Followers

Wednesday 21 September 2016

@ak_empresa

21 May - CILEGON

Setelah hampir 11 bulan bertungkus-lumus dengan tugasan electrical work design bagi project KOS di Indonesia, aku terpanggil untuk terjun ke lokasi untuk membantu merealisasikan apa yang telah di rencanakan selama lebih 2 tahun.. Uniknya kali ini aku terjun bukan mewakili syarikat sendiri, tapi perencana utama JP Steel Plantech sebagai Electrical Supervisor umumnya memastikan konstruksi dilakukan sesuai dengan apa yang telah direncanakan.. Maklumat lanjut mengenai project ini akan ditulis di entri yang lain, insyaAllah.. Memandangkan lokasi projek terletak di Cilegon iaitu di bahagian barat Pulau Jawa, aku tidak sempat untuk menjejakkan kaki di pejabat Jakarta untuk bertegur sapa dengan rakan seperjuangan yang lain..

Jarak Cilegon dari Jakarta

Sama seperti di Jakarta, aku ditempatkan di sebuah service apartment dan alhamdulillah, tidak perlu risau tentang makanan dan cucian kerana segalanya diurus-rapi.. Memandangkan jarak antara Malaysia dan Indonesia hanya 2 jam perjalanan, isteri juga senang untuk datang setiap bulan.. Sayangnya work schedule project yang agak singkat membuatkan aku diminta untuk masuk 6 hari seminggu jadi agak sukar untuk merancang waktu untuk berjalan-jalan di sekitar Jakarta bersama isteri.. Berbeda dengan Jakarta, kota Cilegon hanyalah kota kecil namun untungnya memiliki 2 shopping mall dan 1 pawagam.. Lucunya majoriti filem yang ditayangkan adalah filem Indonesia dan hanya sebilangan kecil filem barat yang dimainkan di sini dan itu juga jarang-jarang (笑)

Kota Cilegon yang tidak terlalu macet

Sementara isteri masih dalam proses menyiapkan thesis MBA dia dan kebetulan masih banyak waktu lapang ketika berada di Indonesia, kami sepakat untuk melakukan bisnes jual beli buku-buku Indonesia untuk pasaran di Malaysia secara khususnya.. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan terutama buku-buku yang keluar dalam filem Indonesia popular seperti Ada Apa Dengan Cinta 2 dan sebagainya.. Secara jujurnya aku juga turut kaget melihatkan permintaan tinggi untuk buku-buku bahasa Indonesia untuk pasaran Malaysia memandangkan bahasa kedua-dua negara agak berbeda.. Tidak dinafikan, sastera Indonesia dengan linguistik yang tinggi dapat menarik minat pembaca dan dalam masa yang sama menghubungkan corak pemikiran antara dua negara.. 


Selain buku, kami juga akan mula fokus untuk barang-barang lain buat penggemar barangan Indonesia tapi itu semua terpulang pada permintaan.. Bagi yang mempunyai akaun Instagram, bolehlah melawat akaun @ak_empresa untuk melihat beberapa buku yang telah jual dan bagi yang berminat membuat permintaan lain, silakan meninggalkan pesan ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC