Followers

Wednesday 30 September 2009

Mazel tov

Fenomena lagu baru black eyed peas yg mengungguli carta lagu Rickdees sejak sekian lama benar2 mengundang perasaan ingin tahu dalam diri kenapa lagu ni meletup kaw2 sedangkan lirik dia biasa jer~ Adakah sebab video clip dia mengandungi unsur2 18sx yg keterlaluan? Hmm.. bila ditinjau, rasa nye ade lagi video clip yg lagi ganasss daripada video clip lagu nih= (berlambak kt youtube; nak tau cari ler sendiri~) So jom kita kaji dari segi lirik dia terlebih dahulu~



I gotta feeling...
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good good night
(Good lang)
I gotta feeling...
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good good night
(Good lang)
I gotta feeling... (Woohoo)
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good good night
(Good lang)
I gotta feeling... (Woohoo)
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good good night
(Good lang)
Tonight's the night
Let's live it up
I got my money
Let's spend it up
Go out and smash it
Like Oh My God
Jump off that sofa
Let's kick it OFF

I know that we'll have a ball
If we get down
And go out
And just lose it all
I feel stressed out
I won't let it go
Lets go way out spaced out
And loosing all control

Fill up my cup
Mazel tov
Look at her dancing
Just take it... OFF
Lets paint the town
We'll shut it down
Let's burn the roof
And then we'll do it again

Lets do it (x4)
And do it (2x)
Let's live it up
And do it (3x)
Do it, do it
Lets do it(3x)

Cause I gotta feeling... (WoooHooo)
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good good night
(Good lang)
I gotta feeling... (WoooHooo)
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good good night
(Good lang)
I gotta feeling
Tonight's the night (HEY! )
Let's live it up (lets live it up)
I got my money (I'm paid)
Lets spend it up (Lets spend it up)
Go out and smash it (Smash it)
Like Oh My God (Like Oh My God)
Jump off that sofa (Come On! )
Lets kick it OFF

Fill up my cup (Drank)
Mazel tov (La chaim)
Look at her dancing (Move it Move it)
Just take it... OFF
Lets paint the town (Paint the town)
We'll shut it down (Shut it down)
Lets burn the roof (Woooooo)
And then we'll do it again

Lets do it (x4)
And do it (2x)
Let's live it up
And do it (3x)
Do it, do it
Lets do it(3x)
Do it, do it, do it, do it

Here we come
Here we go
We gotta rock
Easy come
Easy go
Now we on top
Feel the shot
Body rock
Rock it don't stop
Round and round
Up and down
Around the clock

Monday, Tuesday, Wednesday and Thursday
Friday, Saturday
Saturday to Sunday

Get, get, get, get, get with us
You know what we say (say)
Party everyday (x2)

I gotta feeling (WooHooo)
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good good night
(Good lang)
I gotta feeling (WooHooo)
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good night
That tonight's gonna be a good good night
(Good lang)
Woohoo

Penggunaan perkataan "Mazel tov (La Chaim)" dalam lagu nih benar2 mengangkat kening seseorang yg tahu asal-usul perkataan tuh.. seperti yg korang sedia maklum, perkataan tuh adalah perkataan hebrew yg mempunyai maksud yg mendalam sekiranya diselidik lebih dalam.. kalo korang buka wikipedia, korang akan jumpa;

..The phrase is used to express "congratulations" for a happy and significant occasions or event.

manakala maksud perkataan "La Chaim" tu adalah "for life!" dan biasa digunakan sewaktu nk minum ramai2~ sekali pandang cam biasa jer maksud perkataan2 nih tp ak agak terkejut ngan penemuan drpd satu laman web yg menceritakan asal-usul perkataan "Mazel tov" yg sedikit menyentuh perihal ketuhanan=

what do we mean when we say "Mazel Tov"? We are saying a brief prayer at this time which is strongly influenced by the Mazalot, that Hashem will ensure that the "energy" that is sent will be only for good.

korang boleh baca artikel penuh melalui sini.. so ape plak pendapat korang?

Tuesday 29 September 2009

Majlis Sambutan Hari Raya MSAJ Kansai '09


Pada tahun ni juga iA MSAJ Kansai akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bagi seluruh warga Kansai dan juga warga Malaysia yg menetap di Jepun.. sehubungan dgn itu, ak ingin menjemput setiap pembaca yg mempunyai kelapangan ntk turut serta memeriahkan sambutan hari raya ni pada hari yg telah ditetapkan=

tarikh : 4 Oktober 2009
tempat : Osaka Senrioka Shimin Center
masa : 1300~1600

Asalnye diorang plan nk buat 3hb Oktober~ tiket ak fly balik plak 3hb gak so memula dah tensen gak la x dapat join.. skali diorang ubah gak tarikh= huhu, so ape2 pon jumpa di sana~

rujukan : (link)

Saturday 26 September 2009

fakta menarik


sumber : mastika september 2009
  • Pada tahun 1980, hospital di Las Vegas, USA telah menggantung tugas pekerjanya kerana mereka bertaruh jangka masa seorang pesakit itu akan mati.
  • Terdapat sebuah tempat di Norway yg dinamakan Hell.
  • Terdapat sebuah pekan di Texas dipanggil Ding Dong.
  • Pada tahun 1976 di LA, USA, seorang s/u bernama Jannene Swift dgn rasminya berkahwin dgn seketul batu seberat 50 tan (lebih 20 tetamu jadi saksi=)
  • Pada tahun 1977 di North Carolina USA, sebatang gigi telah tumbuh pd kaki kiri seorang remaja; Dous Pritchard yg berusia 13 tahun.
  • Pada tahun 1980, syarikat Namco telah mengeluarkan sejenis permainan video yg diberi nama PAC MAN; asalnye kasi nama PUCK MAN tp orang dulu2 suka conteng P jadi F!
  • 75% wanita di USA menguruskan wang dan bayar bil2 ntk keluarga~
  • Masyarakat Mesir Purba membayar cukai menggunakan madu.
  • Pokok Oak x akan kluarkan buah sehingga ia berusia 50 tahun.
  • Kulit buah2an mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding isi nye..
  • Jus oren membantu badan menyerap zat besi dgn mudah apabila dimakan dgn 1 hidangan lain
  • Proses penggantian sel kulit mati dgn yg hidup berlaku sebanyak 1,000x dalam hayat manusia.

Sunday 20 September 2009

Eid Mubarak


Buat pertama kali dalam sejarah hidup ak, bulan Ramadhan kita berpuasa 29 hari sahaja dan akan menyambut Hari Kemenangan pada keesokan hari nye~ Pada kesempatan ini, ak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin (kalo ade=) buat pembaca2 sekalian~ Andai kata ada tersilap menaip, terlepas bicara sepanjang perkenalan kita di dunia maya, mahupon dunia realiti~ 10 jari ak susun meminta maaf di bulan baik ini~ Minta di halal makan dan minum sekiranya ada terambil hak2 kalian; sengaja @ x sengaja harap dimaafi~ Pada tahun ni insya'Allah ak akan beraya di Gombak (UIA; belah baba) dan Batu Pahat, Johor (belah ummi)~ Bagi yang akan mengembara jauh, selamat tiba di destinasi yg diigini~ semoga perjalanan kita di redhai-Nya=)


p/s video khas buat member2 di Jpon yg x berkesempatan ntk mendengar pengumuman rasmi oleh penyimpan mohor besar raja2 mengenai tarikh 1 syawal 1430H=

Saturday 19 September 2009

Majlis Berbuka Puasa part 5

17 September - KFC

Untuk majlis berbuka puasa terakhir ni, ak jemput rakan2 ak yg sama2 menuntut sejak sekolah rendah tp yg dapat join skali cume 3 orang jer~ asalnye nk belasah kt kedai mamak jer tp cuaca waktu tuh tgh hujan so kitorang pakat makan kt KFC di stesen minyak petronas di highway jer.. Apai & Balau satu skola ngan ak dari skolah rendah sampai ke skolah teknik pon sama tp Amir ni paling lama ak lost contact ngan dier.. kitorang dipertemukan semula di facebook pada pertengahan tahun ni kalo x silap~ borak sakan la kt KFC tuh dah cam kt kedai mamak la plak (sayang xleh refill air jer~).. Apai dah keje; seronok gak dengar dia citer pengalaman bekerja yg baru masuk 4 bulan= やっぱり rase cam elok sambung blajar dlu daripada keje~ :p

Friday 18 September 2009

Majlis Berbuka Puasa part 4

14 September - Shah Alam

Dalam jam 1800 camtuh tetiba ummi cakap ade orang panggil ak di luar pagar.. bile jenguk ghupe2 nyer Oiyour ngan Apis datang nk ajak ak join buka puasa ngan diorang.. tanpa berfikir panjang ak teruih bersiap dan bagitau ummi nk makan luar lagi hari tuh~ tempat yg ditetapkan ialah Cafe' D'Sore bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor.. kitorang antara orang2 terawal dapat bertegur sapa ngan suami Kak Nor= ghuper2 nyer tuan punya tempat makan tuh merupakan katering yg sering kali digunakan pihak YPM kalo ade event makan2 dsb.. seronok gak layan buffet waktu berbuka (lagi best bila ade orang belanja~); terubat gak setelah x dpt makan chicken hartz ahad lepas kt times square~ huhu= yg sempat join majlis buka kali nih cume Musab, Ahfo, Oiyour, Apis, Becko, dan Shera.. waktu ni Musab buat pengumuman rasmi kt kitorang mengenai masa depan dia lepas nih~ seblom balik Kak Nor sempat serahkan setiap sorang kuih raya 1 bekas~ boleh ler passing kt senior2 yg sibok nak sangat merasa kuih raya Malaysia=


Pada kesempatan ini, ak ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Musab~ ko dah buktikan pada sumer yg ko bukan gay~ muahaha=

Thursday 17 September 2009

立命館大学大学院

14 September - Home


Hari ni surat rasmi pengesahan tempat bg post graduate di 立命館 (Rits) tiba sebab ak memang mintak dia hantar ke alamat Malaysia (senang skit leh terus hantar kt YPM~).. Alhamdulillah akhirnye dapat juga tempat setelah kecewa dgn result di 東工大 (titech) tempoh hari.. Rezeki juga apabila ak terpilih ntk mendapat bantuan kewangan daripada Rits kerana pencapaian CGPA ak agak cemerlang pada tahun 3 (setahun 30万円 tp kompem akan ditolak daripada yuran belajar~).. Kalo nk difikirkan balik memang nasib giler ak apply 入試 (entrance exam) ntk bln Ogos nyer; plan asal nk apply bln Febuari tahun dpn sbb nk fokus (kononnye) ntk 東工大 jer.. yelah, 3.5万円 skali apply~ tp last2 minit ak apply gak sebab risaukan x dpt tempat; YPM sure akan consider orang2 yg dah dapat tempat jer kt 大学 (university)~ Kalo nk citer pasal 入試 kt Rits nih korang mesti x percaya kes ak.. Di Rits ade 入試 khas ntk pelajar asing yg mana 筆答試験 (writing examination) dan 面接 (interview) akan di nilai berdasarkan prestasi pelajar terbabit; kalo perlu jer baru kene.. ak bajet paling koman pon mesti kene 面接 nyer tp bila surat jawapan sampai kt umah dalam awal bln Ogos lepas; dia tulis 選考方法:書類選考 (pemilihan berdasarkan kertas kerja~) bermakna 面接 pon xde!! Serupa cam dia terus hantar surat kate ak dah kompem dapat tempat tp dia kene ikut jadual 合格発表 (passing announcement) spt yg dirancang..


huhu~ ape2 pon skang ni cume tinggal 面接 ngan YPM yg bakal berlangsung pada minggu ke-3 bulan oktober~ kemungkinan besar 面接 akan dijalankan secara video conference memandangkan YPM nk jimatkan kos~ dgr citer 面接 bagi pemohon yg tinggal di 関西 (kansai) dijadualkan pada hari isnin 19hb~ memang benar bilangan yg bakal terima scholar adalah melebihi 11 orang seperti yg dimaklumkan sebelom nih tp tawaran ni terbuka so 頑張ろうぜ~

Wednesday 16 September 2009

Majlis Berbuka Puasa part 3

13 September - Times Square

Majlis berbuka puasa ak diteruskan lagi ntk 3 hari berturut2 dan kali ni merupakan reunion pelajar2 kelas Elektrik 2 Ex-SMK Teknik Bukit Piatu, Melaka= asalnye ak plan nk mintak Rayo himpunkan sume pelajar x kira kelas ape tp dia nk gak wat bdk2 kelas jer.. nk adil nyer pasal buat kt tgh2; KL sebab ade yg datang dari Serdang dan Cyberjaya.. plan yg memang x kemas langsung sebab waktu berkumpul pon x diberitahu plus tempat makan yg dicadang awal; Chicken Hartz plak ditutup buat sementara waktu~ Bono datang amik kt umah naik keter Savvy dia; kalo x ingat nk p naik ktm jer sbb takut jalan jem waktu tuh~ kitorang sampai ke destinasi dalam nk dkt jam 1600; pusing2 jap sekitar Low Yatt usha harga2 gadget.. cam sini lagi murah jer berbanding Jpon bila harga di-convert-kan.. laptop pon makin murah~ kitorang berbuka kt food court level 10 jer; nasib baik datang awal so dapat cop tempat best skit.. 久し振り (it has been a long time) x makan nasi ayam so ak order nasi ayam tp lupa nk amik kuah~ dah la mahal giler (RM7 skali ngan extra nasi)..


lepas berbuka, kitorang layan bowling skali~ 3 vs 3 yg mana kumpulan A; Rayo, Pen, ak menang kecil ngan kumpulan B; Balau, Cell, Local.. walaupon main satu game jer tp keseronokan dirasai berganda sebab main dalam kumpulan.. ak dapat strike skali dan spare dan selebihnye banyak longkang jer.. muahaha= borak2 jap kt luar bowling area tuh seblom bersurai.. seblom bono hantar kitorang balik umah, singgah jap kt restoran Nasi Lemak Cinta Sayang di seksyen 7 sebab si pana nk minta tlg ak ajar dia 日本語 (japanese).. usha buku text yg diorang guna memang kelakar giler; semua dalam romaji~ mintak tolong ak translate ayat BM ke Jpon tp suruh guna ayat ikut silibus diorang jer= bila dah belajar tinggi2 pastu nk kene mind set balik ke tahap rendah memang sukar= padan la laku rancangan televisyen berkisarkan kuiz yg mana orang dewasa kene jawab soalan2 bdk skola rendah~ :p

Tuesday 15 September 2009

Majlis Berbuka Puasa part 2

12 September - Wangsa Maju


Tarikh yg sudah lama dirancang oleh warga forum ArsenalFC Malaysian Gunners (AMG) ntk mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama2.. tempat yg dipilih ialah NZ wangsa maju dan kebetulan ada game Arsenal vs Manchester City yg stat jam 2200= jalan nk ke KL memang ak fail skit; nasib baik sorang ahli forum (TT) yg dilantik menjadi AJK pengangkutan sanggup datang ke KL sentral ntk amik ak ngan sorang lagi forumers yg datang dari Kelantan (areptotle).. ak gerak dari umah dalam jam 1715 dan tiba di stesen padang jawa dalam 1730~ kalo tgk skrin, waktu tren berlepas dari padang jawa ialah 1739 tp rezeki dia dtg 5 minit awal pastu berlepas pon x ikut time.. huhu~ perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit dan dlm perjalanan ak dapat melihat sedikit pembaharuan di sekitar kawasan Selangor= ak ngan TT terpaksa tunggu arep yg lewat skit tiba sebab dia sampai kt LCCT dalam jam 1800 tp perjalanan dari LCCT ke KL sentral mengambil masa 1 jam 15 minit.. kitorang berbuka sat dalam keter; kurma jer~ dalam 15 minit lepas tuh baru kitorang sampai ke destinasi=

jersey2 arsenal

Ak stat join forum ni sewaktu ak kt jepon lagi so ni merupakan kali pertama ak tunjuk muka secara live depan diorang.. forum ni pon masih baru lagi; x sampai setahun pon tp bilangan ahli dah lebih 100 orang= majoriti forumers masih student tp ramai gak otai2 yg dah bekerja; umor 30 ke atas pon ramai.. waktu berbuka x ramai yg hadir tp waktu match kang ramai skit.. mau dekat 20 orang yg join skali gathering nih~ agak malang bila Arsenal tewas plak malam tuh; 4-2 plak tuh.. seronok giler waktu kitorang sumer berdiri bersorak bila RVP berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada separuh masa kedua= kalo kt Jpon dlu ak dok layan match bola sorang2 jer; nak bersorak pon x feeling sangat= bile tgk ramai2 memang 最高 abis aa.. tensen same2, happy same2.. abis match kitorang bergambar kenang2an kt port letak kereta sambil mengenalkan diri memasing= huhu, ntah bile lagi ak leh join gathering camni~ syok giler!


p/s Selamat pengantin baru buat arep yg bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan depan= sorry banyak2 x dpt g sebab dah ade kt Jpon waktu tuh= gambar2 lain boleh di lihat di facebook=

Monday 14 September 2009

Majlis Berbuka Puasa part 1

11 September - UiTM

Hari ni ummi ajak satu family pergi berbuka di UiTM sempena majlis berbuka anjuran Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK).. waktu kitorang sampai kebetulan tengah ada majlis tazkirah ke ape so duduk skali dengar sambil menunggu azan maghrib.. makanan berbuka di masak oleh pelajar2 asing yg menuntut di fakulti tersebut seperti Arab Saudi, Iran dan Pakistan.. masyuk giler makan masakan asing tp mostly x banyak beza sangat pon ngan masakan malaysia~ turut duduk semeja ngan kitorang ialah timbalan dekan FKK, tok imam, dan seorang tenaga pengajar baru (dtg dari UTP) berbangsa cina.. memang best giler dgr idea2 dan pengalaman Mr. Tan (58 tahun) sewaktu dia memula stat kerja dlu.. dia citer dia pernah g Jpon awal 70-an dlu ntk lihat bagaimana fasiliti Jpon dalam bidang oil&gas nih.. ghupe2 nyer dia ni boleh kata antara forefathers petronas la sebab dia antara orang yg membangunkan petronas sampai jadi gah di mata dunia skang.. klaka gak bila dia citer yg waktu awal2 dlu dia kerja ngan Shell; kutip pengalaman sebanyak yg mungkin pastu curahkan kt Petronas~ selesai solat Maghrib berjemaah baru kitorang pulang.. sempat gak tapau sebanyak yg mungkin ntk sahur nanti.. :p

Thursday 10 September 2009

JAD

8 September - UniSEL

Berbekalkan お土産 (ole2) berupa 生八橋 (Sweet made with bean paste) yg memang terkenal di Kyoto dan barang yg dikirim oleh Arbaain 先生, ak g ziarah UniSEL buat pertama kali dalam tahun nih.. ak tiba sekitar jam 1400 setelah berjalan x sampai 5 minit dari umah (been waiting to wrote that).. tempat pertama ak p ziarah ialah bilik guru 日本語 (japanese) sebab nk kasi お土産 tu kt 山下先生 (Mr. Yamashita) agar dia dpt memaklumkan pd 先生2 yg lain.. ghupe2 nyer Shirin先生 pon dah pindah bilik guru situ tp malangnye x nampak btg hidung dia satu hari tuh.. borak2 jap ngan 山下先生 dan Hasparina 先生 mengenai keadaan semasa seblom bergerak ke bilik guru 理工系 (science & engineering).. Memula borak sat ngan 和田先生 (Mr. Wada) yg agak terkejut tgk kepulangan ak~ 和田先生 citer skit pasal status terkini YPM scholarship ntk masters pastu disambung oleh 水野先生 (Mr. Mizuno).. 水野先生 siap tunjuk kt ak surat sokongan rasmi drpd pengerusi JUCTe kepada En. Ali (CEO YPM) pasal pemohonan ntk tambahkan bilangan pelajar tajaan ntk masters nanti.. lega hati bila dgr pihak 先生 di Malaysia pon sedang push pihak pentadbiran ntk batch ak yg nk sambung masters~


Pastu borak plak ngan Arbaain 先生 dgr dia citer pasal keadaan semasa gak.. sempat berkongsi ngan ak visi dia dan ape yg dia nk lihat drpd batch JAD 6 ni bile kitorang grad Mac 2010 kelak.. abis borak ngan Arbaain 先生, 和田先生 plak panggil ajak g jumpa jap 後輩 JAD8 yg bakal fly mac depan.. tp bila turun diorang tengah nk naik bas ntk pulang (short sem kelas abis awal~).. ade la sempat tegur 2,3 orang sebelum ak teman 和田先生 naik atas balik.. bdk2 ni tgh sibuk nk isi 願書 (application form) ntk JLPT ngan 大学 (university) skali so kerap jumpa ngan 日本語の先生 ler.. sambung borak sat ngan 日本語の先生 yg x pernah ajar ak pon seblom pulang ke umah..

9 September - UniSEL & TBP

Asalnye cam malas jer nk g UniSEL hari nih sebab plan nk cat umah~ tp tetiba Hijazi call cakap dia kt depan umah ak.. kebetulan waktu tuh ak pon dah selesai cat umah so teman la dia g UniSEL~ jumpa balik ngan 日本語の先生 sebab Hijazi pon nk kasi お土産 gak~ lepas tuh turun bilik guru 理工系 dan disambut mesra oleh 和田先生= waktu tuh Arbaain 先生 tgh borak2 ngan 後輩 (junior) dari 慶応大学 (Keio) yg seterusnye mengajak ak berbuka puasa di TBP alang2 diorang bawak keter.. ajak skali beberapa 超後輩 (JAD 8 & JAD 9) berbuka sama2 kat warung sekitar KTM batu 3.. 後輩 belanja makan 9 orang makan tomyam ngan ikan siakap (mahal tuh..) lepak jap kt TBP dgr celoteh 超後輩 (JAD 8) mengenai isu semasa diorang sambil menunggu azan isya'.. first time ak bersemuka ngan 超後輩 (JAD 10) yg merupakan 2 pupu ak.. selesai solat witir, kitorang belasah skali moreh yg disediakan ntk 超後輩 (minum air jer sebab perut masih penuh lg..).. sempat gak borak2 ngan 超後輩 JAD 10 yg lain waktu tgh beratur nk amik air..


Kebetulan TA yg datang waktu short sem ni merupakan pelajar M1 dr 立命館 (Rits) so ade la topik ntk berborak.. x puas borak kt 食堂 (dewan makan), kitorang sambung borak sehingga ke bilik uti. ~ bilik uti pon dah berwajah baru dah skang~ siap ade 3 bilik komputer tuh.. borak skali ngan 超後輩 dgr dia mengomen pasal bdk batch dia pastu borak pasal pengalaman2 先輩 dsb.. sian gak diorang ni sbb dgr citer YPM akan tarik perkhidmatan internet kt umah diorang lepas raya nanti; yg tinggal cumer kt bilik uti jer.. si TA ni plak dgr citer selalu lepak kt bilik uti waktu malam sebab bosan tinggal sorang2 dalam bilik.. plus bilik die pon xde perkhidmatan internet; dgr dia citer bilik uti nyer internet pon cam biskut :- skejap ade skejap xde.. dia dtg waktu bulan poser yg mana 食堂 kt UniSEL pon tutup waktu tengahari~ tensen jer dia makan roti jer ntk makan tengahari.. huhu~ dgr citer 超後輩 JAD 8 nih, peruntukan ntk masters bagi batch diorang dah xde so diorang kene usha scholar lain la nanti~ hmm, esok2 pon bakal g UniSEL gak sebab bosan duk kt umah.. x_x

お疲れさん~

Tuesday 8 September 2009

KFC~

7 September - SHAH ALAM

Isnin - hari yg ditunggu2 oleh ak sebab hari ni ak dapat menunaikan niat yg ak pasang sejak dulu lg ntk belanja 1 family makan KFC~ awalnye nk belanja hari ak landing lepas tp waktu tuh abang ke-2 ak boleh on call plak.. hari ni dia dapat cuti so boleh la dia bawak ak pusing2 beli baju.. kitorang g kt Alam Sentral sebab ak teringin giler nk angkat jersey Arsenal away kt Al-Ikhsan~ test pakai saiz L ngan XL dlu; やっぱり saiz XL gak yg mudah dipakai meskipun saiz L nampak fit skit.. harga dia RM259 siap dapat baju t umbro percuma lagi tuh.. kalo convert kedalam yen pon baru dalam 6795円 jer (murah skit drpd beli kt Jpon~)


ak borak jap ngan orang kedai tu tanye camne nk bezakan yg ori dgn yg ciplak nyer.. dia cakap cara paling senang nk tau x kene tipu ialah daripada no siri kt baju SAMA ngan no siri pd tag baju..


Ak plan nk angkat baju polo FAM (Football Association of Malaysia) skali sebab selama duduk di Jpon, x pernah menunjukkan ciri2 patriotik langsung.. asik2 tayang jersey Arsenal jer sampai orang ingatkan ak orang Eropah plak...tanye 2,3 kedai tp malangnye semua kate xde~ Sebelum balik umah singgah jap kt KFC yg baru (baru bagi ak ler=) kt seksyen 2.. niat asal nak beli 30 ketul sebab ak kalo makan leh blasah sampai 5 ketul teruih.. tp ntk kombo 15 ketul jer dah RM74.50 (tax included) tuh~ last2 ak angkat jer yg 15 ketul sebab ummi pon masak gak ntk berbuka malam tuh..


waktu berbuka memang best.. ひさしぶり dapat kumpulkan seluruh ahli keluarga dalam 1 meja so macam2 kerenah dan gelak tawa waktu makan~ nikmat giler!

Monday 7 September 2009

Memory SHOCK!

5 September - MALAYSIA

Disebabkan terlalu excited nk balik Malaysia pagi tu membuatkan ak langsung x dpt nk lelapkan mata walaupon setelah menunaikan solat subuh~ ak bertolak dari umah dgn teksi pd jam 0600 dan tiba di 南草津駅 (Stesen umah) dalam 15 minit kemudian.. dlm jam 0630 Salmi tiba pastu kitorang gerak ke 京都駅 (Station Kyoto) dan tiba dalam jam 0700= Berpusing2 mencari tempat bas sebab ak x jelas sangat dia suruh tunggu kt mana~ nasib baik kitorang sempat naik bas jam 0720 ぎりぎり kene tinggal dah~ tiket berharga 2500円 seorang dan kitorang tiba di 関西空港 (Kansai Airport) dalam jam 0900~ ni merupakan kali ke 3 ak menjejakkan kaki di situ; 3 年ぶり (last time g tahun 2006) tp cam xde banyak perubahan pon.. kitorang selesai check in dlm jam 0930 (ramai gak yg nk balik Malaysia time tuh.. org Jpon pon x lepaskan peluang nk melawat Malaysia alang2 dah tiket murah=) dok lepak2 seblom gerak ke tempat berlepas dalam jam 1040.. waktu nk tunggu naik flight jam 1110, sempat berborak ngan 2 warga Malaysia yg menetap di Jpon; sorang sedang sambung pelajaran peringkat sarjana di 徳島大学 (University of Tokushima) dan sorang lg sedang bekerja.. 後輩 (jr) dari 山口大学 (University of Yamaguchi) pon join skali~


Tempat duduk kitorang kebetulan di belakang skali (40K); ak mintak seat seblah tingkap tp ade sorang tuh menggunakan kuasa veto amik tempat duduk ak.. dalam flight ingatkan dapat tido sampai tiba di Malaysia tp malangnye terbangon dalam jam 1400.. bosan2 x tau nk buat ape, layan jap movie Crows Zero 2~ tgh2 layan boleh tertido balik tp dikejutkan oleh キャビンアテンダン (Cabin Attendant) nk kasi juadah berbuka berupa 7~8 paket kacang, 1 kek kismis ngan 1 tin 7-up.. flight selamat mendarat di KLIA dalam jam 1630 (waktu Malaysia)~ KLIA pon skang tgh dalam renovation agaknye (ade beberapa tempat ditutup)~ teruja giler tgk ramai warga Malaysia berbilang bangsa (ayat berbaur politik skett~) Ummi amik dalam jam 1715 dan tiba di umah sekitar jam 1800~ malam tu Baba ajak berbuka puasa di umah Habib Omar AlShatrie; 久し振り dapat makan nasi minyak dan berjaya abiskan solat terawih 20 rakaat berserta solat witir 3 rakaat.. seronok tgk reaksi member2 dan pakcik2 yg terkejut tgk kewujudan ak di majlis tuh~ lepas buat Maulud Ad-Dai'bai ringkas, majlis disudahi dgn moreh~


nak tau ape yg shock nyer bila balik Malaysia nih?

  1. Banyak giler pembangunan terutama sekitar kawasan umah, Seksyen 7 yg seblom ak fly dlu banyak projek terbengkalai.. stesen petronas dah ade 2, shopping mall, rumah2 dsb~
  2. UniSEL pon dah tukar kaler dari biru ke oren~
  3. Adik-beradik ak dah tinggi2 woo.. yg paling bongsu pon dah nk sama tinggi ngan ak.. seblom fly dlu cam paras dada jer, skang ni dah paras hidong woo~
  4. Umah penuh sesak ngan barang2 yg x penah nampak seblom nih.. perabot2, sofa, karpet sumer dah tukar baru.. katil dalam bilik pon dah tukar= kene kongsi katil ngan abang plak~
  5. Tempat makan popular di Seksyen 2 tuh dah tukar tempat; tempat lama masih dlm proses perobohan~ bersebelahan dgn KFC plak tuh..
  6. Habib Omar tetiba nasihatkan ak supaya sambung pelajaran, jgn terburu2 nk cari kerja~ siap promote "kalo nk kahwin, kitorang boleh tlg carikan~"
  7. Banyak gak channel baru kt Astro= tp ak lebih fokus kt sports jer :)
  8. Promosi raya kaw2~ kt Jpon sunyi jer= :p

huhu= lepas nih ape lah yg bakal membuatkan ak terkejut ek?? sama2 kita nantikan~

Friday 4 September 2009

帰国 (homecoming)

4 September - KYOTO

Akhirnye hari ni dpt juga ak menunaikan solat Jumaat di Masjid Kyoto setelah 2 kali percubaan gagal selama menetap di 関西 (kansai).. 1st time pergi - sampai2 jer orang lain dah abis solat (惜しい)~ 2nd time pergi - lupa jalan camne nk pergi (最低)= kali ni berjaya sebab g naik keter abg Amir yg biasa solat kt situ~ setiap tahun pihak pentadbiran Masjid Kyoto akan mengadakan sambutan iftar yg menghimpunkan sajian2 daripada pelbagai negara termasuk Malaysia.. majlis ni turut disertai masyarakat Jpon yg majoriti x puasa (笑) ntk berbuka bersama2.. tahun lepas ak sempat join sebab di ajak oleh rakan Jpon ak yg bukan beragama Islam pon= memang syok gak merasa makanan2 negara Islam lain plus lepas dah abis makan2 ade cabutan bertuah yg mana hadiah2 nyer bukan sebarangan; tp tahun ni agak malang giler sbb tarikh dia jatuh pd 5hb September~ slack giler x check balik tarikh iftar ni sblm pilih tarikh balik Malaysia= dah la tahun ni dia buat kat tempat yg lebih besar berbanding tahun lepas~ pastu datuk bandar Kyoto pon turut serta 'berbuka' tuh.. Seronok la sesiapa yg x balik raya tahun nih= (ade chance muka kluar briter? 笑)


Beberapa jam sahaja lagi ak bakal meninggalkan Jepon dgn menaiki pesawat MH53 ntk kembali ke negara tanah tumpahnya darahku ~ kalo ikut plan awal2 seblom datang Jpon dlu memang x nk balik langsung 2 tahun nih.. lg2 ummi pon dah suruh jangan balik; suruh wat バイト (part time) kumpul duit ntk masa dpn= dah la tiket balik Malaysia pon mahal giler (member ak beli tiket balik Malaysia tahun lepas, g balik jer dah 10万円 ++) -_-" .. tp kempen MAS sejak awal May dlu membuatkan ramai tukar fikiran~ semuanye gara2 和田先生 (Dr. Wada) yg memaklumkan kt ak suruh bagitau bdk2 lain yg MAS buat kempen balik Malaysia; g balik 3万円 jer~1/3 daripada harga member ak kene bayar waktu dia balik tahun lepas~ untung giler2 beb= tiket murah sangat ditambah lagi tahun ni sempat beraya dengan family di Malaysia membuatkan ak terus beli tiket balik secara online =) Ak bakal stay di Malaysia bermula 9/5~10/3 .. sengaja mintak cuti lama skit~ nasib baik next sem ak cume tinggal 研究 (research) jer so setelah mendapat persetujuan 小松先生 (supervisor), boleh la ak cuti beraya 2 minggu tahun nih..


休みと言っても (cuti2 pon~) terpaksa bawak balik thesis2 先輩 (senior) sebab ak dah setuju ntk masuk 学会 (academic conference) bulan november ni kt 阪大 (Osaka University).. hmm, boleh ke ak study kt umah nih?? どうかなぁ= ptg tadi singgah jap kedai Softbank tanye pasal rooming tp 逆に dinasihatkan supaya jangan guna langsung line jpon kt Malaysia sbb :-


korang tau x kalo ade orang call korang pon duit kene tolak= daripada 3 provider kt Malaysia, Celcom paling murah~ menyesal plak pakai Maxis :P~ pekerja Softbank tuh cakap kalo terima email pon duit akan kene tolak so dia suruh ak hati2~ senang citer kalo x nk guna handset, tutup pastu cabut teruih bateri tuh=

p/s ak bakal pakai no hotlink yg sama so pada sesiapa yg nak ajak kluar tuh, boleh roger kt YM @ FB @ terus sms ak yer= kalo nk datang beraya umah pon dipersilakan tp roger la dlu, jangan main terjah jer~ よろしく =)

Thursday 3 September 2009

j-dorama



Bila stat cuti semester, tetiba rasa ade masa ntk tgk drama2 jepon yg sudah lama ditinggalkan.. kalo waktu kt JAD dlu, boleh kata semua berebut download drama2 terbaru (yg x pernah dgr nyer drama pon ade orang download gak..) ak cam biasa tukang 'sedut' hasil orang lain pastu layan sorang2~ bile dah sampai Jpon, ramai yg suka terus layan kt tv jer drpd download~ tp ak x minat sangat sebab xde sub.. pd ak bila ade sub baru boleh 'belajar' mendalami 2 bahasa dengan serentak~ \(^o^)/ tonton drama Jpon @ anime bagus bg mereka2 yg sedang mempelajari bahasa Jpon sbb bila kite layan, secara x langsung kite akan biasakan diri dgn bahasa pasar rakyat Jpon, loghat diorang dsb.. banyak perkataan2 baru yg korang x akan blaja waktu dalam kelas 日本語 (japanese language) korang boleh pelajari drpd drama2 dan anime.. wat masa skang ni ak tgh layan drama Mr. Brain yg dibintangi raja drama Jpon, Kimura Takuya.. biasanye kalo mamat nih main drama, drama tu sure gempak dan banyak anugerah2 yg bakal dipungut~ tp terkejut gak ak bile usha baru2 ni nyer Television Drama Academy Awards ntk musim 夏 (summer) nih, Mr. Brain xde menang ape2 pon.. senarai pemenang ialah seperti berikut :-


さっすが Abe Hiroshi
.. mamat ni kalo berlakon drama memang mantap! ak lagi seronok layan dia main sebenarnye dr kimutaku~ kalo nk rekemen drama mantap lakonan Abe nih, dlm kepala otak ak skang cume ade 2 jer; Dragon Zakura ngan Kekkon Dekinai Otoko= skang ni dah boleh download drama Boss ngan Shiroi Haru tuh; ak dah tgk episod pertama bg kedua2 drama tuh.. memang mantap dua2 tp ak lom download episod seterusnye sbb buat masa skang nih, pihak yg buat sub ntk kedua2 drama tuh masih lom complete.. Shiroi Haru cam lagi gempak jer jalan citer dia~ siap ade lakonan bdk pompuan yg nyanyi lagu ponyo tuh.. muahaha~ layan2 jom=


Wednesday 2 September 2009

東工大 (titech) finale


We learn wisdom from failure much more than from success. We often discover what will do, by finding out what will not do; and probably he who never made a mistake never made a discovery.
Samuel Smiles

Entri kali ni akan ak ceritakan teknik2 yg sesuai bagi sesiapa yang berminat ntk sambung pelajaran ke peringkat masters di universiti lain @ universiti skang (bagi yg x dpt 推薦=).. teknik2 ni ak pelajari dari pengalaman ak 受験 (taking an examination) di 東工大 pada Ogos lepas dan juga hasil drpd pengalaman 先輩 (senior2) ak .. Malangnye ak x dpt masuk 東工大, kalo x impak entri ni mesti lagi ummph~ tp sejak dari awal matlamat utama ak tetap satu - PENGALAMAN.. semua yg ak bakal citerkan kt sini x semestinye akan berlaku tepat kt korang nanti tp sekurang2 nyer sebagai persediaan @ gambaran awal ape yg akan berlaku~


  1. Buat pengetahuan korang, kebanyakan universiti2 di Jpon dah stat buat 大学院説明会 (graduate school briefing) bermula dari hujung2 bln 2 waktu korang tahun 3 universiti.. so kalo korang dah tetapkan matlamat ntk sambung study ke peringkat lebih tinggi, lagi elok kalo korang g 説明会 tuh, carik 研究室 (lab) yg korang nk masuk pastu kenali 先生 (lecturer) tuh dgn lebih dalam.. tanye jer dia macam2 pasal 研究 (research) yg dia tgh wat meskipun korang dah baca segala ape yg tertulis kt サイト (website) dia dsb.. advantage jadi 留学生 (foreign student) ialah benda2 yg simple pon korang leh tanye tanpa segan sebab 先生 akan faham keadaan kita yg berlainan sistem pendidikan dan masalah bahasa dsb (biasanye la~)..
  2. Hidup ni memang perlukan cable.. kalo korang dapat cari seseorang yg boleh kenalkan ngan 先生 lab yg korang nak masuk tu maka peluang korang cerah= sbb 大学院 ni beza skit cara pengambilan dia~ kalo 先生 tu berminat nk amik ko, result exam ko cam taik pon dia akan amik nyer~ tp lepas tuh korang akan jadi kuli dia kaw2 la sbb kalo korang buat silap, satu fakulti akan gelakkan 先生 korang sbb dia yg amik korang=
  3. 推薦 (recommendation) hanya akan diberi pada pelajar yg result dia gempak sewaktu di tahun 3; so korang akan tau samada korang layak dpt 推薦 ke x bila dah naik tahun 4~ lain universiti mungkin lain cara pemberitahuan dia, tp ntk 立命館 (Rits) kalo yg semangat nk sambung masters, awal2 lg dah leh bincang terus ngan 先生 dan dia akan beritahu samada dpt ke x 推薦 tuh~
  4. Bagi yg x dpt 推薦 dan perlu 受験, elok korang mula buat 準備 (preparation) seawal yg mungkin= cara yg paling sesuai ntk study 受験 ialah dgn membelek2 過去問 (past questions) university korang nk masuk.. kebiasaannya 過去問 boleh didapati mudah di laman web universiti berkenaan @ terus tanye kt pejabat universiti yg uruskan hal2 大学院 (graduate school)..
  5. Jawapan x disediakan dan ini akan menyukarkan korang ntk semak jawapan korang btol @ tak.. cara yg paling mudah ntk dapatkan jawapan ialah sewaktu korang lawat 研究室 yg korang nk masuk; jumpa 先輩 (senior) pastu try tanye dia pasal 過去問= biasanya kalo ade diorang akan kasi.. (malangnye ak tau teknik ni lepas dah balik dr 説明会 tuh..)
  6. Sememangnye korang akan pening kepala skit mengadap soalan2 basic yg korang dah lama x sentuh.. so ade baiknyer korang masuk kelas tahun 1 @ tahun 2 ntk pelajari balik basic bergantung pada jenis soalan yg bakal kluar..
  7. Kalo korang yakin sangat korang boleh masuk universiti yg korang target, xpe kalo pilih satu jer.. tp langkah paling selamat ialah 受験 lebih daripada 1 universiti sbb macam2 boleh berlaku waktu exam dan interview nanti= :-/
  8. Biasanye korang dah kene hantar borang pemohonan ntk masuk universiti yg korang mintak dalam bulan Jun.. antara borang yg perlu korang isi ialah 研究計画 (research plan) dan sebab nyer~ waktu ni korang digalakkan ntk berbincang ngan 先生 korang mengenai research ape yg korang nk buat.. dari segi bahasa, elok ade sorang dua member Jpon tlg checkkan.. tp kadang2 member Jpon pon xleh harap gak (komen jer lebih :-\).. ak mintak tlg 先生 kt JAD sebab dah ade pengalaman mintak tlg orang yg sama waktu nk masuk Rits dlu~
  9. Bulan Julai merupakan bulan yg paling sibuk sebab korang kene prepare macam2.. nk pikir pasal scholar lagi, final exam, 研究 dsb.. so korang kene pandai bahagikan masa ntk study 院試 (masters exam) dan 定期試験 (final exam) dgn betul..
  10. Bulan Ogos merupakan bulan exam.. elok cari port yg btol2 sesuai ntk korang study dan bg sesape yg nk menumpang umah member ke ape, pastikan member tu x pasang benda best2 waktu korang tgh study.. (笑) ohye, jangan panjat gunung Fuji seblom exam! Study segila yg mungkin bg mereka2 yg mintak 1 pilihan 大学 (university) jer.. melainkan kalo korang mintak universiti cikai2 jer tu lain citer aa= x_x
Learn all you can from the mistakes of others. You won't have time to make them all yourself.
Alfred Sheinwold

sebenarnye banyak lagi teknik2 yg mungkin lebih berkesan dari ape yg ak tulis dlm entri nih.. (cube try link nih..) harapan ak adalah supaya korang leh capai ape yg korang impikan dan tidak menyesal di kemudian hari~ bg yg berjaya dapat masuk 大学院 tuh ak ucapkan tahniah= bagi yg x dapat tuh, percayalah Allah sudah menetapkan jalan yg lebih baik ntk korang~ yg penting usaha dan ikhtiar dahulu=

If we could sell our experiences for what they cost us, we'd all be millionaires.
Abigail Van Buren

Tuesday 1 September 2009

20th Century Boys

1 September - KANSAI

Hari yg begitu memenatkan + memeningkan.. Memula ak gerak ke Kyoto dgn niat nk tukar handset; amik iPhone 3GS~ ak plan nk 解約 (cancel) kontrak ak skang pastu try mintak no phone yg sama waktu 新規登録 (register new) nanti (nk jimat 2.4万円 nyer pasal=) tp malangnye semua kedai Softbank yg ak g kate stok 3GS abis= nak tak nak kene 予約 (booking) dlu; tp masalahnye paling lewat dalam 3 minggu baru leh dpt.. dah nk balik Malaysia sabtu nih; so ak tangguhkan jer la dlu niat nk tukar handset~ ade ura2 kate kempen iPhone ni bakal dipanjangkan sebab tgh hot lg skang= dalam perjalanan ak singgah sat 寺町 (Teramachi) ntk belikan お土産 (ole2) ntk family dan 先生 (lecturer) di UniSEL~ jenguk jap kedai cermin mata usha model2 baru alang2 nk tukar baru kt Malaysia nanti.. staff tu cakap lensa hijau tgh 人気 (popular) skang nih= pusing2 sekitar 寺町 sampai jam 1700 pastu ak gerak ke 京都駅 (Station Kyoto) ntk pulang ke 南草津駅 (Station umah)~ pastu dr situ gerak ke AEON Mall naik bas skali ngan Adib sebab malam ni kitorang akan layan 20th Century Boys : Final Chapter - Our Flag \(^o^)/


Kitorang berbuka kt food court; makan たこ焼き (sotong goreng) 6 ketul pastu beli popcorn seblom masuk wayang.. kt tiket tulis stat jam 2000 tp dgn iklan ape sumer, dlm jam 2015 kot baru mula~ nasib baik dia ade tunjuk flashback previous 2 chapter dalam 5 minit camtuh; paham skit jalan citer~ mungkin sebab penat sangat satu hari nih membuatkan ak terlelap skejap2 tp overall ak kagum gak la ngan movie nih.. banyak kali gak la bulu roma ak menegak waktu layan beberapa scene mantap dlm movie nih= walaupon ade part2 dalam 漫画 (manga) yg dia x tunjuk tp part2 penting memang x tinggal aa= x boleh blah part ending bila dah abis sumer sari kata dsb; ade sambungan dalam 15++ minit mengenai rahsia sebenar watak ともだち (friend)= ni kalo tayang kt Malaysia sure ramai terlepas nih~ :-/ tetiba leh layan plak lagu tema filem nih, t rex - 20th century boys.. jom layan=


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC