Followers

Saturday 22 August 2015

Eid Fitri 2015

17 July - MALAYSIA

Bersyukur dapat beraya bersama keluarga sekali lagi tahun ini walaupun hampir-hampir terkubur apabila mendapat khabar perlu pulang ke Jepun 3 hari sebelum masuk bulan Ramadhan! Awalnya aku cuba menolak dengan memberitahu aku sudah beli tiket pulang ke Malaysia dari Jakarta 2 bulan sebelumnya lagi tapi syarikat di Indonesia sudi membayar tiket pulang ke Malaysia dari Tokyo untuk aku asalkan aku setuju pulang ke Jepun! Sempat berpuasa 1 minggu sebelum berangkat pulang ke Malaysia melalui Haneda Airport.. Sempat bertemu dengan beberapa rakan yang turut pulang beraya.. Kali pertama naik AirAsia untuk tahun ini kerana kalau dari Indonesia, harga pesawat lain banyak yang lagi murah (笑) Dalam penerbangan, duduk sebelah lelaki Jepun yang kerjanya dalam bidang IT untuk memperkenalkan makanan halal untuk pelancong Islam ke Jepun..

Tidak sempat merasa kasih sayang datuk sejak lahir, moga Allah panjangkan usia kedua nenekku, insyaAllah

Jika raya tahun lalu aku sambut di Terengganu, tahun ini hanya di area KL sahaja kerana kebetulan Jiddah juga berada di KL.. Oleh kerana aku dapat cuti 10 hari, awalnya aku ingat nak buat plan drastik pergi bercuti ke Sumatra sendiri tapi sayang rata-rata syarikat tour yang aku telefon semua beritahu tidak ada orang kerja waktu itu (笑) Tidak mahu kebosanan sampai aku nekad nak angkat PS4 melalui Mudah.my tapi itu juga tak berhasil sebab last-last minit ada customer lain yang terus pergi ke rumah dealer untuk angkat walaupun aku dah deal dulu dengan dealer tu (-_-") Rezeki apabila cousin ajak ikut dia balik kampung di Batu Pahat pada hari raya ke 5 jadi dapatlah juga mengubat rindu setelah lebih 3 tahun tidak ke sana.. Perjalanan mengambil masa hampir 3.5 jam dari rumah cousin di Gombak.. Dapatlah juga beraya di 4 buah rumah saudara di sana, singgah BP Mall, dll.. Nostalgia sungguh dengan pelbagai jenis memori melihat suasana kampung yang saling tak ubah..

Heading back to Japan

Pulang semula ke Jepun pada 25 July dengan perasaan yang serba-serbi.. Sengaja cuba Thai Massage di KLIA2 selama 1 jam sebab sakit belakang sejak pulang hari itu.. Harga dikenakan hampir sama dengan caj di Jepun (-_-") Terkejut apabila di KLIA2 sudah tidak ada kedai yang jual air botol selepas kita masuk gate.. Kalau sebelum ini masih ada walaupun jual pada harga RM5 kalau tak silap, kini dia cuma jual dalam bentuk cawan plastik dan pastinya tidak boleh bawa masuk pesawat.. Kebetulan ada terlihat orang isi air di kedai yang sama dalam thermos yang dia bawa siap-siap dari rumah.. Tips mantap untuk orang yang nak saving bila guna AirAsia nanti (笑) Lucunya kami di minta keluar dari pesawat gara-gara masalah tayar dan akhirnya flight delay selama 1 jam membuatkan aku terlepas keretapi terakhir menuju ke 川崎 (Kawasaki) malam itu.. Pertama kali naik bas dari Haneda Airport tapi caj bas agak mahal sekitar 500円 (-_-")
    

Sunday 9 August 2015

8 Month Assignment in Japan

7 July - KAWASAKI

Manusia hanya boleh merancang, yang menentukan hanyalah Dia.. Benarlah kata-kata yang sering kita dengar ini; aku sendiri tidak menyangka akan dipanggil pulang bekerja semula di Jepun lebih-lebih lagi dalam masa yang singkat.. Awalnya aku sudah membayangkan tahun 2015 bakal menjadi tahun terakhir aku bekerja di Indonesia, jadi aku sudah merancang beberapa agenda yang aku mahu lakukan antaranya memanjat gunung, menerokai Sumatra dan Yogjakarta dan sebagainya.. Kaget apabila email yang aku terima 3 hari sebelum Ramadhan seolah-olah menutup tirai apa yang telah aku rancang yang mana email dari 事業本部長 (Director) meminta aku bantu 設計 (Design) suatu project besar yang mana konstruksi nya akan bermula March 2016 di Indonesia..


Memandangkan project ini di Indonesia dan aku pula belum pernah terlibat dalam 設計 sebelum ini membuatkan ini adalah peluang keemasan buat aku sendiri untuk mengutip pengalaman.. Dari segi karier, memang jujurnya aku berminat sangat, tapi dari segi peribadi, aku takut ia akan mengganggu perancangan besar aku sendiri pada awal tahun hadapan (sigh) Namun segala-galanya sudah diputuskan, dan hasil perbincangan dengan boss di Indonesia, aku diberi tarikh 7 July untuk mula bekerja semula di HQ tapi lucunya 所属 (Affiliation) masih dengan syarikat di Indonesia, cuma elaun oversea aku sahaja yang ditiadakan.. (泣) Awalnya aku minta ditangguh sehingga lepas raya memandangkan aku sudah beli tiket balik raya siap-siap tapi sayang project design sudah mula dan team di Jepun juga sudah standby menantikan kedatangan aku..


Bersyukur apabila syarikat di Indonesia sanggup membelikan return flight Haneda-KLIA untuk raya kali ini malah pihak HQ juga bersetuju memberikan aku ambil cuti 10 hari sehingga 26 July untuk raya tahun ini.. Oleh kerana tugasan 設計 ini mengambil masa 8 bulan secara total, aku diberikan tempat tinggal yang ditanggung sepenuhnya menggunakan biaya project dan apabila selesai, insyaAllah aku akan dipulangkan semula ke syarikat di Indonesia.. Alhamdulillah rumah yang diberi mempunyai dapur jadi membolehkan aku mengaktifkan balik skill masak yang sudah lama terkubur dek sering makan luar di Jakarta (笑) Oleh kerana aku tinggal lebih dari 6 bulan, segala barangan yang tersimpan di dalam kontena sebelum aku berangkat ke Indonesia pada 2 tahun lepas juga dipulangkan semula.. 


Memandangkan aku cuma akan ada di sini selama 8 bulan, awalnya aku agak bingung memikirkan soal telefon dan internet.. Mujur HQ beri pinjam telefon bimbit jadi selesai soal telefon.. Next mengenai internet pula... Tempat tinggal aku sudah lengkap dengan internet, jadi yang diperlukan ialah penggunaan internet di luar rumah dan HQ.. Awalnya aku nak angkat WiFi router tapi harga per bulan sekitar 5,000円 (RM 150) agak merugikan memandangkan aku tidak akan selalu guna.. Agak terkejut apabila mendapati sudah banyak perkhidmatan SIM card di Jepun yang membolehkan pengguna khususnya pelancong luar membeli sim card untuk akses internet sepanjang berada di Jepun.. Hasil survey harga, aku membuat keputusan untuk melanggan SIM card dengan Rakuten Mobile pada harga serendah 1,000円 (RM 30) per bulan pada kapasiti 3.1 GB data..  

p/s Kalau ada dikalangan pembaca yang plan untuk menziarah Jepun, bolehlah roger-roger aku ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC