Followers

Wednesday, 4 August 2010

前期終了 (End of first term)

4 Ogos - RITS


Mengikut kalender RITS, hari nih merupakan hari terakhir bagi 前期 (First term)~ Bermula esok, setiap pelajar akan memulakan 夏休み (Summer Vacation) masing2; namun 夏休み ak hanya akan bermula dalam awal bulan 9 kerana perlu pulun ntk 学会 (Conference) hujung bulan nih -_-" Sebagai pelajar 博士前期過程 (Masters course), ak perlu 30 単位 (Credit hours) ntk 卒業 (Grad); 14 単位 khusus ntk 研究 (Research) jadi baki 16 単位 nak x nak kene amik kelas gak.. Ntk 前期, ak ambil 5 科目 (Subject) manakala 後期 ak ambil 3 科目.. Ntk entri kali nih, ak akan cerita mengenai 科目 waktu 前期~

国際技術協力特論 (International Technology Cooperation)
Subjek yang diajar oleh seorang lecturer yang berpengalaman kerana banyak di jemput oleh kerajaan Jpon ntk melakukan lawatan ke luar negara terutama nye negara dunia ketiga sebagai langkah kerajaan Jpon ntk membantu negara2 berkenaan.. Subjek nih amat menarik kerana mendedahkan proses sebenar bagaimana kerajaan Jpon @ negara2 maju membantu sesebuah negara dan jenis2 bantuan yang telah diberikan.. Sebagai pemegang biasiswa YPM, ak dapat pelajari bagaimana prosedur sebenar bagaimana pinjaman daripada JBIC (Japan Bank for International Cooperation) tu diluluskan dan hubungan 2 negara antara Malaysia dan Jpon.. 

Ada 2 lecturer luar yang dijemput ntk memberikan sedikit ucapan mengenai keadaan dunia semasa dan langkah2 yang perlu diambil bagi menangani isu2 tersebut turut dibincangkan dalam kelas nih.. Beberapa minggu terakhir, lecturer akan menyediakan masa bagi pelajar2 yg ingin 発表 (Presentation) mengenai topik tertentu dan minggu terakhir disediakan kuiz ala2 final exam.. Nasib baik lan_pali kasi 過去問 (Past questions) dan soalan yg ditanya ketika exam pon sejibik dalam 過去問.. ~syukur~ ;)

科学技術英語ライティング (Scientific Technology English Writing)
Subjek paling best kot dalam 前期 (笑) Dalam kelas nih, hampir setiap masa para pelajar dipupuk ntk menulis sebanyak mungkin dalam 英語 (English).. Jgn pandang remeh sbb kadang2 topik yang diberi agak mencabar~ Banyak part best bila sesi dialog antara lecturer (native speaker) ngn pelajar Jpon.. Diorang memang ada kesukaran ntk bercakap tapi kalo bab menulis, ada yang lagi hebat dari ak tuh~ o_0 Subjek nih juga mengajar pelajar bagaimana menulis resume @ CV dan 論文 (Thesis).. Sepanjang kelas, pelajar diminta menghantar レポート (report) dan beberapa 2 kuiz akan dijalankan.. Kuiz terakhir agak mencabar= ;)

電気系応用数学特論 (Applied Mathematics for Electrical course)
Subjek nih paling xleh blah sebab hampir semua yang diajar dalam kelas di ambil bulat2 daripada MIT OpenCourseWare; Alang2 buku teks yang digunakan dalam subjek nih ialah buku yg ditulis oleh guru yg mengajar subjek yg sama di MIT= Beza nyer di MIT, jumlah 講義 (Lecture) lebih banyak berbanding di RITS yang hanya 15 minggu jer.. Mungkin sana lebih elok sebab kalo tgk video tuh, lecturer siap adakan Quiz Review tuh! Kelas nih lebih pada mengajar dan ada beberapa ketika 課題 (Task) berupa 証明問題 (Proof Problem) akan diberikan~ Quiz akan diberikan di akhir kelas; menyesal giler x pinjam buku teks awal2 kt 図書館 (Library) memandangkan tempoh pinjaman bagi pelajar masters ialah hampir 4 bulan..-_-"

システムLSI設計特論1 (System LSI Design)
Amik kelas nih sebab 先輩 (Senior) cakap senang nk score.. Mana x nyer, seblom abis masa kelas, pelajar diberi 理解度テスト (Comprehension test) melalui booklet yang diberi di awal kelas.. Jawapan plak boleh tiru member lain ;) Kelas nih memang menarik bagi sesiapa yang minat dunia komputer dan cip~ Paling best ialah xde exam, ade 2 課題 yang perlu dihantar kalo x silap.. Seperti biasa, jawapan boleh ditiru.. (笑)

パワーエレクトロニクス特論 (Power Electronics)
Subjek nih merupakan lanjutan daripada subjek yang sama diajar sewaktu 学部 (Undergraduate) malah 先生 (Lecturer) yang mengajar juga sama.. Ada beberapa 課題 yang diberikan dan jawapan juga boleh ditiru (笑) oh yer, subjek nih pon xde exam jadi memang mudah nk score.. ;) 

p/s 特論 = Advanced or master's course at university

Tuesday, 3 August 2010

Emirates Cup


Piala Emirates merupakan perlawanan bola sepak selama 2 hari berturut2 dan mula dijalankan sejak tahun 2007.. Tempat bagi perlawanan nih ialah Stadium Emirates milik kelab Arsenal~ Setiap tahun, 4 pasukan akan berentap bagi merebut piala Emirates dimana setiap pasukan akan bermain 2 perlawanan, 3 mata akan diberi kepada pemenang, 1 mata diberi ketika seri, dan 1 mata ntk setiap jaringan gol dalam perlawanan tersebut.. Sejak pertandingan tahun 2009, jika pasukan tuh terikat dari segi mata, beza jaringan, dan jumlah jaringan, pasukan akan disusun mengikut jumlah sepakan tepat ketika perlawanan.. Arsenal telah berjaya memenagi 3 piala Emirates termasuk pada pertandingan tahun nih yang baru sahaja tamat minggu lepas.. Berikut merupakan keputusan Piala Emirates bermula tahun 2007 sehingga 2010~

2007
Hari pertama: 28/7
Inter Milan 0-2 Valencia
Arsenal 2-1 Paris Saint-Germain

Hari kedua: 29/7
Paris Saint-Germain 3-0 Valencia
Arsenal 2-1 Inter Milan


2008
Hari pertama: 2/8
Real Madrid 2-1 Hamburg
Arsenal 0-1 Juventus

Hari kedua: 3/8
Juventus 0-3 Hamburg
Arsenal 1-0 Real Madrid


2009
Hari pertama: 1/8
Rangers 1-0 Paris Saint-Germain
Arsenal 2-1 Atletico Madrid

Hari kedua: 2/8
Paris Saint-Germain 1-1 Atletico Madrid
Arsenal 3-0 Rangers


2010
Hari pertama: 31/7
Celtic 2-2 Olympique Lyonnais
Arsenal 1-1 AC Milan

Hari kedua: 1/8
AC Milan 1-1 Olympique Lyonnais
Arsenal 3-2 Celtic


source: Arsenal.com

Monday, 2 August 2010

桃狩り (Peach Hunting)

1 Ogos - KYOTO

Kitorang disuruh berkumpul di 京大 (Kyoto University) pada jam 0730; setelah berbincang dengan driver, ak plan ntk gerak bersama dengan driver ke 京大 daripada umah dia yang terletak berdekatan 長岡京駅 (Station Nagaokakyo) yang mengambil masa selama 30 minit daripada umah ak.. Semangat giler gerak dalam jam 0630 tanpa melelapkan mata langsung malam tuh kerana tgk Emirates Cup, Arsenal vs AC Milan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 -_-" Selamat tiba di 京大 sekitar jam 0740, ingatkan kitorang yang lambat sekali terkejut xde orang lagi kt situ.. Kesilapan teknikal yang berlaku membuatkan 3 buah kereta selamat berkumpul ntk bergerak sekitar jam 0900 ;) Mengikut google map, perjalanan ke destinasi フルーツ王国やさか (Fruits Oukoku Yasaka) mengambil masa selama 3 jam setengah! Sempat singgah di 100円ショップ (100円 Shop) ntk membeli minuman dan pisau potong buah (笑)

Perjalanan daripada umah ke destinasi pertama

フルーツ王国やさか
Selamat tiba di destinasi sekitar jam 1145~ Dewasa dikenakan caj 1500円 dan kitorang dibenarkan ntk makan 桃 (Peach) sebanyak yang mungkin sehingga jam 1700~ 夏 (Summer) memang terkenal dengan buah 桃 yang hanya boleh didapati pada musim nih.. 桃 di Jpon agak berlainan dengan negara lain dari segi warna, saiz, dan kelazatannye.. Harga 桃 di kedai juga agak mahal; 2 biji dalam 400円 (RM 15) dan berbeza mengikut tempat pengeluaran.. 桃 paling terkenal di 岡山 (Okayama) sampai ada epik 桃太郎 (Momotaro); teringat waktu kecik2 dulu pernah main game 桃太郎 kt pelantar microgenius.. Lawak nyer pihak sana turut menyediakan pisau; logik gak diorang sediakan daripada suruh 客 (Customer) bawak sendiri -_-" 


Di 京都 (Kyoto), hanya tempat nih jer yang menghasilkan 桃.. Eksplorasi 桃狩り bermula sekitar jam 1230; alang2 dah bayar 1500円, masing2 semangat nk blasah lebih sepuluh 桃 tp yang klakar nyer ada yang makan 3 kali jer dah berhenti.. (笑) Mujur tempat nih menyediakan tempat khas yang mempunyai atap pelindung daripada kepanasan hari~ Pokok 桃 x tinggi mana dan buah nyer memang lebat.. Kitorang diberitahu ntk memetik 桃 berbalut kertas putih sahaja dan kalo boleh jangan picit2 kuat sangat kerana boleh mengakibatkan buah tersebut cepat rosak.. 桃 berbungkus kertas coklat masih blom masak dan 桃 warna hijau tidak disarankan ntk dipetik (笑) Selain blasah 桃, pihak keluarga MyKyoto turut membawa juadah makanan tengahari berupa mee goreng dan nasi.. 


Terdapat 桃 keras dan 桃 lembut.. Ntah kenapa tangan ak kerap terpetik 桃 keras jer ;) 桃 lembut senang ntk dimakan tp x semestinye sumer nye boleh dimakan kerana lagi lembut 桃, lagi cepat rosak.. Bila termakan bahagian2 yang rosak tuh, nafsu ntk blasah 桃 kian berkurangan.. Meskipun berjaya belasah lebih 10 桃 tp rasa nyer x sumer ak abis makan kerana banyak bahagian2 yg dah rosak.. Bila difikirkan semula, padan la tempat nih boleh untung; sebab ada jer jenis orang yang makan sket pastu terus muak (笑) Selesai aktiviti 桃狩り sekitar jam 1430 sebelum bergerak ke destinasi seterus nyer~


琴引浜 (Kotohikihama)
Kalo ikut perancangan, memang tertulis nk mandi-manda dan sangkaan ak ialah mandi プール (Pool).. Terkejut plak bila dibawa ntk mandi pantai; pertama kali mandi pantai di Jpon~ Kesian kt 後輩 (Junior) yang blom abis 試験 (Exam) kerana dibawa ke pantai kerana banyak "adegan2 menarik" di situ (笑) Suhu yang agak panas (±35℃) dan kitorang plak x bawak khemah jadi terpaksa sewa payung dan tikar di kedai berhampiran.. Solat di pantai memang satu pengalaman yg x dapat dilupakan sampai bila2 (笑) Syok mandi di laut ketika ombak kecil tp sering kali ada suara2 berbunyi, "kan best kalo ada bola waktu nih~" Tengah lepak2 di tepi pantai, boleh plak sorang awek sporting datang tegur dan turut sama borak2 dengan kitorang.. Laut air masin memang x best; mungkin ak kurang tido membuatkan mata terlalu pedih lepas masuk air.. Selesai bermandi-manda sekitar jam 1730, kitorang bertolak ke destinasi terakhir yang juga agak berdekatan dengan 琴引浜~


天橋立 (Amano Hashidate)
天橋立 terkenal sebagai salah satu daripada 3 pemandangan tercantik di Jpon.. Jika dilihat daripada atas, 天橋立 boleh dilihat sebagai garis lurus sepanjang 3.6km yang menghubungkan 2 kawasan berlawanan di 宮津湾 (Miyazu Bay).. Mengikut mitos dulu2, nama 天橋立 nih diberi kerana "天に架かる橋 (Stairway to Heaven)" akan kelihatan apabila manusia melihat daripada celah kangkang? Kawasan menarik disini ialah jambatan yang boleh berpusing ntk memberikan laluan kepada bot penumpang.. Kebetulan tarikh nih juga diadakan 炎の架け橋 (Honoo no Kakehashi); sejenis pesta yang diadakan khas ntk pasangan kekasih berdasarkan mitos kisah cinta tuhan Jpon?? (link) Pada pesta nih, sebanyak 200 篝火 (Bonfire) akan dinyalakan oleh para pasangan sebagai upacara menghayati kisah cinta tersebut?! Selesai solat, kitorang makan malam di kedai berhampiran; asal nyer nk makan カニ (Crab) kerana tempat tuh memang terkenal dengan カニ tp malang nyer "musim" カニ hanya bermula pada 6/11 ;) 


Waktu tengah makan, kitorang sempat berbincang mengenai aktiviti petik buah di Jpon; adakah aktiviti yang sama turut boleh laku jika dijalankan di Malaysia? Rata2 "ahli panel" terdiri daripada pelajar PhD yang terikat dengan Universiti jadi topik perbincangan sebegini memang menarik (笑) Hasil perbincangan mendapati aktiviti petik buah mungkin x laku jika dijalankan di Malaysia kerana harga buah yang agak murah dan mudah didapati di pasaraya berbanding di Jpon.. Mungkin aktiviti petik buah 苺 (Strawberry) ada di Malaysia, tp kalo fikir buah lain seperti rambutan dan durian? (笑) Kitorang bersurai sekitar jam 2100; awal nyer driver x guna highway kerana ingin mencari stesen minyak tp malang nyer x berhasil.. Terpaksa berhenti di R&R 六人部 (Mutobe) kerana driver risau jika perjalanan diteruskan, kereta mungkin akan berhenti kerana kehabisan minyak.. 

Seafood Spaghetti 1000円 

Mujur driver melanggan servis kereta dan didalamnye ada menyediakan perkhidmatan minyak petrol.. Hasil sesi diskusi bersama staf memberitahu kereta Honda Stream kepunyaan driver tersebut mampu berjalan sebanyak 70km bermula daripada "lampu" tersebut bernyala.. Setelah berjalan sejauh 26km kehadapan, rezeki sungguh apabila berjumpa dengan stesen minyak yg menyediakan kemudahan セルフ (Self-service)~ Jika perjalanan pergi mengambil masa 3 jam setengah, perjalanan balik mengambil masa hampir 5 jam dan kitorang selamat pulang ke umah masing2 sekitar jam 0200! Pengalaman berharga kerana banyak insiden "初 (First time)" berlaku dalam satu hari ;)   

p/s Gambar2 lain boleh didapati di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC