Followers

Saturday, 7 March 2009

antivirus


7 Mac - KUSATSU

Dewasa ini kita semakin melangkah ke arah dunia tanpa sempadan di mana teknologi yg berkembang pesat memudahkan kita ntk mengetahui segala maklumat melalui jari sahaja. Teknologi kini membuatkan hidup kita lebih senang berbanding dengan masyarakat zaman dahulu yg harus mengerah tenaga semata2 ingin mengetahui perkembangan semasa. Dunia I.T (teknologi maklumat) membawa era baru dalam sejarah hidup manusia sekaligus mengajak seluruh umat manusia agar tidak melepaskan peluang utk menuntut ilmu. Dunia cyber yang cukup canggih bakal menyaksikan manusia dan hidupan lain ciptaan Tuhan akan berkongsi dunia ini dengan suatu 'hidupan' yg dihasilkan melalui kreativiti seorang insan. Kita telah menyaksikan bagaimana teknologi kini boleh mengubah nasib seseorang itu ke arah positif dan begitu juga sebaliknya.

Good vs Evil

Berfikiran positif tu bagus tapi jangan pula terlalu asyik dengan nya sehinggakan kita lupa kesan negatif. Dunia cyber juga memberikan peluang kepada penjenayah2 ntk melakukan jenayah cyber yang kadang kala lebih dahsyat kemusnahan nya daripada tembakan peluru. Penjenayah2 ini mereka cipta sejenis virus ntk menyerang perisian2 di dalam komputer dan membuatkan sistem menjadi lumpuh dsb.Kita bernasib baik kerana terdapat beberapa cendekiawan yang berfikir mengenai cara2 ntk melindungi kita daripada serangan cyber tersebut, sekaligus membuka peluang ekonomi juga buat mereka. Justeru itu, post kali ini diberi nama antivirus. Hehe, sorry sbb mukadimah panjang sangat..


Ak percaya setiap komputer mempunyai sekurang2 nya mempunyai satu perisian antivirus sebagai aspek keselamatan. Benar setiap windows memiliki system firewall tp seperti manusia, perisian2 ni juga 'incomplete' kerana dicipta oleh insan. Buktinya, kita dapat lihat di pasaran akan adanya perisian2 terbaru @ version update dsb.. Soalan ak kepada semua pembaca ialah.. antivirus ape yang korang pakai kat komputer korang?


Waktu ak beli laptop baru tahun lepas, dia dah siap install Norton Internet Security 2008 tapi malangnya dia cumer kasi trial 3 bulan kalo x silap.. bila check harga ntk update key kat internet, ntk 1 tahun perlu bayar dalam 5000++ 円!! Ini membuatkan ak mula ntk survey antivirus software lain.. sblm ni ak dah pernah pakai macam2 perisian antivirus tapi pada ak, yang paling best semestinya KASPERSKY~ tapi waktu kat Malaysia dlu kitorang pon cam penjenayah cyber gak sbb download secara haram pastu search kat internet nak cari activate key dia supaya leh update dengan percuma.. leceh gak la nak search key tu sbb asik2 kene black list jer= akhirnye ak 決めた ntk beli kaspersky kat amazon dengan harga lebih kurang sama kalo ak update gak Norton ak, tp advantage nyer ialah key yg dia kasi ntk 2 tahun.. huhu~ tp ak x terus pakai key nih, ak main trial ntk sebulan dlu.. jimat~

Friday, 6 March 2009

後輩の家探し


6 Mac - KUSATSU

Boleh tahan gak peningnye nak cari umah ntk 9 orang junior yg bakal sambung pelajaran di Ritsumeikan bermula 8 April nih.. lebih2 lagi bila yg pompuan cumer sorang jer (Jasmeen) dan dia plak nak umah yg dekat2 ngan dak laki.. memula ak ingat xde la susah sangat sbb waktu kitorang dlu pon cam satu malam jer bincang pastu terus selesai.. tp ntk kes 後輩 ni bukan main lama plak masa yg diambil ntk selesaikan umah diorang.. ak stat carikan umah ntk 後輩 bersama Adib dalam awal februari lepas tp hari ni baru dapat 決めた umah diorang..

Waktu awal2 tu ingat nak campak jer dak2 後輩 laki ntk sama mansion ngan kitorang.. senang citer skit kalo nak pindah2 barang ke ape bila kitorang 卒業 (grad) tahun depan kang.. tp diorang sumer jual mahal (笑) sangat.. memang x dapat dinafikan umah kitorang agak 不便 sampaikan line softbank pon x dapat dalam umah.. ak kene letak handset kat tepi tingkap baru ade line= kalo wat camni kat Malaysia sure dah kene kebas nyer.. huhu~ advantage nyer umah kitorang ialah ko nak wat memekak ke ape orang x kisah, dan dekat ngan 大学 jer la.. tempat バイト pon dekat tp buat masa skang ni tgh xde keje sbb ekonomi di Jepun yg makin teruk dari sehari ke sehari..

Pastu diorang wat keputusan nak stay berdua satu umah.. so kitorang jumpe 4 umah ntk diorang tp masalah timbul bila si Jasmeen nak umah yang dekat ngan dak2 laki.. kalo boleh ak ingat nak campak yg pompuan tu kat area2 大学 sbb ak fikir lagi elok sbb kalo jauh2 nak kene pkir duit bas lagi and so on.. makan mase kaw2 nak menunggu jawapan dari minah ni sampaikan ak yg plan nak cari バイト pon terpaksa membatalkan niat sbb isu umah 後輩 nih.. Hari makin berlalu, bilangan umah pon dah makin kurang kene 'kebas' dek pelajar lain.. so nak tak nak hari ni kene gak try selesaikan umah 後輩 nih.. plus orang Asia SEED pon asik email ak tanye pasal umah 後輩 camne ape sumer..

tgh2 bincang pasal umah 後輩 laki, timbul plak masalah bile landlord minta duit dimasukkan seawal yg mungkin dan dia nak temu ramah setiap sorang ntk pastikan leh cakap 日本語 ke x.. ak dok terpikir camne la Sabrina 先輩 carikan umah ntk kitorang dlu.. maybe kes kitorang yg tgh last2 minit nyer pasal kot yg cume ambil masa sehari jer ntk 決めた umah.. waktu nak bayar pon dibenarkan bayar waktu nak stat masuk umah berkenaan.. banyak songeh btol landlord nih, ade yang lagi kelakar sampai nak penghuni yg sanggup bayar parking place jer dibenarkan menyewa umah.. ni sumer disebabkan bilangan parking place yg melebihi bilangan bilik di banggunan tersebut, pastu x ramai plak penghuni yg guna~ bincang3.. akhirnya dpt gak lembutkan hati landlord tu ntk benarkan 後輩 bayar segala kos perumahan sewaktu diorang jejakkan kaki ke Jepun kelak..

masalah paling x boleh blah tang 保証人 yang mana sebelum ni Asia SEED, di ubah kepada 大学 nyer 国際課 tp orang 国際課 kate kalo boleh nak 後輩 sumer masuk umah yg diuruskan oleh coop university.. beerti sumer umah 一人暮らし yang sewa dalam 5 万円 kot kalo nak dekat ngan 大学 la.. kitorang berjaya yakinkan pihak 大学 ntk benarkan para 後輩 yg GAY (笑) ntk tinggal bersama tp hal ni masih belum selesai.. skang ni x pasti lagi pihak mane yg akan jadi 保証人 dak 後輩 ni, samada 国際課 @ 理工 nyer staff .. sian gak kat orang Apaman Shop tu sbb nak kene call orang Asia SEED ape sumer nak pastikan hal nih.. nasib baik landlord yg cerewet td pon setuju pasal hal nih..


Lepas umah dak laki dah settle buat sementara waktu, kitorang pon stat la bincang ntk umah Jasmeen yg nk sangat umah yg dekat ngan dak laki.. ade la beberapa pilihan, nasib baik waktu tu si Jasmeen tgh online, so proses pencarian dpt berlangsung dengan lancar dgn meminjam komputer kt Apaman shop tuh.. ade jumpa umah yg dekat ngan umah Salmi tapi dia x nak gak.. waktu orang Apaman tu tgh call sana sini nak tanye pasal umah Jasmeen tetiba dia bawak berita baik.. katenyer 9 orang tu leh tinggal dapat satu banggunan yg sama tp jarak dari 大学 lagi jauh skit la.. tp ade bas yg lalu so xde masalah kot..

Rezeki diorang lebih kot bila diorang dapat tinggal dalam 1 banggunan yg sama di mana yg pompuan 一人暮らし (sorang) dan yg baki 8 laki akan tinggal dlm umah cam kitorang yakni 3 bilik serumah.. 距離的 memang agak jauh dari 大学 tp dari segi kewangan memang leh jimat kaw2 sbb 家賃 diorang lagi murah dari kitorang.. yang mantap nyer ialah si Jasmeen nyer bilik kaw2 luas yakni 11 帖 tuh.. memang sah diorang leh bukak kampong melayu kat situ.. cume harap2 diorang dapat jaga nama baik negara sewaktu di negara orang~

huhu~ sempat ke x nak cari バイト ni ek~ ke nak pusing2 Jepon? hmm~ 迷ってる

Thursday, 5 March 2009

mengapa Yahudi bijak ?


oleh : Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
copied from : link

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?

Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC