Followers

Sunday 5 October 2014

House Loan


Antara persoalan yang sering ditanya oleh kenalan-kenalan mahupun anggota keluarga ialah pembelian rumah memandangkan harga rumah yang tidak pernah jatuh.. Duit yang disimpan di dalam bank begitu sahaja amat rugi dan elok diinvestasi ke pelbagai saluran dan salah satunya ialah property.. Sewaktu pulang ke Malaysia untuk menyambut lebaran, abang aku bawa pergi ke Subang Parade untuk menonton wayang di MBO dan waktu itu kami tertarik dengan tawaran salah satu property yang terletak di Shah Alam.. Kebetulan dekat dengan rumah jadi memudahkan ahli keluarga untuk melihat semasa aku tiada di Malaysia.. Keesokan harinya kami langsung ke marketing place dia untuk meyakinkan diri sebelum bersetuju untuk reservasi dengan membayar RM5k..

Itulah kali pertama aku memasuki dunia investasi property yang mana aku sendiri kurang mengerti sangat soal pinjaman perumahan dari bank.. Oleh kerana aku merupakan pengguna Maybank sejak kecil, dan kebetulan wakil-wakil bank yang bertempek di marketing place itu rata-rata Chinese, aku memilih untuk pergi ke Maybank Syariah walaupun sudah dimaklumkan yang tawaran mereka kurang menarik berbanding bank konvensional.. Oleh kerana waktu aku di Malaysia agak terhad, aku hanya sempat berbalas email dengan orang yang bertanggungjawab sahaja untuk mengetahui apa dokumen yang perlu aku hantar dsb.. Oleh kerana aku bukan bekerja di Malaysia, berikut merupakan dokumen yang dibutuhkan oleh pihak bank..

  1. Application form 
  2. Salinan IC
  3. Salinan passport
  4. Salinan slip gaji terbaru 3 bulan
  5. Salinan slip terbaru simpanan dalam bank
  6. Salinan EPF
  7. Booking form property

Oleh kerana aku bekerja di Jepun dan seluruh salinan yang aku terima di Jepun adalah dalam bahasa Jepun, aku terpaksa alih bahasa sendiri dan minta cop rasmi dari Boss untuk mengesahkan segala dokumen..Salah satu kendala terbesar ialah soal EPF memandangkan EPF yang aku bayar setiap bulan di Jepun ini mempunyai sistem yang berbeza berbanding di Malaysia.. Wang EPF yang aku bayar kini sedang digunakan oleh masyarakat tua di Jepun sekarang dan ini bererti wang EPF aku akan disediakan oleh warga Jepun di masa akan datang! Aku merasakan tiada makna untuk memberi salinan EPF itu sendiri memandangkan buku EPF itu disimpan oleh HQ di Jepun dan untuk mendapatkan angka terkumpul juga bukan suatu perkara yang mudah..

Akibat daripada itu, Letter of Offer (LO) daripada pihak bank menjadi kendala disebabkan Maybank pusat tetap bertegas mahukan dokumen itu juga.. Hasil penyelidikan melalui internet menemukan aku dengan "Nenkin Net" yang membolehkan aku mengetahui jumlah wang EPF terkumpul secara online.. Namun untuk mendaftar juga mengambil waktu memandangkan User ID hanya dihantar melalui pos dan bukannya email.. Mujur kakitangan di HQ pantas memaklumkan surat untuk aku dan sebaik sahaja menerima User ID, aku langsung print out dokumen yang mereka butuhkan dan email ke pihak bank.. Aku fikir semuanya sudah selesai dan hanya tunggu LO tapi datang pula dugaan baru apabila pihak bank minta aku dapatkan pengesahan daripada Japan Embassy atau Notaris!

Aku cuba dapatkan bantuan daripada Japan Embassy tapi sayang mereka hanya boleh memberikan bantuan kepada rakyat mereka di sini sahaja membuatkan aku tiada pilihan lain untuk mengeluarkan biaya sendiri untuk mendapatkan pengesahan dari Notaris untuk dokumen yang cuma menunjukkan angka-angka.. Notaris pertama yang aku pergi pada mulanya hanya ok-ok sahaja tapi apabila aku tunjukkan dokumen asli dan dokumen yang sudah aku translate ke bahasa Inggeris untuk dia sahkan, tiba-tiba dia beritahu yang aku tidak boleh translate sendiri tapi harus beri ke orang yang sudah angkat sumpah yang mengatakan dokumen itu benar barulah Notaris boleh berani untuk mengesahkan! Dengan masa yang hanya tinggal 3 hari sebelum aku pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan tanda-tangan dengan pihak bank dan juga pihak developer, aku terpaksa mencari akal lain.. 

Alhamdulillah aku berjaya menyakinkan Notaris ke2 untuk mengesahkan dokumen yang aku translate dan sebaik dokumen itu siap sahaja pada petang itu, aku langsung scan dan hantar ke pihak Maybank dengan harapan aku dapat baca LO terlebih dahulu pada Rabu siang itu.. Agak mengejutkan apabila maklumbalas daripada pihak bank sekadar memberitahu mereka akan menghantar pada keesokan harinya! Sebaik menerima LO, aku terpaksa pasrah kerana tiada masa lagi untuk negosiasi dengan pihak bank.. Hari itu juga aku beli tiket pulang ke Malaysia guna Lion Air; Alhamdulillah aku dapat return flight pada harga sekitar 8,000円 tapi flight Jumaat malam.. Ada juga drama sewaktu pulang ke Malaysia Jumaat itu tapi izinkanlah aku share di entri yang seterusnya.. 

Nak dipendekkan cerita, kami jumpa dengan wakil bank pada siang hari Ahad di restoran mamak berdekatan dengan rumah untuk sign LO sampai mendengar serba-serbi tentang dunia property ini dan seterusnya malam itu bertemu pula dengan wakil developer untuk sign S&P dan Loan Agreement.. Awalnya agak pelik juga berurusan dengan wakil developer ini kerana telefon langsung tak dijawab, tiba-tiba malam itu terima call yang mereka otw.. Paling tak boleh blah ialah yang datang cuma seorang dan dia juga ibarat subcon kepada developer! Bila tanya tentang property ini, dia tak tau sangat tapi dia akan inform kepada developer hari berikutnya.. Oleh kerana flight aku pada hari Isnin sudah fix jam 1500, aku pasrah untuk menanti jawapan dari developer hasil tanda-tangan semua dokumen pada malam itu..

p/s Kebanyakan bank di Malaysia tidak berapa berminat untuk memberikan pinjaman wang kepada mereka yang bekerja di luar negara..
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC