Followers

Sunday 25 August 2013

Planetarium Jakarta

18 August - JAKARTA

Kebosanan tanpa teman atau jemputan di hujung minggu pertama sekembalinya aku ke Jakarta, aku nekad untuk keluar menuju ke destinasi yang belum pernah aku jejaki.. Hasil survey di internet dengan kata kunci "places to visit in Jakarta" menemukan aku dengan senarai nama tempat dan mata aku tertumpu kepada "Planetarium"~ Lebih mengejutkan kedudukannya hanya tidak sampai 1km daripada tempat aku tinggal buat masa ini membolehkan aku pergi dengan berjalan kaki~

Planetarium ini mempunyai beberapa slot dan kebetulan sewaktu aku survey tengahari itu, aku sempat untuk mengambil slot terakhir iaitu jam 14:30 lalu aku bertolak dari rumah sekitar jam 13:40~ Sewaktu tiba, agak terkejut dengan bilangan pengunjung yang ramai terutamanya dikalangan kanak-kanak yang ditemani oleh ahli keluarga masing-masing.. Bilangan couple yang datang juga agak ramai membuatkan penjaga kaunter memandang pelik bila aku meminta 1 tiket masuk pada harga Rp.7000 seorang~


Awalnya aku ingat Planetarium ini seperti bilik pameran yang penuh dengan maklumat tentang angkasa lepas, baju angkasawan dan sebagainya seperti mana yang pernah aku masuki di Tokyo beberapa tahun yang lepas.. Ternyata di sini berbeda kerana pengunjung dibawa masuk ke dalam satu dewan yang luas kemudian dikehendaki duduk~ Ditengah dewan tersebut ada sebiji objek sfera yang memancarkan cahaya mengelilingi seluruh dewan.. Lucu dengan sifat pengunjung yang terus menurunkan tempat sandar sebaik sahaja duduk sedangkan benda belum mula lagi (笑)

Persembahan bermula dengan dewan gelap-gulita dan seorang staff beraksi seperti pengulas sukan dengan bercerita tentang angkasa lepas dan sebagainya.. Cahaya dalam dewan ketika itu dibuat seolah-olah kita berada di angkasa lepas dengan bintang-bintang, buruj, dan sebagainya.. Agak geram apabila ada sesetengah pengunjung yang bermain telefon/tablet yang mengeluarkan cahaya jadi kurang "feeling" ditambah lagi dengan bunyi budak-budak yang berborak sesama mereka (笑)


Fasiliti dewan tersebut juga agak menarik sehingga berjaya membuatkan pengunjung seolah-olah bergerak menaiki pesawat ke angkasa lepas ditambah dengan efek berputar! Pertunjukan mengambil masa sekitar 30 minit~ Selepas itu, aku berjalan-jalan pula di belakang banggunan Planetarium dan terjumpa pula dewan lain yang kebetulan ada pertunjukan orkestra sempena Hari Kemerdekaan Indonesia! Rezeki apabila tiada bayaran dikenakan jadi aku langsung masuk ke dewan untuk menikmati pertunjukan yang selang-selang dengan nyanyian dan tarian~

p/s Majoriti kaum China yang hadir dalam pertunjukan orkestra itu memakai suit manakala yang lain memakai batik atau pakaian biasa O_0

Saturday 17 August 2013

Eid Fitri 2013

8 August - KL

Alhamdulillah, diberi kesempatan pulang beraya bersama keluarga pada tahun ini merupakan nikmat terbesar sepanjang aku mula hidup merantau sejak tahun 2008.. Banyak juga drama yang berlaku sebelum dan sesudah Raya; setiap tahun kami akan pulang beraya di kampung sebelah Ummi yang terletak di Batu Pahat.. Jadi pada awalnya aku sudah merancang untuk beli tiket pulang ke Jakarta dari Johor sahaja tanpa perlu pulang ke KL.. Sekali dikejutkan pula dengan berita Jiddah (Nenek) tidak sihat dan kini berada di rumah Khala (Makcik) di sekitar KL sekaligus menetapkan tahun ini beraya di KL sahaja~

Raya pertama memang tidak sah kalau tak singgah di rumah Tok Guru terlebih dahulu

Yang tak seronoknya beraya di KL ialah tidak dapat berkumpul ramai-ramai, tidur satu tempat bersama sepupu-sepupu yang lebih kurang sebaya dsb~ Malah suasana kampung yang didambakan itu juga tiada bila beraya di bandar (=_=) Cuma bersyukur Allah panjangkan usia kedua Jiddah aku untuk beraya bersama-sama pada tahun ini :) Mujur tradisi Futsal Syawal bersama sepupu dapat diteruskan juga tahun ini walaupun terdapat adegan melucukan apabila tempat futsal yang ditempah melalui telefon, bila tiba di situ, cina yang jaga bagitau tiada tempat futsal.. Plan nak main di Subang Jaya terpaksa berpindah ke Petaling Jaya (De Samba)


Mujur juga tidak beli tiket perlawanan Barcelona menentang Malaysia XI yang bertempat di Stadium Shah Alam.. Sengal Messi tak nak menghiburkan hati peminat yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat beliau beraksi.. Bersyukur dapat bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang sudi meluahkan apa yang mereka rasa tentang situasi bekerja di Malaysia dan apa yang perlu aku fikirkan sebelum nekad untuk pulang suatu hari nanti.. Malam terakhir di Malaysia, terserempak dengan seorang pakcik Cina yang tiba-tiba tegur ketika aku sedang survey buku di MPH.. Borak lama juga tentang bisnes online sehingga kedai dah nak tutup, dan aku tidak beli buku langsung (-_-") 

Sepupu paling kecil belah Baba.. Selamat dilahirkan pada tarikh aku bertolak semula ke Jepun pada tahun lepas..

Plan asal nak guna teksi sahaja ke LCCT sebab boleh claim dengan syarikat.. Alhamdulillah Ummi berbaik hati untuk tolong hantarkan.. Drama juga di LCCT ketika sedang beratur untuk menghantar bag.. Segerombolan pelancong China berkumpul di tempat penghantaran bagasi ke Jakarta sebab ada masalah pengiraan bagasi.. Berdiri hampir 30 minit dek masalah tidak selesai; rupa-rupanya boleh sahaja hantar bagasi ke kaunter di sebelah (-_-") Ingatkan dah terlewat, sekali boleh pula flight delay 30 minit (笑) Sewaktu di LCCT, berselisih dengan Jonathan, pemenang The Apprentice Asia sewaktu dia keluar dari tandas.. Nak tegur pun tak sempat sebab dia pun dalam keadaan tergesa-gesa juga.. 

Cousin conquer PS3 Move sewaktu open house

Aku ambil hot seat 1D untuk penerbangan balik kali ini dengan harapan dapat keluar awal.. Sewaktu tiba di terminal 3, memang aku yang terawal maju ke bahagian kastam, jadi ingatkan perjalanan lancar sahaja sehinggalah aku ditanya tujuan aku ke Indonesia dan mana tiket penerbangan keluar.. Sedikit kaget bila dibawa masuk ke bilik khas untuk sesi soal siasat.. Rupa-rupanya Multiple Visa 212/60days yang aku dapat ini memerlukan tiket penerbangan keluar ke Indonesia bagi mengelak pelancong menetap di Indonesia melebihi 60 hari seperti yang dimaksudkan.. Terpaksalah aku bergegas keluar terminal untuk beli tiket AirAsia dan kemudian masuk balik untuk serahkan dokumen penerbangan yang dibeli supaya dia boleh cop passport.. 


Geram juga sebab niat di hati tak mahu naik AirAsia, nak cuba penerbangan lain tapi malangnya terminal 3 itu memang khusus untuk AirAsia dan Lion Air.. Nak cari printer juga tidak ada jadi langsung tiada pilihan lain.. Boss suruh beli tiket 11hb Oct tapi sebab aku tak suka bertolak pada hari Jumaat, aku buat keputusan beli tiket 10hb Oct.. Bila semak kalendar, Indonesia cuti 14 & 15hb sempena Eid Adha jadi aku sudah boleh mula membayangkan dapat pulang beraya di Malaysia lagi buat pertama kali sejak 2008! Semoga impian tersebut direstuiNya insyaAllah :)


تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu sepanjang bulan Ramadhan
InsyaAllah jika dipanjangkan umur, dapat lagi kita bersua kembali dengan Ramadhan pada tahun berikutnya~ Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca~
     

Thursday 15 August 2013

Az-Zawawi


Az-Zawawi adalah keluarga asyraaf al-Idrisiyah, nasabnya bersambung kepada Maula Idris bin Idris bin Abdullah al-Mahd bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Keluarga ini berasal dari negeri Maghrib yang kemudian hijrah ke Makkah al-Mukarromah dan beberapa wilayah teluk Arab. Dalam catatan kecil yang kami miliki yang pertama kali disebut Az-Zawawi adalah Abdullah bin Hasan bin Sulaiman Az-Zawawi.

Di antara ulama mereka yang terkenal adalah Abdullah bin Muhammad Soleh Az-Zawawi, seorang mufti Syafiiyah di Mekkah. Guru-guru beliau adalah Syekh Muhammad Yusuf al-Khayyat. Adapun murid-murid beliau adalah Sayid hasan Kutbi dan anaknya Abdurrahman Az-Zawawi, Syekh Muhammad Turki; seorang guru di Masjidil Haram. Sayid Abdullah bin Muhammad soleh Az-Zawwi banyak melakukan perjalanan ke India, Indonesia, Cina dan Jepun.

Ulama dari keluarga Az-zawawi yang lain adalah Soleh bin Abdurrahman bin Abubakar bin Abdurrahman bin Ahmad Az-Zawawi al-Hasani. Guru-guru beliau di antaranya sayid Muhammad Sanusi al-Maki, syekh Ahmad Dahan al-Hanafi, syekh Muhammad bin Khidir al-Basri, Syekh Muhammad bin Nasir al-Husaini al-Yamani al-Syafii, dan Syekh Abdul Kadir bn Mustafa al-Asyraqi. Beliau juga banyak melakukan perjalanan ke Yaman. Di Makkah, beliau menjadi mufti Syafiiyah.

Copied from link

Monday 12 August 2013

Lesen Memandu Baru

7 August - PADANG JAWA

Pagi itu Ummi ajak pergi buat lesen baru sebab alang-alang Ummi punya lesen hilang jadi dia ajak teman sekali.. Bertolak dari rumah jam 07:30; dalam hati masih terasa terlalu awal tapi bila sampai agak terkejut dengan bilangan orang yang beratur sampai di luar bangunan! Waktu dapat nombor sekitar jam 08:00, rasa macam nak balik rumah tidur semula sahaja sebab nombor yang tertulis ialah 124! Mujur terserempak dengan member sejak sekolah rendah yang kebetulan mempunyai hajat yang sama pada pagi itu jadi kami berborak sehingga jam 09:30 bila Ummi telefon memberitahu dah cecah 100~


Bila tiba nombor giliran, aku beri gambar, kad IC, dan juga lesen lama.. Sekali kena tegur sebab lesen aku mati tahun 2015.. Sepatutnya lesen hanya perlu ditukar bila sudah mati, tak perlu gelabah buat baru awal-awal (笑) Dah alang-alang dekat situ, aku minta update 5 tahun, tapi oleh sebab maksimum dia memang 5 tahun dan aku lesen aku masih berbaki 2 tahun, maka aku hanya boleh extend sebanyak 3 tahun sahaja.. Jumlah yang aku bayar ialah RM105.. Selesai pembayaran, maju ke kaunter lain untuk memberi resit dan gambar, kemudian tak sampai 5 minit dah siap lesen baru! 

p/s Kalau tidak bawa gambar, dia akan guna gambar di dalam kad IC~


Wednesday 7 August 2013

Multiple Entry Business Visa 212

2 August - KUALA LUMPUR

Objektif utama aku pulang ke Malaysia bukan untuk beraya tapi boleh dianggap 出張 (Business trip) memandangkan aku perlu membuat visa baru selepas tamatnya visa Single Entry Business Visa 211 tempoh hari.. Kali ini aku perlu mendapatkan Multiple Entry Business Visa 212 yang membolehkan aku menetap di Indonesia selama 60 hari atas urusan kerja.. Banyak dokumen yang perlu disediakan ketika ingin memohon di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur antaranya:
  • Complete and sign visa application form (link)
  • Original passport
  • 1 (one) copy of passport
  • 2 (two) passport size photograph in color (Red color background)
  • Passport must be valid for at least 18 months after the date of the entry
  • Copy of itinerary from the travel agent
  • Updated curriculum vitae
  • Indonesian Immigration approval letter
  • Sponsorship letter

Paling leceh ialah 2 dokumen paling bawah memandangkan ia memerlukan bantuan daripada sponsor terutamanya approval letter; perlu pergi menghadap Kantor Imigrasi Pusat di Jakarta terlebih dahulu.. Di Indonesia lagi aku perlu memastikan pelbagai perkara sebelum membeli tiket, termasuklah mengenal pasti tempoh cuti KBRI memandangkan tempoh cuti di Indonesia ialah dari 3~11hb August.. Mujur bagi pemegang passport Malaysia, kita boleh mendapatkan visa pada hari yang sama tapi dengan syarat, perlu menghantar pemohonan sebelum jam 1200~

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku sengaja membeli tiket pulang ke Indonesia sedikit lewat supaya jika ada apa-apa berlaku, aku boleh mendapatkan semula passport pada hari kerja berikutnya.. Semangat gerak dari rumah sekitar jam 0930 kerana risau dengan situasi trafik pada pagi tersebut, ambil teksi di PPUM menuju ke KBRI pada harga RM20~ Lucu dengan suasana di KBRI yang saling tak ubah seperti di stesen bas pulang ke kampung tapi kali ini penuh dengan orang Indonesia (笑) Selesai menghantar dokumen pemohonan sekitar jam 1100, kemudian diberitahu untuk datang semula mengambil passport sekitar jam 15:30~16:30...

Oleh kerana masa masih banyak, aku memilih untuk berjalan kaki dari KBRI menuju ke Plaza Low Yat berjarak hampir 2km memandangkan hari tidak begitu terik (笑) Terus maju ke Maxis Center ingin bertanyakan sebab SIM card not registered sebaik aku menghidupkan handset.. Terkejut apabila diberitahu nombor yang aku pakai sejak tamat SPM itu sudah tidak boleh digunakan lagi dan diminta membeli nombor baru! Alang-alang kena pakai nombor baru, aku terus buat keputusan drastik untuk membeli smartphone terus yang membolehkan aku guna internet tanpa menggunakan pocket WiFi.. 

Tertarik dengan Samsung Grand Duos yang membolehkan Dual SIM, dan harganya dalam lingkungan RM1k.. Dok terbayang boleh letak kad SIM Indonesia sekali di dalamnya jadi tak perlu beli Smartphone di sana~ Daripada Low Yat jalan kaki pula ke Masjid Al-Bukhari berjarak 1km untuk mengerjakan solat Jumaat.. Selsai solat, kembali semula ke Low Yat untuk misi membeli Samsung Grand Duos, sedang asyik survey harga, tiba-tiba seorang penjual Melayu memperkenalkan pula dengan promosi DiGi yang menawarkan Alcatel One Touch Glory 2S secara percuma untuk pakej komunikasi belia dengan hanya membayar RM50! 

DiGi Alcatel One Touch Glory 2S Table.jpg

Harga yang sama siap dapat free kad SIM dan juga pakej internet 1.5GB, seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal, aku terus beli tanpa berfikir panjang~ Kebetulan masa juga sudah menghampiri jam 15:00 waktu itu, jadi selepas activate nombor, aku terus bergerak kembali ke KBRI.. Asalnya nak pergi naik teksi, tapi pemandu teksi bagi alasan jalan jem di situ dan tidak mahu menggunakan meter sebaliknya meminta aku membayar RM20 membuatkan aku nekad untuk menggunakan kaki sahaja.. Terkejut juga hanya perlu menunggu tak sampai 10 minit untuk mendapatkan passport sekitar jam 15:40~


Program seterusnya ialah melawat branch company yang terletak di Pandan Indah.. Dah ada plan juga dengan 後輩 (Junior) yang bekerja di situ untuk bukber (buka bersama)~ Nak pergi Pandan Indah pun satu hal bila kebanyakan teksi yang berkumpul depan KBRI yang mengenakan caj RM30 dengan alasan sudah tunggu di situ lama.. Mujur dapat teksi lain dan hanya membayar RM10 dengan menggunakan meter! Selamat tiba di sana sekitar jam 16:00, berborak dengan 後輩 dan MD di situ sambil menunggu waktu pulang pada jam 17:30 dan kemudian bergerak naik kereta menuju ke Restoran Buluh Perindu ala buffet untuk bukber~ 

1 kepala kena RM50.. Gila mahal!

Monday 5 August 2013

Back to Malaysia

1 August - JAKARTA

Proses memanjangkan tempoh visa tempoh hari membuatkan aku perlu meninggalkan Indonesia pada tarikh ini= Survey harga tiket flight dan masa yang sesuai membuatkan aku tiada pilihan selain menggunakan perkhidmatan AirAsia untuk penerbangan pergi dan balik kerana rata-rata flight lain sudah tiada pilihan waktu~ Memandangkan aku sudah membazir 4万円 kerana membeli tiket AirAsia untuk pulang raya dari Jepun pada tahun lepas, aku nekad untuk mendapatkan kembali pulangan dengan pelbagai cara termasuk membeli tempat duduk, extra luggage, dan juga comfort kit; neck pillow yang dibeli jenis kena tiup, langsung tak selesa (-_-")


Hari sebelumnya lagi aku sudah menempah teksi Silver Bird untuk datang mengambil di Guest House pada jam 08:30 memandangkan flight aku jam 11:30.. Agak risau sebab sewaktu pertama kali datang ke Jakarta, aku sangkut dek macet menyebabkan aku mengambil masa 2 jam untuk tiba di Guest House dari airport.. Siapa sangka aku selamat tiba di airport dalam masa 30 minit sahaja (@_@) Agak sakit hati ketika check in kerana perlu membayar extra 1500円 (RM50) untuk International service? di Terminal 3.. Alang-alang dah sampai awal, baru nak shopping ole-ole di sini tapi sayang pilihan tidak banyak, pastu harga dia juga dah macam sama seperti harga di Jepun (-_-")


Excited kerana ini merupakan pertama kali pulang ke Malaysia melalui Indonesia, menariknya rata-rata penumpang yang naik sekali pada hari itu merupakan orang Indonesia yang non-Muslim~ Agak terkilan apabila diminta tukar tempat duduk daripada 1C kepada 1A (Sebelah tingkap) gara-gara salah seorang penumpang mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan dia berada di tempat duduk yang rapat dengan bilik air (alasan yang sama membuatkan aku pilih tempat duduk 1C).. Tak kisah nak tolong orang, cuma sedikit terasa apabila langsung tiada ucapan terima kasih daripada penumpang mahupun isteri dia yang hanya masam sahaja seolah-olah seperti aku pekerja AirAsia pula~


Penerbangan mengambil masa selama 2 jam dan selamat mendarat di LCCT sekitar jam 14:30 waktu tempatan.. Aku pergi ke gerai Tune Talk untuk mendapatkan kad SIM kerana aku cadang nak letak di dalam pocket WiFi yang aku guna di Indonesia tapi sayangnya pocket WiFi tersebut seperti tidak membenarkan kad SIM lain (-_-") Harga teksi ke Shah Alam mencecah RM64 ketika bayar di kaunter, tapi lain ceritanya bila diberitahu pemandu teksi kononnya jika Shah Alam area I-City itu harganya RM84 sebab situ kawasan orang kaya (笑) Paling lawak pemandu teksi sepanjang perjalanan banyak bercakap menggunakan telefon, malah sempat berhenti di R&R tanpa memberitahu aku~

Nikmat berbuka bersama keluarga :)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC