Followers

Wednesday 30 December 2015

Permohonan untuk Berkahwin

29 Dec - SHAH ALAM

Sewaktu mengikuti kursus pra-perkahwinan anjuran JAWI di Tokyo pada May 2013 yang lalu, aku sudah didedahkan serba sedikit tentang prosedur untuk berkahwin di Malaysia.. Ada pendapat yang mengatakan prosedur ini menyusahkan dan lebih senang jika kahwin sahaja di Jepun kemudian daftarkan di pejabat agama apabila pulang ke Malaysia nanti.. Ada juga pendapat yang menyokong prosedur-prosedur seperti ini bagi membolehkan calon berfikir dua tiga kali sebelum membuat keputusan yang bakal mengubah corak hidup mereka kelak.. 

InsyaAllah aku bakal menamatkan zaman bujang pada akhir Febuari 2016 jadi tibalah masanya untuk aku mengikuti prosedur yang ditetapkan majlis agama di Malaysia memandangkan majlis aqad akan dilakukan di Ibu Negara.. Hasil survey di internet menemukan aku dengan laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memang wajib di lihat oleh setiap calon yang bermastautin di Selangor kerana calon boleh mengisi borang secara online.. Berikut merupakan prosedur ringkas permohonan perkahwinan bagi pihak lelaki;


Tidak mahu olah panjang lebar kerana sudah cukup ringkas penjelasan melalui gambar di atas.. Cuma harus diingat buat mereka yang menetap di Selangor TAPI alamat di kad pengenalan BERBEZA NEGERI, anda perlu mengisi borang Permastautin 1A juga dan dapatkan tanda-tangan orang masjid di kariah tempat anda tinggal.. Kalau tidak ada borang ini, siap sedialah untuk mendapat "REJECT" dari Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang memeriksa borang.. Agak kesian bila terjumpa dengan seorang calon yang bila ditegur sudah kali kedua bertemu dengan PPN gara-gara borang 1A ini.. Dokumen yang perlu ada adalah seperti berikut:


  1. Borang 2A - Pemohonan Kebenaran Berkahwin 
  2. Borang 1A - Akuan Permastautin (Jika perlu)  
  3. Salinan kad pengenalan pemohon dan 2 orang saksi (aku muatkan semua IC dalam 1 muka)
  4. Sijil kursus pra-perkahwinan dan salinan
  5. Keputusan ujian HIV 


Alhamdulillah, urusan bersama PPN berjalan lancar dan selesai tak sampai 10 minit.. Sewaktu PPN memerika borang yang aku bawa, dia minta aku baca surat akuan dan tanda-tangan borang sebelum dia sahkan.. Mujur dia ada ingatkan untuk buat 1 set salinan siap-siap sebelum pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) memandangkan calon isteri bukan orang Selangor.. Kebetulan ada tempat fotostat di area parking PAID malah harga yang dikenakan juga tidak mahal.. Tiba di PAID sekitar jam 15:15 dan urusan selesai sebelum jam 16:00 memandangkan tidak ramai orang pada hari itu.. Set salinan di ambil oleh PAID manakala set asli pula diberikan kepada keluarga calon isteri..

Bersyukur juga segala urusan selesai dalam hari yang sama memandangkan aku baru sahaja buat HIV test pada pagi itu sebaik mendarat dari Jepun.. Terus langsung ke klinik kesihatan berdekatan dengan rumah untuk mendaftar nama sekitar jam 07:30.. Ketika diambil darah, agak kaget apabila diberitahu keputusan HIV test itu hanya akan diberi selepas waktu Zuhur sebab perlu tanda-tangan doktor di klinik itu; ingatkan boleh dapat on-the-spot (笑) Nasib baik pilih klinik yang dekat dengan rumah.. A'la kullihal, Alhamdulillah urusan belah lelaki sudah selesai dan harapnya belah perempuan juga tidak ada masalah ;)

p/s Waktu isi borang 2A, baru tahu pasal kategori masjid.. Mohon doa para pembaca agar majlis diredhai-Nya insyaAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC