Followers

Wednesday 26 December 2012

Xmas Celebration

23 December - TOKYO


Beberapa hari yang lepas, aku mendapat email daripada seorang 先輩 (Senior) Malaysian warganegara Cina yang mengajak aku untuk sama-sama menyambut pesta Natal di salah sebuah gereja sekitar 大久保 (Okubo).. Oleh kerana sikap ingin tahu tentang cara sambutan Natal itu dijalankan lebih-lebih lagi di negara yang majoritinya Atheist ditambah lagi tidak pernah masuk gereja, aku menerima pelawaan 先輩.. Ajak juga rakan-rakan yang lain tapi sayang masing-masing sibuk membuatkan aku terpaksa pergi seorang diri..

Kami bertemu di stesen 東中野 (Higashi Nakano) sekitar jam 1130 dan daripada situ jalan kaki sekitar 10 minit menuju ke gereja.. Agak terkejut dengan bilangan basikal dihadapan gereja seolah-olah seperti masuk sekolah; bangunan gereja 5 tingkat dan setiap tingkat ada kegunaan tersendiri untuk sesetengah komuniti.. Tingkat bawah tanah pula merupakan dewan makan~ Tingkat 3 khusus untuk komuniti Korea jadi anda boleh bayang betapa besarnya komuniti Korea beragama Kristian yang tinggal sekitar 大久保 ini..

Pada awalnya aku dibawa untuk mendengar "khutbah" kononnya untuk meraikan orang yang baru masuk gereja berkenaan.. Agak terkejut juga bila diakhir khutbah, salah seorang AJK menyerahkan CD yang mengandungi lagu-lagu gereja o_0" Selepas itu aku dibawa ke tingkat 2 untuk menyaksikan persembahan pentas bertemakan Xmas oleh komuniti Jpon pula.. Layan beberapa sketsa sebelum 先輩 ajak pergi tingkat 5 yang khusus untuk komuniti asing yang mana "khutbah" diberi dalam 英語 (English)

Uniknya "khutbah" mereka diselang-selikan dengan konsert ringkas siap dengan gitar, drum, dan piano! Sebelum "khutbah" bermula, semua pengunjung diseru untuk mengulang "syahadah" mereka yang agak panjang.. "Khutbah" yang diberi oleh seorang pastor dari Korea Selatan menceritakan tentang salah seorang watak dalam Bible dan moral yang boleh diambil dalam kehidupan seharian.. Menariknya ada diselitkan sketsa oleh sebilangan komuniti asing berbilang bangsa tentang "Christmas Carol" dsb..

Pastor menyeru mereka yang hadir supaya "percaya" dengan segala yang tertulis dalam Bible itu tanpa banyak soal.. Hal ini adalah bertentangan dengan Al-Quran iaitu satu-satunya kitab suci yang mencabar apa yang tertulis di dalamnya! (link) Isi "khutbah" langsung tidak menyentuh pegangan agama lain tapi lebih menekankan peranan penganut agama Kristian khususnya mazhab Protestan.. Aku meminta diri sekitar jam 1330 untuk pergi ke surau berdekatan 新大久保 (Shin-Okubo) untuk solat Zuhur sebelum bertolak ke 御徒町 (Okachimachi) untuk mengikuti kelas Bahasa Arab pada petang itu.. 

p/s 先輩 yang begitu peramah ini siap minta aku ajak dia pergi ke masjid bila ada kelapangan!      

Monday 17 December 2012

Citizen Paramedic


Sejak menjadi 社会人 (Working adults), ini merupakan kali ketiga aku menjalani kursus berkenaan 救命 (Lifesaving) memandangkan kursus ini adalah sebahagian daripada jadual kerja sepanjang tahun pertama.. Berbeza dengan 2 kursus sebelum ini yang dikendalikan oleh pihak syarikat, ini merupakan kali pertama ia dikendalikan oleh oleh pihak bomba malah siap diberi pengiktirafan sebagai 市民救命士 (Citizen Paramedic) lagi sebaik sahaja tamat kursus selama 8 jam ini.. Berikut merupakan aktiviti sepanjang kursus:

救命の連鎖 (Cycle of lifesaving)
①心停止の予防 (Prevention of cardiac arrest)
②心停止の早期認識と通報 (Early recognition of cardiac arrest and report)
③一次救命処置 (CPR and AED)
④二次救命処置と心拍再開後の集中治療 (Advanced Life Support and Intensive Care)


Tahukah anda proses keselamatan ①~③ sebaiknya dilakukan oleh orang ramai sementara menanti 救急車 (Ambulance) tiba? Secara purata, kereta kecemasan mengambil masa selama 8 minit untuk tiba di tempat kemalangan (Jpon) jadi langkah awal untuk menyelamatkan mangsa harus diambil oleh orang ramai dan bukan hanya melaporkan sahaja.. Berikut merupakan situasi yang perlu diambil sekiranya anda melihat ada orang terbaring tidak sedarkan diri~

1. Pastikan keselamatan sekeliling telebih dahulu dan jangan main terjah sahaja untuk menyelamatkan mangsa kerana anda memperjudikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan mangsa.. Jika kawasan itu tidak selamat, bawa mangsa ke tempat yang selamat sebelum memulakan proses menyelamat..

2. Tepuk bahu mangsa dan bisikkan ke telinga bagi memeriksa tahap kesedaran mangsa.. Jika mangsa tidak memberikan sebarang reaksi, tugas seterusnya ialah menjerit meminta pertolongan orang ramai.. Anda perlukan orang untuk memanggil 救急車 (119 bagi Jpon) dan lagi seorang untuk mengambil AED (Automated External Defibrillator) 


3. Sementara menunggu 救急車 tiba, tugas seterusnya ialah memastikan pernafasan mangsa dengan cara melihat bahagian dada dan perut.. Sekiranya tiada pernafasan, langkah seterusnya ialah 心肺蘇生 (CPR) dengan cara menekan bahagian tengah dada pada anggaran 5cm pada kelajuan 100 kali seminit menggunakan kedua-dua belah tangan.. Bantuan pernafasan hendaklah diberi selepas 30 kali menekan dada mangsa.. Anda digalakkan untuk meneruskan proses menekan dada kendatipun terdengar bunyi tulang retak kerana retak tulang boleh sembuh tapi nyawa tiada ganti~

4. Peringatan utama sebelum melakukan bantuan pernafasan ialah dengan melapikkan sesuatu ke atas mulut mangsa terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan yang tidak diingini.. Tiup nafas melalui mulut mangsa sebanyak 2 kali dan pastikan ada pergerakan pada dada mangsa bagi menandakan udara masuk~ Selesai bantuan pernafasan, ulang proses menekan dada mangsa sebanyak 30 kali dan bantuan pernafasan sehinggalah AED tiba..


5. Langkah penggunaan AED ada diletakkan dalam mesin tersebut siap dengan rakaman suara.. Sebelum melekatkan pad pada tubuh mangsa, pastikan anda menanggalkan segala pakaian yang mangsa pakai, lap tubuh sekiranya basah, tiada pelekat dan pacemaker pada tempat yang akan anda lekatkan.. Tunggu arahan daripada AED samada mangsa perlukan kejutan elektrik atau tidak.. Sekiranya perlu, pastikan tiada orang menyentuh mangsa sebelum menekan butang "shock" pada AED!

6. Selesai menekan butang, ulang langkah 心肺蘇生 tanpa menutup mesin AED kerana ia akan menganalisis dari semasa ke semasa keadaan mangsa dan kononnya setiap 2 minit, AED akan menyuruh anda memberikan kejutan elektrik sekiranya perlu.. 心肺蘇生 perlu diteruskan tanpa henti kerana hidup mati mangsa tersebut hanya BOLEH ditentukan oleh doktor! Tugas 心肺蘇生 memang memenatkan jadi pastikan anda ada orang yang boleh gantikan sementara anda rehat.. 

Bentuk AED berbeza mengikut ciptaan syarikat tapi cara penggunaan adalah sama

7. Proses 心肺蘇生 berbeza bagi kes kanak-kanak dan bayi.. Sekiranya mangsa adalah seorang bayi, anda hendaklah menekan dada bayi itu menggunakan 2 batang jari.. Bagi kes kanak-kanak pula, anda hendaklah menekan dada mangsa menggunakan 1 tangan sahaja pada anggaran 1/3 daripada tubuh mangsa bagi kedua-dua kes.. Pad AED juga kononnya ada disediakan khusus untuk bayi/kanak-kanak tapi sekiranya tiada, anda dikehendaki menggunakan pad dewasa..  

p/s Berharap tidak akan berhadapan dengan situasi sebenar di masa akan datang tapi sekiranya ditakdirkan jumpa juga, berdoa sahajalah aku ingat langkah-langkah yang seperti diatas~ 



Tuesday 11 December 2012

Nickelback World Tour 2012

3 December - TOKYO

Bagi sesiapa yang sudah lama mengikuti blog ini pastinya sedar betapa mendalamnya pengaruh Nickelback dalam hidup aku setelah lebih 10 tahun mengikuti perkembangan semasa band daripada Canada ini~ Bagi seorang yang tidak pernah pergi ke konsert, adalah satu impian yang menjadi kenyataan apabila dapat menyaksikan persembahan Nickelback secara langsung di 武道館 (Budokan) hari ini sempena Nickelback World Tour 2012 malah istimewanya 武道館 merupakan perhentian terakhir mereka setelah menjelajah ke seluruh benua kebanyakannya belah Eropah dan Oceania.. 


Nickelback pernah hadir sebelum ini di Jpon pada tahun 2009 untuk melakukan persembahan sebanyak 2 kali dan menariknya salah satu daripadanya jatuh pada hari jadi aku cuma sayang aku hanya dapat tahu tentang kehadiran mereka beberapa hari selepas itu (-_-") Agar kesilapan sama tidak berulang, aku semakin rajin tengok aktiviti semasa di laman web rasmi mereka sehinggalah terbaca tweet mereka sekitar Ogos tahun ini yang memaklumkan 武道館 merupakan concert terakhir bagi jelajah 2012! Paling mengejutkan tarikh concert mereka jatuh pada hari Isnin iaitu hari bekerja m(_ _)m


Tiket mula dijual awal October tapi waktu itu aku terpaksa tunggu jadual tugasan bagi memastikan aku tiada apa-apa pada tarikh tersebut.. Bila baca Nickelback tweet yang tiket dah nak habis selepas 3 hari tiket mula dijual membuatkan aku terpaksa beli sambil tawakal secara online (笑) Ditakdirkan hari itu aku terpaksa 出張 (Outstation) di 富士電機 (Fuji Electric) cawangan Tokyo yang memerlukan ± 1 jam perjalanan untuk tiba di 武道館 dan waktu concert bermula jam 1900~ Habis sahaja kerja jam 1730, terus berlari sakan menuju ke stesen keretapi terdekat dan selamat tiba di stesen 九段下 (Kudanshita) sekitar jam 1840~ 

Panorama picture from where I seated

Sebelum masuk ada sport-check bagasi dan aku ada ditanya samada bawa camcorder atau tidak.. Kalau ada pun sudah pasti akan cakap tiada (笑) Pertama kali masuk dalam 武道館 sahaja sudah kagum dengan pintu gerbang dan suasana dewan seolah-olah ingin menyaksikan orang hendak bersukan (笑) Menarik juga susunan kerusi padahal nak tengok concert Rock o_0 Kagum dengan bilangan pengunjung lebih 10 ribu orang daripada kanak-kanak ke golongan tua yang datang untuk memberikan sokongan.. Entah mereka faham atau tidak lagu yang Nickelback nyanyikan itu lain cerita~


Nickelback menyanyikan 19 buah lagu daripada beberapa buah album mereka sepanjang 2 jam concert mengikut senarai dibawah:

1. THIS MEANS WAR
2. SOMETHING IN YOUR MOUTH
3. BOTTOMS UP
4. PHOTOGRAPH
5. FAR AWAY
6. TOO BAD
7. ANIMALS
8. TRYING NOT TO LOVE YOU
9. ROCKSTAR
10. SOMEDAY
11. LULLABY
12. THIS AFTERNOON
13. IF TODAY WAS YOUR LAST DAY
14. WHEN WE STAND TOGETHER
15. FIGURED YOU OUT
16. NEVER AGAIN
17. HOW YOU REMIND ME
18. GOTTA BE SOMEBODY
19. BURN IT TO THE GROUND

Bingit sungguh telinga sepanjang concert tapi memang puas hati dapat menyaksikan secara live buat pertama kali! Agak kecewa kerana tiada api atau mercun yang digunakan seperti concert penyanyi lain (笑) Lagu yang paling aku nantikan semestinya "How You Remind Me" iaitu lagu yang membuatkan aku jatuh hati pada band ini sejak tahun 2001~ Menurut Chad, 武道館 merupakan salah satu tempat yang begitu bermakna bagi mereka memandangkan idola mereka, Cheap Trick dan Deep Purple pernah mengadakan concert di lokasi yang sama~ 


Lagu paling gempak semestinya "When We Stand Together" kerana ada selingan drum solo hampir 5 minit.. Efek lampu dan latar belakang video turut menambah impak lagu yang mereka mainkan sepanjang concert.. Sesi penamat juga tidak mengecewakan dengan ketukan drum dan alunan gitar yang boleh mendatangkan ribut (笑) Sebelum balik, aku sempat beratur untuk membeli sesuatu sebagai kenangan di gerai Official Merchandice; agak terkejut semua barang berharga 3500円 dan aku tertarik dengan baju T-shirt yang menampakkan Nickelback World Tour 2012.. 


p/s Kononnya kalau kantoi ambil video ketika concert boleh membuatkan anda dihalau o_0 Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Saturday 8 December 2012

歌舞伎 (Kabuki)

1 December - TOKYO

Sempena kedatangan salah seorang rakan daripada 愛知県 (Aichi-ken) untuk urusan pekerjaan, aku bercadang untuk menyaksikan persembahan 歌舞伎 (Kabuki) iaitu salah satu persembahan pentas tradisional di Jpon.. Kalau dikaji dari segi huruf kanji perkataan 歌舞伎 ini, kita dapat pecahkan kepada 3 bahagian iaitu 歌 (Sing), 舞 (Dance) dan 伎 (Skill).. Oleh itu, pengunjung akan dihiburkan dengan 3 persembahan dalam 1 masa! Persembahan 歌舞伎 diadakan 1~25hb setiap bulan bertempat di beberapa pentas 歌舞伎 yang terpilih seluruh Jpon.. Setiap bulan ada "drama" tersendiri membuatkan pengunjung tidak jemu untuk pergi~


Leceh juga waktu nak tempah tiket menerusi internet ini.. Mungkin disebabkan hari ini merupakan hari pertama drama pentas tersebut, terpaksa akur dengan tempat duduk di bahagian tepi pentas tingkat 2 walaupun harga tiket ialah 5000円 (RM200)~ Elok tempah tiket awal sedikit bagi mereka yang betul-betul nakkan kepuasan menonton 歌舞伎 ;) Oleh kerana persembahan sesi petang bermula jam 1600~1930, aku bercadang untuk menonton 007: Skyfall yang kebetulan baru sahaja ditayangkan di Jpon pada hari ini.. Alang-alang hendakkan kepuasan, semestinya IMAX yang kami cari kendatipun harga tiket 2000円 (RM80)~ Wayang bermula dari jam 1210~1430..


Selesai wayang, terkial-kial cari tempat solat sebelum bergerak ke 新橋演舞場 (Shimbashi Enbujo Theatre)  yang terletak berdekatan dengan stesen 東銀座 (Higashi Ginza)~ Gelabah sungguh bila tiba di stesen sekitar jam 1540 jadi terpaksa lari dalam keadaan sakit-sakit badan dek penangan futsal malam sebelumnya.. Dah pergi urut pagi itu sebelum tengok wayang tapi ternyata sesi 1 jam tidak mencukupi (笑) Sebelum ambil tiket, kami beli siap-siap English-guide headphone pada harga 650円 (RM 25) tapi kena deposit 1000円 (RM 40)~ Kami terlepas majlis pembukaan, dan bila masuk pentas sudah bermula.. Kagum dengan bilangan pengunjung yang agak memenuhi dewan walaupun majoriti merupakan golongan tua..



Bagi menghidupkan budaya Jpon, ada juga sebilangan kecil pengunjung wanita yang memakai 着物 (Kimono) semata-mata untuk menyaksikan 歌舞伎.. Agak jarang untuk lihat perempuan pakai 着物 waktu sejuk macam ini lebih-lebih lagi di sekitar 東京 (Tokyo)! Pertama kali dapat tahu kesemua pelakon 歌舞伎 merupakan lelaki kecuali pelakon cilik.. Kalau ikut sejarah, 歌舞伎 diperkenalkan oleh wanita ketika zaman Edo seawal abad ke-17 sehingga popular dikalangan pelacur yang mempersembahkan di hadapan pelanggan.. Tokugawa shogun ketika itu tidak suka lantas mengharamkan wanita mempersembahkan 歌舞伎 membuatkan pihak lelaki mengambil alih dengan melakonkan watak lelaki dan juga perempuan!


Ternyata pembelian English guide berbaloi sebab 日本語 (Japanese) yang digunakan oleh pelakon pentas itu terlalu "tradisional" untuk aku dapat tangkap (笑) Menarik juga intonasi yang mereka guna yang saling tak ubah seperti menonton drama di kaca TV.. Ramai juga pengunjung yang bawa teropong khas untuk melihat lebih jelas aksi pelakon di pentas kendatipun ada kaca TV disediakan.. Sesi petang ada 2 cerita dan selang 1 cerita ada waktu rehat sekitar 40 minit.. Secara jujur, aku pun tidak dapat tangkap sangat jalan cerita dia sebab melibatkan sejarah Jpon.. Semestinya lagi seronok pergi melihat persembahan 舞妓 (Maiko) di Kyoto 2 tahun yang lepas :) (link)


Selesai persembahan, kami gerak ke 六本木 (Roppongi) untuk makan 焼肉 (Yakiniku) di 炭焼き屋 (Sumiyakiya), salah sebuah restoran Jpon yang menyediakan daging halal.. Mujur stok halal masih ada tapi tidak mencukupi disebabkan kami tidak tempah terlebih dahulu.. Sudah cuba untuk menempah, tapi sayang tiada orang yang jawab (Elok call direct kedai daripada MyHalal) Mujur pekerja kedai tersebut, orang Sri Lanka memberi cadangan supaya kami bayar seorang 3000円 (RM120) dan dia akan sediakan apa yang ada termasuk minuman.. Alhamdulillah, bukan sahaja daging lembu, ayam pun turut dia sediakan :) 

p/s Kalau nak puas hati layan 歌舞伎, make sure anda pilih tempat duduk area tengah sedikit~ 

Thursday 6 December 2012

Harry Fear


Sepanjang krisis Israel-Gaza tempoh hari, aku kerap mengikut perkembangan semasa menerusi twitter memandangkan maklumat masuk lebih cepat.. Melalui twitter juga aku diketemukan dengan Harry Fear, seorang wartawan bebas warganegara UK yang kini menetap di Gaza.. Harry antara non-Muslim yang giat memperjuangkan nasib penduduk Gaza dan aktif membuat dokumentari untuk dimuatkan di dalam YouTube (link).. Dokumentari berdurasi pendek tapi penuh informasi boleh membantu sesiapa sahaja untuk memahami dengan lebih mendalam situasi sebenar masyarakat di sana.. Baru-baru ini Islamic University of Gaza telah menganugerahkan Harry atas sumbangan dia di sana~ 

p/s Semoga pendedahan kezaliman askar Zionis ke atas penduduk Gaza dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dunia supaya krisis ini tidak berlanjutan..      

Tuesday 4 December 2012

Intel SSD 330 Series


Sejak update Kaspersky Internet Security (KIS) 2013, PC aku mula beroperasi agak lembab dan kerap hanging buat seketika.. Paling menambahkan geram ialah lagging ketika tengok highlight bola sepak.. Timbul hasrat untuk format PC setelah menggunakannya lebih 2 tahun.. Alang-alang nak format, ak buat keputusan drastik untuk beli SSD (Solid-State Drive) yang diakui ramai lebih laju daripada HDD biasa.. Kebetulan Amazon ada jual murah jadi aku tidak lepaskan peluang untuk beli 120GB pada harga sekitar 7千円 (RM 280)~ Setelah install windows di SSD, anda boleh lihat sendiri beza pada windows experience index aku sebelum dan selepas ;) 


p/s Cuma yang peliknya, PC masih lagging bila tengok video di internet.. Mungkin memang ada masalah pada KIS kot (-_-") Sekarang guna Norton Internet Security 2012.. Mujur tiada lagging cuma rating KIS lagi bagus daripada NIS (-_-") 

Saturday 1 December 2012

New Adventure

Kamata Musollah
Cuba google senarai masjid di Jpon dan terkejut bila mendapati ada surau yang terletak di 蒲田 (Kamata) iaitu satu stesen selepas 川崎 (Kawasaki) iaitu tempat aku tinggal.. Lantas aku bertolak pergi mencari tempat yang dimaksudkan sambil menjejakkan kaki buat kali pertama di 蒲田駅 walaupun sering lalu ketika dalam perjalanan ke 東京 (Tokyo).. Lebih memeranjatkan surau tersebut terletak betul-betul di belakang bangunan pejabat.. Malangnya waktu aku pergi untuk solat Asar, surau itu terkunci memandangkan ia merupakan rumah flat.. Kalaulah surau yang sama terletak di 川崎, boleh juga pergi solat Jumaat di situ (-_-")

A302

Penang Restaurant
Pertama kali makan malam di Penang Restaurant yang dimiliki seorang warga Malaysia berketurunan Cina.. Restoran tersebut terletak berdekatan dengan 浜松町駅 (Hamamatsucho Station).. Sedikit cuak apabila gempa bumi agak kuat berlaku sebaik sahaja aku tiba di stesen itu sehingga membuatkan keretapi berhenti buat sementara waktu.. Ramai juga Malaysian yang pergi ke restoran tersebut termasuk di kalangan pelanggan Jpon.. 

Mee Kari

Tokyo Dome
Selepas makan malam, gerak pula ke stesen 水道橋 (Suidobashi) untuk melihat pesta lampu di sekitar Tokyo Dome.. Ini juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Tokyo Dome walaupun sudah hampir separuh dekad berada di bumi matahari terbit ini.. Boleh tahan juga pesta cahaya ditambah lagi dengan musim 紅葉 (Leaves changing color) buat masa ini.. Semangat sampai sanggup naik tingkat 42 hotel berhampiran untuk lihat pemandangan pesta cahaya daripada atas.. 


Arabic Class
Memandangkan hujung minggu aku sering tidak diisi dengan benda yang berfaedah, aku nekad untuk mempelajari bahasa Arab dengan mengambil kelas dan alhamdulillah Masjid As-Salam di 御徒町 (Okachimachi) menyediakan kelas secara percuma.. Setelah berjumpa dengan Imam masjid, aku berjaya mendapatkan tempat di dalam kelasnya pada hari Ahad selepas Asar jam 1500~ Mujur aku bukan keseorangan kerana ada 1 pasangan dari Malaysia turut-serta di dalam kelas yang sama dan mereka juga baru sahaja mula belajar pada minggu lepas~ InsyaAllah aku akan cuba merajinkan diri ke kelas setiap hujung minggu :)


Uighur Restaurant
Sempena kehadiran Mangat di Jpon atas urusan kerja, seorang rakan ajak pergi makan bersama di sebuah restoran Uighur yang terletak berhampiran dengan 新宿駅南口 (South exit Shinjuku Station)~ Sebelum ini pernah diajak tapi aku berikan alasan sebab tak biasa dengan masakan lain tapi ternyata masakan Uighur tidak banyak beza dengan Melayu tapi bezanya orang Uighur suka daging kambing.. Hampir seluruh menu menggunakan daging kambing~ Reka-bentuk restoran tersebut juga agak unik~ Kononnya di Jpon cuma ada 3 sahaja restoran Uighur; satu di Saitama dan satu lagi di Osaka..  


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC