Followers

Sunday 31 October 2010

Shahadatul Haq

30 & 31 Oktober - OSAKA


Program Autumn Gathering (AG) anjuran AMIR Kansai diteruskan lagi pada tahun nih dengan menghimpunkan hampir 100 peserta yang datang daripada seluruh pelusuk Jpon ntk berkumpul di 大阪府立少年自然の家 bagi mengikuti aktiviti berkonsepkan usrah (peringatan) mengenai makna syahadah.. Perjalanan daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) menuju ke 水間観音 (Mizuma Kanon) mengambil masa hampir 3 jam; kagum ak dengan seni reka bentuk 駅 (Station) tuh yang agak unik kerana berbentuk tokong.. Jarak daripada 駅 ke 自然の家 tuh ialah 6km; mujur ada orang yang tolong amik naik keter.. Semangat giler bawak charger handset sebab plan nk layan bola malam tuh menerusi iPhone; malang nyer boleh plak tempat tuh xde line Softbank -_-" WiFi pon bila ditanye kt penyelia bangunan, diorang leh x tau (笑) Jumlah bayaran yang dikenakan hanya 2000円 ;)


Program bermula sekitar jam 1430 dengan sedikit flash back tentang ISK (Ini Sejarah Kita) yang membincangkan tentang graf turun naik sejak zaman Nabi sehinggalah penghapusan sistem khalifah di bumi pada tahun 1924.. Program tangguh buat sementara bagi memberi laluan ntk solat, makan malam dan juga mandi お風呂 (ofuro) pada petang tuh.. Ini merupakan kali ke-4 ak masuk 自然の家 di seluruh Jpon, tp kt 大阪 (Osaka) nih nyer お風呂 paling besar! Program bersambung semula sekitar jam 2000 dengan slot seterusnye yang membincangkan tentang "Syahadatain", konsep asas yang perlu diketahui ttg kalimah syahadah.. Penceramah jemputan sanggup datang daripada 山口 (Yamaguchi) tuh; tp rekod datang paling jauh ntk AG kali nih ialah daripada 茨城 (Ibaraki) yang konon nyer mengambil masa 10 jam perjalanan menggunakan keter o_0


Point yang menarik dan sesuai dikongsikan ntk entri kali nih ialah sikap orang Islam zaman skang yang agak lari daripada ajaran Islam sebenar; kita melihat dunia zaman skang yang penuh dengan isu2 terrorism yang dikaitkan dengan Islam itu sendiri dan bukan pengikutnye.. Ibarat orang yang bawa keter Ferrari yang cun giler, tp bawa cam orang xde lesen.. kalo eksiden, salah keter ke salah pemandu? Pagi keesokan hari nye lepas solat subuh, plan asal nk panjat bukit tp atas sebab2 keselamatan peserta, program pagi tuh ditukar kepada "treasure hunt"; 自然の家 nih pon rasa2 nyer paling kerek kot 設備 (facilities) luaran dia sebab siap ada port ntk pasang khemah dan sebagai nye.. 


Pagi tuh plak お風呂 xde pasal orang Jpon memang jenis x mandi pagi jadi diorang x sediakan air panas ?! Selesai sarapan, program diteruskan dengan slot terakhir yang membincangkan tentang sebuah skrip yang ditulis oleh Syeikh Abul al-Maududiyy berjudul "Syahadatul Haq" (link) Program tamat sekitar jam 1400; semalam dok cuak 台風 (Typhoon) yang dikhabarkan akan singgah di situ tp alhamdulillah semua masih selamat.. Cuma waktu nk balik baru hujan mula turun renyai2.. Sayang tertinggal kamera di umah; kalo x banyak gak gambar yang hendak diambil..


Friday 29 October 2010

Vitamin C vs Udang


F.Y.I.

Spread this message out to as many friends and families as possible, because this is a matter of life and death!!

I just read a medical report from my friend saying that: DO NOT eat shrimp (Prawn) if you have just taken VITAMIN C pills!! This will cause you to DIE in ARSENIC (As) toxication within HOURS!!

THIS IS NOT A JOKE!! There's been a case happened in Taiwan.

Take care! 

*********************************************************


This e-mailed scare began circulating on the Internet in May 2001. Presumably it's trying to claim that prawns metabolize arsenic (as some aquatic organisms do), forming compounds ordinarily non-toxic to humans, but when the prawns are ingested in combination with Vitamin C, something in the vitamin prompts the re-establishment of toxicity. Obviously, even if this were true, it only occurs under very specific or extraordinary circumstances, or we'd be finding plenty of accounts of healthy-but-dead seafood lovers.

Shrimp does not turn into arsenic when combined with Vitamin C tablets. Arsenic is a basic element, as listed on the periodic table of elements. It is not formed by combining any one thing with any other; it exists as is in the same way gold does. Just as there was no magical philosophers' stone that would enable its user to transform various worthless substances into gold, neither will the combination of shrimp and Vitamin C tablets produce arsenic.

In any case, we haven't turned up any "medical report" (received from the unnamed but authoritative-sounding "my friend" or not) that links shrimp and Vitamin C with arsenic "toxication." Likewise, we have found no news accounts of any death(s) occurring in Taiwan from this combination.

What we have here is the usual unsigned e-mail of unknown origin promoting a dubious claim. What went through the head of the person who wrote this. Pure hoax? Something egregiously misheard then overreacted to? We don't know, but we do know nothing of less-than-dubious validity supports this one. 


copied from link

Syed Abdullah Al-Zawawi

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

RUANGAN Agama Utusan Malaysia minggu lalu telah memperkenalkan seorang ulama Arab yang berasal dari Libya yang sangat besar jasanya terutama di Pulau Pinang. Ulama yang dibicarakan kali ini juga seorang bangsa Arab yang cukup terkenal di dunia Melayu, bahkan secara berantai mulai datuk, ayah, beliau sendiri hingga keturunannya berperanan penting dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam di dunia Melayu. Untuk menulis riwayat ini saya gunakan beberapa sumber.

Sumber daripada bahasa Arab ialah tulisan Syeikh 'Umar Abdul Jabbar yang dimuat dalam Kitab as-Siyar wa at-Tarajim. Sumber bahasa Melayu ialah sebuah risalah judul Kaifiyah 'Ala Thariqah An-Naqsyabandiyah Al-Mujaddidiyah Al-Ahmadiyah Li Al-'Allamah Al-Quthub Ash-Shufiyah As-Saiyid Muhammad Shalih Ibnu As-Saiyid Asy-Syarif 'Abdur Rahman Az-Zawawi (cetakan Mathba'ah al-Ahmadiyah al-Kainah fi Bandar Riau al-Mahrusah al-Mahmiyah, 11 Muharam 1313 H). Selain itu, sumber yang paling penting ialah catatan-catatan (manuskrip) yang saya peroleh dari istana kerajaan Pontianak.

Sumber yang tidak kurang penting ialah wawancara beberapa orang di antaranya keturunan beliau Saiyid Muhammad Yusuf bin Saiyid 'Ali az-Zawawi (pernah menjadi Mufti Terengganu).

Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih bin Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi. Lahir 1266 H/1850 M. Saya masih meragui tahun wafat 1343 H/1924 M yang disebut oleh Syeikh 'Umar Abdul Jabbar, kerana beberapa tahun sesudah tahun itu Saiyid Abdullah az-Zawawi masih berada di Pontianak. Jika diperhatikan tahun lahir tersebut, ia bersamaan dengan tahun lahir Saiyid Abu Bakri Syatha (lahir 1266 H/1849 M). Dengan maklumat ini mudahlah kita menjejaki guru-guru ulama yang diriwayatkan ini.

- Apabila kita membicarakan ulama Arab keturunan ‘Saiyid’ yang tersebut pada judul, dapat kita jejaki mulai dari datuknya lagi yang pernah datang ke dunia Melayu. Datuk beliau bernama Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi. Dalam sebuah catatan yang diperoleh dari istana kerajaan Pontianak disebutkan bahawa pada tahun 1295 H/1878 M, Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi datang di Pontianak mengajar beberapa ilmu dan membaiah Tarekat Naqsyabandiyah.

- Anak Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi yang bernama Saiyid Muhammad Shalih (lahir 1246 H/1830 M, wafat 1308 H/1890 M) pula pernah datang ke Pulau Penyengat, Riau. Beliau juga mengajar pelbagai ilmu dan sempat membaiah Tarekat Naqsyabandiyah al-Mujaddidiyah al-Ahmadiyah kepada Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi (wafat 1317 H/1899 M), iaitu Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga yang ke-X (Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga yang terakhir).

- Syeikh 'Umar Abdul Jabbar menulis bahawa Saiyid Abdullah az-Zawawi belajar di Madrasah ash-Shaulatiyah, Mekah. Sebagaimana diketahui dalam sejarah bahawa yang mendirikan madrasah tersebut ialah Syeikh Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi al-'Utsmani (salah seorang keturunan Saidina 'Uthman bin 'Affan). Oleh sebab sudah jelas bahawa Saiyid Abdullah az-Zawawi belajar di madrasah tersebut, maka sudah pasti beliau adalah termasuk golongan murid yang pertama belajar kepada ulama keturunan Saidina 'Uthman bin 'Affan r.a itu. Sanad pelbagai ilmu Islam dapat diketahui melalui Syeikh Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi al-'Utsmani yang banyak dibicarakan dalam pelbagai kitab.

Sumber Arab

- Pendidikan Saiyid Abdullah az-Zawawi melalui jalan yang lain pula, terutama dalam ilmu tasawuf dan tarekat, dapat diketahui daripada sumber Arab dan Melayu. Saiyid Abdullah az-Zawawi belajar kepada ayahnya, iaitu Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi. Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi belajar kepada ayahnya, iaitu Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi. Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi selain belajar kepada ayahnya juga belajar dengan Saiyid Muhammad Mazhhar al-Ahmadi. Beliau ini belajar dengan Syeikh Ahmad Sa'id al-Ahmadi yang belajar dengan Syeikh Abi Sa'id al-Ahmadi. Syeikh Abi Sa'idbelajar dengan Syeikh Abdullah ad-Dahlawi. Syeikh Abdullah ad-Dahlawi ini adalah ulama yang sangat terkenal terutama dalam bidang ilmu hadis. Selain nama-nama yang tersebut di atas, Saiyid Abdullah az-Zawawi juga belajar dengan beberapa orang ulama di Mekah termasuk juga dengan Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan.

- Telah diketahui umum bahawa Saiyid Abdullah az-Zawawi ialah Mufti Mazhab Syafie di Mekah. Hampir-hampir tidak ada orang menceritakan bahawa beliau menduduki beberapa jabatan penting di Makkah ketika beliau belum berpindah ke dunia Melayu. Tetapi Syeikh 'Umar Abdul Jabbar menulis bahawa pada zaman pemerintahan Syarif Husein di Mekah, Saiyid Abdullah az-Zawawi memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Syura, Ketua Majlis Syuyukh dan Ketua 'Ain Zubaidah. Di samping menyandang kedudukan yang tinggi di Mekah, Saiyid Abdullah az-Zawawi juga giat mengajar. Ramai ulama yang berasal dari dunia Melayu belajar dengan beliau di Makkah yang kemudian menjadi ulama besar yang berperanan penting dalam penyebaran Islam di negeri mereka masing-masing atau tempat-tempat lainnya.

- Saiyid Muhammad Yusuf az-Zawawi, salah seorang cicitnya, ketika saya temui di Masjid Negara meriwayatkan bahawa sewaktu Prof. Dr. Snouck Hurgeronje datang ke Mekah dia kagum dengan kehebatan ilmu dua orang ulama. Yang seorang bangsa Arab, iaitu tok Ana (maksudnya diri beliau atau Saiyid Yusuf az-Zawawi, pen:) yang bernama Saiyid Abdullah az-Zawawi. Snouck belum puas kerana yang dimaksudkannya bukan ulama Arab tetapi ulama yang berasal dari dunia Melayu. Dia mencari ulama itu untuk kepentingan bangsanya, bangsa Belanda. Akhirnya, Snouck datang kepada Tok Enta (maksudnya diri saya atau Mohd. Shaghir Abdullah, pen:) iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.

Syeikh Ahmad al-Fathani marah kepada Snouck kerana beliau yakin bahawa Snouck masuk Islam hanyalah sebagai tipu muslihat. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh Snouck mengucap syahadat. Saiyid Muhammad Yusuf az-Zawawi menutup perbualan bahawa dalam buku Snouck Hurgeronje judul Mecca, cetakan awal dalam bahasa Belanda, terdapat dua keping gambar. Pada bahagian depan ialah gambar Saiyid Abdullah az-Zawawi dan pada halaman berikutnya gambar Syeikh Ahmad al-Fathani. Saiyid Muhammad Yusuf az-Zawawi juga meriwayatkan bahawa kewafatan Saiyid Abdullah az-Zawawi adalah kerana ditembak sewaktu beliau hendak keluar dari rumahnya di Taif.

Hijrah ke dunia Melayu

- Menurut tulisan Syeikh 'Umar Abdul Jabbar, Saiyid Abdullah az-Zawawi pernah mengembara ke India, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, China dan Jepun tanpa memberikan keterangan yang lengkap tujuan pengembaraan itu. Daripada beberapa informasi yang diperoleh melalui wawancara, kedatangan Saiyid Abdullah az-Zawawi di dunia Melayu adalah sebab beliau membantah fahaman yang beraliran Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahhab yang sangat terkenal sebagai pencetus fahaman Wahabiyah.

- Menurut riwayat, ada beberapa orang ulama terpaksa berhijrah dari Mekah ke dunia Melayu kerana mereka menolak fahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang berpengaruh dalam pemerintahan di Hijaz termasuk Mekah. Antara ulama Mekah yang berhijrah itu termasuk ulama besar Mufti Syafi'iyah Makkah iaitu Saiyid Abdullah az-Zawawi. Saiyid Abdullah az-Zawawi pernah datang ke Johor dan Riau - Lingga, namun atas permintaan Sultan Pontianak beliau meneruskan perjalanannya di Pontianak. Di Pontianak, beliau dilantik sebagai Mufti Kerajaan Pontianak.

- Ketika Saiyid Abdullah az-Zawawi berada di Pontianak, orang yang membantu beliau dalam banyak hal terutama dalam berkomunikasi dengan orang-orang Melayu ialah Haji Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani, salah seorang murid beliau sejak ketika masih berada di Mekah lagi. Belum dijumpai riwayat yang jelas apakah ulama Kelantan itu datang ke Pontianak ikut bersama-sama gurunya itu berhijrah dari Makkah sebab tekanan pemerintah yang berfahaman Wahabi atau sebab-sebab lain. Yang jelas Haji Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani pernah menjadi Mufti Kerajaan Pontianak kemudian daripada gurunya Saiyid Abdullah az-Zawawi.

- Syeikh 'Umar Abdul Jabbar tidak menyebut sesuatu judul penulisan Saiyid Abdullah az-Zawawi. Tetapi ada sebuah karya Saiyid Abdullah az-Zawawi saya peroleh daripada simpanan istana Sultan Pontianak melalui Syeikh 'Isa asy-Syarwani, salah seorang keturunan ulama besar sahabat Saiyid 'Abdullah az-Zawawi. Beliau ialah Syeikh 'Abdul Hamid asy-Syarwani, penulis Hasyiyah Tuhfah Syeikh Ibnu Hajar. Risalah yang ditulis dalam bahasa Arab diberi terjemahan makna bahasa Melayu oleh murid beliau, Haji Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani. Pada halaman depan tertulis: “Ini fatwa daripada as-Saiyid Abdullah ibnu al-Marhum as-Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi jawab soal dari tanah Jawa ghafarallahu lahu Amin, bertarikh 25 Syawal 1330 H.” Diberi keterangan di bahagian bawahnya, “Dicapkan dengan kehendak as-Saiyid Ja'far bin Pangeran Syarif Abdur Rahman al-Qadri Pontianak, Amin Dicapkan pada Mathba' al-Haji Sa'id bin al-Marhum al-Haji Arsyad, tukang cap dan penjual serba serbi jenis kitab-kitab Arab - Melayu, nombor 82 Jalan Arab Street, Singapura pada 25 Syawal 1330 H oleh Muhammad bin Haji Muhammad Said Basrah Street, nombor 44, Singapura.”

Kalimat terakhir dicatatkan, “Diharap kepada ahli al-ilmi yang memandang segala makna yang tergantung ini sekiranya jika ada salah dan terang salahnya mintalah dibetulkan supaya jangan jadi panjang kesalahannya.” Selanjutnya disebut Ismuhu al-faqir ilallah nail al-amani Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani.

* Kandungan Risalah Fatwa Saiyid Abdullah az-Zawawi membicarakan suara dalam piring hitam. Yang diutamakan adalah mengenai hukum ayat-ayat atau surah-surah al-Quran yang dimuat dalam piring hitam. Atau dalam perkembangan sekarang seperti kaset, cakera padat dan lain-lain. Sebagai contoh terjemahan bahasa Melayu yang digunakan adalah seperti berikut, “telah zahir satu alat yang bercakap dengan huruf dengan berlagu dan pantun-pantun yang bersalah-salahan, berlagu-lagu dan menjerit. Dan ada zahir pada setengah-setengah lauhnya yang dinamakan piring itu rekod namanya bacaan Quran dan bang. Dan jadilah ia berpanjangan pada tiap-tiap pasar, dan pada tiap-tiap perkumpulan, dan pada tiap-tiap kedai kopi. Dan dijualkan dia pada tiap-tiap toko (kedai) dan kebanyakan yang menjual itu bangsa Nasrani dan Majusi (China), dan lain daripada mereka itu....”

copied from link

Winning Eleven 2011

28 Oktober - HOME


Hari nih merupakan 発売日 (Date of issue) game yang ditunggu ramai; Winning Eleven 2011 di Jpon.. Beberapa minggu yang lepas, ak dah semangat giler sampai tempah siap2 kt Amazon yang waktu tuh tengah kasi potongan sampai 15% daripada harga asal yang hampir mencecah 8千円 (RM 300).. Minggu lepas waktu usha balik kt Amazon, terkejut plak bila terjumpa WE 2011 (PES 2011) versi eropah yang dijual dengan harga yang lebih murah daripada versi Jpon.. X puas hati ak usha kt yahoo auction, skali ada gak beberapa orang penjual yang sedang lelong PES 2011 pada harga yang agak murah ketika tuh.. Agak menyesal pon ada bile dah tempah awal2; mujur boleh batalkan tempahan di Amazon~ Bagai orang yang hendak tidur disorongkan bantal, ak terus bid kt auction dan berjaya menang pada harga sekitar 4千円 (RM 150) dan kebetulan hari nih game tersebut sampai di umah ;)


Meskipun dah pernah cuba 体験版 (Demo version) sebelum nih, namun ak tetap rasa ada kelainan lebih2 lagi dengan penambahan beberapa kelab baru.. Semestinya perkara pertama yang ak lakukan ialah edit nama setiap kelab dalam EPL; agak terkejut gak Konami xdapat lesen ntk Liverpool tp digantikan dengan Tottenham Hotspurs -_-" Arsenal ngan Chelsea dah brape lama main kt UCL pon sampai skang x dapat lesen, Spurs baru layak UCL tahun nih jer terus leh ade lesen (笑) Test main pakai Arsenal lawan Newcastle ingat boleh makan, sekali gagal menjaringkan gol langsung.. Ternyata corak permainan kali nih memang berlainan sungguh dengan siri2 sebelumnya; paling menyirap bila nk angkat penalti.. susah giler nk kawal sebab kali nih xde petunjuk kekuatan sepakan -_-" Dengan camera view yang x tetap, Konami berjaya membawa suatu bentuk permainan realiti yang hampir mencapai kesempurnaan yg diharapkan.. 


Kaw2 pulun kt training bagi membiasakan diri dengan corak permainan baru nih.. Lepas tuh try balik main exhibition match gune Real lawan ngan Bayern; rasa cam dah leh main dengan biasa bila berjaya menang 2-0; skali bila pakai Barca lawan kelab sengal boleh kalah kaw2 -_-" Ak masih pening ngan kawalan ntk buat skill dalam permainan sebab ada masa yang tetiba jer pemain leh berhenti x buat ape2.. Dok usha buku panduan kecil yang terdapat dalam bekas game tersebut sekali terjumpa ruangan yang mengajar kawalan ntk buat tricks & skills berserta dengan cara nk angkat penalti.. Main skali lagi training dan kali nih memang berpuas hati bila dah tau cara2 nk main skill.. Cuma x leh blah waktu nk angkat penalti; masih susah -_-" Free kick pon cam lain semacam jer, payah giler nak masuk berbanding dengan PES 2010.. Nampak gaya memang kene mula main daripada level beginner la kot ;p

p/s Dah jumpa link yang sesuai ntk patch PS3.. (link)

Wednesday 27 October 2010

Nape diet gagal?


Khas buat mereka2 yang mengambil berat ttg berat badan sendiri dan sedang merancang ntk diet.. Pernah x waktu cubaan pertama korang diet, berat badan turun mengikut perancangan, namun beberapa hari lepas tuh tetiba jer naik kaw2 melebihi daripada berat badan asal? Mengikut pengalaman kaum hawa, 3/4 daripada mereka mengalami keadaan yang sama.. Istilah yg diguna-pakai dalam kes nih ialah REBOUND~ Nape benda nih berlaku? Video dibawah menunjukkan bagaimana tenaga ntk sehari dan bagaimana lemak itu diguna pakai~ Bila kita kurangkan kuantiti makanan yang dimakan harian, tenaga akan "membakar" lemak yang berlebihan.. Tapi bila kita teruskan dengan diet (makan sket) jer, badan kita akan terbiasa dengan jumlah tenaga yang diperlukan setiap hari..


Paling bahaya ialah mengurangkan lagi kuantiti makanan yang dimakan kerana boleh mengganggu jumlah tenaga yang diperlukan ntk hidup.. Akan tiba suatu masa apabila seseorang tuh mula merasa muak sebab berat badan x berubah meskipun dah kurangkan kuantiti makanan.. Akhir nye orang tuh akan mula makan dengan banyak; bila kita makan, suatu tindak balas kimia berlaku di dalam perut yang menghantar isyarat kepada otak bahawa perut sudah penuh; tp bila berat badan menyusut secara mendadak, tindak balas kimia tuh x dapat berjalan dengan lancar kerana badan akan menganggap kekurangan sumber 栄養 (Nutrient)= Akibatnye, orang tuh akan makan kaw2 sehingga berlaku la diet x seimbang..

p/s hmm.. penulis masih bingung cara nk menambahkan berat badan.. 

Tuesday 26 October 2010

Origin of 'The Eye'

Ad-Dajjal was mentioned in the presence of the Prophet PBUH . The Prophet PBUH said, "Allah is not hidden from you; He is not one-eyed," and pointed with his hand towards his eye, adding, "While Al-Masih Ad-Dajjal is blind in the right eye and his eye looks like a protruding grape." 
(Bukhari 9.241, Narrated Abdullah ibn Umar r.a)

Ancient Egyptian mythological aspects of the world's creation.
In the beginning, Atum created the world out of Chaos and of himself created the male and female principles, the deities Shu and the Goddess Tefnut. From their union wrer born the deities Geb and Nut, the manifestations of the earth and the firmament. Shu raised his daughter, Nut, from Geb's embrace and she became the vault of the heavens, Nebet Pet, Mistress of the Heavens. Geb remained lying on the earth to make it fruitful. Geb and Nut are the parents of Isis, Osiris, Seth and Nepthys. Together these nine deities from the Heliopolitan Enead. 


To make a very long story short, Osiris was killed by Seth in a battle, and his body was dismembered into 14 parts. Osiris' sister and his wife, Isis, gathered the body parts, except for one part, Osiris male genital which couldn't be found. Isis decided to do a magical ritual to resurrect Osiris. The Egyptian Phallus became the representation of the Osiris male genital. Isis became a hawk and flew over the Phallus, and became impregnated with Osiris's seed in the magical ritual. Isis gave birth to Horus, the 'Widow's Son'. 


Ancient Egyptians believed that the king was manifestation of Horus, while alive. In death, the king was supposed to have donned the role of Osiris. Again to be clear, Horus was considered to be immortal. Ancient Egyptian religion propounded that he lived through the life of every pharaoh, an embodiment of his presence. On the death of a pharaoh, it was believed that Horus simply changed form and became Osiris. In ancient Egypt, kings were believed to be the incarnation of Horus, inheritors of eternal life. 


Horus avenged his father's death (Osiris), and battled his uncle Seth. Horus lost his right eye in the battle. The eye of Horus symbolizes protection. The 'eye' stands for indestructibility that aids rebirth. Most funerary amulets in ancient Egypt were shaped to resemble the Eye of Horus. The symbol is still revered as 'the vessel of wisdom' that increases man's ability to view the world with truthfulness. 
copied from link


Monday 25 October 2010

The Pillars of the Earth


Bagi penggemar siri Lord of the Ring dan filem Robin Hood, drama bersiri The Pillars of the Earth merupakan salah satu siri drama yang korang wajib tonton.. Drama nih yang mula dilancarkan di US sekitar hujung bulan Julai tahun nih mempunyai 8 episod dan setiap satu nye mempunyai durasi hampir 1 jam.. Seperti LOTR, drama nih juga berasal merupakan olahan novel yang dikarang oleh Ken Follett, penulis warga Wales yang memang terkenal dalam bidang penulisan triller.. Latar belakang drama nih ialah mengenai pembinaan gereja besar yang terlalu kontroversi di England~ Sepanjang jalan citer nih penonton dapat memahami corak pentadbiran zaman dulu serta hubung kait pihak gereja dan institusi beraja di Eropah.. Kita sendiri dapat membandingkan corak pentadbiran dan sikap masyarakat England abad ke-12 dengan apa yang kita belajar tentang Islam.. Bagaimana seorang paderi yang menggunakan nama Tuhan dalam segala hal meskipun perkara yang teruk.. Malah penggunaan "pengampunan" secara berleluasa juga membuktikan masyarakat mudah terpedaya dengan tipu daya manusia bertopengkan syaitan~ 

 I'll guaranty you will find the beauty of Islam is on this drama~ Enjoy!   


TISA Autumn Hiking

23 Oktober - KYOTO

Sewaktu sedang menuntut 日本語 (Japanese) di Malaysia beberapa tahun yang lepas, salah sorang T.A menghadiahkan beberapa 漫画 (Manga) ntk membantu menyeronokkan pembelajaran kitorang (笑), antara koleksi 漫画 yang dihadiahkan ialah お~い竜馬 (O~i! Ryoma) yang mengisahkan tentang perjalanan hidup Sakamoto Ryoma; salah satu watak penting dalam 明治維新 (Meiji Restoration).. Jalan citer yang disampaikan sedikit sebanyak membantu ak mengenali 日本史 (Japanese history) dalam bentuk yang menarik meskipun x paham 100% pon ape yang diceritakan.. (笑) Ryoma memang popular giler di Jpon kerana tanpa dia, Jpon mungkin bukan seperti yang kita nampak skang.. 


Hampir setiap tahun pihak TISA (Tutors for International Students Assembly) RITS mengadakan 秋の国際交流ハイキング (Autumn's International Exchange Hiking) dengan menyediakan beberapa コース (Course) ntk dipilih dan ak tertarik dengan コース 竜馬の足跡 (Footsteps of Ryoma)~ Bertolak daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) sekitar jam 0900 dan berkumpul di 京都駅 (Kyoto Station) sehingga jam 0945 bagi menunggu kedatangan bebera pelajar yang turut serta.. Konon nyer lebih 100 pelajar yang turut serta dalam event kali nih; majoriti adalah daripada BKC~ コース yang ak pilih nih berjaya menghimpunkan 6 pelajar asing termasuk ak dan selebihnya pelajar Jpon.. Daripada 京都駅 kitorang naik bas menuju ke 八坂神社 (Yasaka Shrine); turun situ ntk pergi ke destinasi pertama iaitu 円山公園 (Maruyama Park)..


Terkial2 kot pagi tuh membuatkan ak tertinggal kamera di umah -_-" Mujur kualiti gambar iPhone x mengecewakan meskipun ak nih jenis suka ambil gambar sebanyak yang mungkin ;) Kitorang diperkenalkan dengan suatu permainan Jpon yang ak lupa nama dia tp kaw2 permainan budak2.. Nasib ada 2 orang pelajar Masters tahun ke 2 kat situ yang turut main skali.. xde lah segan sangat (笑) Sepatutnye setiap sorang bayar 940円 ntk sertai event kali nih; tp disebabkan ak jadi ベジ (Vegetarian), 500円 telah dipulangkan dan ak terpaksa membeli 弁当 (Bento) sendiri.. Selesai makan 昼飯 (Lunch), kitorang maju ke tugu pertama Ryoma yang agak terkenal di 円山公園.. Dulu pernah gak datang 公園 nih, tp rasa cam x perasan ada tugu nih~

Makam Sakamoto Ryoma dan kenalan dia..

Sengal gak TISA nih, ingatkan diorang akan tolong 説明 (Explain) sket pasal sejarah Ryoma kt 留学生 (Foreign students) yang lain, tp nampak gaya cam diorang sendiri kurang arif pasal Ryoma ;) Selesai pusing2 円山公園, kitorang bergerak jalan kaki menuju ke 霊山護国神社 (Ryozan Gokoku Shrine) yang menempatkan makam beberapa samurai ketika zaman Edo termasuk makan Ryoma.. Konon nyer semua "abu" mayat yang ditanam di situ "x mengira pihak mana, janji mereka berjuang ntk negara maka perjuangan mereka seharusnye diberikan penghormatan"~ Beberapa meter daripada situ, kitorang berjalan kaki menuju ke 霊山歴史館 (Ryozan Museum of History) yang agak terkenal kerana selain menceritakan sejarah Ryoma, tempat tuh juga memperkenalkan serba-sedikit dengan 大河ドラマ (Long-running historical drama series on NHK) yang sedang hangat buat masa kini, 龍馬伝 (Ryomaden) 


Memang kerek giler muzium tuh kerana menempatkan beberapa artifak penting dalam sejarah Jpon berkaitan perjuangan Ryoma.. Segala kos tiket hari tuh ditanggung oleh pihak TISA jadi ak pon x pasti berapa tambang tiket masuk; tapi kalo korang minat nak tau sejarah Ryoma, muzium nih memang salah satu tempat wajib ntk dilawati.. Selesai pusing2 muzium, kitorang bergerak ke perhentian terakhir iaitu kawasan membeli-belah 御土産 (Ole2) di bahagian belakang 清水寺 (Kiyomizu temple).. Terkejut gak leh terjumpa kedai yang menjual barangan Ghibli Studio.. Seperti yang dirancang kitorang bersurai di 京都駅 sekitar jam 1600~ 

Yezza~
p/s Ada teori yang mengaitkan Ryoma dengan Freemason! (link) Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

Saturday 23 October 2010

3A4EM?

"Why" is the name of a wordless book written by Nicolai Popov for children. It is an effective commentary on the futility of war. This book was recognized as the best children's books in Germany, Austria and Switzerland. "I drew this book because I think if the children understand the futility of war, see how easy it is to succumb to violence, maybe they will fight with it in the future" - said Popov. This is a wordless, "silent" book which is the best messenger of peace, than all the big words. The book can also be a wonderful gift not only for a child but for an adult in a sign of reconciliation and love.


copied from link

Friday 22 October 2010

iPhone apps


Sememangnye keindahan memang terasa apabila iPhone selamat di jailbreak (JB) beberapa bulan yang lalu.. Entri kali nih ak ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai apps yang ak miliki buat masa nih.. Majoriti apps dalam iPhone ialah free; cume 1 jer yang berbayar iaitu My3G keluaran Rock yang membolehkan ak gune FaceTime pada bila2 masa tanpa melalui WiFi.. Paling leceh ialah aplikasi iTunes yang sering kali suruh update x kene masa.. Waktu kita nk cepat ntk pindah lagu misalnye, boleh plak dia suruh update iTunes tuh -_-" Lagi sengal apabila iTunes dalam 1 PC tuh cume leh synchronize ngan 1 iPhone jer.. Ak lambat tau pasal benda nih membuatkan habis hilang banyak apps waktu ter-synchronize menggunakan laptop sewaktu di Korea -_-" 


Hampeh giler ngan iTunes membuatkan ak nekad ntk cari software lain yang boleh digunakan sama seperti iTunes.. Hasil survey di internet menemukan ak dengan software, CopyTrans yang boleh backup, pindah files dengan mudah tanpa perlu sibok2 nk synchronize ape sumer.. 便利 (Convenience) giler software nih kerana ak leh pindah files seperti lagu dan .pdf format ke dalam iPhone (iBooks) dengan mudah.. Konon nyer kalo nk pindah file2 besar seperti movie juga xde masalah (x pernah cuba lagi ;p).. 
 

Apps basic yang pasti ada ntk iPhone JB ialah installous dan cydia.. Awalnye ak dok guna dua tuh jer ntk usha app best; tp yang x best nyer bila nk download app bersaiz besar cam 50MB ke atas kerana amik masa terlampau lama pastu kadang2 leh crash -_-" Oleh sebab ak x guna WiFi di umah, ak xleh gunakan SHH ntk pindah file daripada PC kepada iPhone..Setelah puas geledah almari internet, akhir nyer terjumpa gak satu software yang merupakan kunci kepada segala misteri; iPhone Explorer! Melalui iPhone explorer, ak leh download files .ipa daripada internet dan masukkan ke dalam folder installous seperti dalam gambar di bawah..


Awalnye pening gak nk mencari website yang menyediakan apps yang sudah crack.. Puas godek satu2 sehinggalah terjumpa AppCake yang pada ak memang terbaik.. Download menggunakan PC dalam beberapa minit pastu pindah terus kt iPhone.. Huhu, kalo kt Malaysia nih boleh bukak kedai ntk sape yang x tau kaedah nih (笑) App seterus nye yang ak minat ialah Dropbox yang membenarkan kita synchronize iPhone dengan PC tanpa wayar! Selain iPhone, kita juga leh synchronize PC dengan laptop jadi xperlu la nk guna USB kalo setakat file kecik jer.. Malah Dropbox kasi 2GB secara percume sewaktu pendaftaran; nak lebih kene bayar ;p

Games
Melalui AppCake ngan installous, banyak gak games yang ak install dalam iPhone walaupon jarang main (笑) Berikut senarai games yang telah ak install:- (★ = kerap ak main)
  1. TouchAlp
  2. UnblockMeFree ★
  3. DropBrick
  4. SUDOKU
  5. Quordy ★
  6. Worldwide Monopoly
  7. Labyrinth 2
  8. Guitar Hero
  9. Asphalt 5
  10. FS5 Hockey
  11. Taiko no tatsujin
  12. UNO
  13. Wally

Navi
Jarang2 gak ak guna apps spt Google Earth dan Jorudan tapi kebelakangan nih agak rajin guna app WhereTo ntk tahu lebih banyak tentang kedai2 yang terdapat di sekitar 滋賀 (Shiga) nih~ Terkejut gak bila tulis ada masakan Malaysia di 京都 (Kyoto) tp rasa2 nyer kelentong jer kot ;) Sebelom pakai app Where To, ak gune AroundMe yang lebih kurang sama tp lebih banyak pilihan.. 

 Where To?

Apps lain adalah seperti dalam gambar di bawah~


JB memang best tp ada juga kekurangan dia; yang ak perasan ialah ak nyer GPS x berfungsi waktu ak g Korea hari tuh -_-" Punyelah prepare cam2 apps Navi ntk kegunaan bile 旅行 (Vacation) skali leh plak x berfungsi (笑) JB juga melanggar perjanjian Softbank membuatkan ape2 kerosakan yang berlaku kepada iPhone secara automatik adalah 自業自得 (Reap what you sow) o_0 X kisah la korang JB ke x iPhone korang, yang pasti kita sumer tetap berkongsi benda yang sama iaitu bil bulanan yang agak melampau berbanding handset biasa~ 


Bil terus naik kaw2 sejak guna iPhone pada Ogos yg lepas -_-"

Wednesday 20 October 2010

視聴率 (TV ratings)

Sering kali kita dengar tentang 視聴率 yang menunjukkan peratusan bilangan penonton yang menonton sesuatu rancangan tp pernahkah kita berfikir bagaimana kiraan tersebut dilakukan.. Di Jpon, majoriti kiraan peratusan tersebut dilaksanakan oleh syarikat Video Research Ltd. (VR) yang konon nyer ditubuhkan pada tahun 1962; tahun di mana TV "dilahirkan".. Secara kasar, 視聴率 = 世帯視聴率 (Household ratings); unit terkecil bagi 世帯視聴率 ialah 毎分視聴率 (ratings per minute).. Jumlah keseluruhan rating bagi suatu program TV turut di kira setiap minit.. Gambarajah di bawah menunjukkan cara kiraan secara kasar..

*******************************************

5世帯を対象に調査していると仮定した場合 図1

Sekalipun 1 TV ON, seluruh 世帯 tersebut dianggap sedang menonton TV.. 3世帯 daripada 5世帯 sedang menonton TV mengikut jadual diatas.. Oleh itu, jumlah peratusan ialah..  
総世帯視聴率(HUT)※1

2 TV di umah 佐藤家 melihat channel A, jadi bilangan mata ntk seluruh 佐藤家 yang menonton channel A ialah 1. Berbeza pula dengan umah 佐々木家 yang mana TV1 layan channel B manakala TV2 plak layan channel C.. Ntk kes nih, setiap TV mendapat 1 mata..  
各局の視聴率

占拠率 (Occupy ratio) ntk satu2 channel juga boleh dikira mengikut peratusan di atas..
各局の占拠率 ※2

※1 総世帯視聴率(HUT)…テレビ放送を放送と同時に視聴している世帯の割合
※2 占拠率…各局の視聴率の合計を100として、そのうち特定局または番組の占める割合のこと

Hubungan antara HUT dengan jumlah bilangan peratusan bagi setiap channel adalah seperti dibawah~
→40.0%+20.0%+20.0%≧60.0%
              "≧" menunjukkan pengiraan sedang dijalankan ntk bilangan TV didalam sesuatu umah.. 


copied from link

p/s Bagaimana pula dengan negara lain khusus nye Malaysia?? 

Tuesday 19 October 2010

Dante's Inferno


My Rating: ★★★☆☆

Akhirnye berjaya jugak menghabiskan permainan Dante's Inferno (DI) menggunakan konsol PSP.. Mula kenal ngan DI melalui anime "Dante's Inferno Animated" yang mula ditayangkan sekitar April yang lepas.. Corak permainan DI saling x tumpah cam siri God Of War; pemain memainkan watak Dante yang cuba menyelematkan kekasih dia yang "terperangkap" di dalam neraka.. Banyak gak kontroversi dalam game nih khususnye melibatkan tokoh Islam, Salahuddin dan juga beberapa tokoh barat.. Kalo usha grafik ntk konsol PS3 dan Xbox, memang menangis aa bila main kt PSP; paling hampeh bila nk agak kedudukan mendarat ketika melompat.. asik2 mati jer sebab salah agak -_-" Ni sumer gara2 grafik di PSP yang x sejelas PS3 dan Xbox. -_-" Nasib baik main free jer (笑) Dalam anime cam dah terus abis, tp dalam game boleh plak tunjuk "to be continued" di akhir permainan..Game nih memang sesuai dimainkan oleh mereka2 yang minat corak permainan GOW~


p/s X sabar nk tunggu siri terbaru GOW pada november depan~ ;)

Monday 18 October 2010

ベジタリアン (Vegetarian)

Image and video hosting by TinyPic

Ak merupakan salah seorang penggemar warna hijau namun bila dikaitkan dengan 野菜 (Vegetables), ak terpaksa kata NG! Banyak makanan yang menggunakan 野菜 tidak ak gemari sejak kecil sehingga kini.. Malah kalo makan nasi goreng yang penuh dengan 野菜 seperti lobak dan kacang hijau, selagi boleh ak akan cuba tolak ke tepi semua tuh dan makan sebanyak yang mungkin.. Dah jadi tabiat sejak kecil dan sukar ntk diubati.. Bukan semua 野菜 ak x makan; ak suka jenis daun seperti sawi namun kurang gemar apabila kene makan dalam bilangan yang banyak.. Waktu dok kt hostel dulu, time masak2 member suka suruh ak yang masak 野菜 bagi melatih diri ntk makan 野菜 kerana hasil masakan sendiri.. Entah kenapa ak boleh jer makan cume bila orang lain masak, ak kurang gemar balik.. (笑) Ak memang banyak 好き嫌い (Likes and dislikes) dan 野菜 memang berada dalam kedudukan teratas namun bila sampai di Jpon, ak terpaksa dikategorikan sebagai ベジ (Vegetarian)!! Awalnye ak susah nk mengaku sebagai ベジ namun baru2 nih ak terpaksa akur status diri meskipun masih kurang gemar makan 野菜.. Ini adalah kerana jika x letak status tuh, kalo pergi mana2 行事 (Event), orang Jpon akan kasi ak makan makanan berdaging -_-"
 

p/s Boleh ke jadi vegetarian tapi makan daging ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC