Followers

Sunday, 4 April 2010

ガイダンス (Guidance)

2 April - RITS

新入生オリエンテーション (Orientasi pelajar baru) bagi 理工学研究科 (Graduate School of Science and Engineering) telah diadakan pada hari nih bertempat di C201 sekitar jam 1000~ Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan daripada dekan; jumlah pelajar yang bakal memulakan pengajian peringkat sarjana bagi 理工学研究科 sahaja adalah seramai 686 orang, jumlah paling ramai dalam sejarah penubuhan Rits kot~ Oleh kerana terdapat 新入生 (new student) yang datang daripada universiti lain, sedikit penerangan mengenai Rits turut diperjelaskan~ Jumlah 単位数 (credit hour) yang diperlukan ntk 卒業 (graduate) ialah 30 keatas.. Jumlah 単位 ntk 研究 (research) jer dah 14 jadi sekurang2 nyer ak perlu mengambil 8 subjek dalam masa 2 tahun.. Semestinye ak akan cuba penuhkan subjek2 yang perlu di ambil semasa M1 (Masters 1st year) supaya ak leh tumpukan sepenuhnye pada 研究 waktu M2 nanti.. Lepas tuh kitorang dipecahkan mengikut course masing2 bagi majlis penyerahan kad pelajar berserta sedikit penerangan tentang perjalanan kursus.. Agak x berpuas hati kerana nama ak kt kad pelajar baru dah la x penuh, boleh plak berhenti setengah jalan -_-" Kalo nk buat kad baru, dia mintak gambar lagi, kalo x kisah, dia suruh tulis jer pakai pen kat atas kad pelajar~ (笑)


Petang tuh ade sedikit ガイダンス ntk 留学生 (foreign students) peringkat sarjana dan PhD; boleh tahan ramai gak pelajar asing yang baru masuk tahun nih~ Konon nyer Rits tengah giat promote universiti kepada negara luar bagi meningkat bilangan pelajar asing dari semasa ke semasa.. バイト (part time) sebagai TA dah nk mula minggu depan tapi アルバイト許可 (permit) daripada pejabat imigresen masih belum diterima sedangkan ak dah 申請 (apply) melalui 国際センター (International center) seblom balik Malaysia tempoh hari~ Nampak gaya cam kene pergi buat sendiri jer kt pejabat imigresen nih~ Selesai ガイダンス ntk 留学生, ade ガイダンス tentang GRGP (Global-Ready Graduate Project), suatu projek yang istimewa kerana para pelajar bakal didedahkan dengan ciri kepimpinan diri dan bagaimana berurusan dengan dunia luar dengan menggunakan medium bahasa inggeris.. Hanya 30 orang pelajar sahaja yang akan di pilih; projek 1 tahun yang memaksa para pelajar belajar english selama 100 jam disamping menambah kemahiran KBKK dalam aplikasi kehidupan seharian.. Ucapan daripada 先輩 M2 dan D2 (Doctor year 2) yang menceritakan pengalaman diorang buat internship di luar negara ketika musim panas tahun lepas benar2 menambah minat ak ntk join projek nih disamping bakal membantu sewaktu menulis resume kemudian hari.. Malangnyer bila abis jer ガイダンス tu, ak perasan ciri2 kelayakan ntk masuk projek nih ialah mesti warganegara Jpon! -_-"

Thursday, 1 April 2010

New Home

23 Mac - KUSATSU

Alhamdulillah, ak kini telah selamat menduduki rumah baru di 野路町 (Noji Town) yang terletak tengah2 antara universiti dan stesen keretapi terdekat.. Proses pemindahan barang daripada umah lama ke umah baru mengambil masa 2 hari memandangkan aktiviti pemindahan barang melibatkan 3 umah sekaligus dan kereta yang digunakan hanyalah Honda Odessey kepunyaan penghulu Shiga.. Baru jer pindah umah tapi dapat duduk skejap jer minggu lepas sebab terpaksa bergegas ke 大阪 (Osaka) dan 東京 (Tokyo) selama beberapa hari benar2 memeritkan~ Kredit buat para 後輩 (junior) yang berjasa dalam memberikan kerjasama yang penuh semasa proses pemindahan barang dijalankan.. Umah baru ak nih ditingkat 2, umah lan pali plak kt tingkat 3, dan barang tumpangan Adib plak di tingkat 4; dan semuanyer berlainan tempat= Semalam (31hb) baru dapat selesai mengemaskan bilik dan memasang mesin basuh.. Rumit betul bila semua perkara terpaksa dilakukan seorang diri tapi bila difikirkan cabaran yang bakal mendatang, perkara kecil sebegini seharusnye tidak dianggap sebagai beban tapi sebagai persediaan~ Kedatangan peti sejuk 2nd hand yang ak beli melalui Yahoo Auction pada hari nih (1hb April) sekaligus melengkapkan segala mesin2 penting dalam sesebuah rumah.. Bermula esok, ak dah boleh mula pesan daging dan ayam melalui baticrom; sakit gak dok makan maggi jer sebelum nih -_-"


Sewa umah bulanan ialah sekitar 3.7万円 (RM 1290) dan ak menjangkakan jumlah kos yang perlu ak sediakan setiap bulan termasuk bil2 lain ialah dalam lingkungan 5~6万円; mujur duit biasiswa bagi pelajar sarjana lebih tinggi daripada pelajar sarjana muda, jadi ak yakin ak masih boleh menyimpan sedikit wang untuk kegunaan masa hadapan.. Umah baru yang dibawah kendalian 大学生協 (University Co-op) ni menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranye kemudahan internet dan peti simpanan sementara sekiranye posmen dtg waktu ak xde kt umah.. Ak sangkakan kelajuan internet setanding dengan kelajuan kt umah lama (59M), tp ternyata meleset apabila perbezaan nyer ialah 10x ganda lembap! Dengan perasaan yang x puas hati, ak terus report kt pihak berkenaan tentang kelajuan internet; maklum-balas yang diterima ialah diorang akan cuba menukar jenis modem sekarang (PnP) kepada model VDSL bagi setiap umah tapi 工事 (construction work) hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Jun~ siap suruh ak senyap2 jangan bagitau penduduk lain memang mencurigakan sebab kalo boleh ak nk mintak kebenaran tukar provider terus memandangkan kempen tengah berjalan sampai hujung bulan 5 nih..


Ternyata ada pro dan kontra bila nk pilih umah baru; umah baru ak skang nih dekat ngan landasan 新幹線 (bullet train) so kerap gak dengar bunyi 新幹線 lalu.. -_-" コンビに (convenience store), スーパー (supermarket), dan ガスト (Restoran Gasto) dekat giler \(^o^)/ Kalo dulu nak jalan kaki daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) ke umah lama mengambil masa 1 jam lebih, skang nih seronok jer jalan kaki dan tempoh waktu hanye dalam lingkungan 15 minit.. Sementara menunggu peti sejuk tiba petang tadi, teringin nak layan PS3 setelah sekian lama x pasang sejak balik semula ke Jpon, terkejut gile bila pasang2 xde keluar gambar.. try pasang kt monitor dengan menggunakan kabel HDMI tp tetap x menunjukkan apa2 perubahan.. sekali lagi pasang kt tv dengan menggunakan kabel asal yang dibekalkan sewaktu beli PS3 tapi tetap x menunjukkan apa2 hasil.. cuak gak bila usha laman web Sony ntk harga nk baiki PS3 kalo ada masalah gambar x kluar nih (melebihi 1万円)!! Mula timbul perasaan menyesal sebab bawa balik PS3 ke Malaysia dulu~ Last resort ak ialah membawa konsol PS3 ke umah Epul (後輩) ntk cuba pasang guna tv dia.. ghuper2 nyer perkara nih berlaku hanya kerana ak telah layan PS3 guna kabel HDMI sewaktu di Malaysia dulu.. Kt Jpon, ak guna kabel D2 jadi konsol PS3 perlu di reset seketika~ Mujur Epul dah penah kene kt PS3 dia sebelom nih dan dia dapat info nih melalui buku manual.. huhu, pengajaran yang amat berguna!


Untuk aktiviti memasak di dalam umah, berbeza ngan umah lan pali yang disediakan mesin IH (Induction Heater), umah ak hanya dilengkapi hot plate! Survey yang ak terima daripada 先輩2 (senior) yang dah lama dok 一人暮らし (living alone) bagitau better jangan guna hot plate sebab makan banyak tenaga elektrik di samping amik masa lebih waktu nk memasak.. dok usya harga mesin IH kat internet dan terperasan harga yang agak berpatutan di internet, cume tunggu masa jer nak sambar mesin tuh.. tp sorang lagi member sarankan beli dapur gas jer sebab kalo guna IH pon tetap ambil masa gak nk masak.. konon nyer dapur gas kecik nih agak 'saving' sket membuatkan ak akur dengan pendapat diorang.. Inilah umah baru ak~

Seminar 'Re-Orientation'

29~31 Mac - HACHIOJI



Seminar 'Re-Orientation' telah diadakan selama 3 hari bertempat di Hachioji Seminar House, bandar Hachioji di barat Tokyo.. Program nih adalah wajib ntk semua pelajar JAD 6 yang bakal meneruskan pengajian ke peringkat sarjana, pelajar AAJ yang menerima biasiswa YPM, pelajar PhD yang menerima biasiswa YPM, dan pelajar JAD yang mengalami masalah dari segi pembelajaran.. Program ni diadakan bertujuan ntk meningkatkan motivasi diri dan memupuk semangat cintakan Malaysia disamping mengajar para pelajar memahami Al-Quran sebagai panduan hidup dan bukannye sekadar bahan bacaaan.. Majoriti pelajar hadirkan diri dari awal program tp malangnye, atas urusan yang perlu diselesaikan pada 29hb di universiti memaksa ak bertolak pada keesokan hari nye dengan menaiki 新幹線 (bullet train).. 

Bergambar bersama motivator 

Plan asal nak bertolak pada malam 29hb tuh tp salji yang turun dengan lebat pada hari tuh memaksa ak membatalkan niat~ Mujur segala kos pengangkutan akan ditanggung oleh pihak penaja jadi x risau sangat ntk naik 新幹線 (jumlah 新幹線 yang telah ak naiki setakat nih ialah 5x) 新幹線 bergerak daripada 京都駅 (Kyoto Station) pada jam 0650 itu tiba di 新横浜 (Shin-Yokohama Station) sekitar jam 0900; daripada situ ak naik JR (Japan Railways) sehingga ke JR 八王子駅 (Hachioji Station) keluar kt 南口 (South exit) sebelum bertukar kepada bas no.60 menuju ke 野猿峠 (Yaen-touge) dengan kos tambang berjumlah 200円=

Keunikan Hachioji Seminar House 


Meskipun ak hanye sempat join program selama 2 hari tuh jer, input yang diterima oleh penyampai Dr. Haji Mohd Shafie, pengarah syarikat Al-Huffaz benar2 mantap! Point yang diutarakan oleh Dr. ialah supaya para pelajar melebihkan Allah dalam semua perkara dan sentiasa sediakan dalil bila membahaskan ape2 (笑) Malam 30hb tuh, ak ajak member2 lain p jalan2 'cuci mata' kt 南小沢 (Minami Ozawa); shopping outlet terbesar kot dalam bandar Hachioji nih.. Seblom balik kitorang beli makanan ringan sebanyak yang mungkin ntk sambung borak2 dalam bilik 'semut'; nostalgia abis bila borak pasal waktu sekolah masing2 sampai x sedar jam dah menunjukkan pkl 2 pagi! 


Keesokan hari nyer ade wat party sket di dewan makan ngan makanan yang disediakan memang mantap dan semuanye HALAL! Asalnye nk stay kt situ sampai 1hb ntk layan bola UCL pagi tuh tp teringin nk follow budak2 岡山 (Okayama) yang ingin singgah 上野 (Ueno) seblom pulang ke tempat masing2 dengan menaiki 新幹線~ Konon nyer 上野 terkenal dengan tempat ala2 Petaling Street dan penuh dgn barang2 'pirate'~ Selesai pusing2 上野, kitorang bergerak ke JR 東京駅 (Tokyo Station) dan pulang sekitar jam 1800~ Selamat tiba di 京都駅 sekitar jam 2030; stay up sampai jam 0330 ntk tunggu match Arsenal vs Barcelona tp beberapa minit seblom perlawanan berlangsung, ak tersungkur sebab kepenatan -_-"



p/s Gambar2 lain boleh dilayari melalui sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC