Followers

Monday 23 February 2015

Visa Renewal: Short Japan trip

26 Jan - 1 Feb - TOKYO

Rata-rata pelajar lulusan Masters akan diberi visa kerja selama 3 tahun setelah mendapat 内定 (Unofficial offer) daripada syarikat.. Masa berlalu pantas; dan tarikh tamat visa kerja aku ialah March 2015.. Kami diberikan waktu untuk apply renewal 3 bulan sebelum tamat tempoh tapi oleh sebab aku tiada di Jepun membuatkan aku terpaksa tunggu sehingga pekerjaan selesai baru boleh berangkat ke Jepun.. Oleh sebab kes aku agak special kerana tiada alamat di Jepun, plus tahun lalu cuma balik sekali sahaja setelah meninggalkan Jepun selama setahun membuatkan syarikat juga agak risau sekiranya pemohonan aku agak susah.. 

Cheese Nan, makanan yang pasti aku try apabila ada di Jepun!

Biasanya proses pemohonan mengambil waktu dari 2 minggu ke satu bulan setelah lengkap menghantar dokumen ke 入国管理局 (Immigration Office).. Atas langkah berjaga-jaga aku sengaja mengambil extra 2 hari sekiranya terjadi apa-apa.. Berikut merupakan itinerary schedule sepanjang aku berada di Jepun:

25 Jan: Depart to Japan (2345 flight)
26 Jan: Greetings at HQ Office & Visit 幸区役所 (Saiwai-Ku Council Office)
27 Jan:  入国管理局横浜支店 (Yokohama branch Immigration Office)
28 Jan: Driving license renewal
29 Jan: Work at HQ Office
30 Jan: Free day
31 Jan: Lunch with Step brother; farewell dinner with Achok
01 Feb: Depart back to Jakarta (1100 flight)

Aku meninggalkan bumi Jepun pada June 2013 dan waktu itu sudah masuk pre-Summer.. Waktu aku pulang semula ke Jepun pada Mid June 2014 untuk training selama 2 minggu, waktu itu juga masih pre-Summer.. Jadi apabila pulang ke Jepun pada January 2015 iaitu pada musim Winter, musim yang paling aku tak suka.. Agak sengal apabila tak bawa sekali baju tebal waktu meninggalkan Jepun kali pertama sebab ingat Jakarta macam Malaysia so tak payah bawa baju tebal-tebal (笑) Padahal kalau panjat gunung ke apa memang perlu pakai baju tebal kot! Akhirnya sehari sebelum pergi ke Jepun, aku pergi cari baju tebal di Mangga Dua, Jakarta Barat walaupun harga sekitar 8千円.. 

Agak kelakar apabila Gate E6 ini hanya muncul last-last minit dan akhirnya bertukar dengan gate lain..

Memandangkan di hostel syarikat tiada perkhidmatan WiFi, aku terpaksa guna rental WiFi yang sudah aku tempah di laman web ini (link) tapi sayangnya aku perlu ambil di Haneda Domestic Post Office.. Mujur ada free shuttle bus daripada Haneda International Airport ke Domestic 2 kendatipun terpaksa tarik beg berat ke hulu dan ke hilir.. Selesai mendapatkan rental WiFi, aku mengambil keputusan untuk naik bas buat pertama kali dari Haneda Airport menuju ke 川崎駅 (Kawasaki Station) memandangkan aku tidak mengejar masa.. Hasrat ingin sekadar tunjuk muka di HQ hanya tinggal harapan apabila aku terima phone call dari Jakarta Office yang meminta aku buat sedikit kerja (笑)

Farewell my friend!

Hari yang sama juga aku menerima berita mengejutkan daripada 統括部長 (Executive Manager) department yang memaklumkan satu-satunya rakan kerja dari Malaysia aku meletakkan jawatan! Tambah lagi pressure ke atas aku supaya jangan berhenti (-_-") Member itu sepatutnya kena campak ke Cambodia bulan ini dan harus berada di sana selama 2 tahun; awalnya bunyi macam dia nak tapi rupa-rupanya dalam diam.. Tujuan kedua aku selepas renewal visa ialah renewal lesen memandu memandangkan lesen sudah mati dulu December 2014.. Nak hidupkan sekali lagi, aku perlu submit 住民票の除去 (Removal of certificate of residence) dan borang ini hanya boleh diambil di 市役所 (City hall) 

Visa Extension Application form

Ternyata keputusan untuk renewal visa di 横浜支店 (Yokohama Branch) merupakan keputusan yang tepat memandangkan aku tiba di lokasi sekitar jam 2 dan proses selesai sekitar jam 3 kerana orang tidak terlalu ramai jika dibandingkan dengan 品川支店 (Shinagawa Branch) yang sentiasa penuh dengan orang.. Lucu juga kerana tiada sesi soal jawab berlaku tapi lebih kepada hantar 申請書 (Application form) sahaja.. Sesi renewal 運転免許証 (Driving license) yang mengambil masa yang agak lama daripada jam 1200 sehingga ke jam 1700! Ini merupakan kali pertama aku renew 運転免許証 jadi tak sangka agak rumit juga prosesnya sehingga membutuhkan peserta mengikuti 運転講習 (Driving lecture) selama 2 jam!

Bouldering

Khamis itu setelah pulang dari HQ office, aku dengan beberapa rakan mencuba sukan yang baru iaitu ボルダリング (Bouldering), mirip rock climbing tapi tanpa menggunakan tali keselamatan.. Kebetulan lokasi dia hanya beberapa meter dari office jadi kami sepakat berkumpul di 川崎駅 sekitar jam 2100.. Sesi latihan selama 1 jam pada harga 1000円 (RM 30) itu ternyata memakan tenaga yang tinggi sehingga rata-rata daripada kami seperti sudah tidak rasa tangan sendiri selepas selesai (笑) Nasib baik esoknya itu aku ambil cuti jadi boleh rest seharian di rumah ditambah lagi hari Jumaat itu merupakan hari pertama Tokyo turun salji pada tahun ini! Hujan pula pada tengahari itu membuatkan aku terpaksa membatalkan niat untuk mengerjakan solat jumaat (-_-")

First try at a Turkish restaurant with Yuichi

Sabtu itu pula aku menyambut kedatangan abang angkat, Yuichi daripada Kyoto yang sanggup datang naik kapal terbang semata-mata untuk berjumpa dengan aku! Yang paling mengejutkan ialah dia bergerak pagi dan balik pada sore harinya juga! Awalnya bertemu di 下北沢 (Shimokitazawa) dengan rencana asal nak makan di restoran Pakistan buffet 2x2=8 seperti biasa.. Entah kenapa terdetik pula niat untuk mencuba buffet masakan Turkey yang terletak bersebelahan dengan restoran 2x2=8 malah harga dia juga hampir sama.. Selesai makan aku ajak Yuichi jalan kaki ke Masjid Tokyo memandangkan aku belum Zuhur lagi waktu itu.. Awalnya mahu berangkat langsung selepas Asar tapi akhirnya Yuichi "terperangkap" dalam group Jepun2 yang lain yang sedang khusyuk mendengar penjelasan seorang Japanese Muslim tentang Islam.. 

Listening to a speech by a Japanese Muslim

Terharu apabila melihat bilangan besar orang Jepun yang sanggup datang ke Masjid untuk mempelajari tentang Islam lebih-lebih lagi selepas isu 2 orang Jepun yang telah dibunuh oleh terrorist ISIS.. Sedikit kecewa apabila group Jepun yang hadir hari itu untuk menyaksikan cara orang Islam solat di masjid lebih ramai! Sebaik sahaja selesai sesi soal jawab, kami langsung berangkat ke 品川駅 (Shinagawa Station) kerana ada janji untuk bertemu dengan junior RITS yang baru sahaja berhijrah semula ke Jepun untuk bekerja mulai December 2014! Kebetulan Yuichi juga rapat dengan dia tapi sayang kami cuma dapat berinteraksi selama beberapa minit sebelum terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Yuichi yang harus pergi ke Haneda Airport sore itu juga..

Welcome back to Japan, Aliff

Malam itu aku terus ke 錦糸町駅 (Kinshicho Station) untuk menghadiri 送別会 (Farewell Party) Achok yang bakal berhijrah ke Jakarta, Indonesia selama 3 tahun.. Agak lucu untuk menghadiri 送別会 dia memandangkan aku pasti akan bertemu dia lebih kerap selepas dia sampai di Jakarta nanti (笑) 送別会 ini dilakukan di Tokyo Muslim Chinese Restaurant yang baru sahaja mulai operasi pada akhir tahun 2014.. Agak beruntung dapat bertemu dengan beberapa rakan seperjuangan lama termasuk para junior.. 二次会 (After party) pula di restoran berhampiran situ sambil berkongsi pandangan dan pendapat dengan junior JAD termasuk 石松先生 (Ishimatsu Sensei) yang bakal bekerja di UTM Jalan Semarak mulai March 2015.. 

Farewell and welcome to Indonesia!

Pelajar JAD kalau sudah berkumpul, topik yang sering dibahas pastinya cerita sewaktu di Malaysia, perkembangan dan gosip sensei dan lain-lain.. Besoknya merupakan hari terakhir aku di bumi Sakura ini, jam 8 sudah berangkat dari Hostel menuju ke 川崎駅 (Kawasaki Station) untuk tukar 電車 (Train) menuju ke Haneda Airport.. Sampai di airport, agak terkejut dengan bilangan orang yang beratur untuk check in di Garuda walaupun cuma tinggal 1 jam sebelum gate di buka.. Agak menyesal tidak web check-in kerana tempat duduk yang aku dapat ialah di belakang sekali! Sudahlah dapat paling hujung, bila tiba giliran untuk memilih makanan, sudah tidak ada pilihan lagi (笑)

Crowded!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC