Keadaan yang sama berulang sehinggalah tiba masa ntk beransur pulang.. 


帰宅 (Returning Home)
Waktu memulangkan payung, sempat borak dengan tuan punya kedai mengenai tempat2 menarik di 三重.. Dah nama pon first time turun, harapan la nk tau ape2 mengenai 三重 nih.. Konon nyer 伊勢神宮 (Ise Shrine) dan 赤福 (Akafuku); manisan Jpon yang hanya terdapat di 伊勢市 (Ise City).. Teringin gak nk singgah 伊勢神宮 alang2 dah ada di 三重 dan tempat tuh plak hanya mengambil masa 20 minit daripada tempat mandi2 nih.. Malang nyer kitorang kesuntukan masa sebab kene pulangkan balik kereta sewa seblom jam 2000~ Rush giler bawak kereta meskipun dalam perjalanan boleh ada 事故 (Accident) di tengah2 jalan raya.. Mujur selamat tiba di 草津 sekitar jam 1915~ 

*** 皆、お疲れさん!***

p/s Gambar2 lain boleh didapati di sini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC