Followers

Monday 31 October 2011

Mt. Tennou Hiking Trip

23 October - KYOTO

天王山 (Mt. Tennou)
Operasi mendaki 天王山 yang merupakan gunung bersejarah di Jpon telah berjaya menjadikan ini gunung ke-3 pernah ak panjat sepanjang ak berada di Jpon selepas 富士山 (Mt. Fuji) dan 大文字 (Mt. Daimonji)..  Dari segi ketinggian, Mt. Tennou paling rendah jika dibanding dengan 2 gunung yang ak panjat iaitu hanya 255m sahaja (笑)~ Mt. Tennou terkenal dengan peristiwa bersejarah 山崎の戦 (The Battle of Yamazaki) yang menyaksikan kematian Oda Nobunaga dan Akechi Mitsuhide.. Proses pendakian hanya mengambil masa sekitar 2 jam dan kami mula memanjat daripada 山崎駅 (Yamazaki Station)~



Asahi Beer Oyamazaki Villa Museum
Selesai mendaki dalam perjalanan pulang, keluarga angkat ak belanja masuk Muzium seni (link) yang terletak bersebelahan dengan gunung tersebut.. Tiket masuk bagi pelajar hanya 500円~ Banggunan muzium ini agak kuno; dibina sekitar tahun 1930, di dalamnya terdapat pelbagai artifak seni yang agak terkenal seperti di dalam gambar-gambar di bawah.. Agak sengal sebab dah banyak ambil gambar baru tahu di dalam muzium tidak dibenarkan mengambil sebenarnya (笑) Nasib tidak disuruh padam~


Minase Shrine
Persinggahan terakhir sebelum pulang ialah 水無瀬神宮 (Minase Shrine) yang juga antara tokong terkenal di Kyoto.. Hanya mengambil masa 20 minit perjalanan daripada 山崎駅, dalam perjalanan akan bertembung dengan pembahagi jalan yang memisahkan Kyoto dan Osaka.. Paling tidak menyenangkan ialah bau arak yang kuat ketika melalui jalan yang berdekatan dengan kilang Suntory Yamazaki Distillery~ Kononnya pengunjung dibenarkan minum selama 30 minit secara percuma tapi dengan syarat perlu tempah terlebih dahulu o_0 Kebetulan diadakan pameran 生花 (Ikebana) dan 秋祭り (Autumn Festival) di kawasan tokong tersebut.. Menariknya, ada pili air yang mengalirkan air bersih daripada gunung di situ membuatkan orang ramai sanggup beratur sambil membawa tong botol~ 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Saturday 29 October 2011

Proses Penukaran Lesen Memandu Jepun [Part 1]

20 October - SHIGA

Sekembalinya ak di Jpon beberapa hari yang lepas selepas beraya di Malaysia, ak telah dimaklumkan dengan suatu berita yang kurang enak tentang penguatkuasaan serta-merta undang-undang mengenai status AP pelajar.. Kononnya sesiapa yang ingin membawa pulang kereta apabila tamat pengajian harus memiliki lesen memandu Jpon! Memandangkan pihak syarikat yang memberi ak 内定 (link) juga meminta setiap bakal pekerja memiliki lesen memandu, ak memiliki momentum lebih untuk berusaha mendapatkan lesen tersebut meskipun terpaksa mengeluarkan duit belanja yang lebih..

準備 (Preparation)
Perkara pertama yang harus seorang calon sediakan ialah 翻訳 (Translate) lesen memandu Malaysia ke dalam bahasa Inggeris atau Jpon! Terdapat 2 kaedah yang digunakan iaitu pergi ke pejabat JPJ dan minta mereka mengeluarkan 1 borang yang memberitahu status lesen memandu dan tempoh berapa lama anda telah memandu; 1 lagi kaedah ialah 翻訳 di pejabat Japan Automobile Federation (JAF) berdekatan dengan tempat tinggal anda.. Hal ini adalah perlu kerana calon harus membuktikan yang dia pernah memandu di negara asal paling kurang 3 bulan sepanjang mendapat lesen memandu tersebut.. 


Oleh kerana ak hanya dapat tahu tentang kaedah pertama ketika ak sudah berada di Jpon, ak nekad untuk memilih kaedah kedua dan terpaksa membayar 3000円 sebagai yuran 翻訳.. Calon masih boleh menggunakan kaedah 1 dengan cara menghantar I/C dan lesen memandu asli kepada waris di Malaysia untuk meminta mereka tolong buatkan (Kononnya percuma atau RM10 bayaran yang dikenakan bergantung kepada tempat).. Untuk itu, calon hendaklah menyediakan satu borang yang memberitahu nama waris tersebut dan hubungan antara waris~ 

Semestinya cara paling mudah dan cepat jika calon berada di Jpon ialah dengan memilih kaedah 2 yang hanya memakan masa hampir 1 jam untuk proses pengeluaran.. Namun calon hendaklah bersiap sedia ditanya tentang situasi memandu di Malaysia; bagaimana anda mendapatkan lesen tersebut, berapa lama tempoh yang diperlukan untuk lepas ujian memandu, nama sekolah memandu, dll~ Calon yang mempunyai lesen P dan cukup tempoh 3 bulan berada di Malaysia selepas mendapat lesen P tersebut boleh membuat 翻訳 tanpa menunggu lesen penuh.. Selesai proses 翻訳, calon hendaklah menempah tempat di 運転免許センター (Driving License Center) berdekatan untuk sesi ujian bertulis dan ujian memandu.. 

Contoh salinan lesen memandu yang telah dialih-bahasa

Dokumen yang perlu dibawa ke JAF

  • Lesen memandu original (Elok bawa semua lesen daripada L-P bagi memudahkan anda menerangkan status dan tempoh memandu)
  • Alien Card dan I/C Malaysia

p/s Part 2 akan menceritakan pengalaman penulis di 運転面鏡センター

Thursday 27 October 2011

B.E.M


Ak diperkenalkan dengan Board of Engineers Malaysia (BEM) oleh seorang rakan, yang kini bekerja bersama kerajaan di Putrajaya, di dalam blognya (link).. Kononnya semua jurutera wajib mendaftar bersama BEM dan adalah menjadi satu kesalahan jika tidak mendaftar yang boleh membawa kepada denda RM10k atau penjara ±3 tahun atau kedua-duanya sekali~ Sebagai seorang rakyat yang begitu berdisiplin, ak telah menghantar borang keahlian ke BEM pada Disember tahun lepas sewaktu ak pulang selama seminggu di Malaysia bagi menghadiri CSSR 2010 (link) Berikut merupakan dokumen yang telah ak hantar untuk memohon keahlian Graduate Engineer BEM~ (link)


  • Borang Keahlian
  • Salinan Kad Pengenalan 
  • Salinan sijil ijazah sarjana muda
  • Salinan senarai penuh mata pelajaran dan kursus yang diambil ketika Degree
  • Salinan senarai penuh mata pelajaran dan kursus yang diambil ketika Diploma
  • Wang Pos RM50

Agak rumit juga prosedur yang dikenakan terutamanya setiap salinan mesti mempunyai cop daripada Professional Engineer yang berdaftar bersama BEM.. Mujur tidak sukar untuk ak mendapatkan cop tersebut memandangkan Ummi merupakan pensyarah universiti dan ramai juga pensyarah yang berdaftar sebagai Professional Engineering di situ~ Malangnya masa yang agak terhad membuatkan ak hanya sempat pos dokumen tersebut menggunakan pos laju daripada menghantar secara terus di pejabat JKR.. Selepas menghantar, haram tidak dengar sebarang berita samada dokumen tersebut dah selamat sampai atau tidak.. 

Ummi asyik bising bertanya suruh ak dapatkan kepastian samada borang tersebut dah sampai atau tidak.. Kesilapan besar ialah ak tidak membuat salinan seluruh dokumen yang telah dihantar (-_-") Lega apabila e-mail yang ak hantar sekitar bulan 2~3 mendapat maklum balas yang baik kononnya pemohonan ak masih dalam proses.. Ak sudah sedia maklum proses pemohonan memang mengambil masa yang agak lama: ada rakan yang ambil masa lebih 6 bulan untuk proses~ Sepanjang masa ak hanya menunggu dan akhirnya terlupa langsung sebab sibuk dengan urusan di universiti dan 就職活動 (Job Hunting)~

Apabila pulang ke Malaysia sempena musim perayaan yang lepas, ak telefon pejabat JKR bertanyakan status keahlian BEM ak; terkejut beruk apabila dimaklumkan ada dokumen yang tidak cukup yakni sijil diploma (tidak tersenarai pun dalam senarai dokumen yang diminta!!) dan yang menariknya, kononnya mereka sudah hantar notis minta ak hantar dokumen tersebut pada pertengahan Disember tahun lepas dan juga sekitar bulan Mei tahun ini! Bila disemak semula, rupa-rupanya mereka tersilap baca alamat rumah ak (-_-") Mujur mereka sanggup terima salinan sijil diploma menerusi mesin faks sahaja~

Selesai urusan BEM, ak fikirkan pemohonan ak akan berjaya tapi sekali lagi dikejutkan menerusi telefon daripada Ummi yang memberitahu ada surat dari BEM mengatakan pemohonan ak gagal baru-baru ini! Alasan yang diberikan ialah bidang yang ak ambil di RITS tidak mendapat pengiktirafan JABEE (Japanese Accreditation Board for Engineering Education).. Ak memang sudah sedia maklum tentang JABEE memandangkan hanya bidang kejuruteraan awam sahaja yang mendapat pengiktirafan JABEE di RITS.. Cuma tidak sangka boleh kacau pemohonan sebab sebelum ini ingatkan sudah boleh lepas dengan adanya pengiktirafan dari JPA.. 

Ak bertanyakan kepada SV mengenai isu bidang 電気電子工学科 (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) tidak mendapat pengiktirafan JABEE; dan dengan macho dia memberitahu sebabnya, "RITS tidak mohon pun sebab merasakan tidak perlu~" o_0 Berbekalkan jawapan SV, ak telah telefon pihak JKR dan menyatakan situasi ak dan akhirnya mereka memberitahu perkara sebenar; bermula tahun 2006, universiti yang tidak mendapat pengiktirafan JABEE tidak boleh mendapat keahlian BEM (-_-") Jika dulu sesiapa yang berkenaan boleh mengambil peperiksaan, tapi kini ia sudah dimansuhkan!

Agak lawak dan kasihan pada kami semua yang penat-lelah belajar bahasa Jpon, kursus kejuruteraan dalam Jpon selama 2 tahun untuk sarjana muda, kemudian bila pulang, pemohonan ditolak sebab bidang tidak diiktiraf JABEE!! Kononnya pihak BEM akan sediakan alternatif lain untuk mendapat keahlian yakni dengan menyambung pengajian ke peringkat tinggi, dll; bagi kes ak, ak perlu menghantar surat memaklumkan ak sedang menyambung pengajian di peringkat Masters dan menunggu budi bicara pihak mereka samada akan memberikan keahlian atau tidak (笑) 

*update*
Setelah sekian lama, ak menerima email maklum balas daripada pihak B.E.M yang memaklumkan mereka tidak boleh meneruskan pemohonan ak kerana RITS tidak diiktiraf JABEE (-_-") Mereka siap suruh ak dan pelajar Malaysia lain untuk mendesak pihak RITS untuk memohon keahlian JABEE; dah terlewat la bagi ak (-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩_-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩ ) 
p/s Sesiapa yang ingin periksa status universiti mereka dengan JABEE boleh melawat link ini~

Wednesday 26 October 2011

All Blacks


Kelmarin pasukan rugbi New Zealand atau lebih dikenali dengan nama "All Blacks" telah berjaya memenangi piala dunia rugbi setelah menumpaskan France 8-7.. Beraksi di hadapan barisan penyokong sendiri di New Zealand, All Blacks berjaya melakar kemenangan buat pertama kali dalam era millennium setelah kali terakhir memenangi piala tersebut pada tahun 1987~ Menariknya, All Blacks memenangi piala tersebut setelah menewaskan France di pusingan akhir kejohanan (笑) Keputusan 8-7 ini juga dicatakan sebagai pungutan mata paling rendah dalam sejarah pusingan akhir kejohanan tersebut~ 

Menonton final bersama abang angkat.. 

Rugby World Cup
Perkembangan sukan rugby di Malaysia tidak begitu terkenal jika dibandingkan dengan Bola Sepak dan Badminton.. Namun, ternyata sukan ini juga mempunyai kelas yang tersendiri dengan bilangan piala yang dipertandingkan setiap tahun.. All Blacks paling terkenal dan menyerlah dalam sukan ini dengan rekod menang 75% daripada seluruh kejohanan yang mereka masuk.. Lebih menarik ialah persembahan "Haka (Maori Challenge)" oleh All Blacks sebelum memulakan perlawanan.. "Haka" yang paling terkenal ialah "Ka Mate"~ Liriknya adalah seperti didalam gambar di bawah..

Haka juga dilakukan oleh pasukan New Zealand dalam sukan lain seperti Bola Keranjang dan Hoki






Monday 24 October 2011

Seasons in the Sun


Ramai mengenal lagu "Seasons in the Sun" menerusi Westlife; namun tahukah anda bahawa lagu tersebut berasal daripada lagu "Le Moribond" oleh Jacques Brel yang dialih bahasa.. "Le Moribond" dilancarkan pada tahun 1961; namun "Seasons in the Sun" menjadi terkenal di seluruh dunia apabila dialih bahasa kepada English oleh Terry Jacks pada tahun 1974 dan seterusnya menaikkan populariti Westlife apabila dilancarkan pada tahun 1999~ Lirik lagu ini mengisahkan tentang seorang protagonis yang ingin mengucapkan selamat tinggal kepada saudara-mara dan sahabat taulan di saat kematiannya.. Namun, anda akan terkejut dengan lirik lagu asal "Le Moribond" yang agak sarkastik dan "pedas" terhadap isterinya~~

Le Moribond (The Dying Man)


Goodbye Emile, you were my good friend (2x)
We sang together of the same great wines
We sang together of the same great women
We sang together of the same great sorrows
Goodbye Emile, I'm going to die
It's difficult to die in the spring, you know
But I'm going to the flowers with a peace in my heart
Because I know that you're a good man, good as white bread
You'll take care of my wife after I'm gone


(Chorus)
I want everyone to laugh
I want everyone to dance
I want everyone to party like a bunch of fools
I want everyone to laugh
I want everyone to dance
When the come to put me in my grave


Goodbye Father Priest, I liked you well enough (2x)
We weren't always on the same side
We didn't always take the same path
But we were both looking for Heaven just the same
Goodbye Father Priest, I'm going to die

It's difficult to die in the spring, you know
But I'm going to the flowers with a peace in my heart
Because you were her Confessor
I know you'll take care of my wife when I'm gone


(Chorus)


Goodbye Tony, I didn't like you too much (2x) 
It's killing me to be dying today
While you are so vigorous and full of life
And stronger even than boredom itself
Goodbye Tony, I'm going to die

It's difficult to die in the spring, you know
But I'm going to the flowers with a peace in my heart
Because you were her Lover
I know you'll take care of my wife when I'm gone


(Chorus)


Goodbye my wife, I love you still (2x)
But I'm taking that trip to see the Good Lord today
I'm taking the trip before you do
But we all take that trip when we must
Goodbye my wife, I'm going to die

It's difficult to die in the spring, you know
But I'm going to the flowers with my eyes closed, once more
And because I closed them so many times before
I know you'll take good care of my hear 


(Chorus)

p/s Menarik? Jom bandingkan 3 versi lagu tersebut mengikut urutan zaman~ 







Saturday 22 October 2011

Arsene Wenger

Arsene Wenger dilahirkan pada 22 Oktober 1949 di Strasbourg, France dan dibesarkan di sebuah kampung di Duttlenheim bersama dengan seorang kakak dan adik.. Keluarga beliau memiliki sebuah bengkel dan juga bistro dan suasana membersar di dalam pub sedikit sebanyak membantu Wenger dalam mempelajari tektik dan pemilihan pemain apabila mendengar pengunjung berborak tentang bola sepak..  Wenger banyak bermain dalam posisi pertahanan ketika zaman remaja, namun mula bermain secara serius setelah menamatkan ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Ekonomi pada tahun 1971 ketika berusia 22 tahun!  


Karier professional dalam dunia bola sepak Wenger adalah pada tahun 1978 ketika beliau bermain untuk pasukan RC Strasbourg namun hanya membuat 18 penampilan sepanjang bersama kelab itu.. Karier sebagai pengurus bola sepak pula bermula apabila Wenger mendapat diploma dalam bidang pengurusan pada tahun 1981 dan ditugaskan sebagai pengurus skuad muda pasukan.. Memulakan karier di France dan seterusnya berkembang ke Jepun dan kini bersama pasukan Arsenal di England, berikut merupakan senarai kelab yang telah Wenger pegang sejak tahun 1984~2011

Nancy-Lorraine (1984~1987)AS Monaco (1987~1995)Nagoya Grampus Eight (1995~1996)Arsenal FC (1996~2011)

Sepanjang karier selaku pengurus pasukan bola sepak, Wenger telah berjaya menaikkan nama pemain yang tidak dikenali kepada status Superstar seperti Youri Djorkaeff, George Weah, Thierry Henry, Cesc Fabregas dsb.. Ketika diperkenalkan sebagai pengurus baru Arsenal, ramai tidak mengenali latar belakang Wenger pada ketika itu namun rekod cemerlang dalam SV Wenger ternyata membuka mata orang ramai apabila berjaya membawa Arsenal memenangi juara liga dan piala FA pada tahun ke-2 beliau di Arsenal! Malah Wenger masih memegang rekod sebagai pengurus pertama yang mengendali pasukan tanpa kalah dalam 49 perlawanan liga! 


Meskipun almari piala di Arsenal agak berhabuk buat masa ini, penulis masih mengharap Wenger kekal di pucuk pengurusan kerana corak permainan Arsenal menarik kerana dia.. Tidak dapat bayangkan hari di mana Wenger meletakkan jawatan atau maut di langgar lori dsb (泣) Kagum dengan Arsene Wenger membuatkan penulis tanpa segan silu apabila ditanya, "Siapa yang anda suka di Arsenal?" akan menjawab, "ARSENE WENGER!" Selamat Hari Jadi, お誕生日おめでとうございます! In Arsene, We Trust!


p/s Lepas grad nanti, nak try amik masters dalam ekonomi plak.. pastu amik diploma dalam bidang pengurusan.. agak2 boleh jadi manager Arsenal x? (笑)

Friday 21 October 2011

The Kingdom of Solomon


The Kingdom of Solomon merupakan sebuah filem daripada Iran yang menceritakan tentang kisah hidup Nabi Sulaiman berdasarkan Al-Quran dan juga sedikit diambil daripada beberapa kitab Yahudi.. Filem yang diterbitkan pada tahun 2010 ini mirip dengan Lord of the Rings kerana jalan cerita yang menunjukkan Nabi Sulaiman menentang segerombolan jin dan syaitan~ Nabi Sulaiman merupakan putera kepada Nabi Daud dan ditabalkan menjadi Raja setelah baginda wafat.. Konsep pemerintahan Nabi Sulaiman tidak disenangi ketua-ketua puak khususnya para Rabai yang tamakkan kuasa..

Prophet timeline 

Nabi Sulaiman meminta kepada Tuhan supaya diberikan sebuah kerajaan yang ideal dan Syurga di akhir zaman..  Bagi memperkenankan permintaannya, baginda diperintahkan supaya berhadapan dengan dunia jin, zatnya, dan juga berperang bersama mereka.. Ketika baginda meminta pertolongan kepada ketua puak, majoriti menolak malah ada yang tidak yakin dengan status kenabian baginda.. Ketika perang meletus, Nabi Sulaiman diberikan kuasa untuk mengawal angin dan juga mengawal jin dan syaitan.. Babak peperangan saling tak tumpah mirip Merong Mahawangsa (笑) Boleh ditonton secara penuh melalui sini (link)


p/s Dengar cerita, filem ini merupakan part I, akan ada part II di mana Nabi Sulaiman bertemu Ratu Balqis..

Wednesday 19 October 2011

Blink-182

Blink-182 merupakan sebuah kumpulan rock daripada US yang dianggotai 3 jejaka; Mark Hoppus (vocalist, bass), Tom DeLonge (vocalist, guitarist), dan Travis Barker (drummer)= Ditubuhkan pada tahun 1992 di California oleh Tom, Mark dan Scott Raynor (Drummer asal namun dipaksa meninggalkan band kerana masalah alkohol?) dengan nama Blink.. Mereka terpaksa menukar nama kumpulan kepada Blink-182 bagi mengelak isu hakcipta kerana pada ketika itu sudah ada band yang menggunakan nama yang sama.. 


Album "Enema of the State" merupakan album yang berjaya menaikkan nama Blink-182 ke peringkat global dengan single yang meletup seperti "What's My Age Again" dan "All the Small Things"~ Blink-182 juga menjadi terkenal pada era itu dengan genre Pop Punk~ Album "Take Off Your Pants and Jacket" yang dihasilkan pada tahun 2001 juga berjaya mengukuhkan nama Blink-182 dalam industri muzik apabila terjual melebihi 14 juta unit~ Antara lagu yang terkenal adalah seperti "The Rock Show" dan "Stay Together for the Kids"

Box Car Racer

Blink-182 berpecah buat seketika apabila Tom dan Travis bergabung dengan beberapa penyanyi dalam kumpulan Box Car Racer.. Namun, mereka bergabung kembali pada tahun 2003 dan menghasilkan album "Blink-182" dengan single hit seperti "Feeling This" dan "I Miss You"~ Meskipun single "Always" dan "Down" telah dilancarkan pada tahun berikutnya, Blink-182 mengalami krisis pada tahun 2005 apabila Tom minta direhatkan dari segala aktiviti bagi memberi fokus terhadap keluarga secara tiba-tiba.. Segala persiapan Tour dsb terpaksa dibatalkan dan ini menimbulkan perasaan kurang senang terhadap 2 ahli kumpulan yang lain..


Mereka berpecah sekali lagi akibat tragedi tersebut namun takdir menemukan mereka semula pada tahun 2008 apabila Travis dikejarkan ke hospital kerana kapal terbang yang dinaikinya terhempas dan dia merupakan salah seorang daripada 2 orang yang terselamat dalam nahas tersebut.. Blink-182 bergabung secara rasmi pada tahun 2009 dan mengambil masa selama 2 tahun untuk menghasilkan album mereka yang terbaru berjudul "Neighborhoods" dengan mempertaruhkan single "Up All Night"~ ENJOY!


p/s Mula minat Blink-182 sejak tingkatan 2; sangkut giler dengan lagu "The Rock Show" ;) 

Sunday 16 October 2011

通信教育 (Correspondence Course)


Beberapa hari yang lepas, sebuah kotak yang tidak diduga hadir ke rumah ak.. Bila dibuka, dalamnya ada 4 buah buku teks seperti yang ditunjuk di dalam gambar di atas.. Di dalamnya menceritakan mengenai etika kerja khususnya di Jpon.. Rupa-rupanya inilah yang dimaksudkan dengan kertas kerja yang ak perlu hantar dalam masa 6 bulan sebelum masuk kerja April hadapan.. Ak dikehendaki menghantar 3 report berkenaan dengan 3 buku teks tersebut melalui pos.. Setiap report ada 締め切り (Dateline) yang tersendiri= Bukan itu sahaja, ak juga dikehendaki menyiapkan beberapa kursus secara online seperti didalam gambar di bawah~ 

Senarai kursus yang perlu ak habiskan dalam masa 6 bulan.. Satu kursus mengambil masa hampir 4~5 jam untuk dihabiskan.. Paling lama 8 jam! 

Setiap kursus memiliki sub-kursus yang panjang o_0

Penerangan dalam sub-kursus.. 

p/s Konon nya "宿題" (Homework) yang diberi oleh pihak syarikat kepada 内定者 adalah perkara biasa~ (-_-") Camne nak bahagikan masa untuk tulis 修論 (Final thesis)  kalo camnih.. 

Thursday 13 October 2011

Where in the world is Osama Bin Laden

Where in the World is Osama Bin Laden merupakan salah satu dokumentari menarik yang dihasilkan oleh Morgan Spurlock; orang yang sama yang membawakan rancangan 30 Days seperti yang telah ak utarakan dalam blog ini (link)= Dokumentari yang dihasilkan pada tahun 2008 ini menyaksikan Morgan menjelajah ke beberapa negara Islam termasuk Israel dalam misi mencari lokasi Osama meskipun 3 tahun selepas dokumentari ini di buat, dunia sedia maklum bahawa Osama telah mati di tembak oleh tentera US dalam Operasi Neptune Spear pada 2 May yang lepas.. 


Menariknya dokumentari ini ialah pemikiran Morgan itu sendiri yang percaya bahawa masyarakat dunia terlalu terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di kaca TV, bagaimana gambaran masyarakat dunia tentang Islam, tentang Israel, tentang Palestine, tentang Mesir, tentang Morocco, tentang Jordan, tentang Afghanistan, tentang Arab Saudi, dan yang terakhir sekali tentang Pakistan! Menerusi dokumentari ini juga penonton dapat melihat dengan mata sebenar bagaimana situasi dan juga pandangan rakyat di negara terbabit tentang War On Terror di samping menjejak lokasi Osama (笑) 


Memang tidak mustahil beberapa orang yang ditemu-ramah dalam dokumentari ini akan menceritakan tentang keburukan US dalam menangani War On Terror namun yang paling mengejutkan ialah apabila orang Israel sendiri cuba menghalau Morgan daripada mengadakan sesi interview! Morgan mengutarakan isu penting dalam isu Israel vs Palestine dan dengan lantang penduduk Palestine rata-rata tidak setuju dengan kenyataan Osama kononnya "jihad" dia adalah demi Palestine.. Arab Saudi pula digambarkan sebuah negara yang menghalang kebebasan bersuara dan rakyat seperti terikat untuk mengutarakan apa yang sedang mereka fikir tentang negara mereka, dan juga situasi di dunia buat masa ini~ 


Menerusi temu-ramah dengan sebilangan penduduk di beberapa negara Islam, ada suara yang menyokong "jihad" Osama tapi majoriti menentang dengan keras kerana Islam sekeras-kerasnya menentang keganasan! Bagaimana kita boleh mengaku bunuh seseorang dengan nama Tuhan sedangkan Tuhan sendiri murka terhadap pembunuhan! Morgan tiba di destinasi terakhirnya iaitu Pakistan, negara yang memang disyaki sejak dahulu sebagai tempat persembunyian Osama; tapi yang lucunya ialah orang Pakistan mendakwa Osama berada di Afghanistan (笑) Tapi adakah betul dunia akan selamat apabila Osama tiada di muka bumi ini? Ideologi yang dibawa Osama yang perlu diperangi, kerana Osama seorang tidak boleh buat apa-apa.. 

p/s Dokumentari ini boleh ditonton secara percuma menerusi YouTube (link)

Tuesday 11 October 2011

Value


Sewaktu mendengar ceramah oleh Ketua Pengarah MARA yang baru bersama-sama dengan beberapa VIP yang lain mengenai pelajar Malaysia di Jpon, ak sempat menyalin beberapa fakta yang menarik antaranya sebab Jpon di pilih sebagai destinasi.. Sebab paling utama yang dikemukakan oleh VIP tersebut ialah VALUE, teknologi datang kemudian! Apabila bercakap tentang value, ak mula berfikir tentang budaya kerja, sikap orang Jpon yang benar-benar menarik perhatian seluruh dunia lebih-lebih lagi ketika Jpon dilanda musibah bencana gempa bumi dan tsunami pada bulan Mac yang lepas.. 

VALUE masyarakat Jpon yang baik sememangnya mampu untuk membangunkan masyarakat kita dalam usaha mencapai negara maju.. Namun persoalan di sini, adakah value tersebut boleh didapati di Universiti? Dalam masa 4 tahun berada di universiti Jpon, ak rasa value pelajar Jpon sendiri macam makin teruk (situasi mungkin berlainan mengikut kawasan dan universiti) Persoalan paling besar ialah bagaimana hendak membawa pulang VALUE yang dimaksudkan sedangkan kita sendiri tidak mempraktikkan terlebih dahulu VALUE tersebut?? Meskipun sudah mempraktikkan VALUE tersebut, mampukah anda mengaplikasikan VALUE tersebut ketika berada di Malaysia kelak?

Adakah VALUE yang dimaksudkan itu boleh didapati di Universiti? Pada pandangan ak, VALUE yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir dalam 東方政策 (Dasar Pandang ke Timur) LEBIH merujuk kepada disiplin di tempat kerja.. Bagaimana Jpon boleh maju dalam masa yang singkat daripada sebuah negara yang miskin pasca WWII kepada antara negara ekonomi terbesar di dunia pastinya berkait-rapat dengan sikap mereka.. Mereka sudah ditekankan dengan aspek disiplin sebelum masuk sekolah rendah; malah di sekolah rendah juga kanak-kanak tidak dibebankan dengan subjek yang banyak tapi lebih kepada pemantapan diri dan sahsiah; kokurikulum, hobi, dsb~

Sejak daripada kecil mereka sudah dididik dengan perkataan "迷惑 (Nuisance)" membuatkan mereka begitu sensitif dalam setiap perbuatan agar tidak menimbulkan perasaan kurang senang terhadap orang lain.. Jangan pertikaikan tidak semua orang Jpon terutamanya remaja kini mengamalkan sikap itu tapi secara asasnya mereka semua di pupuk dengan corak pendidikan yang sama sejak kecil.. VALUE yang dipupuk memang banyak, tapi berapa banyak yang kita boleh "curi" untuk dibawa balik dalam masa 2 tahun (degree) ?? Sesungguhnya VALUE itu boleh dipelajari lebih efektif melalui komunikasi antara kanak-kanak dan juga orang tua mengikut pengalaman ak kerana remaja kini kurang "keras" sebelum memasuki alam pekerjaan..

Masa 2 tahun memang lama dan mencukupi untuk membawa pulang segulung ijazah namun, jika setakat ijazah sahaja, tak perlu kerajaan guna wang yang banyak untuk hantar ke luar negara kerana di negara sendiri juga banyak universiti yang diiktiraf~ Justeru itu, pelajar di luar negara tidak seharusnya menghabiskan banyak masa di dalam universiti SAHAJA tapi lebihkan menjelajah ke tempat baru, berkomunikasi dengan penduduk setempat, buat バイト (Part time job), internship, home stay dll kerana itulah cara yang paling efektif untuk mengenal VALUE seperti di dalam 東方政策~ Jujurnya tujuan ak ingin bekerja di Jpon juga adalah untuk "mencuri" VALUE yang boleh diterapkan di dalam komuniti apabila ak pulang ke Malaysia "for good" suatu hari nanti.. 

Semoga perjuangan kita semua diberkati-Nya

p/s Apa yang tertulis di sini hanyalah luahan perasaan apabila menyentuh isu VALUE seperti yang digarap oleh VIP.. Sepatutnya ak ajukan pandangan ini kepada VIP sewaktu sesi Q&A tapi malangnya perut lapar sangat waktu tuh, jadi dalam otak dok fikir pasal nak makan jer (笑)

 

Monday 10 October 2011

Majlis Ramah Mesra KP MARA

9 October - SHIBUYA


Pelajar tajaan YPM mendapat durian runtuh apabila pihak YPM sudi menanggung kos perjalanan bagi memeriahkan majlis ramah mesra bersama ketua pengarah MARA bertempat di kedutaan Malaysia di 渋谷 (Shibuya)~ Memandangkan kali ini kos perjalanan di tanggung, ak semangat buat eksperimen untuk mengenal pasti harga paling murah menuju ke 東京 (Tokyo) samaada menggunakan kedai jual tiket murah atau pun beli menggunakan 学割書 (Discount prize) daripada 大学 (University).. Hasilnya boleh jimat ±1000円 jika beli dengan menggunakan 学割書~

Kedutaan Malaysia yang mendapat jolokan "Pentagon" memandangkan dinding yang besar menutupi ruang masuk..

Oleh kerana ak malas nak tumpang tidur di rumah rakan di 関東 (Kanto), ak ambil keretapi daripada 南草津 (Minami Kusatsu) sekitar jam 1230; terpaksa tunggu 30 minit di 京都 (Kyoto) supaya dapat saing dengan rakan yang bergerak daripada 岡山 (Okayama) menggunakan 新幹線 (Bullet train)~ Perjalanan daripada 京都 (Kyoto) menuju ke 品川 (Shinagawa) mengambil masa sekitar 2 jam 15 minit.. Selamat tiba di 渋谷 (Shibuya) sekitar jam 1610 dan daripada situ jalan kaki menuju ke 大使館 (Embassy) sekitar 15~20 minit memandangkan setahun sekali sahaja pergi 大使館 nih (笑)

Muka-muka yang berebut nak makan awal..

Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 1740 dan tamat sekitar jam 2000 telah bertukar memandangkan kelewatan VIP dan ini menyebabkan majlis hanya dapat bermula sekitar jam 1820! Pertama kali juga diperkenalkan dengan Ketua Pengarah MARA yang kononnya baru sahaja dilantik awal tahun ini.. 208 orang pelajar tajaan YPM buat masa ini di Jpon; dan dengar cerita HELP4 juga akan diluluskan selepas ini! Hmm, boleh la merancang untuk sambung pengajian ke peringkat PhD bila dah bosan bekerja dengan syarikat lepas ini ;) Seksa menunggu waktu makan pada jam 2000 memandangkan kali terakhir ak makan pada hari itu ialah sarapan jam 1100 (-_-")

Antara juadah yang disediakan..

Boleh tahan makanan yang disediakan di situ cuma malangnya tak ada masa nak makan lebih dan borak bersama 同級生 (Classmate) sewaktu di UniSEL dahulu kerana terpaksa meninggalkan 大使館 sekitar jam 2030 bagi mengejar 終電 (Last train) bagi 新幹線 yakni pada jam 2130~ Berjaya buat rekod baru dengan menggunakan 新幹線 balik hari meskipun memang memakan tenaga kaw2! Selamat tiba di 南草津 sekitar jam 0000~ Terpaksa pulang awal kerana ada kelas TA pada tengahari keesokan harinya kendatipun 10/10 merupakan hari cuti umum di seluruh Jpon (RITS memang tak ikut kalender Jpon =.=")

p/s Beberapa kali ditegur kerana tidak memakai tali pinggang bersama suit.. Pelik sangat ke? 

Saturday 8 October 2011

時間 (Time)


Benda yang paling jauh dengan kita ialah masa yang lalu.. Kita akan rasa masa itu cepat berlalu apabila kita melakukan sesuatu dan sebaliknya masa akan terasa lambat apabila kita tidak melakukan apa-apa.. Masa merupakan suatu yang paling adil sekali diberikan kepada seluruh benda hidup.. Terpulang kepada kita bagaimana hendak menggunakan masa dengan sebaiknya.. Peribahasa mengatakan masa itu emas; masa begitu berharga sampai diibaratkan dengan emas yang begitu bernilai~ Bila sentuh pasal masa, video dibawah benar-benar boleh membuatkan pelangi terkeluar daripada mata anda! (笑) ENJOY!

Friday 7 October 2011

PES 2012


Game yang ditunggu-tunggu telah pun keluar di pasaran lebih awal daripada tahun-tahun yang sebelumnya.. PES 2012 menjanjikan suatu kelainan dari segi corak permainan dan juga penambah-baikan dari segi kualiti grafik pemain, stadium, reaksi penyokong dsb.. Buat julung-julung kali juga pihak KONAMI menyediakan 2 versi demo dalam PS Store~ Setiap versi mempunyai 4 kelab yang berlainan dan kali ini pemain boleh cuba mode "training"~ Mujur cara mengangkat sepakan penalti sudah kembali kepada yang asal; tidaklah menimbulkan kemarahan pemain sewaktu bermain PES 2011~ 


Buat pertama kali juga ak download PES 2012 versi penuh melalui PC; biasanya terus beli versi PS3 di kedai (giler semangat) Mungkin sebab download 4 hari selepas dia keluar, yang ada cuma versi eropah jadi terpaksa alih bahasa kepada English kemudian kena download sekali English Commentator~ Puas hati bila install patch untuk dapatkan jersi lengkap setiap pasukan berserta dengan liga; cuma agak terkilan pemain masih tidak update secara sepenuhnya memandangkan Nasri dan Fabregas masih ada dalam skuad Arsenal (-_-") Buat masa ini main guna controller Xbox 360 for Windows; kureeeng sedikit sebab controller dia besar, lagi puas jika main menggunakan controller PS3~ 

p/s Tunggu harga versi PS3 jatuh dulu baru beli; buat masa nih better "training" kaw2 dulu biar seronok sket waktu main online~ 

Wednesday 5 October 2011

[内定式] Fuji Furukawa E&C

3 October - KAWASAKI

Sudah menjadi adat hampir seluruh syarikat di Jpon untuk mengadakan 内定式 (Welcome Ceremony for Prospective Employees) iaitu sebuah majlis yang menghimpunkan pelajar yang berjaya mendapat 内定 (Unofficial offer) daripada syarikat tersebut untuk mula kerja bermula awal April tahun hadapan.. Majlis diadakan pada jam 1430 di 本社 (HQ)..

HQ syarikat di Kawasaki

STATISTIK
Seramai 25 orang pekerja baru yang telah diterima masuk pada tahun ini dan 4 orang daripadanya adalah 留学生 (Foreign Students) yakni 2 Malaysia dan 2 Vietnam.. Kesemua 留学生 dan 2 daripada 日本人 (Japanese) adalah pelajar Masters, 3 pelajar daripada 高専 (High School) dan selebihnya daripada taburan universiti seluruh Jpon dari selatan (九州) menuju ke utara (北海道).. 3 daripada 25 pekerja baru adalah wanita dari aliran 文系 (Social science) maka mereka akan bekerja di bahagian 事務系 (Office)~


ATUR CARA
14:30~14:35     Ucapan 人事部長 (Head of Human Affairs Dept.)
14:35~14:45     Penerangan tentang atur cara majlis, pembayaran duit tambang dsb
14:45~14:55     Penerangan tentang bentuk pembelajaran 内定者
14:55~15:10     Penerangan tentang kerja, jenis-jenis lesen yang perlu diambil dsb
15:15~15:45     Sesi perkenalkan diri
15:45~17:00     Group Work
18:15~20:30     Makan malam di sebuah restoran  berdekatan China Town
21:00~              Check in hotel

感想 (View)
Alhamdulillah kerana ak bakal bukan keseorangan sebagai Muslim dan juga sebagai 外人 (Foreigner) di syarikat ini meskipun tempoh 3 tahun itu nampak seperti sekejap.. Terkejut juga bila dengar pasal 資格 (License) yang boleh/perlu diambil sebagai seorang jurutera di Jpon; menarik kerana syarikat akan membayar yuran pengambilan peperiksaan termasuk menambah gaji pekerja yang lulus.. 資格 juga penting dalam urusan kenaikan pangkat, di samping menambahkan kepercayaan pelanggan ke atas kredibiliti pekerja dalam melaksanakan suatu tugasan.. Paling tinggi boleh dapat 200,000円 sebagai hadiah jika lulus level 1 電気工事士 (Electrical Construction Engineer?)

Bawak digital camera tapi segan nak ambil banyak-banyak (笑)

Sangkaan ak meleset apabila sepanjang 6 bulan sebelum masuk syarikat lagi kami sudah ditugaskan untuk mengikuti beberapa modul secara online dan dikehendaki menghantar report kepada syarikat dari semasa ke semasa! Tidak bolehlah nak seronok sakan menghabiskan sisa-sisa hidup seorang pelajar (笑) Sesi perkenalkan diri agak sengal sebab masing-masing diminta memberitahu artis kesukaan ;) Selepas itu, kami dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk aktiviti LDK; 5 soalan KBKK disediakan dan kumpulan yang berjaya menyelesaikan soalan paling pantas akan menang~ Boleh tahan geliga juga otak masing-masing ;) Dalam jam 1715 kami bertolak menaiki bas mini menuju ke sebuah restoran di China Town.. 


Kali ini kami dipecahkan kepada 4 meja besar dan setiap meja ada 2,3 部長 (Head of Departments).. Kebetulan ak ditempatkan betul-betul sebelah 海外事業本部部長 (Head of Oversea Business dept.) yang juga merupakan salah seorang penemuduga ak o_0 Oleh kerana sudah banyak kali pergi ke luar negara atas urusan kerja termasuk Malaysia, dia mengambil tugas ak untuk bercerita tentang Islam kepada orang lain termasuk isu makanan halal dan solat! Malah dia siap maklumkan kepada pelayan restoran untuk asingkan makanan yang mengandungi daging dan juga siap pesan 海鮮 (Seafood) sahaja untuk ak! Pertama kali dapat makan banyak di dalam majlis yang disertai orang Jpon *terharu*

Terjumpa dalam tandas restoran tuh.. Gila dahsyat 3 in 1; pili air, pili sabun dan juga udara panas untuk keringkan tangan.. Semuanya automatik ;)

Sesi perkenalkan diri dan tugas dalam syarikat turut dilaksanakan ketika makan.. Hampir semua 部長 memberikan pesanan yang sama yakni supaya tamatkan pembelajaran di universiti dengan "selamat", jaga kesihatan, dan juga berseronok sebanyak yang mungkin selagi masa masih ada! (笑) Selesai makan malam sekitar jam 2100, kami berjalan kaki menuju ke Daiwa Roynet Hotel untuk tidur 1 malam.. Kagum dengan bilik yang disediakan; seorang 1 bilik pastu lengkap dengan pelbagai peralatan elektrik! (1 malam mesti 1万円 lebih nih) Check out dari hotel sekitar jam 1100 keesokan harinya.. Pusing-pusing sekitar 横浜 (Yokohama) seorang diri sebelum pulang menaiki 新幹線 (Bullet train) sebelah tengahari.. 

First time tidur Hotel di Jpon sorang2 (笑)

p/s  内定式 kali ini agak berbeza daripada apa yang ak rasa sewaktu dapat kerja dengan Panasonic 2 tahun yang lepas (link)    

Tuesday 4 October 2011

fakta bayi


- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
- Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
- Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
- Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
- Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya

Saturday 1 October 2011

fakta menarik


Source: Mastika Oktober 2011

  • Salah seorang penghidap insomnia ialah Thai Ngoc dari Vietnam. Dia tidak boleh tidur sejak 1973. 3 bulan pertama semasa tidak tidur, dia mampu menggali 2 buah kolam ikan tanpa bantuan sesiapa
  • Mutiara yang indah itu sebenarnya dihasilkan tiram sebagai salah satu tindak balas terhadap bahan asing di dalam cangkerangnya
  • Tanpa makanan, manusia boleh bertahan sehingga 14 hari tetapi tanpa tidur manusia boleh bertahan sehingga 10 hari sahaja
  • Ular tidak sukakan garam kerana garam akan mengganggu kepekaan lidahnya yang berfungsi sebagai hidung dan matanya
  • Nyamuk sudah wujud sejak 100 juta tahun lalu
  • Kira-kira 3000 spesis nyamuk dikenal pasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan cepat
  • Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanya 10~20 hari sahaja
  • Nyamuk betina bertelur sebanyak 100~300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1000~3000 biji sepanjang hayatnya
  • Kibasan sayap nyamuk ialah 300~600 kali sesaat
  • Ikan Yu kehilangan lebih 6000 batang gigi setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja
  • Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup tanpa air lebih lama daripada unta
  • Seandainya kuota air dalam badan kita berkurangan 1% sahaja kita akan berasa haus
  • Seumur hidup, kita biasanya minum air sebanyak 75 ribu liter
  • Seorang lelaki puratanya kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita pula 70 helai sehari
  • Nyamuk mempunyai penglihatan infra merah iaitu kebolehan megesan haba dan juga melalui hembusan gas C02 ketika mencari mangsa
  • Hampir separuh dari orang yang menggunakan internet mempunyai sekurang-kurangnya 3 akaun e-mel dan secara purata, pengguna mengekalkan alamat e-mel yang sama untuk tempoh 4~6 tahun
  • Kereta F1 mampu mengisi minyak sebanyak 12 liter sesaat. Ini bermakna ia hanya memerlukan 4 saat  untuk mengisi purata 50 liter dalam kereta biasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC